Wednesday, May 21, 2008

MBAS `BLOCK' CERITAYAN DAN EVENINGINNORTH


ISU TESCO BEROPERASI TANPA C.F BUKAN LAGI MENJADI RAHSIA. MALAH BPR DIKATAKAN BERSIAP SEDIA UNTUK MENYIASAT DATO BANDAR MBAS UNTUK MENGETAHUI KEMUNGKINAN WUJUD UNSUR-UNSUR SUAPAN .
Pihak pengurusan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) mengambil keputusan menghalang capaian blog ceritayan dan eveninginnorth di kalangan kakitangannya, dalam usaha mengelak mereka mengetahui pelbagai kelemahan dan kepincangan yang di dedahkan dalam dua blog berkenaan.

Sumber dalamam MBAS memaklumkan, bahagian IT telah diarah oleh Dato Bandar untuk menghalang capaian kedua-dua blog berkenaan dalam usaha menghalang kakitangan mengetahui kepincangan yang berlaku dalam MBAS.

Eveninginnorth dan ceritayan sebelum ini membuat pendedahan pelbagai isu membabikan MBAS serta meminta campurtangan BPR untuk siasatan lanjut.

Antara isu yang didedahkan ialah sistem meletakkan kenderaan yang tidak sistematik serta bercanggah dengan peraturan, sikap segelintir kakitangan yang menjadi `merak bus' selepas Pas memerintah Kedah serta pusat membeli belah jualan murah TESCO yang beroperasi tanpa C.F.

Beberapa kakitangan MBAS yang tidak mahu nama mereka disiarkan berkata, laporan yang disiarkan dalam dua blog berkenaan ada kebenarannya, justeru Dato Bandar mula bimbang dengan pendedahan itu yang sekaligus boleh menjejaskan reputasinya.

Namun pada masa yang sama mereka mengakui, tindakan itu tidak menghalang kakitangan mendapat maklumat yang mengandungi kebenaran itu diluar.

Mereka bagaimanapun masih bebas melayari dua blog berkenaan untuk mengetahui segala kepincangan yang dilakukan dalam pengurusan MBAS di luar pejabat melalui siber cafe dan sebagainya.


7 comments:

Anonymous said...

merapu sungguh hang, camana nak halang access ke blogspot tu, hang merapu hang muhung

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

wei, utk nak perjuangkan kebenaran tak payah bayar2, terima je realiti walaupun pahit...

KonaBaring said...

boleh block url dlm router mbas kot.tapi mustahil glamer sgt blog ni dan pihak mbas bodo sgtkah pi block blog ni sbb cita yg kt kedai kopi bwh ctpoint tu sama ja dgn blog ni.

Anonymous said...

Ish ish ish... hebat sungguh hang ni. kena bagi tabik spring la. Banyak cerita hang tau. tapi tak masuk akai la sikit ttg nak blok capaian ke kedua2 blog tu...

Internet ni dunia tanpa sempadan. kalau org nak masuk, tang mana pun boleh masuk. Ada celcom braodand, ada gprs, ada wi-fi di nasi kandar, ada cyber-cafe.. ada streamyx dirumah... banyak cara lagi org boleh masuk tanpa melalui sevrer MBAS. Kakitangan MBAS bukannya katak bawah tempurung yang cuma ada internet di pejabat saja. aku percaya depa pun tau pi cari sumber lain nak masuk internet tanpa sekatan.

Tak masuk akai nak blok capaian ke kedua2 blog ni hanya pasai cerita2 macam ni. reka la cerita yang logik sikit. bukan tak boleh blok, admin server tu boleh blok tapi apa guna??? internet la ni tanpa sempadan.. tang mana pun boleh masuk.

KonaBaring said...

mankob tu sapa wei?teringin gak nk tengok muka dia kot kenai?la duk mana dia?freelance blogger ka dibayaq tinggi?ni mesti bayaq tinggi.tak bagi duit mana depa nk sukarela.buat blog pun susah nk komen.

Anonymous said...

nak tulih cerita karut pun kaji laa dulu....main ikut sedap saja...rasanya bila dihisab diakhirat nanti baru laa dok pi pusing padang masyar nak cari datuk bandar nak minta maaf...dah telambat masa tu...