Wednesday, May 28, 2008

BELUM DAPAT SURAT SEBAGAI SS

DATO SYED UNAN DALAM DILEMA .

Titah Sultan sudah, Mesyuarat Excopun sudah.....Tapi sampai sekarang Dato Syed Unan Masri Syed Abdullah belum dapat surat bagi menyambung khidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.
Punca kelewatan dikatakan keengganan Menteri Besar menuruti Titah Sultan yang mahu khidmat Syed Unan di sambung selama enam bulan lagi. Ustaz Azizan dilaporkan hanya bersetuju untuk menyambung kontrak Dato Syed Unan selama tiga bulan saja.
Berikutan itu, Mesyuarat yang membincangkan agenda perlantikan itu yang dipengerusikan oleh Ustaz Azizan dikatakan `hangat' dan mengambil masa hampir dua jam.
Sumber Istana memaklumkan, tindak tanduk Ustaz Azizan benar-benar mengecewakan Istana.
Meskipun Sultan mengambil sikap berdiam diri, baginda sentiasa mengikuti perkembangan itu dari dekat.
"Baginda bukan seorang yang bersikap gelojoh atau panas baran, setiap langkah yang diambil dilakukan dengan penuh teliti danbijaksana. Sebab itu Baginda sentiasa cool," jelas sumber Istana lagi.
Bagaiamanpun kini terpulang kepada Ustaz Azizan.

4 comments:

Anonymous said...

hang muhong

Anonymous said...

buat malu yan saja, tak payah dok muhong di sini, buang masa ja, lupakan niat hang nak jadi munafik tu

Anonymous said...

Ish.. ish.. kesian kat Sued tu nuuu... jadi bahan hang duk pemuhung orang

Kapten Power said...

Hang hebat kaa..semua sumber maklumat hang ada..Patut lee umno sudah tinggaii no...no...nooooo.