Tuesday, April 22, 2008

KERAJAAN NEGERI JANJI BANTU RAKYAT HANYA UNTUK PANCING UNDI

"KALAU TAK RETI BUAT KERJA, LETAK JAWATAN, RAMAI LAGI YANG ADA KEBOLEHAN, " - PENIAGA KECIL DESAK EXCO SELESAI SEGERA ISU MEREKA.

Diam tak diam dah hampir dua bulan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Kedah Darulaman. Selama dua bulan juga rakyat menanti penuh minat apakah perubahan yang bakal dilakukan oleh Kerajaan yang diketuai Pas untuk menunaikan janji mereka, sepertimana yang terkandung dalam manifesto Pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Rupanya penantian ini penuh siksa. hingga kini apa yang dijanjikan bukan saja kabur tetapi makin tidak kelihatan. Natijahnya suhu rasa tidak puas hati semakin membuak-buak. Semuanya gara-rasa gagal menunaikan janji yang terkandung dalam manisfesto berkenaan.

Menurut sumber Pesatuan Peniaga Kecil (PPK), Kerajaan Negeri yang sebelum ini melaungkan dasar untuk membela nasib peniaga kecil nampaknya hanya satu janji untuk memancing politik. Hakikatnya, setelah hampir dua bulan isu peniaga kecil di depan Kompleks Pekan Rabu masih gagal di selesaikan.

"Apa lagi kami nak buat, masalah ni kami dah pi mengadu kat Exco dan Ahli Parlimen Pokok Sena. Depa kata pi lah berniaga, tak ada masalah, bila kami pi bukan gerai Penguatkuasa Bandaraya mai rampas barang kami, apa cerita ni..., pemimpin jenis apa macam ni," tegas Haji sofi Din yang juga ahli jawatankuasa PKK.

"Kami pi menghadap Menteri Besar, dia kata pi jumpa YB Taulan, pi jumpa Taulan dia kata tak tau, kalau tak reti buat kerja jangan jadi pemimpin letak lawatan jadi exco ramai lagi yang berkebolehan, jangan jadi beruk dapat bunga," kata lagi.

Sementara itu MBAS ketika dihubungi berkata, tindakan menghalang peniaga terbabit berniaga di kawasan letak kereta itu kerana bertentangan peraturan kerana ia menghalang laluan lalulintas.

Kata sumber itu lagi, MBAS tidak mendapat sebarang arahan daripada Kerajaan Negeri untuk memberi kebenaran kepada peniaga terbabit berniaga di kawasan itu.

"Kami hanya menjalankan tugas, sekiranya ada arahan kami laksanakan, setakat cakap mulut kami tak boleh terima tak kira samada dia exco ke siapa ka....", katanya.

Sementara Tinjauan kawasan depan Kompleks Pekan Rabu mendapati, pihak MBAS meletakkan lori di kawasan yang dijadikan tapak perniagaan oleh peniaga kecil.

Beberapa penguatkuasa berpakaian preman kelihatan mengawasi tempat berkenaan bagi memastikan tiagd peniaga yang membuka gerai di kawasan itu.

Langkah itu diambil bagi memastikan segelintir peniaga yang keras kepala menjalankan peniaga walaupun notis larangan berniaga dikeluarkan sebelum ini.

No comments: