DUA NAMA DI SEBUT GANTI USTAZ AZIZAN, YB PAHROLRAZI DAN YB AMIRUDIN HAMZAH.
Nampak tenang tapi sebenarnya bercocak di dasarnya. Pergolakkan dalam Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh Ustaz Azizan Razak, ADUN Sungai Limau bukan satu rahsia lagi. Malah menjadi buah mulut di kalangan rakyat pelbagai ras di negeri Jelapang Padi itu.
Menurut sumber dalaman parti, riak pergolakan itu semakin hari semakin jelas apabila golongan mudah mendesak Ustaz Azizan mengundurkan diri secara terhormat untuk memberi laluan kepada pemimpin baru yang lebih bertenaga dan mempunyai idea lebih bernas.
Dua nama yang disebut-sebut akan mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri adalah YB Pahrolrazi Zawawi, ADUN Pengakalan Kundur atau YB Haji Amirudin Hamzah, ADUN Anak Bukit, malah kedua mereka ini telah pun disebut awal-awal sebagai calon yang sesuai untuk jawatan Menteri Besar tetapi memandangkan Ustaz Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri, hasrat kedua mereka melobi untuk jawatan tersebut tidak kesampaian.
Ustza Azizan bukan saja mempunyai masalah kesihatan yang serius malah tidak mempunyai idea dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri.
"Kedah memerlukanpemimpin yang mampu menjana sumber ekonomi yang mantap. lebih-lebih sekarang kita yang memerintah, sebagai pembangkang sumber adalah terhad jadi kena kerja kuat, untuk tambah pendapatan nak harap dari kerajaan Pusat kita pembangkang, jadi kita kena cari pemimpin yang lebih cergas. bukannya yang ada masalah kesihatan" tegas salah seorang ahi parti yang mahu kepimpinan negeri diberi nafas baru yang seiring dengan cabaran.
Sunday, April 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Apa yang orang UMNO sibuk sangat tentang gantimenganti jawatan MB Kedah.Pak Lah sendiri pun dah lelah,masih gagah nak jadi PM.Harap pertahan duk hirup roh Jin untuk pulih tenaga....tapi yang sahih dia nampak makin sehari sehari semakin semput. Usaz Azizan pun mengaji tinggi juga dan setakat hari ni saya nampak idea dia cukup bernas.Contohnya dia diawal lagi sebut masalah kekurangan bekalan padi,tau2 betul terjadi.Hidup mati di tangan Allah.Kadang2 org yang sihak mati dulu,contoh banyak.Bagi peluang dia buat kerja dulu, lepas setahun baru buat penilaian.Tentang penganti kita bincang bila tiba masanya.Cuma jika boleh saya cadang,elok jika YB Amiruddin jadi exco kanan sebab dia lebih matang dan berkalibar.Saya nampak dia tak kalut macam exco lain.
Post a Comment