Monday, June 30, 2008

USTAZ AZIZAN PULA DI DESAK IKUT LANGKAH MB SELANGOR SINGKIRKAN MENANTU......


Menteri Besar Kedah digesa mencontohi Kerajaan Selangor untuk mengumumkan perletakaan jawatan menantu beliau sebagai pegawai Penyelaras syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Kedah.
Menurut beberapa penyokong kuat Pas di Pekan Langgar keputusan Ustaz Azizan melantik menentunya, yang dikenali 'Yusrain' sebagai penyelaras GLC bukan saja tindakan yang tidak bijak malah boleh mencetuskan rasa tidak senang di kalangan orang ramai.
"Jangan jadi seperti ketam mengajar anak berjalan betul," itulah antara peringatan yang terpacul dari mulut Haji sa'ari Mutalib.
Beliau yang juga menyokong kuat Mahfuz Omar berkata, keputusan Ustaz Azizan itu telah mencetuskan polimik tidak puas hati di kalangan penyokong Pas, kerana masih ramai yang berkebolehan dan tidak ada hubungan dengan Uztaz Azizan mampu melakukan tugas itu dengan baik.
'Kenapa perlu dinafikan kebolehan orang lain, ramai yang tidak mempunyai kepentingan mampu melaksanakan tugas itu dengan profesional" tegas.
Saranan Haji Sa'ari itu turut di sokong oleh Muhamad Shafie Omar dari Langgar Limbong.
Katanya, sebagai pemimpin beliau perlu membuat keputasan yang tepat dan tidak mempunyai sebarang kepentingan.
"Ana bimbang perkembangan ini akan menjejaskan kredibiliti Ustaz Azizan akan terjejas, beliau pemimpin yang disegani di semua peringkat, jadi kami tak mau imej beliau terjejas" kata Muhamad Shafie yang lebih dikenali sebagai pak tam Pie.
Seorang graduan lulusan jurusan undang-unang yang belum mendapat sebarang pekerjaan turut memberi pandangan dalam isu berkenaan.
"Saya bukan orang politik, tapi bagi saya keputusan MB itu amat tidak wajar, sebagai pemimpin beliau perlu utamakan rakyat bukan anak pinak, sebagai seorang lulusan Universiti, saya mampu melakukan tugas itu dan ramai lagi yang keluar universiti dan mempunyai segulung ijazah mampu melakukan tanggungjawab itu", katanya.
Semalam Kerajaan Selangr mengumumkan peletakan jawatan adik kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rusli Ibrahim sebagai Penasihat Khas Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengumuman itu dibuat kerana mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa Rusli tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan anak syarikat kerajaan itu.
Katanya, ia juga bagi mengelak wujudnya sebarang konflik kepentingan mengenai perkara itu walaupun Rusli memegang jawatan tersebut sebelum ini.
''Ia adalah perkara yang agak sukar untuk ditangani kerana saya dilihat seolah-olah tidak mahu memberi peluang kepada mereka yang terlibat.
''Peletakan jawatan Rusli itu dibuat adalah berdasarkan prinsip ketelusan dan sikap bertanggungjawab kami dalam pembangkang dan kami mahu rakyat tahu bahawa tiada sebarang unsur kepentingan mana-mana pihak dalam keputusan tersebut,'' jelas beliau.

No comments: