Sunday, April 6, 2008

RM100 JUTA UNTUK TERNAK BABI DISELANGOR

Kontroversi penyiaran gambar lima ekor ‘babi panggang’ dalam laman web Ahli Parlimen Seputeh dan ADUN Kinrara, Selangor, Teresa Kok membawa kepada pengumuman oleh Teresa sendiri bahawa mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 2 April 2008 telah meluluskan peruntukan RM100 juta bagi tujuan pembinaan ladang ternakan babi moden.
Beliau yang mempersoalkan kenapa isu penyiaran gambar itu menjadi kontroversi melahirkan rasa gembiranya dengan keputusan kerajaan negeri itu memberitahu beliau mahu projek ini menjadi contoh kepada kerajaan negeri lainnya.
Dalam tulisannya juga beliau memberitahu, Exco yang bertanggungjawab dalam bidang pertanian ialah Yaakob Sapari dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan pakar dalam bidang pertanian moden.
Teresa memaklumkan keputusan mesyuarat Exco Selangor berkenaan ekoran kontroversi penyiaran gambar lima ekor ‘babi panggang’ di laman webnya semasa meraikan kejayaannya pada pilihanraya umum lalu di Salak Selatan.
Beliau melahirkan kehairanannya kenapa masyarakat terlalu sensitif dengan babi sedangkan katanya, beliau pernah melihat babi berkeliaran di kampung-kampung Melayu di Tumpat, Kelantan.
Namun, pemandangan babi berkeliaran di Tumpat biasanya hanya melibatkan perkampungan orang Siam yang beragama Budhha.
Penyiaran gambar tersebut telah mencetuskan komen-komen daripda pembaca yang mahu Teresa lebih sensitif dengan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Malah ada yang mengaitkan tindakan meletakkan lima ekor babi panggan seolah-olah menggambarkan kejayaan pembangkang menguasai lima negeri.
Tidak kurang juga yang menyifatkan penyiaran gambar berkenaan hanya menguatkan keyakinan orang ramai DAP yang mendakwa sebagai parti berbilang kaum sebenarnya adalah parti yang kuat `kecinaannya’.

No comments: