Tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik.
"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya komposer Roslan Aziz kepada Malaysiakini.
Beliau mengulas rancangan Pemuda PAS Selangor mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.
Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.
Menurut Roslan, bantahan itu terjadi disebabkan PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik.
"Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.
"Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul.
"Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.
Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri.
"Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa.
"Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.
Setiausaha politik menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata menteri besar sedang menelitinya.Tindakan selanjutnya bergantung kepada menteri besar, tambahnya lagi.
Menurut Harakahdaily.net, ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mokhyi, yang menyerahkan memorandum itu kepada Nik Nazmi semalam, berharap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "bertindak segera agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi (dalam Pakatan Rakyat) khususnya PAS."
"Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella . Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," katanya seperti dilaporkan.
Selain mendakwa konsert anjuran syarikat kerajaan negeri Kelab Darul Ehsan Bhd itu sebagai "pembaziran dan gaya hidup mewah", Sallehen berkata ia "mengundang imej tidak baik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, apatah lagi imej Islam di ambang 100 hari" menguasai Selangor.
Aktivis politik Amin Iskandar berkata tindakan Pemuda PAS Selangor itu sebagai "menipu" rakyat kerana bercanggah dengan manifesto parti itu dalam pilihanraya umum lalu.
"Tindakan ini tidak demokratik. Kenapa tidak tulis dalam manifesto dulu? Tindakan ini menipu rakyat. Kalau dulu tulis, itu OK. Dia kena sedar, Pakatan menang, termasuk PAS, dalam kawasan berkomposisi pelbagai kaum. Jadi tuntutan itu tidak sesuai dengan aspirasi Pakatan.
"Yang memenangkan mereka dulu bukan (penyokong) PAS saja, tetapi semua pihak. Jangan lupa pada Cina yang buka bilik gerakan untuk mereka dan India yang bertakbir selepas ceramah PAS dulu," katanya.
Tuesday, June 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Fahaman wahabi and taliban nampaknya sudah mula meresap masuk ke dalam minda orang orang PAS khasnya golongan pemuda. Ini nampak jelas dengan melihat kepada gelagat mengelabah ketua mereka dengan membuat ancaman protes kepada aktiviti konsert yang bakal diadakan dan tanpa menghiraukan toleransi terhadap keperluan dan kepentingan orang lain dalam masyrakat .Acara yang hendak dijalankan tidak ada kena mengena program PAS tetapi bagai hidung tak mancung pipi tersorong , untuk menunjukkan bahawa mereka lebih putih dari yang putih,lebih suci dari yang suci , lebih beriman dari yang beriman maka mereka perlu menunjukkan menunjukkan sesuatu tindakan yang menggambarkan
nilai intrinsic mereka.
Islamophibia sebenarnya dicetuskan oleh puak puak wahabi ini melalui pertubuhan ihwan muslimin mereka.Rata rata orang islam melayu di malaysia selama ini merupakan orang islam yang berbudi tinggi,menghormati kepercayaan dan adat resam dan kepentingan orang lain samada seagama atau pun tidak,berbaik sangka,sederhana dalam pemikiran dan tindakan, tetapi apabila fahaman wahabi menular masuk melalui pemuka pemuka mereka khasnya ustaz yang pernah belajar dipondok pondok ditimur tengah seperti libya,sudan,pakistan,arab saudi ,nilai nilai keserderhana ini nampaknya makin lama makin terhakis.ustaz ustaz ala arab (yang mengutamakan " form dari subtance"ini mula menyemai nilai nilai ekteremis dalam masyrakat.maka proses arabization pun bermula, Kalau dulu islam dihormati kerana nilai murni yang ada dalam dalam masyarakatnya tapi sekarang ianya digeruni dengan sikap bebal dan ektrem pemuka pemuka wahabi ini.
Mesej yang hendak disampaikan kepada muda mudi yang terlibat dalam acara tersebut ialah kami tau apa yang baik bagi kamu,kami lebih alim dari kamu jadi kami takut kamu berdosa,jadi kami terpaksa nasihat,kalau tak dengar jugak,kami akan halang,kalau tak patuh juga mungkin kami akan berdemonstrasi (apa nak jadi jadilah)..
Fahaman wahabi dan dan taliban ini bukan sahaja tidak memberi menfaat kepada negara berbilang kaum seperti malaysia bahkan akan menyebabkan berlaku perpecahan dan malaysia balik kezaman batu seperti kebanyakan negara islam yang lain.
Mujurlah dinegeri kedah ini budaya wahami dan bebal ini masih diperingkat minima.Walaupun pun begitu ,Ustaz Azizan juga perlu berhati hati kerana mungkin ada musang berbulu ayam ini dikalangan kelilingan kelilingan ustaz azizan terutama yang paling rapat.Kita semua maklum bahawa ustaz Azizan merupakan seorang yang jujur, baiksangka dan mudah mempercayai orang lain jadi kita hendak orang orang kanan beliau adalah merupakan orang yang betul betul beriman bukan yang terdiri daripada golongan hipokrit yang mungkin sejarah dipenuhi dengan aktiviti maksiat , tidak bermoral dan penipuan.Pembersihan kuman hipokrit ini tidak dapat dielakkan demi mengelakkan implikasi negatif kepada kepimpinan MB. Ianya dapat dilakukan dengan penyataan sumpah di atas nama al-quran bahwa mereka bebas dari tuduhan tuduhan berikut.
Allah mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan
sang gedembai
Post a Comment