Thursday, May 29, 2008

CHE HAD DILANTIK AHLI LEMBAGA PENGARAH GLC UTAMA DI KEDAH.

MB LULUS PROJEK LOMBONG BIJIH DI GURUN. DULU BERNILAI RM 3.5 JUTA SEKARANG HANYA RM 3 JUTA, SETENGAH JUTA LAGI PERGI MANA...?.

Pendedahan ceritayan mengenai peranan Che Had di belakang tabir Menteri Besar Kedah kini terjawab apabila beliau disahkan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat utama milik Kerajaan Negeri Kedah.
Che Had yang bekerja di sebuah syarikat jurunilai di bangunan Pas sememangnya ahli Pas dilantik sebagai Ahli lembaga Pengarah PKNK, Permodalan Kedah berhad, Bina Darulaman serta beberapa syarikat utama GLC lain. Perlantikan beliau dibuat oleh Menteri Besar selaku pengerusi di syarikat GLC berkenaan.
Menurut sumber dalaman GLC, perlantikan itu bertujuan mengawasi perjalanan GLC berkenaan.
Bagiamanapun pemerhati politik dalaman Pas tidak menolak kemungkinan perlantikan Che Had bertujuan menjaga kepentingan Ustaz Azizan terutama dalam memastikan beberapa projek mega yang bakal dijalankan. Beliau juga akan berperanan untuk mengumpul dana politik kepadaUstaz Azizan.
Segelintir ahli Pas yang mengikuti perkembangan itu tidak dapat membendung rasa kecewa berikutan perlantikan Che Had. Bagi mereka, Che Had hanya sebahagian daripada Pas, tetapi yang penting Pas bukan Che Had. Sambil mengakui Che Had mungkin seorang yang profesional dalam bidang yang beliau ceburi, tetapi Ustaz Azizan tidak sewajarnya menjadikan Che Had sebagai satu intitusi macam Pas.
"Adalah tidak adil untuk menjadikan Che Had sebagai sebuah intitusi, kerana kami juga ahli Pas yang menyokong dan mengundi Pas', tegas pemerhati itu yang tidak mahu namanya di siarkan.
Dalampada itu, sumber Wisma Darulaman memaklumkan Che Had terbabit dalam projek lombong bijih bernilai RM 3.5 juta di Gurun yang dikendalikan oleh PKB. Projek berkenaan telah lama dicadangkan, tetapi tidak dapat diteruskan kerana beberapa masalah teknikal.
Bagaimanapun selepas Pas mengambilalih pentadbiran KerajaanNegeri, Che Had dikatakan segera mendapatkan salinan cadangan projek itu dan mengemukakan kepada MB untuk kelulusan.
Difahamkan nilai projek itu telah dikurangkan kepada RM3 juta bukanya RM3.5 juta sepertimana cadangan asal. Berikutan itu timbul persoalan mana pergi setengah juta ringgit lagi. Siapa yang bertanggungjawab atas kehilangan setengah juta ringgit lagi. Semua ini hanya Che Had dan Ustaz Azizan yang dapat jawab.....

Wednesday, May 28, 2008

BELUM DAPAT SURAT SEBAGAI SS

DATO SYED UNAN DALAM DILEMA .

Titah Sultan sudah, Mesyuarat Excopun sudah.....Tapi sampai sekarang Dato Syed Unan Masri Syed Abdullah belum dapat surat bagi menyambung khidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.
Punca kelewatan dikatakan keengganan Menteri Besar menuruti Titah Sultan yang mahu khidmat Syed Unan di sambung selama enam bulan lagi. Ustaz Azizan dilaporkan hanya bersetuju untuk menyambung kontrak Dato Syed Unan selama tiga bulan saja.
Berikutan itu, Mesyuarat yang membincangkan agenda perlantikan itu yang dipengerusikan oleh Ustaz Azizan dikatakan `hangat' dan mengambil masa hampir dua jam.
Sumber Istana memaklumkan, tindak tanduk Ustaz Azizan benar-benar mengecewakan Istana.
Meskipun Sultan mengambil sikap berdiam diri, baginda sentiasa mengikuti perkembangan itu dari dekat.
"Baginda bukan seorang yang bersikap gelojoh atau panas baran, setiap langkah yang diambil dilakukan dengan penuh teliti danbijaksana. Sebab itu Baginda sentiasa cool," jelas sumber Istana lagi.
Bagaiamanpun kini terpulang kepada Ustaz Azizan.

BELANJA SETENGAH JUTA LAWAT MESIR

BELANJA WANG GLC BAWA PENGIKUT MAKAN ANGIN DI MESIR.

Kerajaan Kedah yang diterajui Ustaz Azizan yang baru dua bulan mentadbir negeri Jelapang Padi hari ini (28 Mei 2008) akan mengadakan lawatan ke Mesir.
Lawatan yang membabitkan lebih 200 ahli rombongan itu disandarkan kepada urusan mencari pelabur timur tengah untuk menambah pelaburan yang sedia ada.
Menurut sumber Wisma Darulaman, lawatan yang julung kali diketuai oleh Ustaz Azizan itu mempunyai beberapa agenda.
Antaranya menemui pelajar dan sumber dari Mesir mengesahkan Menteri Besar dan beberapa VIP akan menaiki kapal mewah menyusuri Sungai Nil. Paling mengejutkan ketika berada dalam kapal mewah itu Menteri Besar dan VIP akan disediakan dengan makanan timur tengah khususnya Mesir dan tarian g......
Perkembangan itu kata pemerhati politik jelas bertentangan apa yang diperjuangkan oleh Pas selama ini.
Katanya, sekiranya agenda itu berjalan mengikut jadual bermakna, Menteri Besar dan tetamu VIP yang lain bolehlah diketegorikan sebagai `hipokrit' kerana di depan rakyat mereka berlagak alim, tetapi di luar negara sebaliknya yang berlaku.
Sememangnya, pimpinan Pas bijak dalam memberi alasan, tetapi rakyat sekarang semakin bijak membuat penilaian, kalau alasan sekadar itu budaya orang timur tengah, rakyat sudah semakin muak dan jelak.
Sumber Wisma Darulaman sendiri mengesahkan, sebahagian besar ahli rombongan bukanya kakitangan kerajaan yang bekerja keras dalam mengatur kedatangan pelabur, sebaliknya mereka yang dikatakan bekerja keras embantu Pas pada pilihanraya umum ke-12 lalu. Dalam erti kata lain, lawatan ke Mesir boleh dianggap sebagai `hadiah' kepada mereka yang dikatakan menjadi tulang belakang kepada kemenangan Pas pada pilihanraya umum lalu.
Kata Pemerhati politik, perkara seumpama itu semamangnya lumrah bagi mana-mana Kerajaan untuk membawa petugas pilihanraya ke luar negara, tetapi tindakan Pas ini dianggap keterlaluan kerana Ustaz Azizan membelanjakan SETENGAH JUTA RINGGIT bagi tujuan lawatan itu. Lebih mengejutkan, wang yang dibelanjakan itu diambil dari Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).
Tegasnya, Keputusan Ustaz Azizan bukan saja tidak bijak malah boleh menimbulkan kemarahan rakyat yang dengan sewenang-wenangnya membelanjakan wang hanya untuk membawadua tiga kerat pengikut beliau yang dikatakan orang kuat Pas.

Saturday, May 24, 2008

PERLANTIKKAN KCS SEBAGAI PENGARAH JHEAIK USTAZ AZIZAN ADA AGENDA TERSEMBUNYI KUKUHKAN PAS.

islam menjadi lambang pemerintahan Kerajaan kedah sejak dulu lagi...bayangkan sekiranya islam yang diuruskan oleh Pegawai tadbir agama kini diuruskan oleh KCS. Apa akan jadi akhirnya.

Selepas 50 hari mengambilalih pentadbiran Kerajaan negeri Kedah, Pas yang diterajui Ustaz Azizan melakukan perubahan yang dianggap untuk memperkukuhkan kedudukan khususnya bagi menarik minat ahli-ahli agama menyertai Pas.
Antara keputusan yang dibuat ialah melantik KCS sebagai Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) . Sebelum ini Pengarah JHEAIK dilantik dari kalangan Pegawai Tabdir Agama Negeri.
Berikutan keputusan itu, sebahagian besar Pegawai Tadbir Agama Kecewa dan merasa diketepikan kerana Ustaz Azizan yang dilihat seolah-olah memisahkan agama dan pentadbiran. Kekecewaan itu paling dirasai oleh Sheikh Abadullah Awang Sa yang sepatutnya menjawat jawatan berkenaan tahun depan (2009).
Menurutu pemerhati JHEIK, keputusan itu juga akan menyebabkan sejumlah peruntukkan baru diperlukan dan ia dianggap sebagai satu pembaziran. Perlantikan Pengarah JHEIAK dikalangan KCS dilihat tidak mengambil kira pandangan ahli agama memandangkan Pada masa ini Setiauasaha JHEAIK juga dikalangan KCS.
Jelasnya, jawatan Pengarah dan Setiausaha JHEAIK sewajarnya diberikan kepada Pegawai Tadbir Agama kerana mereka bukan saja arif dalam selok belok soal agama tetapi lebih memahami kehendak dan masalah masyarakat berbanding pegawai KCS.
"Semua orang tahu KCS adalah pentadbir, mereka bukanya mahir dalam soal hukam hakam, jadi kalau mereka jadi pengarah macamana nak buat keputusan sekiranya ia memerlukan hukum membabitkan soal-soal keluarga islam dan sebagainya" kata pemerhati itu lagi.
Seorang tokoh agama yang disegani yang turut mengulas perkembangan itu berkata, tidak layakkah Pentadbir agama yang ada di Kedah ini untuk dilantik jadi pengarah. saya rasa keputusan Ustaz Azizan itu ada hubungkait dengan usaha menarik minat golongan agama menyokong Pas dan bukannya beetujuan untuk memantapkan pentadbiran JHEAIK.
Pandangan itu jika diteliti ada kebenarannya kerana Pas yang melaungkan perjuangan bersama Islam masih goyah dari segi sokongan khususnya di kalangan Pentadbir Agama.
Usaha itu kata tokoh agama terbabait,tidak akan berjaya kerana mereka yang tidak tahu soal agama dilantik untuk mentadbir soal-soal agama. Ini jelas membuktikan Ustaz Azizan mempunyai agenda tersirat di sebalik keputusan berkenaan.

EXCO BATAL KEPUTUSAN MB UNTUK ROBOH KUIL DI JITRA


Tindakan salah seorang exco membatalkan keputusan Menteri Besar Kedah berhubung meruntuhkan sebuah kuil di Jitra dalam daerah Kubang Pasu baru-baru ini menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan rakyat.

Lebih mengelirukan apabila pengurusan Majlis Daerah Kubang Pasu turut tunduk kepada keputusan exco berkenaan, meskipun telah menerima surat arahan daripada Menteri Besar agar kuil berkenaan diruntuhkan .

Beberapa penduduk di Jitra memaklumkan, tindakan exco berkenaan jelas bertentangan dengan keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar. Natijahnya, rakyat bukan saja keliru malah mula mempertikaikan siapa sebenarnya mempunyai kuasa mutlak dalam menyelesaikan isu terutama membabitkan masyarakat bukan Islam.

"Nampaknya masyarakat bukan islam menolak keputusan MB, sebab itulah Exco pun berani membatalkan keputusan MB" tegas seorang ahli jemaah Kubang Pasu dari Lubuk Kawah yang begitu kecewa dengan perkembanagn itu.

Sumber pejabat Menteri Besar pula memaklumkan, surat arahan bagi meruntuhkan kuil berkenaan telah dikeluarkan kepada Majlis Daerah Kubang Pasu.

Menteri Besar telah memberi kebenaran agar kuil berkenaan di runtuhkan kerana menghalang laluan orang ramai. MDKP juga diarah membayar sejumlah wang pampasan kepada pihak terbabit.

Bagaimanapun Exco yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal masyarakat bukan islam dikatakan menghalang kerja-kerja merobohkan kuil itu selepas di desak penganut agama hindu sekitarnya .

"Nak bincang apa lagi, kami dah siap sedia nak roboh atas arahan MB, tiba-tiba dia kata satu lagi mesyuarat perlu diadakan...kami sebagai pekerja MDKP keliru siapa sebenarnya yang lebih besar MB atau Exco" kata salah seorang pekerja MDKP yang terbabit dalam operasi meruntuhkan kuil berkenaan.

Wednesday, May 21, 2008

GILIRAN MB KEDAH PULA JADI PENDERHAKA


SIKAP KERAS KEPALA USTAZ AZIZAN MELETAKKAN NAMANYA SEBARIS DENGAN KARPAL SINGH ...PENDERHAKA KEPADA SULTAN.

MENGENEPIKAN TITAH SULTAN AGAR KHIDMAT DATO WIRA SYED UNAN DISAMBUNG KONTRAK ENAM BULAN LAGI.

Selepas sikap biadap Karpal Singh yang mempertikaikan hak KDYMM Sultan Perak secara terbuka kini tiba pula giliran Menteri Besar Kedah.

Seakan satu sindrom di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, Ustaz Azizan yang baru memegang tampuk pemerintahan negeri Kedah mula menampakkan sikap biadapnya terhadap KDYMM Sultan Kedah.

Semuanya berpunca dari sikap keras kepala Ustaz Azizan yang menolak menolak hasrat KDYMM Baginda Sultan Kedah yang mahu khidmat Dato Wira Syed Unan Masri Syed Abdullah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri di sambung selama enam bulan lagi.

Menurut Sumber Istana, Baginda Sultan Kedah sendiri telah menitahkan agar khidmat Dato Wira Syed Unan disambung bagi tempoh enam bulan lagi . Dato Wira Syed Unan sepatutnya bersara pada bulan ini (Mei 2008).

Bagaimana sumber wisma darulaman memaklumkan, Ustaz Azizan hanya membernarkan tempoh khidmat Syed Unan untuk tiga bulan saja. Keputusan itu dikatakan dibuat dalam mesyuarat majlis Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Keputusan itu jelas bertentangan dengan titah baginda Sultan Kedah sekaligus membuktikan Ustaz Azizan kini meletakkan dirinya dalam senarai penderhaka.

Sumber terkini turut memaklumkan kelewatan pejabat Menteri Besar Kedah mengeluarkan surat tawaran menyambung kontrak kepada Dato Wira Syed Unan antara kerenah birokrasi yang mempunyai agenda tertentu dalam usaha melewat-lewatkan perlantikan beliau.

MBAS `BLOCK' CERITAYAN DAN EVENINGINNORTH


ISU TESCO BEROPERASI TANPA C.F BUKAN LAGI MENJADI RAHSIA. MALAH BPR DIKATAKAN BERSIAP SEDIA UNTUK MENYIASAT DATO BANDAR MBAS UNTUK MENGETAHUI KEMUNGKINAN WUJUD UNSUR-UNSUR SUAPAN .
Pihak pengurusan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) mengambil keputusan menghalang capaian blog ceritayan dan eveninginnorth di kalangan kakitangannya, dalam usaha mengelak mereka mengetahui pelbagai kelemahan dan kepincangan yang di dedahkan dalam dua blog berkenaan.

Sumber dalamam MBAS memaklumkan, bahagian IT telah diarah oleh Dato Bandar untuk menghalang capaian kedua-dua blog berkenaan dalam usaha menghalang kakitangan mengetahui kepincangan yang berlaku dalam MBAS.

Eveninginnorth dan ceritayan sebelum ini membuat pendedahan pelbagai isu membabikan MBAS serta meminta campurtangan BPR untuk siasatan lanjut.

Antara isu yang didedahkan ialah sistem meletakkan kenderaan yang tidak sistematik serta bercanggah dengan peraturan, sikap segelintir kakitangan yang menjadi `merak bus' selepas Pas memerintah Kedah serta pusat membeli belah jualan murah TESCO yang beroperasi tanpa C.F.

Beberapa kakitangan MBAS yang tidak mahu nama mereka disiarkan berkata, laporan yang disiarkan dalam dua blog berkenaan ada kebenarannya, justeru Dato Bandar mula bimbang dengan pendedahan itu yang sekaligus boleh menjejaskan reputasinya.

Namun pada masa yang sama mereka mengakui, tindakan itu tidak menghalang kakitangan mendapat maklumat yang mengandungi kebenaran itu diluar.

Mereka bagaimanapun masih bebas melayari dua blog berkenaan untuk mengetahui segala kepincangan yang dilakukan dalam pengurusan MBAS di luar pejabat melalui siber cafe dan sebagainya.


Sunday, May 18, 2008

TESCO BEROPERASI TANPA CF DATO BANDAR MBAS WAJAR DI SIASAT BPR


BPR PERLU SIASAT DATO BANDAR KEMUNGKINAN ADA UNSUR SUAPAN DALAM USAHA TESCO MENDAPATKAN C.F.

Masyarakat di sekitar Alor Star menyambut baik keputusan rangkaian pasaraya jualan murah terbesar di Malaysia, TESCO kerana membuka cawangannya di bandar ini beberapa hari lalu selepas Sungai Petani.

Pembukaan pasaraya berkenaan dilihat tepat pada masanya, ketika orang ramai berdepan dengan krisis kenaikan harga pelbagai barangan termasuk makanan ruji Asia, beras.

Namun di sebalik kegembiraan itu, ramai yang berkunjung ke Tesco tidak sedar mereka bakal berdepan dengan bahaya yang tidak diduga. Ia berikutan pembukaan Tesco sebenarnya tidak melalui prosidur dan peraturan yang ditetapkan.

Ini terbukti apabila pasaraya berkenaan beroperasi tanpa kebenaran C.F (sijil layak menduduki). Ramai tidak menyedari tanpa C.F orang ramai yang mungkin di timpa bencana mereka tidak dilindungi insuran. Dalam bahasa paling mudah "mereka mungkin akan mati katak" sekiranya di timpa bencana ketika berkunjung ke pasaraya berkenaan.

Jurucakap Majlis Bandaraya (MBAS) memaklumkan, tiada sebarang permohonan untuk mendapatkan C.F daripda pengurusan pasaraya berkenaan.

"Macamana nak pohon C.F jalan masuk ke pasaraya berkenaan masih dalam pembinaan" tegas beliau yang memaklumkan tanpa jalan masuk yang sempurna adalah mustahil C.F akan dikeluarkan kerana ia menjadi syarat utama mendapatkan C.F.

Ejen yang melobi untuk mendapatkan C.F bagi pihak pengurusan pasaraaya berkenaan dilaporkan menemui Dato Bandar MBAS, Dato Mukthi Abdullah dua hari sebelum pasaraya berkenaan dibuka. Mereka dikatakan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan C.F sementara kerana `dateline' untuk membukapasaraya berkenaan semakin hampir.

"Mustahilmendapatkan C.F dalam tempoh hanya dua hari," jelas jurucakap berkenaan.

Perkembangan itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat setempat yang mendakwa MBAS mengamalkan sikap `double standard' dalam mengeluarkan C.F.

Justeru mereka mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) campurtangan menjalankan siasatan khususnya terhadap Dato Bandar Kemungkinan berlaku suapan hingga membolehkan C.F dikeluarkan kepada Tesco.


Tuesday, May 13, 2008

SIAPA CHE HAD...?




SEMUA CADANGAN PROJEK DI KEDAH PERLU MENDAPAT `ENDORSEMENT' CHE HAD.

Siapa Che Had..? itulah persoalan yang bermain di kalangan kontraktor di Kedah dan di seluruh negara. Nama beliau tiba-tiba muncul di sebalik keghairahan Kerajaan Negeri pimpinan Ustaz Azizan merancang pembangunan di Kedah, selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Seorang kontraktor yang tidak mahu namanya dikenali memberitahu, sumber wisma darulaman berkata, apa juga cadangan projek pembangunan di Kedah perlu mendapat endorsement Che Had terlebih dahulu sebagai pra-syarat kelulusan oleh Kerajaan Negeri.

Syarat ini diperkenalkan oleh Pejabat Menteri Besar Kedah dan sekiranya tanpa endorsement Che Had cadangan yang dikemukakan kepada Menteri Besar tidak akan dilayan.

Menurut sumber Pejabat Menteri Besar, langkah itu diambil bagi membolehkan Che Had yang mempunyai hubungan erat dengan Uztaz Azizan mengumpul dana politik untuk beliau.

Ramai yang teranya-tanya siapa Che Had yang begitu berkuasa sekali. Adakah beliau seorang Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) atau Pengarah Pembangunan Negeri (SDO)..? atau orang kanan yang menjaga dan mengendalikan dana politik Ustaz Azizan atau orang tengah yang mengambil kesempatan dari hubungan baik dengan Uztaz Azizan yang bertindak sebagai pelobi..? .

Biarpun siapa Che Had, perkembangan ini tidak mengejutkan dan memang telah dijangka oleh banyak pihak. Ia kerana selain mempunyai hubungan akrab dengan Ustaz Azizan Che Had adalah pemilik kepada sebuah syarikat jurunilai yang mmempunyai pejabat di Bangunan Pejabat Pas negeri Kedah.

Selepas Pas berjaya mengambil alih pentadbiran negeri Kedah, Che Had telah diberi kepercayaan oleh Ustaz Azizan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah (PKNK) serta beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri yang lain.

Perkembangan ini menurut sumber dalaman Pas, mula mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan anggota Pas yang lain termasuk Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Mahfuz Omar serta beberapa ahli Exco Kerajaan Negeri.

KRISIS KEWANGAN MBAS SEMAKIN TENAT


Bila dan sampai bila penyelesaiannya?

Apabila Alor Star di naiktarafkan kepada Bandaraya Alor sudah tentunya warga Bandaraya Alor Star mengharapkan sesuatu perubahan dari segi susun atur bandarnya, perkhidmatan perbandaran dan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam kelas pertama di dalam Bandaraya Alor Star daripada MBAS secara khususnya dan juga Kerajaan Negeri Kedah secara amnya.

Di dalam mengambil kira pengharapan ini sudah tentunya memerlukan dana kewangan bagi menjana pembangunan dan perkhidmatan yang terbaik di samping itu juga tidak melupakan soal pembangunan insan.Ana sebagai warga Bandaraya Alor Star terpanggil untuk memberi pendapat yang tak seberapa ini mengenai kewangan MBAS walaupun ana ini bukannya ahli ekonomi yang tahu sangat selok-belok tentang ekonomi.

Di sini ada beberapa pengamatan ana secara luaran yang ana ingin utarakan.Pelan Pemulihan KewanganPertama, sejak mula MBAS di dalam ambang krisis kewangan ana tidak nampak pentadiran MBAS begitu serius di dalam memulihkan kewangannya seolah-olah semacam orang menyerah nasib pada takdir tanpa usaha yang disusuli tindakan yang sewajarnya.

Kalau adapun cuma penyelesaian di atas kertas sahaja seolah-olah melepas batuk di tangga sahaja dan di laksanakan secara bermusim sahaja umpama sekali diketuk sekali terjaga ...

Penyelesaian yang nampak ketara sedikit ialah kutipan tunggakan cukai pintu yang bernilai berjuta-juta tetapi dirasakan gagal dikutip sepenuhnya kerana ada tunggakan yang sudah lapuk.

Penyelesaian kutipan tunggakan bukannya mudah semudah air mengalir tetapi memerlukan komitmen yang tinggi dan tindakan penguatkuasaan tanpa mengira bulu dan arahan talian hayat. ..Sebenarnya MBAS memerlukan tindakan radikal bukannya cara biasa-biasa sahaja.

Mengapa ana mengatakan begini , tindakan tanpa pelan pemulihan ibarat mencurah air di daun keladi apabila bercakap hal ini , ana berharap pihak pentadbiran MBAS mencontohi langkah yang di ambil oleh MAS di dalam memulihkan kedudukan kewangan mereka .

MAS telah melantik The Boston Consultancy Group untuk membuat kajian mengenai kedudukan semasa MAS dan meneliti perkara-perkara yang diperlukan untuk mengembalikan MAS agar memperoleh keuntungan, ini menunjukkan MAS benar-benar komited di dalam menyelesaikan krisis kewangan mereka.

MAS membentangkan pelan pemulihan dengan mengambil kira langkah yang efektif di dalam menyelesaikan krisis kewangan mereka tetapi MBAS minta maaf ana tidak nampak satu pelan pemulihan yang dibentangkan untuk di ambil tindakan sewajarnya satu persatu dengan mengambil kira perkara yang memberi impak di dalam pemulihan kewangan MBAS.

Mungkin di sini bezanya pemikiran MAS adalah secara korporat dan MBAS secara pentadbiran Kerajaan. Dalam hal ini sudah sampainya pentadbiran MBAS hendaklah mempunyai anjakan berfikir secara korporat jika mahu mengubah nasib yang lebih baik terutama Jabatan Kewangan hendaklah lebih proaktif selaras penyusunan semula organisasi jika tidak pi mai pi mai macam tu juga bukan ”hanya menerima wang dan bayar wang sahaja” tetapi lebih daripada itu untuk menjana kewangan MBAS.

Jabatan Kewangan perlu menjadi pencetus dan perancang utama di dalam hal ini kerana masa sudah berubah dulu lain sekarang lain maka cabaran semakin bertambah ayuh bangunlah daripada tidur yang panjang, ubahlah secara berfikir dan lebih bertanggungjawab di dalam soal meningkatkan kewangan MBAS.

Jika tidak pihak pengurusan MBAS menaiktarafkan Bahagian kepada Jabatan adalah satu perubahan sia-sia sahaja kerana tidak memberi kesan apa-apa pun kepada MBAS jika yang berubah hanya pangkat dan elaun sahaja.

Langkah-langkah yang telah diambil hendaklah dibentangkan untuk mengetahui keberkesanannya dan dibuat penambahbaikan.Audit KewanganKedua, melaksanakan audit kewangan terhadap hasil pendapatan MBAS supaya dapat diketahui kebocoran hasil.

Mengapa ana mengatakan begini kerana apa yang dilaksanakan di MBAS pada setiap tahun hanyalah audit tadbir urus sistem kewangan sahaja iaitu adakah mematuhi amalan piawaian perakaunan ataupun tidak jika mematuhi akan diberikan Sijil Bersih daripada Jabatan Audit. Ini hanya audit prinsip perakaunan .

Jika mendapat Sijil Bersih inilah menjadi kebanggaan Jabatan Kewangan yang sebenarnya umpama menang sorak kampung tergadai . Jabatan Kewangan kadangkala terlupa akan tanggungjawab yang lebih besar iaitu RM, RM dan RM yang perlu ada di dalam akauan MBAS.Di sini di maksudkan dengan audit kewangan ialah dalam konteks pengurusan hasil oleh setiap Jabatan yang terlibat dengan hasil dibimbangi tidak beroperasi seperti yang sepatutnya. Produktiviti mengecewakan.

Tahap perkhidmatan juga mengecewakan yang menyumbang kepada susutnya prestasi secara keseluruhan terutama yang melibatkan hasil pendapatan kepada MBAS.Audit kewangan yang perlu di beri perhatian utama oleh MBAS ialah hasil tempat letak kereta dan hasil cukai pintu melalui penilaian cukai pintu kerana hasil inilah yang memberi sumbangan yang paling tinggi selain perancangan pembangunan.

Dalam hasil tempat letak kereta, ana rasa sudah sekian lama pihak MBAS tidak mendapat apa yang sepatutnya hasil yang dapat dan perkara-perkara semacam ini pihak MBAS tidak perlu berkompromi kerana ini melibatkan masa hadapan dan maruah MBAS.

MULA AGIH GELARAN..



BARU BEBERAPA HARI JADI YB DAN SIBUK CARI GELARAN. KERJA DAN BUKTIKAN KEMAMPUAN BIAR SULTAN TENTUKAN SIAPA LAYAK MENDAPAT ANUGERAH.

Tak lama lagi hari Keputeraan KDYMM Sultan Kedah Darulaman. Persiapan giat diatur dan berjalan mengikut perancangan. Paling sibuk pastinya di kalangan petugas istana yang berusaha melakukan yang terbaik untuk KDYMM Sultan yang disayangi.

Di sebalik kesibukan itu, seorang rakan Ana berkunjung ke Wisma Darulaman baru-baru ini. Sahabat Ana ini boleh dikatakan rapat juga dengan YAB Menteri Besar, Ustaz Azizan. Maklumlah sama-sama berjuangan untuk membangunkan Pas di Kedah.

Sesampai di Wisma Darulaman, rakan Ana singgah d Kafeteria. Nampak semua yang sedang minum sibuk membincangkan persiapan Hari Keputteraan Sultan Kedah.Dari kakitangan bawahanhingga kepada ahli-ahli yang berhormat bergelak Exco.

Ketika minum rakan Ana terdengar topik perbincangan beberapa ahli-ahl yang berhormat membinmcangkan topik yang sama.Sebahagiab besar topik perbincangan mereka terarah kepada sambutan hari keputeteraan Sultan Kedah. Rakan Ana sungguh bangga kerana Kerajaan baru begitu prihatin dengan Sultan.

Namun, selepas telinga di pasang betul-betuk rakan Ana mula rasa terkilan. Mereka bukan membincangkan sambutan hari keputeraan Sultan Kedah tetapi sebenarnya mereka sibuk membincangkan siapa yang bakal menerima gelaran Dato itu, Dato ini hinggalah ke gelaran palng bwah.

Mereka sibuk mambahagi-bahagikan pingat dan gelaran. Yang jelas mereka mula mengintai apakah ada peluang untuk mendapat gelaran Dato dan sebagainya sempena Hari Keputeraan kali ini.

Kawan Ana mula jelak melihat tingkah laku ahli-ahliyang berhormat yang berusi setahun jagung itu. Hasrat nak bertemu MB tiba-tiba jadi pudar. Lepas bayar rakan Ana keluar terus menuju jalankeluar dan balik rumah. Dalam kepala dia berfikir baru beberapa hari jeadi ahli yang berhormat sibuk mengejar gelaran sedangkan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat langsung tidak dihiraukan.

Pemimpin jenis apa ni..depan rakyat cakap lain belakang rakyat buat lain. Jasa tak payah di sebut la..apa lagi pengorbanan bangunkan negeri tetapi yang penting bagi mereka ialah gelaran dan kedudukan.

Di sebalik kekecewaan itu, rakan Anapun menghantar SMS kepada Ustaz Azizan ringkas tapi penuh makna.
'Habaq kat anak buah ustaz kerja dan bukti dulu kemampuan bab gelaran biar Sultan yang tentukan".

PENIAGA TEPI KEDAH SUPERMARKET VS PENIAGA TEPI JEJANTAS PEKAN RABU



KEDUDUKANNYA HANYA BERSEBELAHAN TETAPI KEPUTUSANYA BERBEZA.......APAKAH ADA 'DOUBLE STANDARD' DALAM PENGURUSAN MBAS .
Dengaq cerita hari tu kecoh dalam surat khabar isu pasai penguatkuasa MBAS ambil tindakan terhadap peniaga jalanan di tepi jejantas Pekan Rabu sampai nama YAB Menteri Besar pun turut terbabib dalam hal sekecil ini .

Cuma yang peliknya berniaga di tempat letak kereta di tepi Kedah Supermarket tu boleh pula dan yang lawaknya dah jadi hak milik kekal peniaga-peniaga di situ. Psstt ... nak tanya MBAS atas nama lesen, syarat dan undang-undang kecil apa yang depa tu beniaga sejak sekian lama sejak zaman tok nadoq lagi . Jangan jawab kat di sini , jawablah lah kat warga Bandaraya supaya depa tak keliru dengan benda-benda serabut macam ini agar tidak menjadi sindiran oleh orang ramai.

Kes penjaja di tepi jejantas pekan Rabu, Majlis sampai kena parking lori penguatkuasa 24 jam kan situ, ini apa kes banyak sangat ka lori Majlis. Awat tempat tu saja ka nak buat penguatkuasaan. Yang hairan kenapa pihak Majlis kena bagi perhatian yang tersangat serius kat situ.

Dok usha lokasi tu, tengok tak ada bezanya cuma bezanya depa yang meniaga kat tepi Kedah Supermarket buat khemah ala arabic kononnya depa ada standard tapi standard apa kalau dah macam khemah orang nak buat kenduri lebih-lebih lagi tempat tu adalah parking kereta dah la Bandaraya Alor Star kekurangan tempat letak kereta yang dok pi tambah kilo masalah tu buat apa… Yang hairan bin ajaib pihak MBAS tak kesah pun macam tak ada apa-apa pun bagi Majlis. Apakah Majlis ni prihatian dengan persekitaran atau tidak, Bahagian dok jaga orang beniaga ni dok ronda-ronda ka atau pun ronda-ronda cari makan atau pun isi poket.

Yang tak bestnya, Dengaq cerita daripada peniaga-peniaga, Bahagian dok jaga orang beniaga nie buat kerja pilih bulu yang mana puak depa, depa pejam mata yang mana bukan orang depa, depa buat pasailah keluar notis, rampas barang dan runtuh. Kalau sekali imbas ada juga kebenarannya macam peniaga-peniaga dok cherita sakan sebelum nie, ya la bila kita tengok tempat yang tak boleh beniaga kita tengok orang dok beniaga tapi setengah tempat depa Majlis pi buat penguatkuasaan…

Cuma yang tak syok tengok setengah-setengah boleh dan ½ tak boleh kalau daripada pengamatan kasar lebih kurang aja sama tempat boleh dan tak boleh … tu yang menyebabkan orang suspect ada main belakang ka atau UPP (uloq pelan-pelan) atau ada talian hayat yang digunakan ( kenai orang besaq/ politik). Di mana rasionalnya dan ketelusan?

Bila MBAS tak konsisten di dalam proses penguatkuasaan maka terjadilah budaya “double standard” yang menjadikan haru biru bab-bab peniaga nak cari makan. Pasai la nie banyak orang Alor Star menjadikan meniaga nie punca rezeki depa untuk nak bela anak bini. Jadi bila ada gula di situlah ada semut oleh itu depa ini beniagalah rata ceruk yang dirasakan tempat tu jadi tumpuan orang ramai

Apapun pihak yang berwajib tepuk dada jangan tanya kuasa tanyalah akta .. kalau buat apa-apa pun pikiaq demi kesejahteraan negeri . Biaq keputusan yang di buat orang ramai tak boleh pertikai dan tidak menjadi sindiran. Jangan ingat orang ramai tidak nampak apa yang dibuat pasai la nie banyak orang dah berilmu dan berfikiran luas yang menilai setiap kerja buat kerajaan. Fikir-fikirlah jangan fikir sendiri saja fikirlah demi agama, rakyat dan negeri.- Petikan dari email yang dihantar oleh peniaga yang mendakwa beliau teraniaya kepada ceritayan@yahoo.com

TERBONGKAR...KENAPA USTAZ AZIZAN TOLAH PERUNTUKKAN REPAIR RUMAH TAMAN BAYU



Gimik politik murahan .....Ustaz Azizan menolak peruntukkan bagi membina pondok keselamatan dan pagar rumah beliau di Taman Bayu, Jalan Sultanah kerana rumah bukan nama beliau.
Kisah Menteri Besar Kedah menolak peruntukkan Kerajaan Negeri untuk membaiki pagar dan ubahsuai dalam rumah beliau di Taman Bayu, Jalan Sultanah nyata mencuri perhatian rakyat pada mulanya. Ramai kagum serta memuji keputusan beliau yang kononya tidak mahu menghabiskan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Namun di sebalik cerita itu, kami mendapati punca sebenar kenapa Ustaz Azizan menolak peruntukkan itu lebih mirip kepada gimik yang bertujuan meraih sokongan politik murahan.

Selepas menjalankan siasatan di kalangan rakan-rakan terdekat Ustaz Azizan, kami mendapati punca sebenar-sebenarnya beliau berbuat demikian.

1. Menteri Besar itu kononya menolak peruntukkan yang disediakan kerana rumah berkenaan bukanya rumah beliau (secara automatik beliau tidak layak mendapat kemudahan yang disediakan).

2. kerja-kerja pengubahsuai yang mulanya hanya membabitkan pagar dan pondok keselamatan kemudiaanya turut membabitkan ruang tamu, bilik tidur dan ruang dapur. Justeru beliau terpaksa menalak peruntukkan yang disediakan kerana bimbang di tuduh menggunakanwang rakyat untuk kepentingan peribadi.

3. Kos bagi mengubahsuai rumah di Taman Bayu dilaporkan melebihi RM 100 ribu ringgit. (satu jumlah yang cukup besar dan boleh membeli rumah baru)

Sumber Wisma Darulaman berkata, perkara ini wajar didedahkan untuk tatapan umum bagi membolehkan rakyat mengetahui siapa yang Hipokrit.


Monday, May 12, 2008

KONTRAK SYED UNAN DISAMBUNG LAGI...

Dato Wira Syed Unan Masri Syed Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang sepatutnya tamat kontrak pertengahan bulan ini, disambung khidmat selama 6 bulan lagi.

Menurut sumber pejabat Menteri Besar, khidmat Syed Unan disambung selepas diluluskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Ustaz Azizan dan mendapat pekenan KDYMM Sultan Kedah, baru-baru ini.

Syed Unan sepatutnya bersara pada 5 Mei 2008.

Keputusan Kerajaan Negeri menyambung kontrak Dato Syed Unan bagaimanapun tidak menceriakan Dato Bisharuddin Jamil yang sebelum ini melobi untuk menjawat jawatan berkenaan.

Sumber UPEN dalam pada itu memaklumkan, penyambungan khidmat Dato Syed Unan nyata mengecewakan Dato Bisharuddin. Beliau sebelum ini berusaha memikat hati Menteri Besar dalam usaha melobi jawatan SS hingga sanggup mendaftar sebagai ahli Pas seumur hidup.

Dato Bisharuddin akan bersara wajib pada oktober 2009.
Beliau dijangka akan dilantik sebagai Datuk Bandar Alor Star dan akan mencabar jawatan presiden KCS yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Saturday, May 10, 2008

KARPAL SINGH SI PENDERHAKA


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) Datuk Jamry Sury secara terbuka adalah tidak betul dan boleh dianggap derhaka.

Nik Aziz berkata tindakan menegur secara terbuka kepada umum dianggap tidak bermoral dan tidak patut dilakukan terhadap seseorang sultan.

"Daripada segi undang-undangnya saya tidak tahu, daripada segi moral, moralnya (perbuatan Karpal itu) tidak betul," katanya.

Mursyidul Am PAS itu menambah, pemimpin parti politik, terutamanya Pengerusi DAP itu, mestilah menghormati institusi raja dan menganggap Sultan seperti ibu bapa ketika di rumah.

Jelasnya, perbuatan tidak menghormati orang tua boleh dianggap derhaka dan ini bertentangan dengan semangat Malaysia dan budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang lain.

"Dalam negeri raja ketuanya dan di rumah ibu bapa, dan raja seperti ibu bapalah di rumah. Apa-apa masalahnya, kalau dia ada masalah berundinglah dengan baik," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas isu Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak oleh kerajaan negeri baru-baru ini.

Sunday, May 4, 2008

KENAPA MELAYU LEMAH

Antara Punca Kelemahan Melayu, tidak yakin kepada diri dan agama mereka yang bimbang dengan nasib dan masa depan Melayu tidak pernah merasa letih mengajak dan menyeru agar orang Melayu bersatu. Berbagai persidangan, perjumpaan, perbincangan, seminar dan kongres ke arah itu juga telah, sedang dan akan dilangsungkan.

Kalau hendak dikira telah berjela-jela resolusi dan keputusan diambil mengenai perpaduan Melayu. Alasan dan hujah menekankan perlunya Melayu bersatu serta kebimbangan nasibnya di masa depan yang diberikan sudah cukup dan jelas kenapa Melayu perlu bersatu.

Namun itu tidak membuahkan hasil lumaya dan seolah-olah bangsa Melayu ketika ini sedang berada di era sebelum terwujudnya Malay Union - berpecah dan bodoh untuk bersatu!Kenapa desakan ke arah perpaudan Melayu bergema ialah kerana kedudukan dan kepentingan Melayu kian terancam.

Dari masa ke semasa kekuasaan Melayu terhakis dan jaminan dalam perlembagaan juga longgar. Siapa yang merenggangkannya? Orang Melayu juga.Maka oleh mereka yang prihatin dan bimbang kepada nasib Melayu menghimpun berbagai data dan fakta menunjukkan kelemahan Melayu untuk disedari.

Dari data ekonomi kepada sosial dan berakhir kepada data politik. Data-data dan fakta itu semua menunjukkan mengenai keruncingan masa depan dan nasib bangsa Melayu.Serentak dengan itu juga segala sendi dan baji yang boleh mengukuhkan kedudukan dan kuasa Melayu diketuk dan dibelek semula.

Dalam pada itu tidak kurang juga berberapa kesalan dilepaskan dengan helaan nafas yang tidak puas dan semput. Seolah-olah kedudukan Melayu kini amat sukar untuk dipulihkan.Kita tidak menolak dan menafikan akan kelemahan dan ketidaktentuan nasib Melayu 10 atau 30 tahun akan datang.

Saya sendiri cukup yakin status quo yang ada kini akan berubah! Melayu pasti akan menghadapi perang besar di negaranya sendiri. Melayu akan jadi dagang di tanah airnya sendiri. Fitrah atau gejala semula jadi ini tidak terelak. Apa yang termampu dilakukan (kalau boleh) hanya melambatkan putaran atau ketibaan tarikh dan saat itu saja.

Jika orang Melayu tidak bingkas dan berusah nescaya tarikh itu akan menjadi lebih cepat daripada tempoh sepatutnya.Persoalannya kini dan jarang orang Melayu cuba memahaminya, kenapa berlaku masalah itu semua? Kenapa Melayu berpecah dan lemah?

Sepatutnya lagi matang kemerdekaan negara itu lagi kukuh persaudaraan dan silaturahim bangsa tonggaknya. Kalau persoalan ini terjawab saya kira Melayu tidak payah susah dan gaduh.Dari dulu lagi saya telah mengutarakan kelemahan orng Melayu sehingga memungkinkan akan kehilangan segala hak dan kepentingannya suatu hari nanti kerana orang Melayu tidak yakin kepada diri sendiri.

Mereka tidak percaya kepada sesama sendiri. Mereka lebih bersedia mendengar janji dan mudah terpesona dengan sandiwara orang lain berbanding saudara sendiri.Orang Melayu juga bersikap tidak apa... dan terlalu tolenrasi; tidak mempercayai bahawa musuh Melayu ialah kaum lain dan menerima hasutan lain bahawa musuh satu pihak Melayu itu ialah Melayu juga.

Kita lebih banyak membela tetamu daripada memberi makan dan peduli kepdaa anggota keluarga sendiri!Dalam konteks ini ialah Melayu berbangsa Umno sangat percaya kepada rakan kongsi mereka dan apa yang dirangkakan oleh penjajah menjadi pegangan yang tidak boleh dilepas dan dirombak.

Walhal dalam masa sama orang lain sudah berkali-kali mahu merombak kerangka itu untuk kepentingan mereka. Manakala kerangka bikinan penjajah itu adalah bom jangka yang dikira akan meletus bila tiba masanya.Bangsa Melayu Umno tidak percaya kepada bangsanya sendiri. Lantas mereka lebih mempercayai dan senang berfikir dan berbincang dengan bangsa lain.

Bangsa Melayu Umno melihat bangsa Melayu lain seperti Pas dan PKR sebagai musuhnya yang akan merampas kuasa politik mereka tanpa mereka mencongak bahawa rakannya itu juga berfikiran sama seperti Pas dan PKR.Tanpa disedari oleh bangsa Melayu Umno hubungan dan kepercayaan yang mereka berikan itu perlahan-lahan diambil kesempatan oleh rakan mereka untuk mengukuhkan kedudukannya.

Mereka tidak sedar dan tidak mahu belajar untuk sedar. Perpaduan nasional, tragedi 13 Mei terus dijadikan pesaka dan azimat untuk terus mempercayai dan melindungi rakan-rakannya itu.Sedangkan si rakan itu menggunakan kebaikan Umno ini untuk meletakakan mereka sama taraf dengan Melayu.

Perlahan-lahan desakan dibuat agar segala yang menghalang dan mengikat mereka daripada duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum Melayu dibuang dan dihapuskan.Malangnya lagi, bangsa Melayu Pas yang kecewa dengan tindakan bangsa Umno itu mula mencari formula sendiri.

Bahayanya mereka juga terikut dengan cara Umno mendekati bangsa lain dan menjadi rakan kongsi dalam perdagangan politik. Pas bersedia mengadaikan maruah dan prinsip perjuangannya.Apabila Pas juga sudah mengikut rentak politik Umno maka orang Melayu sudah tidak ada pilihan dan alternatif lain lagi. Keadaan ini menjadikan bangsa Melayu semakin cemas dankabur.

Sebenarnya pembaharuan politik inilah yang akan menumbang dan melemahkan Melayu.Selain itu ketidakyakinan bangsa Melayu kepada agamanya sendiri juga menjadi faktor melemahkan Melayu. Mereka tidak yakin agama memberi mereka kekuatan - hasanah. Perpaudan dan ukhwah menerusi agama menjamin keselamaatan di dunia dan akhirat tidak diyakini dan beranggapan itu sebagai ritual agama (omongan kosong kaum spritual) saja dan menjadi penghalaang besar kepada kerja mendapat kuasa politik duniawi.

Kepada Pas mungkin mereka perlu meralat tindakan atau polisi politik mereka ke belakangan ini yang agak terpesong. Kononnya ia dilakukan atas nama pembaharuan dan berpijak di bumi nyata, sedangkan bumi yang bakal dipijak adalah atas tanah lembut dan tanah jerlus! Apakah yang mereka kejarkan dalam perjuangan, apakah pangkat ataupun kelangsungan perjuangan menegakkan agama?

Nampaknya Pas juga terkeliru dan berada dalam debu kekaburan mengenai hal ini.Kesimpulannya apa yang menjadi penyebabkan kepada kelemahan dan kehancuran Melayu ialah pertama kerana sikap tidak yakin Melayu kepada diri sendiri - sesama Melayu iaini Umno kepada Pas, dan kedua ketidakyakinan mereka kepada kesejahteraan yang dijamin oleh agama. Kalau mereka dapat memulihkan situasi ini kedudukan Melayu dan kuasanya pasti akan terjamin dan tidak perlu dibimbangi seperti hari ini. (msomelayu.blogspot.com).

PAS....CUKAI TANAH DAN PERLUAS TANAH SAWAH, SANDIWARA KELIRUKAN RAKYAT

MASYARAKAT PETANI DI KEDAH KIN I TIDAK MUDAH DIPERKOTAK-KATIKKAN KERANA MEREKA MEMPUNYAI ILMU.

Dua perkara penting diumumkan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dalam minggu lalu yang mencuri tumpuan masyarakat di Kedah Darulaman.

Pertama pengumuman untuk memperluaskan kawasan tanaman padi berikutan kenaikan harga beras di pasaran dan keduanya, penurunan kadar cukai tanah.

Jika diteliti dua perkara itu memang terkandung dalam manisfesto Pas pada pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Seakan-akan terdesak Ustaz Azizan membuat mengumumkan perkara berkenaan kononya, untuk memenuhi janji yang ditaburkan semasa kempen Pilihanraya Umum yang lalu.

Namun jika diteliti, Pengumuman Kerajaan Negeri mahu memperluaskan kawasan tanaman padi di Kedah dan menurunkan cukai tanah sebenarnya`penuh madah berhelah' dan bagi rakyat di Kedah ia bukan perkara baru.

Ustaz Azizan sebenarnya cuba memutar belitkan maklumat dengan niat untuk menipu rakyat berhubung cadangan memperluaskan kawasan tanaman padi. Apa tidaknya, usaha memperluaskan kawasan tanaman padi realitinya telahpun dirancang oleh Mantan Menteri Besar yang lalu, Mahdzir Khalid.

Untuk pengetahuan umum, Mahdzir Khalid telah menghadiri beberapa siri perbincangan dengan MADA telah dibuat sejak 2006 bagi menambah keluasan MADA dengan memasukkan kawasan tanaman padi luar mada dalam MADA.
Tujuannya untuk menambah peningkatan pengeluaran hasil padi hingga 10 metrik tan sehaktar. Perkara ini bukan baru, kerana Mahdzir khalid selaku pengerusi MADA telah beberapa kali bertemu Menteri Pertanian untuk memperhalusi cadanganyang pada dasarnya dipersetujui oleh kabinet.

Segala perancangan dibuat awal-awal lagi kerana pada perkiraan Mahdzir Khalid harga beras akan melambung berikutan permintaan yang meningkat.
Jurucakap MADA berkata, persoalannya kenapa tiba-tiba Uztaz Azizan yang tidak ada kena mengena dengan MADA tampil membuat pengumuman berkenaan. (Sekadar maklumat tambahan, MADA adalah agensi Kerajaan Pusat yang kini masih dipengerusikan oleh Mahdzir Khalid)

Kata jurucakap itu, Ustaz Azizan mungkin terdesak kerana Pas perlu menunaikan janji dalam manisfesto mereka. justeru sebagai jalan mudah mereka membuat pengumuman berkenaan dan cuba mengambil kesempatan dari keadaan itu bagi meraih `milage politik'.

Satu lagi persoalan yang wajar diketahui rakyat banyak ialah pengumuman Ustaz Azizan menurunkan cukai tanah, kononya untuk membalas budi rakyat selepas ditabur janji dalam manisfesto pilihanrayaya umum ke-12 yang lalu.

Sumber pejabat tanah dan galian negeri berkata, pengumuman itu jelas satu pembohongan terang-terangan kepada rakyat. Ia kerana pengumuman penurunan cukai tanah itu lebih menjurus kepada `madah penuh helah' daripada Ustaz Azizan yang mempunyai kepentingan politik.

Rasionalnya cukup mudah.... mengapa penurunan cukai tanah yang diumumkan itu diambil kira dari tahun 2006. Ia kerana, rebet cukai tanah bagi 2007 telahpun diumumkan oleh mantan Menteru Besar Kedah yang lalu dan Pas hnya beberepa bulan memerintah Kedah.

Jika Pas benar-benar ikhlas membantu rakyat mereka wajar membuat pengumuman menurunkan cukai tanah selepas mereka mengambilalih pentadbiran negeri Kedah .

Kesimpulannya, Ustaz Azizan janganlah tipu rakyat, kerana rakyat sekarang lebih bijak dan bukannya seperti penyokong Pas yang menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka.


SELAMAT BERSIDANG YB.........

KDYMM SULTAN KEDAH SENTIASA PRIHATIN DENGAN NASIB RAKYAT JUSTERU SEMUA YB DIHARAP MENGGUNAKAN DEWAN UNTUK MEMBINCANGKAN MASALAH RAKYAT BUKANYA POLITIK JUMUD

Esok satu lagi lembaran sejarah negeri Kedah Darulaman bakal tercipta, ia kerana esok akan bermula sidang Dewan Undangan negeri Kedah buat julung kalinya selepas Kedah di tadbir oleh Kerajaan Pas.

Pelbagai persoalan yang bermain dibenak rakyat bakal terjawab esok. Pertamanya, apakah Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah bakal mengikut rentak Dewan Rakyat baru-baru ini yang bersidang dalam suasana di luar tabii atau lebih tepat `macam kera dalam hutan'.

Kedua, buat julung kalinya Ustaz Azizan bersama Ahli exco bakal menjawab segala persoalan dari wakil pembangkang iaitu calon dari B-N dan ketiga dan paling penting ialah mampukah Ustaz Azizan yang selama ini begitu selesa menghentam Kerajaan menjawab segala persoalan mengenai apa juga isu yang hangat di perkatakan di peringkat akar umbi selepas Pas memerintah Kedah.

Menurut penganalisa politik tempatan yang enggannamanya di siarkan berkata, Ustaz Azizan bakal berdepan dengan pelbagai persoalan yang mampu mengugat minda. Apa tidaknya, pelbagai janji manisi yang ditaburkan melalui Manifesto Pilihanraya Umum yang ke-12, lalu pasti menjadi tumpuan wakil B-N.

Sekadar menyebut jelasnya, isu penurunan kadar cukai tanah dan pintu, pinjaman mudah untuk golongan belia berkahwin, hukum hudud, ladang babi, ladang rakyat, bekalan air percuma kepada rumah ibadah dan sebagainya pasti dinantikan oleh rakyat penuh debar.

Bagi rakyat tambah beliau, isu berkenaan diikuti dengan rapat sekali, meskipun ada yang mula meluahkan rasa kesal selepas memilih Pas kerana janji yang ditaburkan tak ubah seperti mencurah air ke daun keladi meskipun masih terlalu awal untuk diperkatakan.

Apa yang pasti, rakyat pasti menuntut segala hak mereka dan apa yang diharapkan calon yang mewakili mereka berusaha sedaya upaya memastikan harapan itu ditunaikan dalam apa cara sekalipun. Bagi calon yang gagal 'tepuk dada, tanya selera' yang pasti ini mungkin penggal pertama dan terakhir bergelar YB.

Tambah pemerhati politik itu lagi, Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah kali ini bakal melakar sejarah tersendiri, bukan saja kerana Pas buat pertama kali memerintah negeri, malah dari segi persoalan yang akan ditujukan untuk di jawab oleh YAB Menteri Besar.

Cuma apa yang diharapkan, "mereka bersidang dalam suasana penuh etika dan tatasusila orang melayu, jangan jadi macam dewan rakyat, macam `kera dalam hutan' rakyat bosan kerana nasi mereka tidak dibela seperti yang pernah dijanjikan dalam kempen pilihanraya yang lalu. sama-sama lah kita tengok....

Selamat bersidang YB ....

Saturday, May 3, 2008

DIMANA PEMANTAUAN MBAS - JALAN DI KOREK SESUKA HATI


Dok tengok la ni kebanyakkan jalan yang dikorek oleh syarikat utiliti atas pelbagai tujuan seperti penanaman kabel, paip air dan paip najis adalah punca kerosakan jalan.Pasai apa? pasai ada pasai la .. pasai depa ni syarikat utiliti melaksanakan kerja turapan semula tidak berkualiti seperti melepaskan batuk di tangga janji boleh kurangkan kos depa kalau boleh korek nak ikut besar mana paip besar tulah depa suruh kontraktor depa korek.

Buktinya jalan yang diturap itu akan rosak semula selepas beberapa bulan pasai tak ikut spesifikasi sepatutnya dan bila lubang yang dikorek tu kecik macam mana nak mampat dengan baik. Untung nak untung lah juga tapi kenalah buat balik seperti mana asal jalan tu sebelum dikorek.

Rakyat tahu lah demi nak bagi perkhidmatan yang terbaik kepada kami tapi jangan abaikan kesempurnaan kerja. Syarikat Utiliti yang banyak dok buat kerja korek ni dalam Bandaraya Alor Star adalah JBA untuk pasang paip air, TELEKOM untuk pasang kabel telekomunikasi, TNB untuk pasang kabel dan yang lain-lain lagi.

Depa ni la yang banyak dok buat rosak permukaan jalan yang comel lote tu walaupun depa ni nak bagi perkhidmatan yang terbaik dekat rakyat …kita warga Bandaraya Alor tak marah aih .. tapi tolonglah buat bagi elok balik dan berkualiti .

Sampai bab ni, MBAS kenalah buat pemantauan dan penyelarasan jangan hanya tahu meluluskan sahaja tanpa perlu melihat kualiti turapan semula yang dibuat oleh kontraktor syarikat utiliti tu.

Wujudkan staf teknikal yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memantau dan memeriksa hasil kerja penampalan balik pengorekan oleh kontraktor sehingga memuaskan hati pihak berkuasa tempatan pada setiap peringkat kerja iaitu korek , buang tanah yang dikorek, ganti balik dengan pasir dan dimampatkan (compacted) mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh MBAS untuk mengelakkan permukaan penampalan penurapan mendap orang putih kata “settlement”.

MBAS kena tetapkan spesifikasi jangan dok ikut syarikat kalau depa nak dapat kelulusan mesti kena ikut syarat dan spesifikasi pihak Majlis. Kalau ikut syarikat depa mesti kemut punya janji boleh jimatkan kos .

MBAS kena keluarkan permit korekan dan minta wang jaminan yang berpatutan kepada setiap syarikat utiliti yang nak buat korekan jalan dalam kawasan MBAS jangan dok kempromi dengan depa.. Gunakan undang-undang dan akta untuk denda depa jika depa tidak mengikut spesifikasi dan depa korek tanpa mendapat kebenaran.

Jangan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada syarikat utility/ kontraktor terlibat. MBAS hendaklah menjalankan kerja penurapan semula daripada wang jaminan jika berlaku kerja yang tidak memuaskan.Satu lagi cadangan ana, pihak MBAS kena ambil langkah mewujudkan pengiktirafan kontraktor seperti berjaya menjalankan kursus di IKRAM sebelum mereka boleh memohon permit untuk menjalankan kerja pengorekan.

Dengan adanya kursus dan sijil pengiktirafan, masalah macam ini dapat diatasi. Masalah ini bukan berlaku di Bandaraya Alor Star sahaja malah kawasan PBT yang lain juga .Fikir-fikirlah dan renung-renunglah demi agama, bangsa dan negeri tercinta ……
*Nota : Artikel telah dipetik dari e-mail yang telah dihantar kepada eveninginnorth@gmail.com

RUMAH MB SIAP


MB SEDIA JUMPA RAKYAT SELEPAS WAKTU PEJABAT DI RUMAH.
Kediaman YAB Menteri besar Kedah di jalan Sultanah siap sepenuh selepas menjalani ubahsuai di bahagian pagar hadapan.

Kerja-kerja mengubahsuai bahagian pagar rumah berkenaan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh YAB selepas pihak polis meminta dibina pondok pengawal untuk anggota polis bertugas mengawal keselamatan.

Kediaman berkenaan dijangka akan diduduki oleh YAB Menteri Besar dalam tempoh terdekat ini.

Menurut sumber pejabat MB Kedah, kos bagi mengubahsuai bahagian hadapan rumah berkenaan dibiayai senepuhnya oleh YAB Menteri Besar.

Ustaz Azizan sebelum ini menolak cadangan UPEN untuk membiayai kos ubahsuai berkenaan kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Sunber itu menambah, rakyat yang mempunyai sebarang masalah boleh mengunjungi rumah YAB Menteri Besar pada sebelah pagi atau malam selepas waktu pejabat.

Ustaz Azizan katanya, bersedia untuk berjumpa rakyat dari pelbagai lapisan tanpa mengira agama mahupun darjat dan keturunan di rumah beliau selepas waktu pejabat.

LIMA NEGERI PAKATAN RAKYAT TAK BANTU HARAKAH


Jika pada hari ini Kerajaan Persekutuan yang mengiktiraf Harakah, ini bermakna kerajaan itu sudah tentunya kerajaan Pakatan Rakyat. Namun, adakah kerajaan rakyat dari lima negeri iaitu Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah sudah memberikan satu pengiktirafan kepada Harakah tentang peranan dan keberkesanannya?

Walaupun saya percaya rata-ratanya tidak dinafikan bahawa pemimpin politik kerajaan, ketua-ketua-ketua jabatan, badan-badan sukarela dan individu-individu yang ramai menjadi pelanggan tetap Harakah juga merupakan satu pengiktirafan tersembunyi.

Tulisan Ahmad Lutfi Othman Ketua Pengarang Harakah menarik perhatian saya. Sesungguhnya Lutfi melahirkan harapan dan cabaran-cabaran yang perlu dilalui oleh sebuah media kecil tetapi diminati ramai.

Sambutan hebat Harakah satu media politik secara berkala yang diterbitkan dua kali sebulan disifatkan Lutfi sebagai mendapat sambutan yang mengalakkan sejak kebelakangan ini apabila cetakannya yang berlipat ganda dan kunjungan yang malangkau beratus ribu di laman webnya.

Pada saya, selagi akhbar itu agak bebas dan demokratik, ianya akan menepati citarasa pembaca pelbagai keturunan yang kini sudah semakin terbuka mentaliti mereka dalam menerima dan membezakan apa yang boleh dikatakan sebagai longggokan berita. Saya tertarik dengan ulasan Lutfi. Harakah tidak boleh 'membatu' di tahap lama.

Perjuangan sudah bermula. Ibarat sudah merdeka walaupun belum sepenuhnya dalam kriteria mengisi kemerdekaan itu. Namun lima negeri yang sudah ada di tangan Parti Rakyat perlu diisi kemerdekaannya agar rakyat yang memilih kerajaan tersebut tidak dikecewakan dan beralih arah.

Jika kita lihat pejabat-pejabat Harakah di kebanyakkan negeri, didapati ianya berada pada tahap lama dan adalah berpatutan bagi saya mengatakan berada pada tahap yang daif.
Bukan sahaja pejabatnya berada di pinggir-pinggir bandar dan ada yang beroperasi dari rumah,

hatta peralatan di dalam pejabatnya pun agak tidak sempurna jika dibandingkan dengan suasana pejabat media yang lain. Impresi pertama pengunjung pejabat Harakah lebih-lebih lagi selepas kemenangan pilihanraya umum kedua belas perlu diubah.
Anak syarikat boleh bantu

Lima negeri sudah berkerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan lima negeri ini pada hemat saya bolehlah menghulurkan apa-apa bantuan sekadar kemampuan mereka. Tidak kiralah sama ada secara terus, melalui anak-anak syarikat atau apa- cara lain. Biar dalam bentuk tempat, dana dan sebagainya.

Malah, jutawan dan dermawan dalam gerakan siasah juga boleh membantu akhbar Harakah dalam melaksanakan tugas harian akhbar kerdil ini yang telah memberikan impak yang positif selama ini.

Apa yang diketahui, secara umumnya, akhbar mendapat pulangan dari pengiklanan dan langganan pembaca. Namun adakah pengiklanan Harakah dapat menampung kos penerbitan, utiliti, gaji kakitangan dan sebagainya.

Saya berpengalaman bekerja dengan akhbar tabloid seperti Harakah. Asam garamnya terlalu
perit namun kerana azam, cita-cita dan mungkin juga sumbangan kecil ke arah perjuangan, itulah yang dapat dilakukan.

Difahamkan akan ada akhbar harian yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan lima negeri. Namun, Harakah perlu diteruskan kerana jasanya kepada masyarakat bukan kecil.
Dalam pada itu saya mencadangkan agar satu think tank diwujudkan dalam bidang maklumat dengan peranan utama boleh dimainkan oleh Harakah dengan kerjasama Setiausaha-Setiausaha Akhbar Menteri Besar dan Ketua Menteri di lima buah negeri.

Lutfi, saya kira boleh membantu mengadakan perjumpaan dengan blogger-blogger dan penulis media yang sehaluan dengan citarasa Barisan Rakyat.

Tubuh Akademi Harakah
Kursus yang lebih kerap perlu diadakan agar misi dan visi kerajaan baru dapat disampaikan kepada rakyat. Bengkel penulisan kepada anak-anak muda di bawah "Akademi Harakah"vcontohnya, boleh diwujud dan dilaksanakankan.

Apa yang saya lihat setakat ini, masa honeymoon pemimpin Parti Rakyat hampir sama dengan masa yang diambil Abdullah Ahmad sebelum ini.

Parti Rakyat tidak boleh mengikuti rentak BN. Itulah di antara sebabnya BN terkejut dengan kekalahan. Mereka ibarat orang yang hilang arah. Saban hari mereka tuduh menuduh dan londeh-melondeh sesama mereka.

Parti Rakyat sepatutnya sudah berada di posisi. Peperangan sudah lama bermula. Tidak ada noktah selagi tiada kemenangan total dicapai.

Begitu juga Harakah. Kira-kiranya ia tidak boleh 'berpatung' di tahap lama lagi. Semuanya sudah canggih. - alkerohi.blogspot.com