Wednesday, April 16, 2008

LAGI DESAKAN AGAR PM BERUNDUR

PAK LAH LETAK JAWATAN SEGERA- GELOMBANG KUAT MULA MELANDA SELANGOR DAN WILAYAH.

Gelombang desakan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur nampaknya berterusan di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Kain-kain rentang yang menggesa Abdullah menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak digantung di luar kawasan sebuah hotel di Subang Jaya yang menjadi tempat perjumpaan jawatankuasa pengurusan Umno, dengan ketua bahagian dari kedua-dua negeri berkenaan.

Kain rentang tersebut yang dipasang oleh gabungan ahli Umno Selangor, dengan jelas menyuarakan sokongan mereka supaya Najib mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan.

Mereka juga menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai timbalan presiden Umno.

Salah satu kain rentang tersebut berbunyi Kami sayangkan Pak Lah tetapi kami lebih sayangkan Umno.Manakala yang satu lagi berbunyi Segerakan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib dan Kami Sokong Najib sebagai presiden, Muhyiddin sebagai timbalan presiden.

No comments: