Tuesday, April 8, 2008

JANGAN CUBA TUBUH NEGARA ISLAM - KATA KARPAL

Sehati sejiwa ......Menteri besar kedah bersalaman dengan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika megadakan kunjungan hormat di Wisma Darulaman, baru-baru ini. Pas dan PKR setuju tubuh negara islam namun ditentang oleh DAP. Apa dah jadi akhirnya pakatan berkenaan.
DAP TENTANG HASRAT PAS TUBUH NEGARA ISLAM.

Hanya beberapa Hari Dato Seri Anwar mengumumkan penubuhan pakatan pembangkang yang membabitkan PAS, DAP DAN PKR sudah wujud suara sumbang.
Tentangan terbuka keluar dari pengerusi DAP Karpal Singh yang secara terbuka menentang hasrat PAS untuk menubuhkan negara Islam.
tegas Karpal, PAS mesti menerima dan menghadapi kenyataan bahawa rakyat Cina dan India di negara itu tidak akan dapat terima kewujudan sebuah negara Islam atau pengenalan kepada undang-undang hudud.
Bagaimanapun, Karpal berkata DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini seperti yang termaktub mengikut Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya PAS tidak harus menyimpang daripada apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.
Karpal menyatakan demikian dalam satu kenyatan Isnin lalu sekaligus menafikan laporan media bahawa beliau memperkecil-kecilkan usaha kerajaan Kelantan untuk mempromosikan Islam seperti yang didakwa oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Ahli Parlimen TasikGelugur menambah, beliau membantah adalah hasrat PAS yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Beliau berkata tidak syak lagi bahawa kaum Cina dan India di Kelantan yang diterajui PAS berasa gembira "tetapi itu tidak bermakna mereka bersetuju dengan pewujudan sebuah negara Islam atau pengenalan kepada undang-undang hudud".
"Masanya sudah tiba untuk PAS menghentikan usahanya bagi menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan berusaha ke arah kepentingan semua rakyat negara ini tanpa mengira warna kulit, bangsa atau keturunan," kata Karpal.
Katanya, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata pada minggu lepas, PAS sepatutnya menjadi tunjang Pakatan Rakyat sekiranya parti itu mahu merealisasikan hasratnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam.
"Kenyataan Menteri Besar Kelantan bahawa saya memperkecil-kecilkan usaha kerajaan negeri Kelantan untuk mempromosikan Islam, adalah mengelirukan. Saya tidak pernah, pada bila-bila masa pun, memperkecil-kecilkan Islam. Kami tidak berbalah dengan PAS melainkan berhubung ideologi asas parti itu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan memperkenalkan undang-undang hudud," kata Karpal.
Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat ahad lalu mengkritik Karpal kerana mengatakan PAS tidak seharusnya bermimpi untuk menjadi tunjang Pakatan Rakyat yang dicadangkan itu dan mewujudkan sebuah negara Islam.
Nik Aziz turut menyifatkan kenyataan Karpal itu sebagai memperkecil-kecilkan usaha kerajaan negeri Kelantan untuk mempromosikan Islam.- agendadaily.

1 comment:

Anonymous said...

Semua ahli PAS sepatutnya sedar dari mimpi di siang hari bahawa rakan yang menjadi gandingan mereka untuk menumbangkan kerajaan BN sebenarnya merupakan musuh utama yang bakal membantutkan usaha PAS untuk menubuhkan negara Islam.Usahasama ini ternyatakan merugikan PAS kerana DAP akan mendapat lebih menfaat dari apa yang bakal diperolehi oleh PAS .Sangat sukar untuk melihat masa depan pakatan ini yang juga melibatkan PKR.Bagaimana PAS boleh bersekongkol dengan seorang pemimpin PKR
yang mempunyai keperibadian islam yang amat rendah? sedangkan bukti terpampang didepan mata?agak menghairankan.Nampaknya Usaha beliau untuk mempromosikan diri sebagai insan terinaya berjaya.Kena tanya Ust.Azzamuddin

anti hipokrit