SISTEM KUTIPAN MENGELIRUKAN WARGA BANDARAYA DAN PELANCONG.
Dimanakah halatujunya ?
Bila ke Bandaraya Alor Star menaiki kereta perkara paling utama ialah tempat letak kereta tidak mencukupi. Walaubagaimanapun sebenarnya ada tempat letak kereta tetapi budaya mahu letak kereta dekat tempat yang mahu dikunjungi menyebabkan ini lah puncanya yang dikatakan tempat kereta tidak mencukupi.
Walaupun dari statistik, sememangnya tempat kereta tidak mecukupi di Bandaraya Alor Star tetapi boleh di atasi jika pemikiran warga Bandaraya dapat diubah supaya berjalan lebih sikit dari tempat letak kereta ke tempat yang hendak dikunjungi.
Apa-apapun warga bandaraya kena fikir sendiri kadangkala mahu juga letak kereta hingga mengganggu aktiviti lalulintas pemandu yang lain kebanyakan tempat yang sering berlaku seperti ini ialah dihadapan bank.Di sini bukan hendak dibincang perkara di atas sangat tetapi yang lebih penting ialah pengurusan tempat kereta di Bandaraya Alor Star .
Walaupun tempat letak kereta di Bandaraya Alor star bukan diuruskan oleh MBAS sendiri kerana diberi kepada satu syarikat daripada dengar-dengar orang dok sembang sebelum ini bukan ada pengalaman pun tentang pengurusan tempat letak kereta seakan-akan macam nak buat MBAS ni test run saja janji wang masuk saku dan hidup ada gaya, mutu dan keunggulan.
Sebenarnya warga Bandaraya tak kisah MBAS nak bagi kat syarikat mana pun apa yang penting syarikat dapat melaksanakan tugas dengan baik dan memberi manafaat kepada MBAS. La ni rata-rata orang dok bercakap , kalau buat macam sekarang ini orang kampung pun boleh buat modal atas angin ..
Syarikat dulu yang lama pun hebat sikit pada yang ini semacam MBAS nak balik kebelakang dalam pengurusan tempat letak kereta.MBAS makan tulang orang lain yang makan isi sedangkan PBT mempunyai kuasa penuh dalam hal ini .. ini lah orang dok cakap PBT sebenarnya adalah lubuk emas tetapi kena akai jenuh aja dari segi matematik sebenarnya MBAS boleh bangun semula kalau hal-hal macam ni di ambil serius kerana pendapatan yang major bagi Majlis adalah kutipan cukai pintu dan kutipan tempat letak kereta kalau salah satu orang lain dok balun apa lagi memanglah Majlis tu lingkup …
Satu hal lagi orang dok sembang tentang sistem kutipan yang digunakan sat-sat macam ni, sat-sat macam tu dulu bermeter la ni berkupon pula (orang perak kata apa ke hal ni yob ) memang boleh ikut suka ke macam tak ada garispanduan aja dok pi “gazet” kat mana macam harta benda syarikat pula .. Jabatan yang berkenaan tolong tengok benda ini.
Ini hasil Majlis yang perlu dimaksimumkan pendapatannya supaya dapat mengimbangi kewangan MBAS semula tak perlu tengok benda yang besar lagi ibarat kuman yang jauh nampak gajah didepan mata tak nampak …
Sistem kutipan yang digunakan telah mengelirukan warga bandaraya yang sesungguhnya pun dah keliru dengan sistem lalulintas dalam Bandaraya Alor Star kalau nak buat Bandaraya dalam taman pun jangan sampai letak pasu tengah-tengah Bandar mintalah MBAS menyusun semula pengurusan Bandar agar kita bangga menjadi warga Bandaraya Alor Star belum cakap bab-bab lain lagi mengenai kemudahan awam, infrastruktur dan perkhidmatan kebersihan dan kutipan sampah..
fikir-fikirlah dari Datuk Bandar hingga sampai ke buruh sebenarnya kami warga bandaraya faham masalah MBAS yang dihadapi iaitu tiga (3) perkara duit, duit dan duit .. kadangkala yang pahit itu adalah penawarnya ..
Wednesday, April 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Sabitpun MBAS bankrap ini puncanya. Kenapa Datuk Bandar, Setiausaha dan Penolong Setiausaha dok nganga lagi hat tu pun hampa taktau nak fikir baik letak jawatan
Menteri Besaq kena la turun padang sama tengok apa dah jadi, jangan dok asyik p ceramah saja, zaman ceramah habeh dah, la ni zaman buat kerja, kerja, dan kerja
Kalau la benar penulis blog ni kata, tauke ni orang berpengaruh di kedah, apa tunggu lagi warga Alor Star kita patut hantar SURUHANJAYA BPR untuk siasat perkara ni jangan tunggu lama-lama.........jangan tunggu lama-lama nanti sampah pun MBAS tak boleh kutip kerna duit sudah tak dak kerana dok jamu dan bela hantuuuuu rayaaa........
Post a Comment