Sunday, June 15, 2008

KEDAH NAK POTONG ELAUN BILA...?

KEDAH SEHINGGA KINI BELUM UMUM LANGKAH POTONG ELAUN MB DAN EXCO SEPERTIMANA YANG DILAKUKAN OLEH PM DALAM USAHA RINGANKAN BEBAN RAKYAT AKIBAT KENAIKAN HARGA MINYAK DI PASARAN ANTARABANGSA.

Beberapa negeri di seluruh negara mengambil langkah memotong elaun keraian Menteri Besar dan Ahli exco dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat berikutan kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa.
Pahang, Terangganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Pulau Pinang antara paling awal menikut jejak Perdana Menteri yang mengumumkan potongan 10 peratus elaun keraian berikutan kenaikan harga minyak sekaligus mempraktikan amalan jimat cermat.
Bagaimanapun hingga kini Kedah yang diterjui Kerajaan Pakatan Rakyat masih membisu. Tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh Ustaz Azizan selaku Menteri Besar.
Adakah kerajaan Kedah tidak prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat atau seperti biasa Ustaz Azizan akan menyalahkan Kerajaan Pusat kerana gagal menguruskan ekonomi dengan baik.
Pelbagai tafsiran di buat di peringkat akar umbi, namun apapun teka-teki yang dilontarkan buat masa ini, Kerajaan Kedah tetap dengan pendiriannya tidak mahu memotong jumlah elaun yang dinikmati oleh Menteri Besar mahupun Ahli Exco negeri.
Apa yang pasti, dalam siri lawatan ke Mesir dan Mekah baru-baru ini, Menteri Besar telah membelanjakan kira-kira RM 40 Ribu hanya semata-mata untuk menyewa dua buah kenderaan di Mesir dan Mekah. Jumlah itu bagi rakyat Kedah memang cukup besar, tapi itulah realitinya, lain cakap lain yang buat. sama-sama lah fikiq

3 comments:

Anonymous said...

Kerajaan Kedah tak perlu nak potong elaun exco pasai rata-rata exco Kedah dapat sikit aja. Lagipun dalam blog depa-kata ada sebut, Gemulah Kerajaan BN Kedah dulu ada tinggaikan banyak duit kat Kerajaan PAS bawah Ustaz Azizan ni. Apapun Kerajaan Kedah masih kaya. Tak perlulah nak potong-potong elaun ni.

Anonymous said...

takkan nak suh potong elaun plak kot....baru saja dapat rasa...depa kat negeri lain takpa laa dah lama rasa....biaq pi laa sat...lagi 4 thn kita potong laa...

Anonymous said...

Apa saja kita dapat berita kita perlu gunakan akal utk timbang.Jgn baca terus terima,sampai mati pun masih bodoh.