Wednesday, May 21, 2008

GILIRAN MB KEDAH PULA JADI PENDERHAKA


SIKAP KERAS KEPALA USTAZ AZIZAN MELETAKKAN NAMANYA SEBARIS DENGAN KARPAL SINGH ...PENDERHAKA KEPADA SULTAN.

MENGENEPIKAN TITAH SULTAN AGAR KHIDMAT DATO WIRA SYED UNAN DISAMBUNG KONTRAK ENAM BULAN LAGI.

Selepas sikap biadap Karpal Singh yang mempertikaikan hak KDYMM Sultan Perak secara terbuka kini tiba pula giliran Menteri Besar Kedah.

Seakan satu sindrom di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, Ustaz Azizan yang baru memegang tampuk pemerintahan negeri Kedah mula menampakkan sikap biadapnya terhadap KDYMM Sultan Kedah.

Semuanya berpunca dari sikap keras kepala Ustaz Azizan yang menolak menolak hasrat KDYMM Baginda Sultan Kedah yang mahu khidmat Dato Wira Syed Unan Masri Syed Abdullah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri di sambung selama enam bulan lagi.

Menurut Sumber Istana, Baginda Sultan Kedah sendiri telah menitahkan agar khidmat Dato Wira Syed Unan disambung bagi tempoh enam bulan lagi . Dato Wira Syed Unan sepatutnya bersara pada bulan ini (Mei 2008).

Bagaimana sumber wisma darulaman memaklumkan, Ustaz Azizan hanya membernarkan tempoh khidmat Syed Unan untuk tiga bulan saja. Keputusan itu dikatakan dibuat dalam mesyuarat majlis Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Keputusan itu jelas bertentangan dengan titah baginda Sultan Kedah sekaligus membuktikan Ustaz Azizan kini meletakkan dirinya dalam senarai penderhaka.

Sumber terkini turut memaklumkan kelewatan pejabat Menteri Besar Kedah mengeluarkan surat tawaran menyambung kontrak kepada Dato Wira Syed Unan antara kerenah birokrasi yang mempunyai agenda tertentu dalam usaha melewat-lewatkan perlantikan beliau.

10 comments:

Anonymous said...

terjumpa.sapa dia punya blog ni?sampai tadaq org komen apa.

chua habag mai said...

BLOG NI MEMANG GILA....tak ada pendirian, tak tau belah mana. Malu aku orang YAN juga. saj anak pedajai orang YAN BLOGGILA NI

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
KonaBaring said...

la melilau depa buat blog sakan..kami buat lama dah.kami lagi advance.

Anonymous said...

ni la dia orang jahat yg tak perasan orang dah tau dia jahat... seronok betoi tengok perangai orang macam ni...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

aduh angpa ni xabeh-abehangpa tunggu sat.......minyak naik dahhhhhhhhhhh

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.