Tuesday, June 17, 2008

TAJUL URUS BAKAL DICABAR....


Timbalan Ketua Umno bahagian Merbok, Dato Tajul Urus Md Zain bakal di cabar dalam pemilihan peringkat bahagian yang dijangka akan diadakan Julai depan.
Sumber dalaman Umno Merbok mengesahkan, Dato Tajul yang kini memegang jawatan Timbalan Ketua bahagian, yang juga bekas Ahli Dewan Negara (Senator) akan dicabar.
Antara alasan yang kedengaran di peringkat akar umbi di bahagian itu ialah beliau gagal memainkan peranan yang berkesan di peringkat akar umbi serta lebih banyak menghabiskan masa di Ibu Negara.
Sumber itu bagaimanapun tidak mendedahkan siapa yang bakal mencabar Dato Tajol tetapi di kalangan ahli umno ia bukan satu rahsia lagi.
UMNO Bahagian Merbok kini diketuai Datuk Arzmi Hamid.
Dato Tajul sebelum ini dipilih sebagai Calon bagi parlimen Merbok pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu tetapi tewas kepada calon PKR.
"Pemilihan beliau untuk jadi calon BN pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu dikaitkan dengan usaha melobi berterusan Dato Tajul dengan kawan seuniversitinya dulu yang juga mantan menteri besar, Dato Seri Mahdzir Khalid dan bukanya bersandarkan kepada prestasi sebenar perkhidmatan beliau kepada rakyat, bagi akar umbi Merbok dia bukanlah seorang yang hebat", tegas sumber itu.
Katanya, punca lain Dato Tajul dicabar ialah sikap beliau yang tidak konsistence terhadap isu semasa yang hangat diperkatakan terutama kenaikan harga minyak.
"Dia langsung tak ambil tahu kesusahan rakyat akibat kenaikan harga minyak" katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Angin di bahagian Merbok ialah Dato Tajus Urus Bin Md Zain akan bertanding Ketua Bahagian Merbok yang mana di sandang oleh Dato Arzmi... Yang yang betul. Timbalan pula akan di tandingi oleh Prof Dr Ismail Daut, Mazlan bekas setpol Mamu Zam manakala Pak Tuan (cakap pandai tapi tak deliver) akan di cabar oleh Azmi Rahim (Mantan Ketua Pemuda Merbok).
Bab tak ambil tahu tentang rakyat, tu cerita karut. Cuba rujuk balik kertas persidangan UMNO Merbok 2007, ada berapa cawangan yang komplen Ketua Bahagian tak turun padang?