Monday, June 23, 2008

PERSATUAN PEMIKIR PEMBANGUNAN RAKYAT KEDAH DAKWA KERAJAAN PAS KEDAH BELANJA RM60 JUTA SELEPAS MEMERINTAH 100 HARI .

SEBAHAGIAN BESAR DARI RM 60 JUTA DIGUNAKAN OLEH USTAZ AZIZAN DAN YB AMERUDDIN UNTUK ROMBONGAN "HE KIAH" KELUAR NEGARA ATAS NAMA MISI PERDAGANGAN.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Pesatuan Pemikir Pembangunan Rakyat Kedah dalam satu risalah bulanannya dinamakan sebagai Kedah Buletin mendakwa Kerajaan negeri Kedah kini hampir bangkrap.
Menurut kenyataan Presidennya, Haji Muhamad Abdullah, Kerajaan Pas Kedah yang telah mewarisi wang dari Kerajaan B-N berjumlah RM260 Juta kini telah membelanjakan kira-kira RM 60 juta sepanjang tempoh pemerintahan selama 100 hari.
Sebahagian besar perbelanjaan itu digunakan untuk keluar negara.
Menurut pertubuhan yang beralamat di n0 2121, Bangunan Serbanika, Jalan Sultan Badlishah itu, tindakan kerajaan negeri yang memecat ketua pegawai eksekutif di semua anak syarikat milik kerajaan negeri menyebabkan pelbagai projek yang dirancang bagi menjana pendapatan kini dibatalkan.
Semua syarikat yang mengadakan usahasama tidak yakin dengan kemampuan Ahli Lembaga Pengarah yang baru yang dilantik oleh Kerajaan Pas bagi mengendalikan syarkat berkenaan.
Akibatnya, Syarikat milik Kerajaan Negeri terpasa menanggung kerugian berbillion ringgit.
Asas kepada kemampuan lembaga pengarah yang baru mungkin ada benarnya, kerana Ustaz Azizan sendiri melantik melantik salah seorang ahli keluarganya yang dikenali sebagai Yusrin untuk menjaga hal-ehwal syarikat GLC.

3 comments:

Anonymous said...

orang pas pun lagu orang lain juga. ada nafsu bukan malaikat. dulu depa kata orang umno dok gabuih duit rakyat. la depa dah ada kuasa. tunggu apa lagi, gabuih la tumpang ada kuasa.

gabuih... jangan tak gabuih! 4 tahun lagi dah bn nak ambik balik. tunggu bapak lagi? juai la mana balak yang ada belen-belen lagi!

la ni negeri berkebajikan bukan lagi membangun bersama islam dah. sebat la mana-mana yang ada!ustaz tak ustat. orang tua-tua pesan kalau ada tiga ta... sapa pun tak berapa boleh harap!

Anonymous said...

bangunan serbaneka dah kena roboh
PKNK yg roboh
PKNK berkomplot nak jatuhkan persatuan yg cuba komen pasai MB kedah. Jahat betul org itu.

Kapten Power said...

Habaq la sama..hutang Kedah lebih RM 2 billion..baru kena..Baru rakyat boleh buat kira-kira..kerana be end yg merintah sejak 50 tahun lalu..