Wednesday, April 9, 2008

KUIL HINDU DI KEDAH BAKAL DAPAT GERAN HAK MILIK

Pelbagai manfaat dan kemudahan bakal diperolehi oleh masyarakat India di Kedah setelah teraju kepimpinan Kerajaan Negeri bertukar daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lepas.

Selain dari sami-sami Hindu, Cina dan Siam bakal memperolehi elaun bulanan seperti mana dinikmati pegawai-pegawai masjid, paling terbaru ialah tanah yang menempatkan kuil-kuil Hindu di Kedah akan mendapat geran hak milik masing-masing.

Difahamkan NGO yang mewakili masyarakat India di Kedah iaitu Malaysia Hindu Sangam (MHS) telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak baru-baru ini bagi membincangkan mengenai perkara itu.

MHS menuntut supaya geran yang menempatkan kuil-kuil Hindu ditulis atas nama kuil masing-masing. Difahamkan tuntutan itu adalah berasas kerana masyakarat India telah dijanjikan mengenai perkara itu oleh Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) ketika kempen pilihan raya umum ke-12 lepas.

Ketika ini, geran bagi semua kuil-kuil Hindu itu ditulis atas nama Setiausaha Kerajaan Negeri manakala masyarakat Cina membeli sendiri tanah bagi membina tokong-tokong mereka.

Masjid dan surau yang menjadi tempat ibadah masyarakat Islam pula berada di atas tanah wakaf yang dikelolakan Pejabat/Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Selain itu, turut diperbincangkan dalam pertemuan itu ialah masalah perobohan kuil Hindu akibat pembangunan, kekurangan penyertaan kaum India dalam sektor awam selain mayat bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan feri antara Langkawi dan Tanah Besar.

Perkembangan terbaru ini membuktikan betapa beruntungnya masyarakat India di Kedah berbanding Negeri-Negeri lain di Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

Saya menyanjung tinggi aspirasi kerajaan PAS negeri Kedah untuk menaikan taraf rumah rumah ibadat ketahap sebagai mana yang dinikmati oleh pegawai masjid dan surau khusus nya dari segi elaun dan kemudahan kemudahan lain.Ini dirasakan sebagai langkah permulaan dan selepas ini diharapkan juga kerajaan PAS dapat memberikan banyak kemudahan lagi bagi orang bukan islam yang selama ini dinafikan oleh kerajaan BN antaranya melonggarkan syarat bagi permohonan lesen kedai minuman keras,rumah urut,kelab kelab perjudian dan banyak lagi perkara yang releven dengan orang bukan islam.Kedah juga perlu mengikuti jejak langkah selangor yang berhasrat untuk mentenak babi secara besar besaran dengan menumbuhkan kilang-kilang memproses minuman keras yang boleh dijadikan sumber pendapatan kepada Negeri Kedah

apa yang PAS buat semua baik.