Tuesday, May 13, 2008

KRISIS KEWANGAN MBAS SEMAKIN TENAT


Bila dan sampai bila penyelesaiannya?

Apabila Alor Star di naiktarafkan kepada Bandaraya Alor sudah tentunya warga Bandaraya Alor Star mengharapkan sesuatu perubahan dari segi susun atur bandarnya, perkhidmatan perbandaran dan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam kelas pertama di dalam Bandaraya Alor Star daripada MBAS secara khususnya dan juga Kerajaan Negeri Kedah secara amnya.

Di dalam mengambil kira pengharapan ini sudah tentunya memerlukan dana kewangan bagi menjana pembangunan dan perkhidmatan yang terbaik di samping itu juga tidak melupakan soal pembangunan insan.Ana sebagai warga Bandaraya Alor Star terpanggil untuk memberi pendapat yang tak seberapa ini mengenai kewangan MBAS walaupun ana ini bukannya ahli ekonomi yang tahu sangat selok-belok tentang ekonomi.

Di sini ada beberapa pengamatan ana secara luaran yang ana ingin utarakan.Pelan Pemulihan KewanganPertama, sejak mula MBAS di dalam ambang krisis kewangan ana tidak nampak pentadiran MBAS begitu serius di dalam memulihkan kewangannya seolah-olah semacam orang menyerah nasib pada takdir tanpa usaha yang disusuli tindakan yang sewajarnya.

Kalau adapun cuma penyelesaian di atas kertas sahaja seolah-olah melepas batuk di tangga sahaja dan di laksanakan secara bermusim sahaja umpama sekali diketuk sekali terjaga ...

Penyelesaian yang nampak ketara sedikit ialah kutipan tunggakan cukai pintu yang bernilai berjuta-juta tetapi dirasakan gagal dikutip sepenuhnya kerana ada tunggakan yang sudah lapuk.

Penyelesaian kutipan tunggakan bukannya mudah semudah air mengalir tetapi memerlukan komitmen yang tinggi dan tindakan penguatkuasaan tanpa mengira bulu dan arahan talian hayat. ..Sebenarnya MBAS memerlukan tindakan radikal bukannya cara biasa-biasa sahaja.

Mengapa ana mengatakan begini , tindakan tanpa pelan pemulihan ibarat mencurah air di daun keladi apabila bercakap hal ini , ana berharap pihak pentadbiran MBAS mencontohi langkah yang di ambil oleh MAS di dalam memulihkan kedudukan kewangan mereka .

MAS telah melantik The Boston Consultancy Group untuk membuat kajian mengenai kedudukan semasa MAS dan meneliti perkara-perkara yang diperlukan untuk mengembalikan MAS agar memperoleh keuntungan, ini menunjukkan MAS benar-benar komited di dalam menyelesaikan krisis kewangan mereka.

MAS membentangkan pelan pemulihan dengan mengambil kira langkah yang efektif di dalam menyelesaikan krisis kewangan mereka tetapi MBAS minta maaf ana tidak nampak satu pelan pemulihan yang dibentangkan untuk di ambil tindakan sewajarnya satu persatu dengan mengambil kira perkara yang memberi impak di dalam pemulihan kewangan MBAS.

Mungkin di sini bezanya pemikiran MAS adalah secara korporat dan MBAS secara pentadbiran Kerajaan. Dalam hal ini sudah sampainya pentadbiran MBAS hendaklah mempunyai anjakan berfikir secara korporat jika mahu mengubah nasib yang lebih baik terutama Jabatan Kewangan hendaklah lebih proaktif selaras penyusunan semula organisasi jika tidak pi mai pi mai macam tu juga bukan ”hanya menerima wang dan bayar wang sahaja” tetapi lebih daripada itu untuk menjana kewangan MBAS.

Jabatan Kewangan perlu menjadi pencetus dan perancang utama di dalam hal ini kerana masa sudah berubah dulu lain sekarang lain maka cabaran semakin bertambah ayuh bangunlah daripada tidur yang panjang, ubahlah secara berfikir dan lebih bertanggungjawab di dalam soal meningkatkan kewangan MBAS.

Jika tidak pihak pengurusan MBAS menaiktarafkan Bahagian kepada Jabatan adalah satu perubahan sia-sia sahaja kerana tidak memberi kesan apa-apa pun kepada MBAS jika yang berubah hanya pangkat dan elaun sahaja.

Langkah-langkah yang telah diambil hendaklah dibentangkan untuk mengetahui keberkesanannya dan dibuat penambahbaikan.Audit KewanganKedua, melaksanakan audit kewangan terhadap hasil pendapatan MBAS supaya dapat diketahui kebocoran hasil.

Mengapa ana mengatakan begini kerana apa yang dilaksanakan di MBAS pada setiap tahun hanyalah audit tadbir urus sistem kewangan sahaja iaitu adakah mematuhi amalan piawaian perakaunan ataupun tidak jika mematuhi akan diberikan Sijil Bersih daripada Jabatan Audit. Ini hanya audit prinsip perakaunan .

Jika mendapat Sijil Bersih inilah menjadi kebanggaan Jabatan Kewangan yang sebenarnya umpama menang sorak kampung tergadai . Jabatan Kewangan kadangkala terlupa akan tanggungjawab yang lebih besar iaitu RM, RM dan RM yang perlu ada di dalam akauan MBAS.Di sini di maksudkan dengan audit kewangan ialah dalam konteks pengurusan hasil oleh setiap Jabatan yang terlibat dengan hasil dibimbangi tidak beroperasi seperti yang sepatutnya. Produktiviti mengecewakan.

Tahap perkhidmatan juga mengecewakan yang menyumbang kepada susutnya prestasi secara keseluruhan terutama yang melibatkan hasil pendapatan kepada MBAS.Audit kewangan yang perlu di beri perhatian utama oleh MBAS ialah hasil tempat letak kereta dan hasil cukai pintu melalui penilaian cukai pintu kerana hasil inilah yang memberi sumbangan yang paling tinggi selain perancangan pembangunan.

Dalam hasil tempat letak kereta, ana rasa sudah sekian lama pihak MBAS tidak mendapat apa yang sepatutnya hasil yang dapat dan perkara-perkara semacam ini pihak MBAS tidak perlu berkompromi kerana ini melibatkan masa hadapan dan maruah MBAS.

No comments: