Sunday, May 4, 2008

KENAPA MELAYU LEMAH

Antara Punca Kelemahan Melayu, tidak yakin kepada diri dan agama mereka yang bimbang dengan nasib dan masa depan Melayu tidak pernah merasa letih mengajak dan menyeru agar orang Melayu bersatu. Berbagai persidangan, perjumpaan, perbincangan, seminar dan kongres ke arah itu juga telah, sedang dan akan dilangsungkan.

Kalau hendak dikira telah berjela-jela resolusi dan keputusan diambil mengenai perpaduan Melayu. Alasan dan hujah menekankan perlunya Melayu bersatu serta kebimbangan nasibnya di masa depan yang diberikan sudah cukup dan jelas kenapa Melayu perlu bersatu.

Namun itu tidak membuahkan hasil lumaya dan seolah-olah bangsa Melayu ketika ini sedang berada di era sebelum terwujudnya Malay Union - berpecah dan bodoh untuk bersatu!Kenapa desakan ke arah perpaudan Melayu bergema ialah kerana kedudukan dan kepentingan Melayu kian terancam.

Dari masa ke semasa kekuasaan Melayu terhakis dan jaminan dalam perlembagaan juga longgar. Siapa yang merenggangkannya? Orang Melayu juga.Maka oleh mereka yang prihatin dan bimbang kepada nasib Melayu menghimpun berbagai data dan fakta menunjukkan kelemahan Melayu untuk disedari.

Dari data ekonomi kepada sosial dan berakhir kepada data politik. Data-data dan fakta itu semua menunjukkan mengenai keruncingan masa depan dan nasib bangsa Melayu.Serentak dengan itu juga segala sendi dan baji yang boleh mengukuhkan kedudukan dan kuasa Melayu diketuk dan dibelek semula.

Dalam pada itu tidak kurang juga berberapa kesalan dilepaskan dengan helaan nafas yang tidak puas dan semput. Seolah-olah kedudukan Melayu kini amat sukar untuk dipulihkan.Kita tidak menolak dan menafikan akan kelemahan dan ketidaktentuan nasib Melayu 10 atau 30 tahun akan datang.

Saya sendiri cukup yakin status quo yang ada kini akan berubah! Melayu pasti akan menghadapi perang besar di negaranya sendiri. Melayu akan jadi dagang di tanah airnya sendiri. Fitrah atau gejala semula jadi ini tidak terelak. Apa yang termampu dilakukan (kalau boleh) hanya melambatkan putaran atau ketibaan tarikh dan saat itu saja.

Jika orang Melayu tidak bingkas dan berusah nescaya tarikh itu akan menjadi lebih cepat daripada tempoh sepatutnya.Persoalannya kini dan jarang orang Melayu cuba memahaminya, kenapa berlaku masalah itu semua? Kenapa Melayu berpecah dan lemah?

Sepatutnya lagi matang kemerdekaan negara itu lagi kukuh persaudaraan dan silaturahim bangsa tonggaknya. Kalau persoalan ini terjawab saya kira Melayu tidak payah susah dan gaduh.Dari dulu lagi saya telah mengutarakan kelemahan orng Melayu sehingga memungkinkan akan kehilangan segala hak dan kepentingannya suatu hari nanti kerana orang Melayu tidak yakin kepada diri sendiri.

Mereka tidak percaya kepada sesama sendiri. Mereka lebih bersedia mendengar janji dan mudah terpesona dengan sandiwara orang lain berbanding saudara sendiri.Orang Melayu juga bersikap tidak apa... dan terlalu tolenrasi; tidak mempercayai bahawa musuh Melayu ialah kaum lain dan menerima hasutan lain bahawa musuh satu pihak Melayu itu ialah Melayu juga.

Kita lebih banyak membela tetamu daripada memberi makan dan peduli kepdaa anggota keluarga sendiri!Dalam konteks ini ialah Melayu berbangsa Umno sangat percaya kepada rakan kongsi mereka dan apa yang dirangkakan oleh penjajah menjadi pegangan yang tidak boleh dilepas dan dirombak.

Walhal dalam masa sama orang lain sudah berkali-kali mahu merombak kerangka itu untuk kepentingan mereka. Manakala kerangka bikinan penjajah itu adalah bom jangka yang dikira akan meletus bila tiba masanya.Bangsa Melayu Umno tidak percaya kepada bangsanya sendiri. Lantas mereka lebih mempercayai dan senang berfikir dan berbincang dengan bangsa lain.

Bangsa Melayu Umno melihat bangsa Melayu lain seperti Pas dan PKR sebagai musuhnya yang akan merampas kuasa politik mereka tanpa mereka mencongak bahawa rakannya itu juga berfikiran sama seperti Pas dan PKR.Tanpa disedari oleh bangsa Melayu Umno hubungan dan kepercayaan yang mereka berikan itu perlahan-lahan diambil kesempatan oleh rakan mereka untuk mengukuhkan kedudukannya.

Mereka tidak sedar dan tidak mahu belajar untuk sedar. Perpaduan nasional, tragedi 13 Mei terus dijadikan pesaka dan azimat untuk terus mempercayai dan melindungi rakan-rakannya itu.Sedangkan si rakan itu menggunakan kebaikan Umno ini untuk meletakakan mereka sama taraf dengan Melayu.

Perlahan-lahan desakan dibuat agar segala yang menghalang dan mengikat mereka daripada duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum Melayu dibuang dan dihapuskan.Malangnya lagi, bangsa Melayu Pas yang kecewa dengan tindakan bangsa Umno itu mula mencari formula sendiri.

Bahayanya mereka juga terikut dengan cara Umno mendekati bangsa lain dan menjadi rakan kongsi dalam perdagangan politik. Pas bersedia mengadaikan maruah dan prinsip perjuangannya.Apabila Pas juga sudah mengikut rentak politik Umno maka orang Melayu sudah tidak ada pilihan dan alternatif lain lagi. Keadaan ini menjadikan bangsa Melayu semakin cemas dankabur.

Sebenarnya pembaharuan politik inilah yang akan menumbang dan melemahkan Melayu.Selain itu ketidakyakinan bangsa Melayu kepada agamanya sendiri juga menjadi faktor melemahkan Melayu. Mereka tidak yakin agama memberi mereka kekuatan - hasanah. Perpaudan dan ukhwah menerusi agama menjamin keselamaatan di dunia dan akhirat tidak diyakini dan beranggapan itu sebagai ritual agama (omongan kosong kaum spritual) saja dan menjadi penghalaang besar kepada kerja mendapat kuasa politik duniawi.

Kepada Pas mungkin mereka perlu meralat tindakan atau polisi politik mereka ke belakangan ini yang agak terpesong. Kononnya ia dilakukan atas nama pembaharuan dan berpijak di bumi nyata, sedangkan bumi yang bakal dipijak adalah atas tanah lembut dan tanah jerlus! Apakah yang mereka kejarkan dalam perjuangan, apakah pangkat ataupun kelangsungan perjuangan menegakkan agama?

Nampaknya Pas juga terkeliru dan berada dalam debu kekaburan mengenai hal ini.Kesimpulannya apa yang menjadi penyebabkan kepada kelemahan dan kehancuran Melayu ialah pertama kerana sikap tidak yakin Melayu kepada diri sendiri - sesama Melayu iaini Umno kepada Pas, dan kedua ketidakyakinan mereka kepada kesejahteraan yang dijamin oleh agama. Kalau mereka dapat memulihkan situasi ini kedudukan Melayu dan kuasanya pasti akan terjamin dan tidak perlu dibimbangi seperti hari ini. (msomelayu.blogspot.com).

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Bang Blogger,
Website abang DARI YAN ni tak begitu sensasi macam Malaysiakini, Malaysiatoday etc.,rasa cam abang gagah saja nak operate site ni.Dinda rasa bang kena aktif sikit,tambah news yang menarik,ada gambar yang mengerunkan,komen yang pedas.Sebenarnya bang ni mamat UMNO ke mamat PAS? Bila Dinda baca news yg bang pasang ni cam celaru aje...cam tarik ganja lak.Berlakon pun biar betul, baru orang caya.So, bang tolonglah update tiap hari agar dinda boleh baca selalu.Asyik2 Bang dok cerita fasal Dato handsome tu aje...Dato Bashiruddin.Dinda karan la bila tengok gambar dia,cun meletup. Betulke dia nak jadi SUK Kedah yang baru? YAB MB tu Dinda tengok macam orang baik aja, tak usahlah kata sangat pada dia,berdosa Bang.So,Dinda harap Bang jgn dok lena depan komputer.Bagilah website abang ni meletup!!!!!

Anonymous said...

terkenang ungkapan MELAYU MUDAH LUPA... namun lagu ANAK KECIL MAIN API... tetap dihayati... nasib bangsa kita akan hancur kerana sendiri.. namun masih ramai yang belum sedar...