Sunday, April 27, 2008

DATO OTHMAN BILA LAGI...

JKKK PUN LETAK JAWATAN APA LAGI DATO TAK KAN TAK FAHAM LAGI KOT

Kisah bekas Timbalan Setiausaha Agung parti gerakan, Datuk Lee Kah Choon menerima jawatan yang ditawarkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, mengisi dada akhbar arus perdana minggu lalu.macxam-macam oang komen dari masyarakat kampung hingga Perdana menteri.

Akhirnya orang ramai faham dek kerana kelangsungan hidup Datuk Kah Choon memilih jalan lain ke syurga. Tapi itu kisah di pulau Mutiara, tidak kurang juga dengan jiranya di Kedah. Meskipun tidak seheboh kisah Kah Choon, rakyat di Kedah tidak dapat lari dari membicara perkembangan bekas exco belia dan sukan Kedah yang terus menerus nak jadi pengurus pasukan hijau kuning.

Kisahnya berpunca dari tindakan keengganan Dato Othman Aziz yang enggan melepaskan jawatan pengurus pasukan hijau kuning meskipun kerajaan pas yang memerintah.Dalam pilihanraya umum yang lalu, Dato Othman tewas di DUN Air Hitam kepada calon parti kita.

Tapi yang hairan bin ajaib, beliau terus memegang jawatan pasukan Kedah. Atas dasar apa tak tau la.. sebagai orang politik beliau patut sedar, bila dah kalah tak payah tunggu guruh berdentum di langit la nak belah. Tak kan nak tunggu MB Ustaz Azizan kata belah baru nak belah. Kalau beliau seoang yang ada maruah dalam politik, apa nak tunggu apa lagi.

JKKK pun letak jawatan inikan pula bekas exco yang masih jadi ahli umno di peringkat bahagian. Datuk Kah choon kira ok lagi, umum keluar parti baru terima jawatan , ini dia masih menjadi ahli umno tapi nak tunjuk konon dalam Kedah tu dia seorang saja yang layak jadi pengurus.


Alahai...Dato lu pikir le sendiri

BILA AKAN BERAKHIR

ISTANA TAK RESTU, DATO BISHARUDIN SANGGUP JADI AHLI PAS UNTUK KEJAR JAWATAN

Bagai tunggu buah yang tak gugur. itulah bidalan yang dapat digambarkan berhubung isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang baru berikutan persaraan Dato Wira, Syed Unan Masri Syed Abdullah.

Sumber Pejabat MB memaklumkan, segala proses untuk melantik Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Datuk Bisharudin Jamil telah siap dilakukan. namun entah silap di mana pengumuman Dato Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru masih belum kedengaran.

Tidak ramai yang berani bersuara apabila berbicara tentang perkara ini samada dalam pejabat di wisma mahunpun di kafeteria. Rata-rata tidak berani menyentuh perkara ini.

Risik punya risik kami dimaklumkan, perlantikan Dato Bisharudin ke jawatan itu tersangkut. Ianya disebabkan oleh pihak istana yang kurang senang tindak tanduk dengan Dato Bisharuddin. antaranya tindakan Dato Bisharudin yang dalam usaha melobi ke jawatan berkenaan lupa beliau adalah kakitangan kerajaan negeri tetapi sanggup mendaftar sebagai ahli pas seumur hidup di langgar.

Tindakan itu jelas bertentangan dengan etika pegawai KCS.

"Mana mungkin seorang kakitangan KCS yang bakal mengetuai pasukan pentadbir menjadi hali mana-mana parti, itu tak betul, kira dah gadai maruah KCS semata-mata nak kejar jawatan, pemimpin macam ni ke kami nak hormat dan akan jadi ketua," kata salah seorang pegawai KCS yang jelas tidak senang dengan tindakan Dato Bisharuddin.

SEKIRANYA ANWAR BUKAN PERDANA MENTERI ISRAEL, APA LAGI...


INI bukanlah alasan pertama Anwar Ibrahim cuba memberi kesahihan kepada serangannya terhadap Tun Mahathir. Dia menggunakan kenyataan Tun berhubung statusnya sebagai bekas banduan selain kenyataan-kenyataan lain.

Apabila mendengar ucapan Anwar yang sentiasa menarik dan menghiburkan, anda perlu bersikap analitikal dan lebih kritikal terhadap logik perbahasan dan rumusannya. Seringkali tarikan pada ucapannya sekadar curahan sensasi yang menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pendengar yang berpemikiran ringkas dan tidak mendalam, lantaran menerima segala luahan tanpa mengambil kisah samada hujah-hujah tersebut disokong bukti dan fakta.

PAS TUKAR MENTERI BESAR...?

DUA NAMA DI SEBUT GANTI USTAZ AZIZAN, YB PAHROLRAZI DAN YB AMIRUDIN HAMZAH.

Nampak tenang tapi sebenarnya bercocak di dasarnya. Pergolakkan dalam Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh Ustaz Azizan Razak, ADUN Sungai Limau bukan satu rahsia lagi. Malah menjadi buah mulut di kalangan rakyat pelbagai ras di negeri Jelapang Padi itu.

Menurut sumber dalaman parti, riak pergolakan itu semakin hari semakin jelas apabila golongan mudah mendesak Ustaz Azizan mengundurkan diri secara terhormat untuk memberi laluan kepada pemimpin baru yang lebih bertenaga dan mempunyai idea lebih bernas.

Dua nama yang disebut-sebut akan mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri adalah YB Pahrolrazi Zawawi, ADUN Pengakalan Kundur atau YB Haji Amirudin Hamzah, ADUN Anak Bukit, malah kedua mereka ini telah pun disebut awal-awal sebagai calon yang sesuai untuk jawatan Menteri Besar tetapi memandangkan Ustaz Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri, hasrat kedua mereka melobi untuk jawatan tersebut tidak kesampaian.

Ustza Azizan bukan saja mempunyai masalah kesihatan yang serius malah tidak mempunyai idea dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri.

"Kedah memerlukanpemimpin yang mampu menjana sumber ekonomi yang mantap. lebih-lebih sekarang kita yang memerintah, sebagai pembangkang sumber adalah terhad jadi kena kerja kuat, untuk tambah pendapatan nak harap dari kerajaan Pusat kita pembangkang, jadi kita kena cari pemimpin yang lebih cergas. bukannya yang ada masalah kesihatan" tegas salah seorang ahi parti yang mahu kepimpinan negeri diberi nafas baru yang seiring dengan cabaran.

KERAJAAN KEDAH TUBUH PERSATUAN ANAK KEDAH

HELAH TERBARU USTAZ AZIZAN UNTUK PERKUKUHKAN PARTI DI PERINGKAT KAMPUNG.

Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Pas memulakan langkah untuk memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menubuhkan persatuan anak-anak Kedah di peringkat kampung.

Penubuhan persatuan itu dengan alasan kononya untuk membantu masyarakat kampung menambah pendapatan melalui pelbagai kegiatan ekonomi yang dirancang.

Sumber wisma darulaman memaklumkan, menteri besar, Ustaz Azizan adalah penaung kepada persatuan berkenaan yang akan ditubuhkan di setiap kampung. Bagaimanapun tidak diketahui apakah peranan mereka bertentangan dengan ahli jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan kampung yang sedia ada.

"Buat permulaan jawatankuasa penaja DUN Sungai Limau Limau telah ditubuhkan. usaha pertama yang bakal dilakukan oleh persatuan berkenaan ialah menggalakan penduduk kampung menanam pokok kelapa sawit di sekeliling rumah dalam usaha menambah pendapatan mereka" kata sumber itu.

difahamkan, cetusan idea bagi menubuhkan persatuan itu dilontarkan oleh Ustaz Azizan yang sebenarnya cuba memperkukuhkan Parti khususnya di peringkat akar umbi.

'Beberapa ahli umno yang tinggal di kampung berkenaan turut dijemput mencurah idea dan pandangan dalam usaha menjayakan hasrat yang tersirat itu", kata Mohd Shuib dari Pantai Murni, Yan.

Katanya, sebahagian besar ahli umno di kawasan kampung tidak tahu niat sebenar penubuhan persatuan berkenaan. mereka yang menyertai persatuan itu akan terperangkap dengan helah Ustaz Azaizan.

difahamkan sebahagian besar kampung dalam DUN Sungai Limau telah ditubuhkan . Bekas Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan yang dikenali sebagai cik gu Mansor dlantik sebagai Pengerusi Penaja.

Thursday, April 24, 2008

KEDAH BUKA LADANG BABI....?


SELEPAS SELANGOR KEDAH PULA BUKA LADANG BABI..

Kisah benar....selepas isu ladang babi di Selangoir mencuri tumpuan seluruh warga malaysia untuk membuka ladang babi secara besar-besaran, Kedah yang terkenal dengan jolokan jelapang padi secara diam-diam mahu membuka ladang babi.

Sumber wisma darulaman memaklumkan, cadangan untuk membuka ladang babi itu dibuat oleh sebuah syarikat melalui exco Bukit Selambau yang juga mewakili komuniti bukan islam. Cadangan itu muncul setelah sebahagi8an besar masyarakat tionghua di Sungai petani merungut kerana terpaksa ke Kampung Selamat di Pulau Pinang bagi membolehkan mereka mendapatkan daging babi segar.

Berikutan itu, sebuah syarikat di katakan bertemu dengan ADUN Bukit Selambau itu bagi mengemukakan cadangan berkenaan. selepas diteliti cadangan itu telah dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru untuk di luluskan.

Menurut sumber itu lagi, ladang babi berkenaan akan dibuka atas kawasan yang agak luas berdekatan Bukit Selambau. Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lebih terperinci kerana perkara itu masih di peringkat perbincangan awal dengan syarikat berkenaan.

Di fahamkan ladang babi berkenaan akan dibina atas tanah milik ckerajaan dan jumlah ternakannya dilaporkan mampu menampung keperluan babi seluruh negeri Kedah. Mengikut perangkaan Kedah memerlukan lebih 30 ribu ekor babi dalam tempoh sebulan .

kata sumber itu lagi, adalah mustahil sebuah syarikat yang berhasrat membuka ladang babi akan menternak babi hanya untuk keperluan tempatan.

"ia mungkin menambah jumlah ternakan sekiranya ada permintaan dari pihak luar. siapa berniaga tak mau untung" katanya sambil menjelaskan syarikat terbabit berjanji untuk menggunakan kaedah paling moden bagi menangani sisa pencemaran najis binatang berkenaaan bagui mengelak pencemaran.

JEMAAH KECEWA PEMIMPIN PAS KEDAH LUPA JASA ORANG LAMA



PAS KEDAH TIDAK KENANG JASA USTAZ ABU KASSIM SEPERTI UMNO LUPA JASA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.



Ana terpanggil untuk memperkatakan mengenai pengumuman Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak yang melantik Dr Abdul Isa Ismail sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah.

Sebagai ahli jemaah, Ana ingin melontar persoalan kepada Ustaz Azizan adakah keputusan melantik Dr Abdul Isa itu dibuat dengan pertimbangan yang maha bijak atau sekadar untuk memenuhi inspirasi kumpulan tertentu dalam saf kepimpinan parti yang ada sekarang.

Apakah tidak ada orang lain yang lebih mantap dari segi sejarah perjuanganya bagi mengisi jawatan berkenaan...?

Hakikatnya, masih ramai, jika dihitung, Ana penuh yakin jumlahnya amat besar. Ana difahamkan selain Dr Abdul Isa Ismail, beberapa nama lagi turut disenarai pendekkan oleh MB untuk dilantik ke jawatan berkenaan. antaranya, Ustaz Abu Kassim Abdullah.

Siapa Ustaz Abu Kassim..?

Bagi ahli jemaah yang tahu sejarah dan memahami perjalanan perjuangan Parti, khususnya di Kubang Pasu, Ustaz Abu Kassim tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau melalui sejarah perjuangan dalam parti yang panjang dan penuh rintangan. Kalau di imbas sejarah lampau, Ustaz Abu Kassim adalah seorang pejuang parti yang tidak boleh sama sekali dipertikaikan tahap kesetiaan pada parti..

Penglibatan Uztaz Abu Kassim dalam politik bermula awal lagi. Namun kepimpinan beliau mula terserlah selepas beliau mengambil alih jawatan Yang Dipertua Pas Kubang Pasu daripada Tuan Guru Haji Ahmad Pulau Pisang. Ketika itu parti berada dalam serba kekurangan lagi dhaif.

Cabaran utama yang terpaksa beliau lalui ialah menyiapkan markas di Kampung Tok Kesop, Kubang Lembu, Jitra. Akibat dihimpit masalah kewangan yang maha hebat, markas berkenaan tergendala pembinaannya lebih 10 tahun.

Namun berkat kesungguhan dan iltizam yang tinggi Ustaz Abu Kassim segala masalah yang timbul berjaya diselesaikan dengan bijaksana dan penuh sabar. Hasilnya, beliau bukan saja berjaya menyiapkan markas berkenaan yang kini menjadi mercu tanda Pas Kubang Pasu malah yang lebih utama mampu menyusun perjalanan parti dengan baik .

Kejayaan itu membuka mata banyak pihak termasuk bekas Presiden waktu itu, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor. selain menyelesaikan kemelut kewangan, Ustaz Abu kassim berdepan dengan tekanan daripada pelbagai penjuru . Al maklumlah, Kubang Pasu ketika itu dipimpin oleh Ketua Bahagian berjawatan Perdana Menteri Mlalaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

DI sebalik kepayahan dan segala tekanan itu, Ustaz Abu Kassim mempunyai kaedah tersendiri mengerakkan parti. Sikap Keterbukaan serta berwawasan, menjadikan Ustaz Abu Kassim bukan saja disegani ahli jemaah tetapi juga pihak dan lawan.

Buktinya, beberapa nama besar dalam Umno seperti Cik Gu Mat Nayan (bekas setiausah politik kpada Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Osman Aroff), Sdr Aznan, Timbalan Pengara Mara, peguam , Shahril, yang juga ahli ajawankuasa umno bahagian Kubang Pasu, Kamal bekas Setiausaha pemuda umno waktu itu mengambil laangkah menyertai Pas sekaligus memperkasa saf jemaah kita waktu itu.

Kejayaan membawa tokoh-tokoh yang mempuyai nama besar itu telah memberi kekuatan tersemdiri kepada parti sekaligus berjaya melebarkan jumlah ranting dalam kawasan Kubang Pasu dan perkembangan ini nyata member tekanan kepada Umno ketika itu.

Jasa dan pengorbanan beliau selama 30 tahun dalam menyusun program dan aktiviti diperingkat kawasan dan negeri menjadikan nama beliau begitu gah dikalangan ahli jemaah parti di seluruh negara. Kesungguhan beliau memperjuangkan parti mendapat pengiktirafan di peringkat pusat apabila beliau dip[ilih sebagai pengerusi pusat pada tahun 1999.

Sehingga kini bintang Ustaz Abu Kassim terus berkerlipan dan masih diberi kepercayaan mengisi jawatan itu oleh seluruh ahli jemaah meskipun beliau ditentang oleh ahli yang lain termasuk yang berjawatan exco dari Kelantan.

Apakah kejayaan ini tidak cukup untuk melayakkan Ustaz Abu Kassim dilantik ke jawatan Speaker Dewan undangan Negeri Kedah...? Bagi Ana, semua ini wajar di ambil kira oleh Ustaz Azizan sebagai MB .. Jasa dan pengorbanan Ustaz Abu Kassim tidak harus dipandang sebelah mata.

Apa yang Ana perkatakan di sini tidak bermaksud untuk memperkecilkan kemampuan dan kebolehan Dr Abdul Isa Ismail. Semua pihak tahu beliau adalah bekas Pensyarah di Universiti Utara Malaysia yang mempunyai kelulusan PHD. Namun apa yang menyedihkan ketika beliau sebagai pensyarah di Politeknik ada d kalangan ahli jemaah yang memohon pertolongan beliau namun tidak dihiraukan. Pemimpin beginikah yang wajar kita ketengahkan.? itu belum lagi kita membicarakan soal pengorbanan dan kesetiaan kepada perjuangan parti di waktu jemaah berdepan dengan segala kepayahan yang terpaksa di lalui sebelum ini.

Bukan satu rahsia lagi, Dr Abdul Isa adalah dari keluarga yang dihormati dan menjalani kehidupan yang sederhana dengan bayaran gaji yang diterima agak lumayan sebagai pemegang PHD di UUM. Sebagai ahli akademik, beliau tidak berdepan dengan pengalaman khususnya sepak terajang dalam politik .

Penglibatan beliau secara hanya baru bemula. Kalau boleh di hitung jasa beliau ialah membawa masuk Jemaah Islam Malaysia atau JIM ke dalam parti. Begitupun JIM lebi hmenjurus kepada sebuah syarikat bukanya sahsiah politik

Bagi diri Ana, pertimbangan mengenai asal usul seseorang juga perlu dibuat dalam proses perlantikan ke jawatan apa sekalipun. ia kerana sejarah Negeri Kedah yang kita Cintai ni, tidak pernah berlaku perlantikkn seorang speaker dibuat di kalangan bukan nak jati Kedah.

Ia bukan bermakna Ana terlalu jumud dalam perkara ini, tetapi inilah realiti. Kalau kita imbau sejarah semasa pemerintahan Umno dulupun, tiada orang luar yang dilantik sebagai speaker . Ini adalah realiti dan kita harus berpijak di bumi yang nyata. Ana berpendapat budaya mengimport calon luar untuk mengisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri adalah sesuatu yang tdak sihat dan boleh menghancurka perpaduan parti.

Apakah perlantikkan beliau sebagai speaker boleh dikaitkan dengan amalan kronisme sepertimana yang sering kita dakwa berlaku dalam umno..? Apakah kita sangup melihat perbuatan itu mula menjalar dalam parti yang kita perjuangkan umpana sehelai kain putih yang bersih.

Ana difahamkan Usaz Azizan juga melantik menantunya sebagai pegawai khas yang ertanggungjawab mewnjaga hal-ehwal syarikat berkaitan Kerajaan (GLC). Sejauh mana kebenarannya tidak dapat disahkan pada aktu ini . Ini gejala yang akan memusnahkan parti jika tiada sebarang tindakan diambil.

Ana cuba bayangkan apabila muktamar pas pusat yang bakal diadakan kelak, seorang pengerusi tetap yang telah memegang jawatan lebih 10 tahun tidak ada memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri yang kita sendiri menjadi Kerajan sedangkan hampir 80 peratus ahli jawatankuasa pusat telah bergelar Yang Berhormat atau Yang Amat berhormat.

Sebagai ahli jemaah Ana kecewa, ustaz musaddak Ahmad sebagai ketua Pemuda negeri tidak terpanggil untuk membela orang lama. Pemuda tidak harus kelabu dan keliru dengan harta benda rampasan perang. sekadar peringatan jangan budaya dengki mendengki dalam umno kini mula menyerap dalam saf jemaah kita yang masih suci. Klau dulu kita terpaksa lepaskan seorang pakar Hadis ustaz Aziz Hanafi di KIDU sehingga Umno menjulang kebolehan beliau di KUIN apakah akan ada lagi bala yang bakal menimpa.

Ana benar-benar kecewa. Masa ada masa untuk Ustaz Azizan perbetulkan keadaan. Ana mohon jasa baik Tok guru Nik Aziz dan presiden Tok Guru Haji Hadi Awang tampil membetulkan keadaan bagi mengelak keadaan semakin serius.

Bergitu juga ketua penerangan Pusat, Tuan Haji Mahfuz Omar dan YB Ustaz Taib Azamudeen lakukanlah sesuatu sebelum parti kita terjerumus dalam lubang yang lebih dalam.

Semua persoalan ini perlu di jawab oleh Ustaz Azizan sebagai pemimpin no.1 negeri Kedah.

wassalam.
Dipetik dari surat pembaca yang dihantar melalui email


Wednesday, April 23, 2008

URUS LETAK KERETA - MANA HALATUJU MBAS..?

SISTEM KUTIPAN MENGELIRUKAN WARGA BANDARAYA DAN PELANCONG.

Dimanakah halatujunya ?

Bila ke Bandaraya Alor Star menaiki kereta perkara paling utama ialah tempat letak kereta tidak mencukupi. Walaubagaimanapun sebenarnya ada tempat letak kereta tetapi budaya mahu letak kereta dekat tempat yang mahu dikunjungi menyebabkan ini lah puncanya yang dikatakan tempat kereta tidak mencukupi.

Walaupun dari statistik, sememangnya tempat kereta tidak mecukupi di Bandaraya Alor Star tetapi boleh di atasi jika pemikiran warga Bandaraya dapat diubah supaya berjalan lebih sikit dari tempat letak kereta ke tempat yang hendak dikunjungi.

Apa-apapun warga bandaraya kena fikir sendiri kadangkala mahu juga letak kereta hingga mengganggu aktiviti lalulintas pemandu yang lain kebanyakan tempat yang sering berlaku seperti ini ialah dihadapan bank.Di sini bukan hendak dibincang perkara di atas sangat tetapi yang lebih penting ialah pengurusan tempat kereta di Bandaraya Alor Star .

Walaupun tempat letak kereta di Bandaraya Alor star bukan diuruskan oleh MBAS sendiri kerana diberi kepada satu syarikat daripada dengar-dengar orang dok sembang sebelum ini bukan ada pengalaman pun tentang pengurusan tempat letak kereta seakan-akan macam nak buat MBAS ni test run saja janji wang masuk saku dan hidup ada gaya, mutu dan keunggulan.

Sebenarnya warga Bandaraya tak kisah MBAS nak bagi kat syarikat mana pun apa yang penting syarikat dapat melaksanakan tugas dengan baik dan memberi manafaat kepada MBAS. La ni rata-rata orang dok bercakap , kalau buat macam sekarang ini orang kampung pun boleh buat modal atas angin ..

Syarikat dulu yang lama pun hebat sikit pada yang ini semacam MBAS nak balik kebelakang dalam pengurusan tempat letak kereta.MBAS makan tulang orang lain yang makan isi sedangkan PBT mempunyai kuasa penuh dalam hal ini .. ini lah orang dok cakap PBT sebenarnya adalah lubuk emas tetapi kena akai jenuh aja dari segi matematik sebenarnya MBAS boleh bangun semula kalau hal-hal macam ni di ambil serius kerana pendapatan yang major bagi Majlis adalah kutipan cukai pintu dan kutipan tempat letak kereta kalau salah satu orang lain dok balun apa lagi memanglah Majlis tu lingkup …

Satu hal lagi orang dok sembang tentang sistem kutipan yang digunakan sat-sat macam ni, sat-sat macam tu dulu bermeter la ni berkupon pula (orang perak kata apa ke hal ni yob ) memang boleh ikut suka ke macam tak ada garispanduan aja dok pi “gazet” kat mana macam harta benda syarikat pula .. Jabatan yang berkenaan tolong tengok benda ini.

Ini hasil Majlis yang perlu dimaksimumkan pendapatannya supaya dapat mengimbangi kewangan MBAS semula tak perlu tengok benda yang besar lagi ibarat kuman yang jauh nampak gajah didepan mata tak nampak …

Sistem kutipan yang digunakan telah mengelirukan warga bandaraya yang sesungguhnya pun dah keliru dengan sistem lalulintas dalam Bandaraya Alor Star kalau nak buat Bandaraya dalam taman pun jangan sampai letak pasu tengah-tengah Bandar mintalah MBAS menyusun semula pengurusan Bandar agar kita bangga menjadi warga Bandaraya Alor Star belum cakap bab-bab lain lagi mengenai kemudahan awam, infrastruktur dan perkhidmatan kebersihan dan kutipan sampah..

fikir-fikirlah dari Datuk Bandar hingga sampai ke buruh sebenarnya kami warga bandaraya faham masalah MBAS yang dihadapi iaitu tiga (3) perkara duit, duit dan duit .. kadangkala yang pahit itu adalah penawarnya ..

PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG MENGAMUK

Malang jika seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat begitu mudah terpengaruh dengan laporan akhbar arus perdana sehingga melatah menggesa PAS menggugurkan agenda negara Islam, kata Forum Profesional Muslim (MPF).

"Pemimpin de facto Pakatan Rakyat dan majlis perundingan Pakatan mesti mengekang dinosaur yang sering pula 'celupar' dan pendek akal sehingga gagal membezakan fakta dan cereka," kata pengerusi badan itu Dr. Mazeni Alwi.

Beliau mengulas gesaan pengerusi DAP Karpal Singh semalam agar PAS menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi parti itu untuk meneruskan agendanya tersebut dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan, PKR dan DAP.

"Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urus tadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam."Kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, pastinya tidak membantu menjayakan perjuangan Pakatan rakyat," kata Karpal lagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr. Mazeni berkata sesiapa yang mengikuti perkembangan politik Malaysia kini mengenali Dr Dzulkifly sebagai seorang tokoh PAS yang menjunjung politik Islam yang serasi dengan prinsip-prinsip asas demokrasi, tadbir urus yang baik dan menghormati kebebasan asas.

Karpal mengulas laporan kenyataan pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu sewaktu mendiskusikan buku Dr Abdelwahab Al-Affendi, Who Needs an Islamic State hujung minggu lalu anjuran MPF.Dalam diskusi itu, tambah Dr Mazeni lagi, Dr Dzulkifly berkata "kalaulah saya pengarang buku ini."

Karya penulis Sudan itu membahaskan konsep politik Islam yang berbeza daripada negara teokratik yang ditakuti Karpal, kata Dr Mazeni, kepada politik Islam yang menghargai nilai-nilai yang sejajar dengan demokrasi. "Beliau (Dr Dzulkifly) sebenarnya memainkan peranan penting mencipta semula (imej) PAS dan menyediakan manifesto (negara kebajikan) dalam pilihanraya umum ke-12 yang jelas sekali mendukung semangat politik seumpama itu," tambahnya.

Tuesday, April 22, 2008

MERAK BUIH DI MBAS

SIKAP TRUE COLOUR PENYOKONG PAS DI MBAS

La ni rata-rata di MBAS staf-staf dok pakat sembang tentang sorang individu yang dikatakan dapat kuasa daripada EXCO kerajaan baru yang dikatakan sireh sudah naik junjung dalam perjumpaan si exco dengan pejabat lama beliau

Dengar habaq dalam perjumpaan tersebut si exco tersebut mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan oleh sorang exco kerana telajak perahu boleh undur terlajak kata buruk padahnya.

Bila dah terkeluar dari mulut si exco serupa itu dimana nak letak muka orang no.1 dan no. 2 di MBAS pasai ada staf lebih tinggi kuasa dia daripada mereka .. ayat NTV7 kata apa ke jadahnya nie.

Ucapan si exco tersebut berbunyi lebih kurang macam nilah yang orang dok kata, dia akan contact si polan tersebut untuk mendapat berita dan penjelasan mengenai MBAS bila dia nak tau tentang apa yang jadi kat dalam MBAS tu semasa dalam perjumpaan tersebut.

Apa lagi si polan tu pun la ni dok dengaq kata jalan dah buka dada dan dah tak heran kat sapa-sapa lagi dalam MBAS macam di MBAS itu dia jadi Datuk Bandar sebelum ni pun sipolan ni dok dengaq memang staf-staf MBAS menyampah dengan kerenah dan perangai yang tak berapa elok dan lebih teruk lagi depa staf MBAS kata kalau MBAS nak maju lebih baik jangan ada orang macam ni ...

Dari segi sudut dia tak salah yang salah orang yang bagi kuasa cara tak langsung kat si polan tu apa lagi dia pun macam beruk dapat bunga ..Risik-risik berita, pengurusan atasan MBAS tak berapa happy sebab rasa macam terbalik kuang depa kata awat tak boleh call depa ka kalau nak dapat penjelasan tentang MBAS kerana depa yang bertanggungjawab sebab dalam pengurusan pentadbiran kerajaan dia ada hiraki dia ..

Kalau macam ni jadi kalu macam mana depa nak buat keja dahlah MBAS la ni dok tenat depa tambah racun lagi bagi lingkup terus ... Apapun perancangan nak buat mesti benda ni akan bocor dekat luar sebab ada orang yang exco lebih percaya lagi daripada orang No.1 dan No.2 dalam MBAS.

Ikuti kisah selanjut dalam EVENINGINNORTH.BLOGSPOT.COM apa dah jadi ...

TERANGGANU DAH, KEDAH BILA LAGI.....

JANJI NAK HAPUS BIL AIR DI MASJID, SURAU DAN RUMAH IBADAT MASIH GAGAL DI LAKSANAKAN.

Terengganu telah membuat pengumuman menghapuskan bayaran bil air di masjid serta surau di seluruh negeri itu. Ia bertujuan meringanbeban rakyat disamping menyediakan kemudahan sewajarnya.

Keputusan yang diambil oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said dilihat tepat pada waktunya, diwaktu rakyat berdepan dengan ancaaman kenaikan pelbagai harga barang di pasaran.

Apa yang pelik, langkah seumpama itu sepatutnyaq diambil oleh Kerajaan Kedah pimpinan PAS.
Ia kerana, cadangan penghapusan bil air di masjid, surau dan urmah ibadat yang lain terkandung dalam manifesto yang ditaburkan kepada rakyat sebelum pilihanraya ke-12 di adakan.

Malangnya, hingga kini pimpinan Pas Kedah hanya bersikap diam seribu bahasa. Persoalan itu menjadi buah mulut di kalangan masyarat terbanyak di Kedah. Kenapa dan mengapa manisfesto itu tidak di laksanakan...

Sumber Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, PAS hanya pandai berjanji. Janji-janji yang ditaburkan kepada rakyat sebelum pilihanraya sebenarnya lebih kepada usaha memancing undi tanpa membuat kaji selidik. Mustahil bagi Kedah untuk melaksanakan janji itu memandangkan kos adalah tinggi dan Kedah tidak mempunyai pendapatan lain sebagai option bagi menampung kos berkenaan. Terangganu amat berbeza mereka ada duit royalti minyak dan sebagainya.

katanya, kalau Terangganu terpaksa menanggung kehilangan pendapatan sebanyak RM700,000 setahun kerana tidak mengenakan caj meter dan bayaran bil air terhadap masjid dan surau, di Kedah mungkin lebih.

TERKINI..

Benarkan Mahdzir Khalid dicabar sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.
Siapa pencabarnya...lobi melobi untuk merebut jawatan itu giat dilakukan hingga ke Putrajaya.......tunggu laporan ekslusif akan datang.

KERAJAAN NEGERI JANJI BANTU RAKYAT HANYA UNTUK PANCING UNDI

"KALAU TAK RETI BUAT KERJA, LETAK JAWATAN, RAMAI LAGI YANG ADA KEBOLEHAN, " - PENIAGA KECIL DESAK EXCO SELESAI SEGERA ISU MEREKA.

Diam tak diam dah hampir dua bulan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Kedah Darulaman. Selama dua bulan juga rakyat menanti penuh minat apakah perubahan yang bakal dilakukan oleh Kerajaan yang diketuai Pas untuk menunaikan janji mereka, sepertimana yang terkandung dalam manifesto Pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Rupanya penantian ini penuh siksa. hingga kini apa yang dijanjikan bukan saja kabur tetapi makin tidak kelihatan. Natijahnya suhu rasa tidak puas hati semakin membuak-buak. Semuanya gara-rasa gagal menunaikan janji yang terkandung dalam manisfesto berkenaan.

Menurut sumber Pesatuan Peniaga Kecil (PPK), Kerajaan Negeri yang sebelum ini melaungkan dasar untuk membela nasib peniaga kecil nampaknya hanya satu janji untuk memancing politik. Hakikatnya, setelah hampir dua bulan isu peniaga kecil di depan Kompleks Pekan Rabu masih gagal di selesaikan.

"Apa lagi kami nak buat, masalah ni kami dah pi mengadu kat Exco dan Ahli Parlimen Pokok Sena. Depa kata pi lah berniaga, tak ada masalah, bila kami pi bukan gerai Penguatkuasa Bandaraya mai rampas barang kami, apa cerita ni..., pemimpin jenis apa macam ni," tegas Haji sofi Din yang juga ahli jawatankuasa PKK.

"Kami pi menghadap Menteri Besar, dia kata pi jumpa YB Taulan, pi jumpa Taulan dia kata tak tau, kalau tak reti buat kerja jangan jadi pemimpin letak lawatan jadi exco ramai lagi yang berkebolehan, jangan jadi beruk dapat bunga," kata lagi.

Sementara itu MBAS ketika dihubungi berkata, tindakan menghalang peniaga terbabit berniaga di kawasan letak kereta itu kerana bertentangan peraturan kerana ia menghalang laluan lalulintas.

Kata sumber itu lagi, MBAS tidak mendapat sebarang arahan daripada Kerajaan Negeri untuk memberi kebenaran kepada peniaga terbabit berniaga di kawasan itu.

"Kami hanya menjalankan tugas, sekiranya ada arahan kami laksanakan, setakat cakap mulut kami tak boleh terima tak kira samada dia exco ke siapa ka....", katanya.

Sementara Tinjauan kawasan depan Kompleks Pekan Rabu mendapati, pihak MBAS meletakkan lori di kawasan yang dijadikan tapak perniagaan oleh peniaga kecil.

Beberapa penguatkuasa berpakaian preman kelihatan mengawasi tempat berkenaan bagi memastikan tiagd peniaga yang membuka gerai di kawasan itu.

Langkah itu diambil bagi memastikan segelintir peniaga yang keras kepala menjalankan peniaga walaupun notis larangan berniaga dikeluarkan sebelum ini.

Sunday, April 20, 2008

KENAPA KUIL, KENAPA TAK BINA MASJID?

KECEWA PEMIMPIN PAS LULUS PERUNTUKKAN BINA DUA BUAH KUIL BARU DI SUNGAI PETANI.


Dah dua bulan PAS mendirikan Kerajaan Kedah, pelbagai pendekatan dilakukan untuk menawan hati rakyat. Selain poster yang di pasang di seluruh pelusuk negeri mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana memilih pakatan rakyat, kenduri kesyukuran muncul di seluruh markas-markas Pas.


Maka pemimpin yang bergelar Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razakpun dengan sibuknya turun padang. Dari satu kampung ke satu kampung, dengan alasan menemui rakyat. Di sebalik kemeriahan `meraikan kemenangan' itu, rakyat masih tertanya-tanya kenapa dan bila manifesto yang dijanjikan akan dilaksanakan.


Antara kandungan manifesto itu ialah mengurangkan kadar cukai tanah, mengurangkan cukai pintu dan macam-macam lagi. Nanti punya nanti nampak macam tidak berkesudahan. Jadi tak salah kalau rakyat mula pertikaikan Kerajaan pimpinan PAS yang memperkenalkan tema "Kesejahteraan rakyat" nampak macam tak berminat untuk buat sesuatu ke arah itu.


Rakyat mula terasa ditipu dan tertipu, marah ada, geram jangan cerita la.


"Mana janji-janji manis yang depa dok sibuk ceramah masa kempen dulu..mana, dah hampir dua bulan dah habuk pun tak ade, cakap apa macam ni, ni cakap orang islam ka..? tegas Mohd Alimin Don atau lebih dikenali sebagai Pak Jab dari Yan, Kecil.


Kata Pak jab, dua bulan satu tempoh yang panjang, macam-macam boleh buat, tapi kalau macam ni gayanya, alamat dua tiga tahun lagi kami dok tunggu buah yang tak gugur.


Sementara itu, sumber Majlis Perbandaran Sungai Petani mengesahkan kerajaan pakatan pembangkang telah meluluskan peruntukan lebih RM300,000 untuk membina dua buah kuil hindu yang baru. Satu di Jalan Kuala Ketil dan satu di Bakar Arang.


Apa yang menyedihkan, kata sumber itu, kelulusan itu dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri yang selama ini memperjuangkan penubuhan negara Islam.


"Pelik sungguh, Kenapa Kuil..? kenapa tak bina masjid " kata Ustaz Salleh yang juga ahli Pas seumur hidup ranting Sungai Layar. Luahan Ustaz Salleh itu mungkin ada kebenarannya.

Kenapa Kerajaan pimpinan Pas tiba-tiba meluluskan peruntukkan yang begitu banyak untuk membina dua buah kuil hindu, sedangkan difahamkan permohonan untuk membina beberapa buah masjid baru di seluruh kedah telah lama dikemukakan hingga kini satupun tak lulus.

"Mungkin depa nak beli hati orang-orang India yang sebelum ini menyokong dan mengundi Pas pada pilihanraya umum yang lalu. Tapi jangan sampai gadai maruah islam semata-mata untuk memancing pengaruh, " tegas Ustaz Salleh.


"Kalau ini berlaku kami amat kecewa, perjuangan islam jenis macamana ni, ikut sunnah mana, Nabi mana," katanya .


Jurucakap Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) mengakui sejumlah peruntukkan telah diluluskan bagi tujuan membina dua buah kuil baru. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah sebenar peruntukkan itu kerana bimbang dikenakan tindakan kerana membocorkan rahsia sulit.

Difahamkan Kerajaan Negeri meluluskan permohonan itu sebaik saja Kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan. Kelulusan itu hasil desakan daripada masyarakat India termasuk Exco yang juga ADUN Bukit Selambau.

Rata-rata masyarakat melayu di Sungai Petani kecewa dengan keputusan itu. Mereka secara jujur mengakui tindakan itu memberi lebih banyak ruang kepada Hindraf melebarkan pengaruhnya, kerana di Sungai Petani mempunyai jumlah kepadatan orang India paling tinggi di Kedah.

BROTHER ANWAR BIN IBRAHIM (B.A.B.I)

B.A.B.I ini dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Semasa kecil, B.A.B.I bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam sebelum meneruskan persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Kemudian B.A.B.I melanjutkan pelajaran tingginya di Universiti Malaya.

B.A.B.I terjun ke dunia politik dan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang di atas tiket UMNO dalam tahun 1982. B.A.B.I menang dengan majoriti besar dan dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam tahun yang sama B.A.B.I menewaskan Haji Suhaimi Kamaruddin, untuk menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. B.A.B.I kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian B.A.B.I dipindahkan kepada portfolio Kementerian Pertanian. Dalam tahun 1987 memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. B.A.B.I dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam tahun 1991. Dalam tahun 1993, B.A.B.I menewaskan Ghafar Baba untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

B.A.B.I disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 2 September 1998 oleh FIRAUN dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.

Faktor utama penyingkirannya kerana kemaraan B.A.B.I tidak dapat dibendung lagi dan membahayakan kedudukan FIRAUN sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO. Jika FIRAUN lambat bertindak, kemungkinan FIRAUN akan 'tersingkir' sebagaimana Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.

B.A.B.I dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat, dan beberapa bulan selepas itu, ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual. B.A.B.I kemudiannya disabitkan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual. B.A.B.I dikurung dalam “sangkar penjara” selama enam tahun sebelum dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan apabila rayuannya dibenarkan bagi mengetepikan sabitan kesalahan meliwat berhubung pensabitannya dalam kes, iaitu genap enam tahun B.A.B.I dipecat daripada Kabinet.

B.A.B.I ketika ini adalah penasihat Parti KeADILan Rakyat. B.A.B.I menjadi idola dan kebanggaan semua babi-babi di Malaysia apabila orang harapan B.A.B.I membuat keputusan untuk memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi memodenkan industri babi di Sepang, Selangor.

TAHNIAH kepada B.A.B.I dan juga babi-babi di Malaysia.

Wednesday, April 16, 2008

LAGI DESAKAN AGAR PM BERUNDUR

PAK LAH LETAK JAWATAN SEGERA- GELOMBANG KUAT MULA MELANDA SELANGOR DAN WILAYAH.

Gelombang desakan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur nampaknya berterusan di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Kain-kain rentang yang menggesa Abdullah menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak digantung di luar kawasan sebuah hotel di Subang Jaya yang menjadi tempat perjumpaan jawatankuasa pengurusan Umno, dengan ketua bahagian dari kedua-dua negeri berkenaan.

Kain rentang tersebut yang dipasang oleh gabungan ahli Umno Selangor, dengan jelas menyuarakan sokongan mereka supaya Najib mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan.

Mereka juga menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai timbalan presiden Umno.

Salah satu kain rentang tersebut berbunyi Kami sayangkan Pak Lah tetapi kami lebih sayangkan Umno.Manakala yang satu lagi berbunyi Segerakan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib dan Kami Sokong Najib sebagai presiden, Muhyiddin sebagai timbalan presiden.

Tuesday, April 15, 2008

DRAMA MUZAKARAH UMNO KEDAH, SIAPA TELANJANG SIAPA

Babak pertama - Pemimpin munafik, rakyat meluat.

Tanggal 10 April 2008 (Khamis), satu lagi sejarah politik bagi negeri Kedah terlakar. Segalanya bermula apabila Umno Kedah mengadakan Muzakarah Khas di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani. Bos no.2 Umno, Datuk Seri Mohd Najib bersama anggota pengurusan parti turut padang. Tujuannya, mencari punca, kenapa dan mengapa BN Kedah tewas pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

Menurut Sumber Umno, sebahagian besar pimpinan 15 bahagian Umno di Kedah sejak awal lagi memenuhi ruang lobi Kelab Cinta Sayang kecuali mantan menteri besar yang juga ketua bahagian Kuala Kedah, Dato Syed Razak Syed Zain. Pertemuan lebih dua jam itu, di dominasi oleh segelintir ketua bahagian sahaja. Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh mereka untuk menuding telunjuk kepada apa yang didakwa punca BN Tewas.

Sumber itu menambah, pertemuan itu dijadikan pentas oleh kumpulan itu untuk menelanjangkan semasa mereka di hadapan Datuk Seri Mohd Najib dengan niat mereka adalah pembela bangsa konon. Jika direnung, kumpulan ini sememangnya telah merangka isu yang akan diketengahkan. Buktinya Luahan rasa yang dihemburkan penuh madah penuh helah. Ia kerana, bukan satu rahsia lagi kerana kumpulan inilah diketahui umum bertanggungjawan sabotaj parti.


Justeru luahan rasa itu dibuat kerana mereka mahu bertindak seolah-olah perjuang sebenar, hakikinya mereka dihimpit rasa takut akan dikenakan tindakan displin akibat perbuatan mereka yang mensabotaj BN parti pada pilihanraya umum lalu.

Perilaku mereka bukan satu rahsia lagi di peringkat bahagian, maka tidak hairanlah rakyat yang menjadi semakin meluat dengan perangai manusia bertopengkan khinzir ini.
Nama-nama seperti Tok Kadir (Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir) tokoh tujuh zaman yang menganggap umno Kulim Bandar Bahru sebagai pusaka warisan keluarga dia, Sheikh Jamil Long yang lebih dikenali sebagai ulama Pokok Sena, Dato Lah Hasnan (Abdullah Hasnan) mantan Exco Kerajaan Negeri dan Cik gu Mat Akhir (De facto Ketua Umno Sungai Petani) berjaya mendominasikan muzakarah itu untuk menutup perbuatan terkutuk mereka. Tujuannya, mengelak dipecat atau digantung dari menjadi ahli umno.

Mereka mungkin berjaya menengelamkan isu itu di mata Datuk Seri Mohd Najib serta pemimpin puat yang hadir. Tapi bukan di mata rakyat. Sandiwara golongan yang kononya berjuang untuk rakyat ini, pengundi yang dulunya setia dengan BN dan naik meluat. Pakatan rakyat sudah masak dengan sandiwara dalaman umno. Manusia jenis ini tidak wajar dilebelkan sebagai pemimpin malah tidak layak dijadikan ahli mana-mana pertubuhan sekalipun. Mereka sanggup buat apa saja malah mengadai maruah diri demi mencapai kepentingan peribadi. Awas jangan ada golongan seperti ini dalamPAS mahupun PKR.

Babak kedua - MK dijadikan kambing hitam .

Tidak cukup dengan episod menunding tulunjuk kepada orang lain, Mantan Menteri Besar Kedah yang juga pengerusi badan perhubungan umno Kedah, MK pulan cuba dijadkan kambing hitam atas alasan BN tewas di kedah. Sebagai ketua MK pastiya sedar dan bertanggungjawab atas apa yang menimpa negeri Kedah. Namun kenapa MK saja yang cuba disalahkan. Dimana kepimpinan bahagian yang sebelum ini mendakwa mereka adalah pengerak dan penentu corak pengundian di setiap bahagian. Di mana peruntukkan kewangan yang disalurkan oleh BN negeri di belanjakan.

berpijak di bumi nyata, hakikatnya, ramai tahu, jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah menjadi panas apabila BN Kedah tewas. Ada di kalangan mereka yang dipilh sebagai YB
bertindak sebagai dalang dengan harapan MK akan mengosongkan jawatan, maka dia ada peluang. Antara strateginya, memasang sebanyak mungkin kain rentang mendesak MK melepaskan jawatan. Siapa dalang di sebalik perbuatan itu..? sebahagian ahli umno sudah sedia maklum sandiwara siapa.

Sumber umno berkata, perbuatan itu direncanakan oleh salah seorang yang bergelar Dato S yang baru dipilih sebagai YB dalam parlimen Kubang Pasu. Perbuatan beliau di sokong beberapa pemimpin lain termasuk dari Kuala Kedah, Baling serta dua anggota KCS. Kata sumber itu lagi, jika dilihat dari modus operandinya Dato S mempunyai cita-cita politik yang besar.

Kalau direnung dari segi sejarah hidup, Dato S bukanlah seorang pemimpin yang boleh diteladani. Isu Isteri beliau yang naik ke pentas Pakatan rakyat ketika berkempen pada pilihanraya umum lalu bukti ampuh kepincangan dalam hidup beliau. Politik sempit yang diamalkan sejak beliau memagang jawatan Setiausaha kepada Mantan Perdana Menteri dulu mendorong beliau dipecat kerana cuba mensabotaj pemimpin agung itu di peringkat bahagian. Orang sebeginikah yang akan diangkat sebagai pemimpin negeri.

Bukti kerakusan kuasa, Dato S kini dilaporkan sedang menyusun strategi untuk mengambilalih pimpinan bahagian Kubang Pasu pada pemilihan umno tidak lama lagi. Bagi Pakatan Rakyat kami mendoakan Umno Kedah pergi dengan khusnul Khatimah. Bersedialah Pakatan Rakyat untuk terus mentadbir Kedah. Terima kasih kepada pemimpin Umno seperti ini kerana umno hancur kerana orang umno bukan kerana kekuatan Pakatan Rakyat. Namun satu perkara barang diingat, Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan menerima mereka yang seperti ini.


Babak ketiga - Rakyat dah tahu Siapa sebenarnya sabotaj siapa.

Bila bicara soal kenapa BN tewas, umum tahu ia angkara perbuatan sabotaj dari dalam. Di kedah, rakyat kebanyakkan tahu siapa sabotaj siapa. Sekadar renungan, di Kulim Bandar Baharu, siapa yang tak tahu usaha sungguh-sungguh Tok Kadir mensabotaj Dato Azimi Daim yang juga bekas pekerja politik beliau.

Tok kadir kata sumber itu lagi, mengarahkan kepada Tok Hussin (timbakan ketua bahagian) Tok Man Mat Aji dan ketua wanita agar memastikan Dato Azimi tewasdi DUN Bandar Baharu. sebagai tindak balas, orang-orang Dato Azimi juga mensabotaj Dato Aziz. Senario ini amat mempegaruhi rakyat setempat yang sememangnya sedia mengetahui. Jadi tidak hairanlah apabila rakyat bertindak mengkapankan kedua-duanyasekali kerana meluat. rakyat bukan bodoh.

Apa yang Tok Kadir tidak buat untuk pastikan Dato Azimi tewas di DUN Bandar Baharu semua orang tahu. Itulah bahana apabila sikap dengki kianat bermaharajalela dalam diri. Yang rugi bukan saja Dato Azimi ataupun Dato Aziz, BN yang kehilangan kerusi dan rakyat yang terpaksa terima padah. Kenapa Tok Kadir marah sangat kepada Dato Azimi..? jawapanya hanya Tok Kadir yang tahu.

Menurut Sumber Umno Kulim Bandar Baharu, Tok Kadir mahu menjadikan Umno bahagian itu warisan kepada keluarganya. Beliau berhempas pulas melobi untuk pastikan adiknya menjadi ahli parlimen bagi mengantikan beliau. Pelbagai sandiwara dibuat dari rumah MK hingga ke Putrajaya. Tetapi hakikatnya, bila hati kita busuk, jiwa kita kacau, kita lupa kepada takdir. Perilaku Tok Kadir sebenarnya merugikan semua pihak. Orang macam ini sewajarnya diberi hukuman gantung keahlian seumur hidup kerana mensabotaj parti. Kenapa pemimpin umno begitu lemah. Hanya kerana nila setitik habis susu sebelangga.

Pakatan rakyat mengucap terima kasih kepada Tok Kadir kerana tindak tanduknya banyak membantu Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri yang sebelum ini tidak pernah dimimpikan walaupun sesaat.


Babak Akhir - Awas dan berjaga-jaga .

selepas apa yang menimpa Umno, Pakatan PKR perlu lebih waspada terutama dengan golongan yang bermuka-muka serta bijak bersandiwara. nama-nama besar seperti Tok Kadir, Sheikh Jamil Long, Tok Lah Hasnan, Dato S serta beberapa pemimpin lagi perlu diperhatikan selalau. tidak mustahil sekiranya di pecat dari umno nama-nama besar ini akan cuba menyertai Pakatan Rakyat. di kuala Kedah, ahli umno berdoakan agar Tok Lah Hasnan masuk pas.

Jangan di beri peluang kepada orang macam ni. biarlah dia jadi hero untuk menjahanamkan Umno bersma ketua puteri kuala kedah pada perhimpunan bahagian Jun nanti. begitu juga dengan sheikh Jamil Long yang kononya berjuang untuk Umno, sebebanrnya dialah pengkianat umno, iaitu ketika dia menyertai parti S46 dulu. bagi kita awas dan berjaga-jaga, ingatkan semua bahagian dan ranting jangan mudah terpedaya dengan madah berhelah mereka ini.

Thursday, April 10, 2008

UMNO KEDAH BERMUZAKARAH

CARI SIAPA PETUALANG DISEBALIK KEKALAHAN BN DI KEDAH.

Umno Kedah mengadakan muzakarah di Sungai Petani hari ini untuk mencari punca disebalik kekalahan Kerajaan BN pimpinan Mahdzir Khalid pada pilihanraya umum ke-12 lalu.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dihadiri sebahagian besar ketua-ketua bahagian.

Datuk Seri Mohd Najib yang juga Pengerusi jawatankuasa pengurusan parti turutn bersama anggota pengurusan. Hadir sama Ketua Wanita, Ketua puteri, Ketua Penerangan umno pusat serta beberapa jawatankuasa pengurusan parti.

Langkah turun padang itu dilihat usaha terbaru umno mengenalpasti siapa dalang di sebalik keputusan BN tewas di negeri Jelapang padi itu.

Pemerhati bagaimanapun melihat pertemuan itu sebahagian daripada babak-babak drama dalam umno untuk mencari siapa yang bakal dijadikan kambing hitam akibat kekalahan yang mereka alami.

Wednesday, April 9, 2008

KERAJAAN ABDULLAH AHMAD BADAWI MULA MENDISKRIMINASI LIMA NEGERI YANG DIMENANGI PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PUSAT PERLU LEBIH PROFESIONAL DALAM MEMBENTUK HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN NEGERI YANG DIPERINTAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT - IR AMIRUDDIN.

Kerajaan Pusat yang dipimpin Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mula melancarkan beberapa langkah dilihat cuba mendiskriminasi lima buah negeri yang diterajui kerajaan pakatan rakyat .

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Ir Amiruddin Hamzah berkata Kerajaan Pusat perlu bersifat profesional dalam membentuk hubungan dan kerjasama dengan Kerajaan Negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

"Tindakan menyekat sesetengah ADUN dan Ahli Parlimen daripada Kerajaan Pakatan Rakyat membuktikan Kerajaan Pusat seolah-olah tidak menghormati kehendak rakyat," katanya.

Jelasnya, dalam tempoh sebulan selepas Pilihan Raya Umum ke-12, banyak isu yang mendedahkan kelemahan Kerajaan Pusat di bawah kepimpinan Umno-BN tidak dapat ditangani lantas mengakibatkan mereka bertindak secara tidak bijak dengan mengalihkannya kepada bentuk sekatan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.

"Rakyat sendiri sedang menyaksikan pelbagai usaha mereka yang mahu menyusahkan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menghalang projek pembangunan dan menghalang rakyat mengadakan pertemuan dengan pemimpin mereka," ujarnya.

Bahkan,kata beliau sebelum ini pihak sekolah kelolaan Kerajaan Persekutuan pernah menjemput Ketua Bahagian Umno bagi merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu bapa Guru.

"Sekarang ini, kenapa pula wakil rakyat sah yang dipilih dalam pilihan raya tidak dibenarkan merasmikan program seumpama itu?

"Apakah mereka masih sukar untuk menerima hakikat kekalahan dalam pilihan raya umum lalu yang menjadi tamparan hebat kepada mereka?" ujarnya.

Dalam jangka masa panjang ujarnya, tindakan tersebut akan memakan diri mereka serta merugikan rakyat secara umumnya.

Ditanya mengenai tindakan yang akan dibuat di peringkat beliau terhadap kerajaan pusat, Amiruddin menegaskan bahawa pihaknya hanya mahu menjalinkan kerjasama yang lebih baik demi kebaikan rakyat pada masa akan datang.

"Kita tidak mengamalkan sikap konfrontasi kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak terutamanya rakyat.

"Kepada pihak yang mengamalkan sikap tersebut, saya harap mereka lebih cerdik, ikut kehendak rakyat dan hormatilah hak parti yang dipilih Kerajaan untuk mentadbir di sesebuah kawasan," katanya lagi.

Isu mengenai diskriminasi timbul ekoran pembatalan Memorandum Persefahaman (MOU) pelancongan di lima negeri yang ditawan pembangkang.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengemukakan permintaan yang mahu pihak Kementerian Pelancongan mempertimbangkan kembali keputusan membatalkan MoU tersebut.

Semalam, Khalid dan Lim mengkritik serta melahirkan kebimbangan berikutan tindakan Kementerian Pelancongan menamatkan semua Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan kontraktor dan pengusaha pelancongan berkaitan pelaksanaan aktiviti pelancongan di lima negeri yang dikuasai pakatan parti-parti pembangkang.

Khalid dan Lim dilaporkan sebagai berkata tindakan Azalina itu bertentangan dengan langkah Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu semua program yang dirancang Kerajaan Pusat bagi negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, diteruskan.

Azalina baru-baru ini membuat pengumuman mengenai penamatan MoU berkenaan kerana bimbang strategi dan pelaksanaan pelancongan negara tidak dapat diterima oleh pemimpin di lima Kerajaan Negeri tersebut.

Beliau lantas berkata, "pembatalan MOU tersebut adalah keputusan daripada Kerajaan Pusat dan pihak kementerian hanya melaksanakannya. Kita bakal mengguna pakai polisi yang digunakan di Kelantan selama ini." - Harakahdaily

PAS MAMPU SATUKAN RAKYAT PELBAGAI BANGSA DAN KETURUNAN

Gembira ....Ustaz Azizan bersalaman dengan sebahagian daripada dua ribu masyarakat Siam yang hadir memberi sokongan dalam perjumpaan sulung di Pendang .

MASYARAKAT SIAM BERI SOKONGAN PADU KEPADA KERAJAAN BARU KEDAH.

Masyarakat Siam di Pendang hari ini menunjukkan sokongan padu mereka kepada Kerajaan Negeri yang baru yang diterajui pakatan pembangkang.

Dalam majlis sempena lawatan kerja ke Daerah Pendang yang diadakan di Wat Siam Paya Mak Insun di sini, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menerima borang sokongan daripada wakil-wakil masyarakat Siam.

Mereka terdiri daripada masyarakat Siam Kampung Lampom, Padang Pusing, Titi Akar, Kampung Cina, Padang Peliang, Kampung Huma, Paya Mak Inson dan Sungai Siput. Turut menyerahkan borang ialah wakil kaum India dan Tionghua.

Lawatan rasmi pertama beliau ke Pendang itu dihadiri lebih 2,000 masyarakat Siam setempat dan sekitarnya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Exco-Exco Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen Pendang, Dr. Hayati Othman, Pegawai Daerah Pendang, Harun Jasin dan Ketua Sami Kedah-Perlis.

Ustaz Azizan dalam ucapannya melahirkan rasa gembira dengan majlis tersebut dan juga merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat kerana telah berusaha hingga terbentuknya Kerajaan yang baru.

"Tahniah kerana kita rakyat Kedah, tidak kira apa kaum telah dapat menyedarkan rakyat bahawa rakyat yang berkuasa. Rakyat telah memilih kerajaan rakyat dan rakyat juga yang akan menjatuhkan Kerajaan, kalau Kerajaan buat tidak betul," ujar beliau.

Menurutnya di sebalik pelbagai dakwaan-dakwaan yang tersebar hari ini, hakikatnya masyarakat semakin ramai datang menemuinya.

"Tetapi hari ini berduyun-duyun datang bertemu dengan saya. Ada yang datang jumpa 20 minit, ada yang datang jumpa 10 minit, ada yang lima minit, ada yang dua minit sahaja nak salam sahaja, dia nak tengok Menteri Besar yang baru. Saya kata, Menteri Besar yang baru ini dia manusia juga bukan ada tanduk," ujarnya.

Selain itu beliau turut melahirkan rasa gembiranya dengan perpaduan yang ditunjukkan pada majlis tersebut.

"Selama ini orang kata yang boleh berpakat ini hanya BN sahaja. Selain daripada BN tidak boleh satukan rakyat. BN kata selain daripada BN tidak boleh memerintah Negara kita. Tetapi terima kasih, Alhamdulillah hari ini tanpa BN pun kita boleh satukan rakyat.

"Tuan-tuan dilahirkan di sini walaupun keturunan Siam, walaupun keturunan India dan Cina, ini bumi kita. Kerajaan sekarang tidak akan ugut orang," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin. - Harakahdaily

EMPAT ADUN UMNO SERTAI PAS MASIH JADI TANDA TANYA

PAS TERUS BERAHSIA, UMNO MEMBISU SERIBU BAHASA

Empat ADUN dari Umno yang terbabit dalam perbincangan untuk menyertai Pas di Kedah terus menjadi tanda tanya pelbagai pihak.

Ini berikutan sikap membisu pimpinan Pas mendedahkan empat tokoh berkenaan manakala tiada khabar berita mengenai status perkara itu.

Pemerhati politik berkata, perkara itu tidak mustahil. Tetapi nama empat tokoh berkenaan dirahsiakan demi kepentingan pihak tertentu.

"Mungkin depa tak mau heboh sebab Dato' Seri Najib akan lawat Kedah Khamis ini," kata sumber terdekat.

Senario politik di Kedah tidak menentu sejak akhir-akhir ini berikutan muncul cerita empat ADUN yang menang atas tiket Umno dan BN bertemu YB Anak Bukit.

Pertemuan di suatu tempat yang dirahsiakan itu dikatakan berlangsung hampir 80 minit. Ramai yang tertunggu-tunggu hasil pertemuan penuh misteri itu yang diatur secara rapi oleh tiga mantan KCS, namun tidak ada pihak yang tampil memberi komen.

Sumber terdekat (Dato WanMustapha antara penasihat YB Amiruddin) mengakui perbincangan dengan kumpulan empat ADUN itu terarah kepada usaha menarik mereka untuk menyertai Kerajaan Pas.

Difahamkan, tiga daripada ADUN berkenaan ditawarkan sebagai CEO beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah dengan tawaran gaji yang lumayan manakala seorang lagi ditawarkan jawatan sebagai Dato Bandar Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

Begitupun sumber dalam Pas berkata, tawaran jawatan Dato Bandar MBAS mendapat tentangan daripada sekumpulan pimpinan Pas yang lebih berminat untuk meletakkan Dato Wira Ahmad Md Isa yang kini memegang jawatan Pegawai Daerah Kota Star yang sebelum ini begitu rapat dengan `housemate' Ustaz Azizan di Pendang semasa beliau bertugas sebagai pegawai daerah di daerah Pendang .

KERAJAAN KEDAH BAKAL MUFLIS JIKA PAS LAKSANA JANJI PARTI

KEDAH TIDAK MEMPUNYAI KEDUDUKAN KEWANGAN YANG MENCUKUPI UNTUK MENAMPUNG JANJI YANG DIBUAT DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-12 LALU.

Kerajaan Pas Kedah akan muflis sekiranya melaksanakan janji yang terkandung dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata sebahagian besar daripada janji yang terkandung dalam manifesto itu membabitkan kos tinggi dan sukar untuk dilaksanakan.

Kerajaan Pas Kedah yang diterajui Pas perlu mengambil kira keupayaan kewangan Kerajaan Negeri sebelum melaksanakan sesuatu perkara bagi mengelak daripada terus menanggung liabiliti dalam tempoh lima tahun pemerintahan.

"Sesuatu dasar perlu selaras dengan kestabilan ekonomi dan kewangan Kerajaan Negeri, jika kita terlalu taksub untuk mengotakan janji tanpa memikirkan status kewangan maka tidak mustahil kita akan berdepan dengan krisis sumber.

"Jangan kerana terlalu ghairah membuktikan kepada rakyat bahawa Kerajaan Negeri lebih baik daripada yang sebelumnya, kita mencipta pula satu masalah yang lebih serius iaitu kekeringan sumber," katanya dalam temubual bersama akhbar Berita Harian.

Antara janji yang terkandung dalam manifesto Pas Kedah pada pilihan raya umum lalu termasuk mewujudkan skim perlindungan takaful kepada petani, penternak dan nelayan serta memberi perlindungan takaful kepada warga emas tanpa mengira kaum.


Memberi pinjaman modal tanpa riba dan latihan kemahiran percuma kepada belia yang berminat menceburi bidang keusahawanan, memberi bantuan kewangan untuk urusan pengebumian warga emas, insentif kepada mana-mana pihak yang mengusahakan tanah rizab dan rebet antara 25 hingga 75 peratus daripada perbezaan kenaikan cukai yang dikenakan mulai 2006.

Mengulas mengenai pendirian tidak konsisten kerajaan Kedah berhubung Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang sebelum ini ditentang keras oleh parti itu, Agus berkata, soal pelaburan dan penjanaan pendapatan tidak perlu dipolitikkan sekiranya ia benar-benar mendatangkan manfaat dan keuntungan kepada Kerajaan Negeri dan Pusat. - dipetik dari akhbar BERITA HARIAN.

KUIL HINDU DI KEDAH BAKAL DAPAT GERAN HAK MILIK

Pelbagai manfaat dan kemudahan bakal diperolehi oleh masyarakat India di Kedah setelah teraju kepimpinan Kerajaan Negeri bertukar daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lepas.

Selain dari sami-sami Hindu, Cina dan Siam bakal memperolehi elaun bulanan seperti mana dinikmati pegawai-pegawai masjid, paling terbaru ialah tanah yang menempatkan kuil-kuil Hindu di Kedah akan mendapat geran hak milik masing-masing.

Difahamkan NGO yang mewakili masyarakat India di Kedah iaitu Malaysia Hindu Sangam (MHS) telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak baru-baru ini bagi membincangkan mengenai perkara itu.

MHS menuntut supaya geran yang menempatkan kuil-kuil Hindu ditulis atas nama kuil masing-masing. Difahamkan tuntutan itu adalah berasas kerana masyakarat India telah dijanjikan mengenai perkara itu oleh Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) ketika kempen pilihan raya umum ke-12 lepas.

Ketika ini, geran bagi semua kuil-kuil Hindu itu ditulis atas nama Setiausaha Kerajaan Negeri manakala masyarakat Cina membeli sendiri tanah bagi membina tokong-tokong mereka.

Masjid dan surau yang menjadi tempat ibadah masyarakat Islam pula berada di atas tanah wakaf yang dikelolakan Pejabat/Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Selain itu, turut diperbincangkan dalam pertemuan itu ialah masalah perobohan kuil Hindu akibat pembangunan, kekurangan penyertaan kaum India dalam sektor awam selain mayat bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan feri antara Langkawi dan Tanah Besar.

Perkembangan terbaru ini membuktikan betapa beruntungnya masyarakat India di Kedah berbanding Negeri-Negeri lain di Malaysia.

Tuesday, April 8, 2008

DATO BASHIRUDDIN HAMPIR PASTI KE JAWATAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH

Dato Bashiruddin mengetuai pasukan UPEN merencana pembangunan Negeri Kedah Darulaman hingga mampu menarik pelaburan luar negara tertinggi di Malaysia.

SUMBER UPEN MENGESAHKAN BELIAU AKAN MENGHADAP SULTAN KEDAH UNTUK DAPAT BEKENAN SEBAGAI SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI YANG BARU.

Bukan satu `rahsia' lagi. Pengarah Upen Negeri Kedah, Dato Bashiruddin Abdul Jamil ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, bagi mengantikan Dato Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah yang bakal bersara Mei ini.
Sumber Terkini Upen memaklumkan, Dato Bisharuddin akan dipanggil menghadap ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Kedah dalam tempoh terdekat untuk mendapat bekenaan sebelum diumumkan perlantikan beliau.
Desas-desus perlantikan anak jati Yan itu bukan satu rahsia lagi di kalangan anggota KCS.
Kemampuan beliau tidak diragui kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam merencana pembangunan negeri.
Dan yang lebih utama sikap kreatif, inovatif dan proaktif beliau.
Ketokohan dan kemampuan Dato Bashiruddin terbukti apabila berjaya membawa skuad `Kenari' terbang tinggi di arena bola sepak negara.
pemilihan Dato Bashiruddin dilihat tepat kerana beliau diyakini mampu membawa Kedah sebagai ngeri yang terbilang. tahniah ....

JANGAN CUBA TUBUH NEGARA ISLAM - KATA KARPAL

Sehati sejiwa ......Menteri besar kedah bersalaman dengan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika megadakan kunjungan hormat di Wisma Darulaman, baru-baru ini. Pas dan PKR setuju tubuh negara islam namun ditentang oleh DAP. Apa dah jadi akhirnya pakatan berkenaan.
DAP TENTANG HASRAT PAS TUBUH NEGARA ISLAM.

Hanya beberapa Hari Dato Seri Anwar mengumumkan penubuhan pakatan pembangkang yang membabitkan PAS, DAP DAN PKR sudah wujud suara sumbang.
Tentangan terbuka keluar dari pengerusi DAP Karpal Singh yang secara terbuka menentang hasrat PAS untuk menubuhkan negara Islam.
tegas Karpal, PAS mesti menerima dan menghadapi kenyataan bahawa rakyat Cina dan India di negara itu tidak akan dapat terima kewujudan sebuah negara Islam atau pengenalan kepada undang-undang hudud.
Bagaimanapun, Karpal berkata DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini seperti yang termaktub mengikut Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya PAS tidak harus menyimpang daripada apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.
Karpal menyatakan demikian dalam satu kenyatan Isnin lalu sekaligus menafikan laporan media bahawa beliau memperkecil-kecilkan usaha kerajaan Kelantan untuk mempromosikan Islam seperti yang didakwa oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Ahli Parlimen TasikGelugur menambah, beliau membantah adalah hasrat PAS yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Beliau berkata tidak syak lagi bahawa kaum Cina dan India di Kelantan yang diterajui PAS berasa gembira "tetapi itu tidak bermakna mereka bersetuju dengan pewujudan sebuah negara Islam atau pengenalan kepada undang-undang hudud".
"Masanya sudah tiba untuk PAS menghentikan usahanya bagi menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan berusaha ke arah kepentingan semua rakyat negara ini tanpa mengira warna kulit, bangsa atau keturunan," kata Karpal.
Katanya, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata pada minggu lepas, PAS sepatutnya menjadi tunjang Pakatan Rakyat sekiranya parti itu mahu merealisasikan hasratnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam.
"Kenyataan Menteri Besar Kelantan bahawa saya memperkecil-kecilkan usaha kerajaan negeri Kelantan untuk mempromosikan Islam, adalah mengelirukan. Saya tidak pernah, pada bila-bila masa pun, memperkecil-kecilkan Islam. Kami tidak berbalah dengan PAS melainkan berhubung ideologi asas parti itu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan memperkenalkan undang-undang hudud," kata Karpal.
Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat ahad lalu mengkritik Karpal kerana mengatakan PAS tidak seharusnya bermimpi untuk menjadi tunjang Pakatan Rakyat yang dicadangkan itu dan mewujudkan sebuah negara Islam.
Nik Aziz turut menyifatkan kenyataan Karpal itu sebagai memperkecil-kecilkan usaha kerajaan negeri Kelantan untuk mempromosikan Islam.- agendadaily.

Monday, April 7, 2008

UMNO KEDAH SEMAKIN PARAH..EMPAT ADUN RUNDING SERTAI PAS ?

Tidak ada angin, tiba-tiba ribut melanda.....begitulah senario politik di Kedah.
Belumpun selesai topik perbincangan BN tewas pada pilihanraya umum ke-12, tiba-tiba muncul pula cerita empat ADUN yang menang atas tiket UMNO dan BN bertemu YB Anak Bukit.
Pertemuan di suatu tempat yang dirahsiakan dikatakan berlangsung hampir 80 minit.
Ramai yang tertunggu-tunggu hasil pertemuan penuh misteri itu yang diatur secara rapi oleh tiga mantan KCS, namun tidak apa pihak yang tampil memberi komen.
Sumber terdekat, (Dato WanMustapha antara penasihat YB Aminruddin) mengakui perbincangan dengan kumpulan empat ADUN itu terarah kepada usaha menarik mereka untuk menyertai Kerajaan Pas.
Difahamkan, tiga daripada ADUN berkenaan ditawarkan sebagai CEO beberapa anak syarikat kerajaan negeri kedah dengan tawaran gaji yang lumayan manakala seorang lagi ditawarkan jawatan sebagai Dato Bandar Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).
Begitupun sumber dalam Pas BERKATA, tawaran jawatan Dato Bandar MBAS mendapat tentangan daripada sekumpulan pimpinan Pas yang lebih berminat untuk meletakkan Dato Wira Ahmad Md Isa yang kini memegang jawatan Pegawai Daerah Kota Star yang sebelum ini begitu rapat dengan `housemate' Ustaz Azizan di Pendang semasa beliau bertugas sebagai pegawai daerah di daerah Pendang .
Usaha menjejaki nama empat adun terbabit gagal kerana kedua-dua pihak lebih berminat merahsiakan identiti masing-masing demi kepentingan bersama.

SIAPA BAKAL SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH.





serius....Dato Bashiruddin turun padang menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat tanpa mengira waktu.


Kekosongan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah berikutan persaraan Dato Bijaya Indera, Dato Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah Mei ini mengundang pelbagai spekulasi siapa bakal menduduki jawatan No. 1 Pentadbiran Negeri Jelapang Padi itu.
Tiga tokoh yang disebut bagi mengisi kekosongan itu ialah Dato Wira Rasli Bashir, Dato Wira Bashiruddin Abdul Jamil dan Dato Wira Mohd Nor Rofaie.
Dato Wira Rasli Bashir kini memegang jawatan pegawai kewangan negeri, Dato Wira Bashiruddin Abdul Jamil, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri manakala Dato Wira Mohd Nor Rofaie adalah Pengarah Tanah negeri Kedah.
ketiga-tiga tokoh ini dilihat paling sesuai mengisi jawatan berkenaan berdasarkan senoriti jawatan dalam kerajaan negeri.
Sumber Wisma Darulaman bagaimanapun memaklumkan, antara ketiga-tiga tokoh berkenaan, kepimpinan negeri lebih tertarik kepada Dato Wira Bashiruddin Abdul Jamil kerana beliau terbabit secara langsung dalam menyusun program pembangunan negeri ketika diera pentadiran Mantan Menteri Besar Kedah yang mewakili BN.
Ketokohan Dato Wira Bashiruddin yang juga berasal dari Yan turut dikuatkan lagi dengan hubungan akrab beliau dengan Meneri Besar Kedah, Ustaz Azizan yang juga ADUN Sungai Limau.
Peranan Dato Wira Bashiruddin dalam merancangan pembangunan negeri di lihat mempunyai kelebihan tersendiri dan lebih menyerlah jika dibandingkan dengan dua lagi tokoh .

Sunday, April 6, 2008

RM100 JUTA UNTUK TERNAK BABI DISELANGOR

Kontroversi penyiaran gambar lima ekor ‘babi panggang’ dalam laman web Ahli Parlimen Seputeh dan ADUN Kinrara, Selangor, Teresa Kok membawa kepada pengumuman oleh Teresa sendiri bahawa mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 2 April 2008 telah meluluskan peruntukan RM100 juta bagi tujuan pembinaan ladang ternakan babi moden.
Beliau yang mempersoalkan kenapa isu penyiaran gambar itu menjadi kontroversi melahirkan rasa gembiranya dengan keputusan kerajaan negeri itu memberitahu beliau mahu projek ini menjadi contoh kepada kerajaan negeri lainnya.
Dalam tulisannya juga beliau memberitahu, Exco yang bertanggungjawab dalam bidang pertanian ialah Yaakob Sapari dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan pakar dalam bidang pertanian moden.
Teresa memaklumkan keputusan mesyuarat Exco Selangor berkenaan ekoran kontroversi penyiaran gambar lima ekor ‘babi panggang’ di laman webnya semasa meraikan kejayaannya pada pilihanraya umum lalu di Salak Selatan.
Beliau melahirkan kehairanannya kenapa masyarakat terlalu sensitif dengan babi sedangkan katanya, beliau pernah melihat babi berkeliaran di kampung-kampung Melayu di Tumpat, Kelantan.
Namun, pemandangan babi berkeliaran di Tumpat biasanya hanya melibatkan perkampungan orang Siam yang beragama Budhha.
Penyiaran gambar tersebut telah mencetuskan komen-komen daripda pembaca yang mahu Teresa lebih sensitif dengan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Malah ada yang mengaitkan tindakan meletakkan lima ekor babi panggan seolah-olah menggambarkan kejayaan pembangkang menguasai lima negeri.
Tidak kurang juga yang menyifatkan penyiaran gambar berkenaan hanya menguatkan keyakinan orang ramai DAP yang mendakwa sebagai parti berbilang kaum sebenarnya adalah parti yang kuat `kecinaannya’.

Projek Hidrokarbon Yan

Projek Hidrokarbon Yan yang dulunya dikenali sebagai Zon Industri Yan merupakan projek yang dicadangkan oleh pemaju swasta dengan penglibatan anak-anak syarikat kerajaan negeri bagi memajukan satu kawasan industri yang berasaskan minyak mentah petroleum. Antara komponen projek ialah dua loji penapisan minyak mentah, satu kompleks penyaluran paip minyak mentah dari Yan ke Bachok Kelantan, tiga kompleks simpanan minyak, kawasan pembinaan pelantar minyak dan industri hiliran berasaskan petroleum.