Tuesday, June 17, 2008

PERADUAN SMS CELCOM 100 HARI 100 KERETA HARAM - JAKIM

Peraduan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Celcom '100 Hari 100 Kereta' diisytiharkan sebagai tidak mematuhi syariah kerana mengandungi unsur perjudian, gharar (tidak jelas) dan menggalakkan pembaziran.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata mesyuarat khas Panel Kajian Syariah Jakim memutuskan demikian menerusi satu persidangan khas hari ini.
Katanya, persidangan menasihatkan agar pihak syarikat telekomunikasi berkenaan menyediakan konsep peraduan baru yang selari dengan tuntutan syarak.
Peraduan SMS itu menjadi isu apabila Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 5 Jun lalu menyatakan peraduan tersebut haram disertai kerana mengandungi unsur perjudian.
Katanya peraduan itu disifatkan sebagai judi kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan sebagaimana judi nombor ekor.
“Dalam peraduan ini, kita perlu bayar atau dicaj RM5 untuk meneka atau menjawab satu soalan. Itu adalah pertaruhan, dan pertaruhan adalah satu perjudian,” katanya.

No comments: