Wednesday, May 28, 2008

BELANJA SETENGAH JUTA LAWAT MESIR

BELANJA WANG GLC BAWA PENGIKUT MAKAN ANGIN DI MESIR.

Kerajaan Kedah yang diterajui Ustaz Azizan yang baru dua bulan mentadbir negeri Jelapang Padi hari ini (28 Mei 2008) akan mengadakan lawatan ke Mesir.
Lawatan yang membabitkan lebih 200 ahli rombongan itu disandarkan kepada urusan mencari pelabur timur tengah untuk menambah pelaburan yang sedia ada.
Menurut sumber Wisma Darulaman, lawatan yang julung kali diketuai oleh Ustaz Azizan itu mempunyai beberapa agenda.
Antaranya menemui pelajar dan sumber dari Mesir mengesahkan Menteri Besar dan beberapa VIP akan menaiki kapal mewah menyusuri Sungai Nil. Paling mengejutkan ketika berada dalam kapal mewah itu Menteri Besar dan VIP akan disediakan dengan makanan timur tengah khususnya Mesir dan tarian g......
Perkembangan itu kata pemerhati politik jelas bertentangan apa yang diperjuangkan oleh Pas selama ini.
Katanya, sekiranya agenda itu berjalan mengikut jadual bermakna, Menteri Besar dan tetamu VIP yang lain bolehlah diketegorikan sebagai `hipokrit' kerana di depan rakyat mereka berlagak alim, tetapi di luar negara sebaliknya yang berlaku.
Sememangnya, pimpinan Pas bijak dalam memberi alasan, tetapi rakyat sekarang semakin bijak membuat penilaian, kalau alasan sekadar itu budaya orang timur tengah, rakyat sudah semakin muak dan jelak.
Sumber Wisma Darulaman sendiri mengesahkan, sebahagian besar ahli rombongan bukanya kakitangan kerajaan yang bekerja keras dalam mengatur kedatangan pelabur, sebaliknya mereka yang dikatakan bekerja keras embantu Pas pada pilihanraya umum ke-12 lalu. Dalam erti kata lain, lawatan ke Mesir boleh dianggap sebagai `hadiah' kepada mereka yang dikatakan menjadi tulang belakang kepada kemenangan Pas pada pilihanraya umum lalu.
Kata Pemerhati politik, perkara seumpama itu semamangnya lumrah bagi mana-mana Kerajaan untuk membawa petugas pilihanraya ke luar negara, tetapi tindakan Pas ini dianggap keterlaluan kerana Ustaz Azizan membelanjakan SETENGAH JUTA RINGGIT bagi tujuan lawatan itu. Lebih mengejutkan, wang yang dibelanjakan itu diambil dari Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).
Tegasnya, Keputusan Ustaz Azizan bukan saja tidak bijak malah boleh menimbulkan kemarahan rakyat yang dengan sewenang-wenangnya membelanjakan wang hanya untuk membawadua tiga kerat pengikut beliau yang dikatakan orang kuat Pas.

13 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

wei aku heran sungguh la sapa yang hangpa dok sebut2 mankob ni..
kira mankob ni hebat la..dia sorang je dapat porak poranda habis minda dan kekuatan mental hangpa geng2 Pas.
Aku pun ex-kolej gak dan aku bangga sgt2 dgn mankob ni pasai mampu goncangkan puak2 Pas.
Tu la perangai hangpa geng2 Pas yang tak sedaq diri...bila jadi pembangkang dulu kata mcm2 kat kerajaan sampai yang jelasnya banyak fitnah dari fakta, dan bila dah jadi kerajaan plak tak pasai2 kerana mankob sorang hangpa dah loncat2 kena serang skit...lekeh sungguh minda dan mental hangpa geng Pas ni dan bagi aku memang tak layak sungguh jadi kerajaan..piiiiirrrrrrraaaaaaaah

KonaBaring said...

baru pi sekali hangpa bising no..dulu hangpa pi lagi kerap bwk rombongan balik apa pun tadaq takpa no..la kami berkuasa,kami la tentukan.

Anonymous said...

Kami tak terganggu sikit pun dengan fitnah yang tak cerdik kelua dari budak yg kira tak dak akaila macam ni. Kami tau dah berapa puluh lori treller beras yang det lid pi taboq di DUN pedu, berapa treller basikal dia bawa nak jek orang kampung..harap2 bulehla dia bayaq, kalau tak dak duit suruh dia hantaq bill kat GLC mana2 PKNK pun tak pa dia dok buat kerja tu lama dah.
MB kami pi Mesir jumpa bakal2 ustat yang akan dok dalam PAS walau pun ada setengah nanti mungkin cari makan dalam J-Qaf, sambil2 la berjalan sikit pastu pi umrah, apa salahnya.
Kerajaan lama tinggai hutang kedah kpd kerajaan pusat RM2,072 JUTA kami relax ja.
Kami tak pulak kalut nak buang KCS2yang kami dah tau depa jahat.. seronok tau tengok perangai orang jahat yang tak perasan orang dah tau dia tu JAHAT.
Takpa kami bagi peluang carilah kesalahan kami dalam 4 tahun ni, pastu rakyat boleh bersuara seperti 8 Mac lalu, apa masalah..

Anonymous said...

Banyak jugak duit GLC tu nuuu.... tak sangka GLC di Kedah ni ada duit sebanyak tu boleh bagi kat MB utk dia bawak rombongan p Mesir. Kalau la duit tu ada, kan ka lebih baik MB guna buat benda lain. Takkan la MB tamak sampai macam tu nak belanja duit kerajaan hanya nak bawak p melawat mesir mekah dan madinah?

Tak masuk akai la wooiii...
yang aku tau, exco yang ikut tu nak bawak bini pun nak kena bawak keluaq belanja sendiri sedangkan exco pun bukannnya ada duit. Depa kata lebih baik bagi duit kat pusat khidmat daripada bawak bini p ikut lawatan tu.

nak buat cerita pun kutip la fakta dulu....

Anonymous said...

Kalau Kerajaan dulu asyik pi jalan yang kita rasa kita semua tak suka pasai kerajaan nak pi ikut serupa tuu juga .. awat nak balas dendam ka? bangga kamipun boleh buat macam tu juga ..

Bak perpatah kata yang baik jadikan panduan dan benda yang tak baik jadikan sempadan tak macam tu ka geng ...

Orang bagi peluang memerintah bukan untuk nak balas dendam tapi untuk perbaik benda-benda yang tak betoi demi agama, bangsa dan negeri .. Ni hampa pula suka kalau boleh tunjuk eksyen kat kerajaan lama .. nie yang orang kata penyokong membawa rebah ..

Kalau depa nie tulis tak betoi, jawablah fakta yang betoi itu baru cara dia.. bukan cakap macam letak otak dikepala lutut..

Kalau pi buat benda yang baik apa salahnya demi agama, bangsa dan negeri tercinta .. tapi kalau pi sebaliknya dan ada niat tak betoi ini yang kita semua kena cegah dan sama2 pikiaq..

KonaBaring said...

wakil rakyat swasta(nama pun dah tunjuk unsur meniaga),sapa kata politik balas dendam?baru nak bongkar buat perbandingan sikit dah melatah.ni bukan tunjuk eksen,ni nak bagitau yg dia ni buat cerita tak betui.takkan nk diam saja??ingat kami bodoh?hgpa kan ada puteri cybertrooper tu?apa lagi,mai la debat di alam maya.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Ya sheik, ya sahabat ... dari pandangan aku sebagai wakil rakyat swasta la nie baru sireh pulang ke ganggang ...

Dulu hampa ceramah piang sana piang sini dok boh kerajaan yang lama lepaih tu hampa kutip duit derma pula .. seronok noo .. kata dekat orang pun dapat duit macam turun gone naik gerek aik ..

Wakil rakyat swasta tak masuk belah mana-mana cuma dok tengok situasi saja dan menilai apa yang nampak demi kebaikan agama, bangsa dan negari..

La ni giliran gerombolan puak ex kerajaan lama pula untuk boh, kata dan hentam dengan isu-isu yang depa dapat...

Apapun jangan gabra dan cepat melenting kalau tak betoi diam saja .. pasai kebenaran akan menentukan segala-galanya .. yang hampa dok pelekuh kepala man kob tu buat apa .. awat dia tu hebat sangat sampai hampa takut kat dia .. yakin kepada kebolehan kerajaan yang dipilih jangan kerana sorang individu yang tak berapa popular pun yang hampa dok ketar kepala lutut ..

Kalau dia nak masuk PAS pun, YAB MB Ustaz pun tak layan dia macam Pak Lah layan Ezam masuk UMNO ..sapa Man Kob nie yang hampa dok maki dia ... La nie Kerajaan PAS adalah kerajaan bukan pembangkang kena hadapi semua nie sebab pembangkang macam PAS dulu juga dok hentam kerajaan .. ini realiti yang terima hakikat ...Hampa ni pun satu rileks la ..

Banyak orang macam hampa nie lah lebih baik aku jadi wakil rakyat swasta daripada ada penyokong macam hampa yang membawa rebah.. ada orang jolok sikit kita dah tergedik-gedik nak maki orang tu .. dia buat kerja dia sebagai pembangkang .. hampa tau tak kalau dah kerja pembangkang, apa pun dia nak bangkang.. jangan lupa sejarah pula bila dah jadi kerajaan dulupun hampa pun merintih kaki dok asyik bangkang ja betoi .. la nie kira giliran depa pula nak bangkang ...

Anonymous said...

Periksa betoi betoi dulu, kalau lah depa tu hepokriat tuhan akan laknak depa dan semua anakcucu depa, tapi kalaulah mankob ni saja buat fitnah, hati busuk macam perut ikan, laknatAllah akan sampai keatas dia dan seluroh anak cucu dia. Amin