Sunday, May 4, 2008

PAS....CUKAI TANAH DAN PERLUAS TANAH SAWAH, SANDIWARA KELIRUKAN RAKYAT

MASYARAKAT PETANI DI KEDAH KIN I TIDAK MUDAH DIPERKOTAK-KATIKKAN KERANA MEREKA MEMPUNYAI ILMU.

Dua perkara penting diumumkan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dalam minggu lalu yang mencuri tumpuan masyarakat di Kedah Darulaman.

Pertama pengumuman untuk memperluaskan kawasan tanaman padi berikutan kenaikan harga beras di pasaran dan keduanya, penurunan kadar cukai tanah.

Jika diteliti dua perkara itu memang terkandung dalam manisfesto Pas pada pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Seakan-akan terdesak Ustaz Azizan membuat mengumumkan perkara berkenaan kononya, untuk memenuhi janji yang ditaburkan semasa kempen Pilihanraya Umum yang lalu.

Namun jika diteliti, Pengumuman Kerajaan Negeri mahu memperluaskan kawasan tanaman padi di Kedah dan menurunkan cukai tanah sebenarnya`penuh madah berhelah' dan bagi rakyat di Kedah ia bukan perkara baru.

Ustaz Azizan sebenarnya cuba memutar belitkan maklumat dengan niat untuk menipu rakyat berhubung cadangan memperluaskan kawasan tanaman padi. Apa tidaknya, usaha memperluaskan kawasan tanaman padi realitinya telahpun dirancang oleh Mantan Menteri Besar yang lalu, Mahdzir Khalid.

Untuk pengetahuan umum, Mahdzir Khalid telah menghadiri beberapa siri perbincangan dengan MADA telah dibuat sejak 2006 bagi menambah keluasan MADA dengan memasukkan kawasan tanaman padi luar mada dalam MADA.
Tujuannya untuk menambah peningkatan pengeluaran hasil padi hingga 10 metrik tan sehaktar. Perkara ini bukan baru, kerana Mahdzir khalid selaku pengerusi MADA telah beberapa kali bertemu Menteri Pertanian untuk memperhalusi cadanganyang pada dasarnya dipersetujui oleh kabinet.

Segala perancangan dibuat awal-awal lagi kerana pada perkiraan Mahdzir Khalid harga beras akan melambung berikutan permintaan yang meningkat.
Jurucakap MADA berkata, persoalannya kenapa tiba-tiba Uztaz Azizan yang tidak ada kena mengena dengan MADA tampil membuat pengumuman berkenaan. (Sekadar maklumat tambahan, MADA adalah agensi Kerajaan Pusat yang kini masih dipengerusikan oleh Mahdzir Khalid)

Kata jurucakap itu, Ustaz Azizan mungkin terdesak kerana Pas perlu menunaikan janji dalam manisfesto mereka. justeru sebagai jalan mudah mereka membuat pengumuman berkenaan dan cuba mengambil kesempatan dari keadaan itu bagi meraih `milage politik'.

Satu lagi persoalan yang wajar diketahui rakyat banyak ialah pengumuman Ustaz Azizan menurunkan cukai tanah, kononya untuk membalas budi rakyat selepas ditabur janji dalam manisfesto pilihanrayaya umum ke-12 yang lalu.

Sumber pejabat tanah dan galian negeri berkata, pengumuman itu jelas satu pembohongan terang-terangan kepada rakyat. Ia kerana pengumuman penurunan cukai tanah itu lebih menjurus kepada `madah penuh helah' daripada Ustaz Azizan yang mempunyai kepentingan politik.

Rasionalnya cukup mudah.... mengapa penurunan cukai tanah yang diumumkan itu diambil kira dari tahun 2006. Ia kerana, rebet cukai tanah bagi 2007 telahpun diumumkan oleh mantan Menteru Besar Kedah yang lalu dan Pas hnya beberepa bulan memerintah Kedah.

Jika Pas benar-benar ikhlas membantu rakyat mereka wajar membuat pengumuman menurunkan cukai tanah selepas mereka mengambilalih pentadbiran negeri Kedah .

Kesimpulannya, Ustaz Azizan janganlah tipu rakyat, kerana rakyat sekarang lebih bijak dan bukannya seperti penyokong Pas yang menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka.


No comments: