Saturday, May 3, 2008

DIMANA PEMANTAUAN MBAS - JALAN DI KOREK SESUKA HATI


Dok tengok la ni kebanyakkan jalan yang dikorek oleh syarikat utiliti atas pelbagai tujuan seperti penanaman kabel, paip air dan paip najis adalah punca kerosakan jalan.Pasai apa? pasai ada pasai la .. pasai depa ni syarikat utiliti melaksanakan kerja turapan semula tidak berkualiti seperti melepaskan batuk di tangga janji boleh kurangkan kos depa kalau boleh korek nak ikut besar mana paip besar tulah depa suruh kontraktor depa korek.

Buktinya jalan yang diturap itu akan rosak semula selepas beberapa bulan pasai tak ikut spesifikasi sepatutnya dan bila lubang yang dikorek tu kecik macam mana nak mampat dengan baik. Untung nak untung lah juga tapi kenalah buat balik seperti mana asal jalan tu sebelum dikorek.

Rakyat tahu lah demi nak bagi perkhidmatan yang terbaik kepada kami tapi jangan abaikan kesempurnaan kerja. Syarikat Utiliti yang banyak dok buat kerja korek ni dalam Bandaraya Alor Star adalah JBA untuk pasang paip air, TELEKOM untuk pasang kabel telekomunikasi, TNB untuk pasang kabel dan yang lain-lain lagi.

Depa ni la yang banyak dok buat rosak permukaan jalan yang comel lote tu walaupun depa ni nak bagi perkhidmatan yang terbaik dekat rakyat …kita warga Bandaraya Alor tak marah aih .. tapi tolonglah buat bagi elok balik dan berkualiti .

Sampai bab ni, MBAS kenalah buat pemantauan dan penyelarasan jangan hanya tahu meluluskan sahaja tanpa perlu melihat kualiti turapan semula yang dibuat oleh kontraktor syarikat utiliti tu.

Wujudkan staf teknikal yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memantau dan memeriksa hasil kerja penampalan balik pengorekan oleh kontraktor sehingga memuaskan hati pihak berkuasa tempatan pada setiap peringkat kerja iaitu korek , buang tanah yang dikorek, ganti balik dengan pasir dan dimampatkan (compacted) mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh MBAS untuk mengelakkan permukaan penampalan penurapan mendap orang putih kata “settlement”.

MBAS kena tetapkan spesifikasi jangan dok ikut syarikat kalau depa nak dapat kelulusan mesti kena ikut syarat dan spesifikasi pihak Majlis. Kalau ikut syarikat depa mesti kemut punya janji boleh jimatkan kos .

MBAS kena keluarkan permit korekan dan minta wang jaminan yang berpatutan kepada setiap syarikat utiliti yang nak buat korekan jalan dalam kawasan MBAS jangan dok kempromi dengan depa.. Gunakan undang-undang dan akta untuk denda depa jika depa tidak mengikut spesifikasi dan depa korek tanpa mendapat kebenaran.

Jangan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada syarikat utility/ kontraktor terlibat. MBAS hendaklah menjalankan kerja penurapan semula daripada wang jaminan jika berlaku kerja yang tidak memuaskan.Satu lagi cadangan ana, pihak MBAS kena ambil langkah mewujudkan pengiktirafan kontraktor seperti berjaya menjalankan kursus di IKRAM sebelum mereka boleh memohon permit untuk menjalankan kerja pengorekan.

Dengan adanya kursus dan sijil pengiktirafan, masalah macam ini dapat diatasi. Masalah ini bukan berlaku di Bandaraya Alor Star sahaja malah kawasan PBT yang lain juga .Fikir-fikirlah dan renung-renunglah demi agama, bangsa dan negeri tercinta ……
*Nota : Artikel telah dipetik dari e-mail yang telah dihantar kepada eveninginnorth@gmail.com

No comments: