Wednesday, June 25, 2008

KERAS KEPALA - USTAZ AZIZAN AKAN TERUS TEBANG BALAK WALAUPUN DIBANTAH PELBAGAI PIHAK TERMASUK NIK AZIZ DAN GUAN ENG


SIKAP KERAS KEPALA USTAZ AZIZAN BUKAN SATU RAHSIA LAGI DI KALANGAN PENYOKONG KUAT PAS DI KEDAH.

Kerajaan Pas Kedah mempamerkan sikap keras kepala apabila akan meneruskan cadangannya untuk menebang balak di kawasan tadahan air di negeri ini sekiranya kerajaan pusat masih enggan membayar pampasan hasil balak sebanyak RM100 juta setahun.
Perkara itu ditegaskan Menteri Besar, Ustaz Azizan dengan alasan Kerajaan Negeri amat memerlukan wang bagi menampung belanja pengurusan dan melaksanakan projek pembangunan.
"Kita dah banyak kali menulis surat kepada kerajaan pusat dan kementerian mengenai pampasan itu tetapi tidak dilayan. Jika balak tidak dipotong kita tidak ada wang," tegas beliau.
Ustaz Azizan sebelum ini mengumumkan cadangan tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri, dan berkata langkah tersebut sebagai tindak balas terhadap kelewatan kerajaan pusat membayar pampasan hasil balak yang dituntut kerajaan negeri.
Beliau berkata tidak salah bagi kerajaan negeri untuk menebang balak di kawasan tadahan kerana hasilnya akan digunakan bagi menjana ekonomi negeri.
"Kita dah banyak berkorban dengan tidak mengambil balak di kawasan simpanan dan tadahan supaya dapat membekalkan air kepada Pulau Pinang dan Perlis untuk kegunaan industri, pertanian dan minuman tanpa mendapat bayaran.Hasil balak RM16b
Beliau berkata dari kajian yang dibuat, hasil balak Kedah bernilai RM16 bilion dan jumlah yang akan ditebang memberikan hasil kira-kira RM100 juta setahun kepada kerajaan negeri. Katanya beliau tidak akan menunggu isyarat atau kelulusan kerajaan pusat untuk memanggil tender terbuka walaupun Kabinet pada Mei 2003 telah memutuskan melarang semua aktiviti pembalakan di kawasan Empangan Pedu, Empangan Ahning dan beberapa kawasan hutan di daerah Padang Terap dan Sik.

4 comments:

Anonymous said...

umno karat pui?

Kapten Power said...

Keras kepala ni tak apa.. kerana baru cadangan...Kalau banding keras kepala dok sapu keliling berjuta-juta sebelum ini lagi teruk..Duit peruntukan melalui YB untuk DUN RM 100 ribu sorang tinggai lebih kurang RM 30 ribu..macamana ?..Mana projek utk rakyat..

Anonymous said...

Alahai Ustaz.....

The arrogant and persistent attitude of the Kedah CM in caniballing natural resourses to generate income to the states is highly unwelcome.The trees which sole function is to provide water rentention and clearn air which not only detrimental to the survival of the ecosytem ,but also to the human and the agricultural sectors as a whole .This simplistic strategy resemble more like an action by the village head rather than Chief minister of the state .We were hoping that,after listening to their bombastic ceramah ,he could manage the state well and come with much better ideas and innovative way in dealing with the financial problem faced by the Kedahan after all he is considered to be the brightest among the bright.But instead of promoting industrial sector that could sustaine and propel economic growth to a higher level he resorted to deplete whatever resources the kedah still had.I'll have to say that Any Mat or Minah could do that,it does'nt have to be the CM.

Ustaz Azizan and his ranks have failed to provide a substancial and conrete develeopment plan for kedahan even after more than 100 day in power.where kedah would be 10 or 15 years from now only god knows.Vision and mission remains at the backstage not in their heart and soul.The state legislative bodies under the leadership of al ustaz has performed badly and clearly shows lacked of skill especially in resource management

It's is best that the ustaz goes back into teaching sharia laws rather become CM of a state which ways above his head.

Sang Gedembai

Anonymous said...

Kapten power (buta daN pekak)

Orang alim ulama sepatutnya menunjukkan sikap terpuji dan ilmiah bukan ambik tindakan ikut perasaan bebal.

Orang alim sepatutnya menunjukkan contoh kebijaksanaan daya kepimpinan yang tinggi terutama dalam urus tadbir kerajaan,bukan merancang jual apa yang ada supaya boleh senang.ni tindakan orang kampong ,mana buleh pemikiran kampong perintah kerajaan negeri.

sebelum cadangtu fikiarlah dulu habih habih lepaih tu buat bebal.apa punya pemerintahni.orang alim mesti kena kena buat bebai.

Jangan ingat kita alim kita pandai semua,orang lain semua bodoh dan buta kayu ..Kalu boleh buat macam kerajaan dulu kira dah baik ni 3 bulan lebih perintah rancangan apa pun tarak dok kira nak juai apa yang ada,sapa pun buleh

li megat dewa