Tuesday, April 22, 2008

TERANGGANU DAH, KEDAH BILA LAGI.....

JANJI NAK HAPUS BIL AIR DI MASJID, SURAU DAN RUMAH IBADAT MASIH GAGAL DI LAKSANAKAN.

Terengganu telah membuat pengumuman menghapuskan bayaran bil air di masjid serta surau di seluruh negeri itu. Ia bertujuan meringanbeban rakyat disamping menyediakan kemudahan sewajarnya.

Keputusan yang diambil oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said dilihat tepat pada waktunya, diwaktu rakyat berdepan dengan ancaaman kenaikan pelbagai harga barang di pasaran.

Apa yang pelik, langkah seumpama itu sepatutnyaq diambil oleh Kerajaan Kedah pimpinan PAS.
Ia kerana, cadangan penghapusan bil air di masjid, surau dan urmah ibadat yang lain terkandung dalam manifesto yang ditaburkan kepada rakyat sebelum pilihanraya ke-12 di adakan.

Malangnya, hingga kini pimpinan Pas Kedah hanya bersikap diam seribu bahasa. Persoalan itu menjadi buah mulut di kalangan masyarat terbanyak di Kedah. Kenapa dan mengapa manisfesto itu tidak di laksanakan...

Sumber Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, PAS hanya pandai berjanji. Janji-janji yang ditaburkan kepada rakyat sebelum pilihanraya sebenarnya lebih kepada usaha memancing undi tanpa membuat kaji selidik. Mustahil bagi Kedah untuk melaksanakan janji itu memandangkan kos adalah tinggi dan Kedah tidak mempunyai pendapatan lain sebagai option bagi menampung kos berkenaan. Terangganu amat berbeza mereka ada duit royalti minyak dan sebagainya.

katanya, kalau Terangganu terpaksa menanggung kehilangan pendapatan sebanyak RM700,000 setahun kerana tidak mengenakan caj meter dan bayaran bil air terhadap masjid dan surau, di Kedah mungkin lebih.

1 comment:

Anonymous said...

Kerajaan baru Kedah kena la melaksanakan apa yang dia janji, jangan janji tinggai janji saja, bila tanya kami tak boleh buat sebab kami tak perintah negara, betui betui cakap pilihanraya saja