Monday, June 23, 2008

MB SELANGOR MENGAKU PKR TERIMA DUIT DARI SYARIKAT SWASTA

Menteri Besar Selangor hari ini mengakui wujud sumbangan derma daripada syarikat-syarikat swasta bagi sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di negeri itu yang didepositkan ke dalam akaun PKR.
"Saya diberitahu ada usaha untuk mengutip derma yang saya rasa tidak perlu," kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas dakwaan Mohamad Ezam Mohd Nor.
Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa bahawa kutipan wang derma bagi penganjuran majlis sambutan itu telah didepositkan ke dalam akaun PKR.
Menurut laporan Bernama, Abdul Khalid berkata wang kutipan itu yang menurut kiraan beliau "tidak seberapa jumlahnya" akan dibekukan.
Tambahnya, ahli-ahli Pakatan Rakyat sebagai satu pasukan akan berbincang bagaimana wang itu akan digunakan dan jumlah kutipan itu akan diberitahu kepada kerajaan negeri.
"Adalah malang kutipan dan pemindahan ke dalam dana Parti Keadilan. "Ia harus dipindahkan ke dalam akaun negeri dan kemudian kita bincangkan kegunaannya," katanya selepas melancarkan Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (M.E.S) di Shah Alam.
Beliau akan menulis surat bagi mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat berkenaan dan bertanya sama ada mereka menerima tekanan untuk menyumbang untuk sambutan itu, lapor agensi berita itu lagi.

No comments: