Tuesday, May 13, 2008

SIAPA CHE HAD...?




SEMUA CADANGAN PROJEK DI KEDAH PERLU MENDAPAT `ENDORSEMENT' CHE HAD.

Siapa Che Had..? itulah persoalan yang bermain di kalangan kontraktor di Kedah dan di seluruh negara. Nama beliau tiba-tiba muncul di sebalik keghairahan Kerajaan Negeri pimpinan Ustaz Azizan merancang pembangunan di Kedah, selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Seorang kontraktor yang tidak mahu namanya dikenali memberitahu, sumber wisma darulaman berkata, apa juga cadangan projek pembangunan di Kedah perlu mendapat endorsement Che Had terlebih dahulu sebagai pra-syarat kelulusan oleh Kerajaan Negeri.

Syarat ini diperkenalkan oleh Pejabat Menteri Besar Kedah dan sekiranya tanpa endorsement Che Had cadangan yang dikemukakan kepada Menteri Besar tidak akan dilayan.

Menurut sumber Pejabat Menteri Besar, langkah itu diambil bagi membolehkan Che Had yang mempunyai hubungan erat dengan Uztaz Azizan mengumpul dana politik untuk beliau.

Ramai yang teranya-tanya siapa Che Had yang begitu berkuasa sekali. Adakah beliau seorang Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) atau Pengarah Pembangunan Negeri (SDO)..? atau orang kanan yang menjaga dan mengendalikan dana politik Ustaz Azizan atau orang tengah yang mengambil kesempatan dari hubungan baik dengan Uztaz Azizan yang bertindak sebagai pelobi..? .

Biarpun siapa Che Had, perkembangan ini tidak mengejutkan dan memang telah dijangka oleh banyak pihak. Ia kerana selain mempunyai hubungan akrab dengan Ustaz Azizan Che Had adalah pemilik kepada sebuah syarikat jurunilai yang mmempunyai pejabat di Bangunan Pejabat Pas negeri Kedah.

Selepas Pas berjaya mengambil alih pentadbiran negeri Kedah, Che Had telah diberi kepercayaan oleh Ustaz Azizan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah (PKNK) serta beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri yang lain.

Perkembangan ini menurut sumber dalaman Pas, mula mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan anggota Pas yang lain termasuk Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Mahfuz Omar serta beberapa ahli Exco Kerajaan Negeri.

2 comments:

Anonymous said...

Ana cuma nak tau CHE HAD orang mana kalau org Kedah ana boleh terima kalau org luar pi la mampuih........

Anonymous said...

aku penah dengaq nama che had tuuuu..apa hebat sangat kah dia?
kerajaan atau individu yang kredibel tidak perlu bergantung kepada seseorang atau boleh mampuih....