Monday, December 29, 2008

SAID ALI PANGKU KETUA BAHAGIAN UMNO POKOK SENA SEPANJANG PENGANTUNGAN DATO AHMAD LEBAI SUDIN

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Said Ali Said Rastam diumumkan sebagai pemangku Ketua Bahagian berkuatkuasa serta merta ekoran pengantungan Datuk Ahmad Lebai Sudin selama dua tahun bermula 17 Disember lepas.
Datuk Ahmad Lebai Sudin digantung dari jawatannya oleh Lembaga Dispilin Umno baru-baru ini selepas beliau didapati bersalah mensabotaj parti itu pada pilihan raya umum Mac lepas.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Dato Seri Mahdzir Khalid ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputusan melantik Said Ali sebagai pemangku ketua Bahagiandibuat mengikut fasal 15, Arikel 15.6 Perlembagaan Umno.
Katanya, Said Ali akan memangku jawatan itu sehingga ke satu tarikh yang diputuskan Majlis Tertinggi kelak.
Dalam pada itu, perlantikan Said Ali disambut baik oleh pemimpin akar umbi Umno Pokok Sena.
menurut salah seorang ahli jawatakuasa Umno bahagian itu, Mohd Hamdan, Said Ali yang dibantu oleh Ikmal sebagai Naib Ketua bahagian mampu meneruskan perjuangan akar Umbi bahagian berkenaan.
"Said Ali meskipun orang baru saya penuh yakin dia mampu memikul tanggungjawab itu kerana beliau seorang yang mempunyai kaedah tersendiri dalam menangani apa jua masalah masyarakat di Pokok Sena" katanya lagi.
Tegasnya, masyarakat di Pokok Sena terutama anggota Umno berharap Said Ali berupaya membuat perubahan dalam tempoh dua tahun ini, lebih-lebih lagi dalam menuyuntik semangat di kalangan ahli agar bekerja keras bagi memastikan Umno kembali merapas kerusi parlimen pokok sena dan dua ADUN yang tewas kepada Pas.
Dato Ahmad gagal dihubungi dan beliau dilaporkan berada di Austrlia ketika ini.





1,000 Anggota Umno Kedah Berkempen Di Kuala Terengganu


ALOR STAR, 29 Dis (Bernama) -- Umno Kedah akan menghantar 1,000 anggotanya untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkempen, untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Setiausaha BN Kedah Datuk Rozai Shafian akan mengetuai kumpulan anggota Umno itu, yang akan berada di Kuala Terengganu selama 13 hari, mulai 4 Januari ini.

Beliau berkata 200 petugas tetap dari Kedah akan ditempatkan di sekitar kawasan tempat mengundi di Tok Ku, Cabang Tiga dan Hiliran Masjid, yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar sepanjang tempoh itu.

"Anggota Pemuda, Puteri dan Wanita Umno itu ditugaskan untuk menarik undi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, terutama di kawasan DUN Bandar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan masyuarat khas Umno negeri yang membincangkan mengenai persiapan untuk ke Kuala Terengganu di sini, Isnin.

No comments: