BPR PERLU SIASAT DATO BANDAR KEMUNGKINAN ADA UNSUR SUAPAN DALAM USAHA TESCO MENDAPATKAN C.F.
Masyarakat di sekitar Alor Star menyambut baik keputusan rangkaian pasaraya jualan murah terbesar di Malaysia, TESCO kerana membuka cawangannya di bandar ini beberapa hari lalu selepas Sungai Petani.
Pembukaan pasaraya berkenaan dilihat tepat pada masanya, ketika orang ramai berdepan dengan krisis kenaikan harga pelbagai barangan termasuk makanan ruji Asia, beras.
Namun di sebalik kegembiraan itu, ramai yang berkunjung ke Tesco tidak sedar mereka bakal berdepan dengan bahaya yang tidak diduga. Ia berikutan pembukaan Tesco sebenarnya tidak melalui prosidur dan peraturan yang ditetapkan.
Ini terbukti apabila pasaraya berkenaan beroperasi tanpa kebenaran C.F (sijil layak menduduki). Ramai tidak menyedari tanpa C.F orang ramai yang mungkin di timpa bencana mereka tidak dilindungi insuran. Dalam bahasa paling mudah "mereka mungkin akan mati katak" sekiranya di timpa bencana ketika berkunjung ke pasaraya berkenaan.
Jurucakap Majlis Bandaraya (MBAS) memaklumkan, tiada sebarang permohonan untuk mendapatkan C.F daripda pengurusan pasaraya berkenaan.
"Macamana nak pohon C.F jalan masuk ke pasaraya berkenaan masih dalam pembinaan" tegas beliau yang memaklumkan tanpa jalan masuk yang sempurna adalah mustahil C.F akan dikeluarkan kerana ia menjadi syarat utama mendapatkan C.F.
Ejen yang melobi untuk mendapatkan C.F bagi pihak pengurusan pasaraaya berkenaan dilaporkan menemui Dato Bandar MBAS, Dato Mukthi Abdullah dua hari sebelum pasaraya berkenaan dibuka. Mereka dikatakan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan C.F sementara kerana `dateline' untuk membukapasaraya berkenaan semakin hampir.
"Mustahilmendapatkan C.F dalam tempoh hanya dua hari," jelas jurucakap berkenaan.
Perkembangan itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat setempat yang mendakwa MBAS mengamalkan sikap `double standard' dalam mengeluarkan C.F.
Justeru mereka mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) campurtangan menjalankan siasatan khususnya terhadap Dato Bandar Kemungkinan berlaku suapan hingga membolehkan C.F dikeluarkan kepada Tesco.
No comments:
Post a Comment