Wednesday, April 9, 2008

EMPAT ADUN UMNO SERTAI PAS MASIH JADI TANDA TANYA

PAS TERUS BERAHSIA, UMNO MEMBISU SERIBU BAHASA

Empat ADUN dari Umno yang terbabit dalam perbincangan untuk menyertai Pas di Kedah terus menjadi tanda tanya pelbagai pihak.

Ini berikutan sikap membisu pimpinan Pas mendedahkan empat tokoh berkenaan manakala tiada khabar berita mengenai status perkara itu.

Pemerhati politik berkata, perkara itu tidak mustahil. Tetapi nama empat tokoh berkenaan dirahsiakan demi kepentingan pihak tertentu.

"Mungkin depa tak mau heboh sebab Dato' Seri Najib akan lawat Kedah Khamis ini," kata sumber terdekat.

Senario politik di Kedah tidak menentu sejak akhir-akhir ini berikutan muncul cerita empat ADUN yang menang atas tiket Umno dan BN bertemu YB Anak Bukit.

Pertemuan di suatu tempat yang dirahsiakan itu dikatakan berlangsung hampir 80 minit. Ramai yang tertunggu-tunggu hasil pertemuan penuh misteri itu yang diatur secara rapi oleh tiga mantan KCS, namun tidak ada pihak yang tampil memberi komen.

Sumber terdekat (Dato WanMustapha antara penasihat YB Amiruddin) mengakui perbincangan dengan kumpulan empat ADUN itu terarah kepada usaha menarik mereka untuk menyertai Kerajaan Pas.

Difahamkan, tiga daripada ADUN berkenaan ditawarkan sebagai CEO beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah dengan tawaran gaji yang lumayan manakala seorang lagi ditawarkan jawatan sebagai Dato Bandar Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

Begitupun sumber dalam Pas berkata, tawaran jawatan Dato Bandar MBAS mendapat tentangan daripada sekumpulan pimpinan Pas yang lebih berminat untuk meletakkan Dato Wira Ahmad Md Isa yang kini memegang jawatan Pegawai Daerah Kota Star yang sebelum ini begitu rapat dengan `housemate' Ustaz Azizan di Pendang semasa beliau bertugas sebagai pegawai daerah di daerah Pendang .

No comments: