Monday, May 12, 2008

KONTRAK SYED UNAN DISAMBUNG LAGI...

Dato Wira Syed Unan Masri Syed Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang sepatutnya tamat kontrak pertengahan bulan ini, disambung khidmat selama 6 bulan lagi.

Menurut sumber pejabat Menteri Besar, khidmat Syed Unan disambung selepas diluluskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Ustaz Azizan dan mendapat pekenan KDYMM Sultan Kedah, baru-baru ini.

Syed Unan sepatutnya bersara pada 5 Mei 2008.

Keputusan Kerajaan Negeri menyambung kontrak Dato Syed Unan bagaimanapun tidak menceriakan Dato Bisharuddin Jamil yang sebelum ini melobi untuk menjawat jawatan berkenaan.

Sumber UPEN dalam pada itu memaklumkan, penyambungan khidmat Dato Syed Unan nyata mengecewakan Dato Bisharuddin. Beliau sebelum ini berusaha memikat hati Menteri Besar dalam usaha melobi jawatan SS hingga sanggup mendaftar sebagai ahli Pas seumur hidup.

Dato Bisharuddin akan bersara wajib pada oktober 2009.
Beliau dijangka akan dilantik sebagai Datuk Bandar Alor Star dan akan mencabar jawatan presiden KCS yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

No comments: