Monday, June 23, 2008

KERAJAAN KEDAH TERUS BERGELORA - KOMPLOT SINGKIRKAN USTAZ AZIZAN SEMAKIN HANGAT DIPERKATAKAN


BELUM SIAP...TINGGAL HANYA SEBULAN LAGI SAMBUTAN JUBLI EMAS KDYMM SULAN KEDAH AKAN DISAMBUT, TETAPI KERJA-KERJA MENYIAPKAN DATARAN DIDEPAN MASJID ZAHIR MASIH BELUM SIAP SEPENUHNYA.

Siapakah pengganti Menteri Besar Kedah..?
Persoalan itu kembali mengasak minda masyarakat di Kedah apabila spekulasi kembali menguasai akar umbi bahawa majoriti mahu ADUN Anak Bukit, Ir Amiduddin Hamzah sebagai calon yang bakal mengambilalih pentadbiran neeri jelapang padi Malaysia itu.
sumber dalaman PAS mengakui, sekiranya Azizan mengambil keputusan untuk mengosongkan kerusi tersebut atas faktor kesihatan, Amiruddin bukanlah calon yang paling layak walaupun sebelum ini nama ADUN ini disebut-sebut sebagai orang yang layak mengisi jawatan Menteri Besar Kedah yang akan dilepaskan oleh Ustaz Azizan Razak.
Dengan mengambil kira kedudukan Amiruddin yang masih terlalu cetek pengalaman dan hijau muda dalam perjuangan PAS, Amiruddin dikatakan tidak disenangi oleh kumpulan tertentu di dalam PAS dan melabelkan pemimpin ini sebagai yang terlalu mementingkan diri dan gelojoh.
Amiruddin juga dikatakan pemimpin PAS yang paling rakus meraih kuasa dan mengejar kekayaan peribadi apabila beliau melantik dirinya sebagai Pengarah sekurang-kurangnya di 20 syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).
Malah sikap dan kerakusan Amiruddin turut menjadi punca kepada kelancaran program persiapan untuk menyambut perayaan Jubli Emas Sultan Kedah dan beberapa projek lain seperti Dataran Wisma Darulaman, Dataran depan Masjid Zahir, Pagar istana dan lain-lain yang hingga kini masih gagal disiapkan.
Amiruddin didakwa meletakkan kepentingan peribadi daripada kepentingan negeri dan rakyat.
Menyedari tahap kemampuan serta kepimpinan untuk mentadbir Negeri Kedah tidak mampu dipertanggungjawabkan terhadap Amiruddin, dua calon lain yang dilihat amat berpotensi untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar iaitu YB Fakhrulrazi dan YB Taulan Rasol, tokoh veteran dalam PAS.
YB Fakhrulrazi adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah dan telah lama bergiat cergas dalam Pas serta dianggap orang paling kanan semasa zaman kegemilangan Presiden Pas, Allahyarham Dato Fadhil Nor.
Begitu juga dengan YB Taulan Rasol, orang kuat Pendang yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerana beliau sebelum ini adalah pegawai KCS sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara
Kedua-dua tokoh itu menurut sumber dalaman Pas adalah orang yang mempunyai karisma serta mampu mentadbir Kedah yang baik.
Kontroversi kedudukan jawatan Menteri Besar Kedah ini dijangka akan mengheret Kerajaan PAS di Kedah untuk berada di dalam keadaan yang tidak tenang dan memungkinkan pertembungan tiga kumpulan dalam PAS Kedah ini akan menjadikan kerajaan PAS dilanda gelora.
itu belum lagi dikira kemampuan tokoh ketua penerangan Pas pusat, Haji Mahfuz Omar yang mempunai pengikut tersendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa pertembungan kepimpinan PAS dari Kedah akan semakin meruncing apatah lagi Amiruddin dan YB Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena bukanlah calon pilihan Ustaz Azizan untuk bertanding dalam PRU12 lalu tetapi dengan campur tangan daripada Presiden PAS, kedua-dua tokoh ini akhirnya dicalonkan semula serta berjaya memenangi pilihan raya di kawasan masing-masing.
Bertitik tolak dari perkembangan itu menjadikan kedua-dua tokoh ini amat tidak senang dengan kepimpinan Ustaz Azizan dan Menteri Besar itu juga tidak memberikan peluang kepada pemimpin yang dipercayai datang daripada kumpulan Mahfuz ataupun Amiruddin.
Spekulasi yang mahu Ustaz Azizan di`bersara’kan sebagai Menteri Besar Kedah bertiup kencang apabila tahap kesihatan Menteri Besar Kedah dilaporkan semakin merosot.
Dengan tahap kesihatan Azizan yang semakin tidak mengizinkan peratusan untuk beliau kekal sebagai Menteri Besar agak tipis.
Maka peralihan kuasa perlu dilakukan segera demi menyelamatkan pentadbiran kerajaan Negeri Kedah dan sekali gus menjadikan PAS dilihat relevan sebagai sebuah kerajaan yang berteraskan Islam.

No comments: