Saturday, May 24, 2008

EXCO BATAL KEPUTUSAN MB UNTUK ROBOH KUIL DI JITRA


Tindakan salah seorang exco membatalkan keputusan Menteri Besar Kedah berhubung meruntuhkan sebuah kuil di Jitra dalam daerah Kubang Pasu baru-baru ini menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan rakyat.

Lebih mengelirukan apabila pengurusan Majlis Daerah Kubang Pasu turut tunduk kepada keputusan exco berkenaan, meskipun telah menerima surat arahan daripada Menteri Besar agar kuil berkenaan diruntuhkan .

Beberapa penduduk di Jitra memaklumkan, tindakan exco berkenaan jelas bertentangan dengan keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar. Natijahnya, rakyat bukan saja keliru malah mula mempertikaikan siapa sebenarnya mempunyai kuasa mutlak dalam menyelesaikan isu terutama membabitkan masyarakat bukan Islam.

"Nampaknya masyarakat bukan islam menolak keputusan MB, sebab itulah Exco pun berani membatalkan keputusan MB" tegas seorang ahli jemaah Kubang Pasu dari Lubuk Kawah yang begitu kecewa dengan perkembanagn itu.

Sumber pejabat Menteri Besar pula memaklumkan, surat arahan bagi meruntuhkan kuil berkenaan telah dikeluarkan kepada Majlis Daerah Kubang Pasu.

Menteri Besar telah memberi kebenaran agar kuil berkenaan di runtuhkan kerana menghalang laluan orang ramai. MDKP juga diarah membayar sejumlah wang pampasan kepada pihak terbabit.

Bagaimanapun Exco yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal masyarakat bukan islam dikatakan menghalang kerja-kerja merobohkan kuil itu selepas di desak penganut agama hindu sekitarnya .

"Nak bincang apa lagi, kami dah siap sedia nak roboh atas arahan MB, tiba-tiba dia kata satu lagi mesyuarat perlu diadakan...kami sebagai pekerja MDKP keliru siapa sebenarnya yang lebih besar MB atau Exco" kata salah seorang pekerja MDKP yang terbabit dalam operasi meruntuhkan kuil berkenaan.

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.