Monday, April 7, 2008

SIAPA BAKAL SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH.





serius....Dato Bashiruddin turun padang menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat tanpa mengira waktu.


Kekosongan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah berikutan persaraan Dato Bijaya Indera, Dato Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah Mei ini mengundang pelbagai spekulasi siapa bakal menduduki jawatan No. 1 Pentadbiran Negeri Jelapang Padi itu.
Tiga tokoh yang disebut bagi mengisi kekosongan itu ialah Dato Wira Rasli Bashir, Dato Wira Bashiruddin Abdul Jamil dan Dato Wira Mohd Nor Rofaie.
Dato Wira Rasli Bashir kini memegang jawatan pegawai kewangan negeri, Dato Wira Bashiruddin Abdul Jamil, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri manakala Dato Wira Mohd Nor Rofaie adalah Pengarah Tanah negeri Kedah.
ketiga-tiga tokoh ini dilihat paling sesuai mengisi jawatan berkenaan berdasarkan senoriti jawatan dalam kerajaan negeri.
Sumber Wisma Darulaman bagaimanapun memaklumkan, antara ketiga-tiga tokoh berkenaan, kepimpinan negeri lebih tertarik kepada Dato Wira Bashiruddin Abdul Jamil kerana beliau terbabit secara langsung dalam menyusun program pembangunan negeri ketika diera pentadiran Mantan Menteri Besar Kedah yang mewakili BN.
Ketokohan Dato Wira Bashiruddin yang juga berasal dari Yan turut dikuatkan lagi dengan hubungan akrab beliau dengan Meneri Besar Kedah, Ustaz Azizan yang juga ADUN Sungai Limau.
Peranan Dato Wira Bashiruddin dalam merancangan pembangunan negeri di lihat mempunyai kelebihan tersendiri dan lebih menyerlah jika dibandingkan dengan dua lagi tokoh .

3 comments:

dariyan said...

Tahniah Dato.....semoga berjaya membawa kedah ke mercu kejayaan yang lebih terbilang.

Anonymous said...

Pilihan yang tepat, hidup org Yan

Anonymous said...

Ishhh,Ishhhh.Tak kan hampa bodoh macam kerbau.Aku ingat kerbau pun pandai lagi dari penulis artikel ni.Sahih lagi clear yang calon terunggul untuk dilantik sebagai YB SUK selepas YB Dato Wira Syed Unan adalah YB Dato Wira Rasli.YAB MB janganlan memperjudikan masadepan negeri Kedah.Calon yang dua orang lagi tu nampak layak tapi sebenarnya amat tidak layak.Berlakon cerdik tidak sama dengan memang cerdik.Kalau tak percaya suruh ketiga2 depa pi ambil exam di INTAN Bukit Kiara.Bila keputusan keluar baru putus siapa jadi SUK.Ataupun buat undi dikalangan KCS.Nak jadi pemimpin bukan senang.Saya doakan YAB MB tak buat silap lantik orang yang dulu penyegan,la ni tunjuk rajin,untuk jadi YB SUK