Thursday, May 29, 2008

CHE HAD DILANTIK AHLI LEMBAGA PENGARAH GLC UTAMA DI KEDAH.

MB LULUS PROJEK LOMBONG BIJIH DI GURUN. DULU BERNILAI RM 3.5 JUTA SEKARANG HANYA RM 3 JUTA, SETENGAH JUTA LAGI PERGI MANA...?.

Pendedahan ceritayan mengenai peranan Che Had di belakang tabir Menteri Besar Kedah kini terjawab apabila beliau disahkan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat utama milik Kerajaan Negeri Kedah.
Che Had yang bekerja di sebuah syarikat jurunilai di bangunan Pas sememangnya ahli Pas dilantik sebagai Ahli lembaga Pengarah PKNK, Permodalan Kedah berhad, Bina Darulaman serta beberapa syarikat utama GLC lain. Perlantikan beliau dibuat oleh Menteri Besar selaku pengerusi di syarikat GLC berkenaan.
Menurut sumber dalaman GLC, perlantikan itu bertujuan mengawasi perjalanan GLC berkenaan.
Bagiamanapun pemerhati politik dalaman Pas tidak menolak kemungkinan perlantikan Che Had bertujuan menjaga kepentingan Ustaz Azizan terutama dalam memastikan beberapa projek mega yang bakal dijalankan. Beliau juga akan berperanan untuk mengumpul dana politik kepadaUstaz Azizan.
Segelintir ahli Pas yang mengikuti perkembangan itu tidak dapat membendung rasa kecewa berikutan perlantikan Che Had. Bagi mereka, Che Had hanya sebahagian daripada Pas, tetapi yang penting Pas bukan Che Had. Sambil mengakui Che Had mungkin seorang yang profesional dalam bidang yang beliau ceburi, tetapi Ustaz Azizan tidak sewajarnya menjadikan Che Had sebagai satu intitusi macam Pas.
"Adalah tidak adil untuk menjadikan Che Had sebagai sebuah intitusi, kerana kami juga ahli Pas yang menyokong dan mengundi Pas', tegas pemerhati itu yang tidak mahu namanya di siarkan.
Dalampada itu, sumber Wisma Darulaman memaklumkan Che Had terbabit dalam projek lombong bijih bernilai RM 3.5 juta di Gurun yang dikendalikan oleh PKB. Projek berkenaan telah lama dicadangkan, tetapi tidak dapat diteruskan kerana beberapa masalah teknikal.
Bagaimanapun selepas Pas mengambilalih pentadbiran KerajaanNegeri, Che Had dikatakan segera mendapatkan salinan cadangan projek itu dan mengemukakan kepada MB untuk kelulusan.
Difahamkan nilai projek itu telah dikurangkan kepada RM3 juta bukanya RM3.5 juta sepertimana cadangan asal. Berikutan itu timbul persoalan mana pergi setengah juta ringgit lagi. Siapa yang bertanggungjawab atas kehilangan setengah juta ringgit lagi. Semua ini hanya Che Had dan Ustaz Azizan yang dapat jawab.....

18 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

bukan saja lembaga pengarah, lebih pada tu pun buleh bagi kat dia, la ni kami memerintah

KonaBaring said...

betui,kami la yg berkuasa bukan be-end.dulu hgpa lagi sakan..50 thn dah hangpa sauk.la kami pulak.

Anonymous said...

percayalah semua bom untuk umno dah siap sumbunya, tunggu nak cucuh saja bai meletup, tak payak buat kacah tumpang orang dok sengap, satgi kot..haa

Anonymous said...

hang sakit tang mana????
kalau dia mampu urus dan tadbir serta menjana keuntungan bagi syarikat2 GLC tu, baguih la... kemampuan dia dah terbukti... hang kenai ka dak Che Had ni????

Anonymous said...

Penulis ni mcm x perlu bert/j ke atas apa yg dia tulis,asyik hentam shj tanpa bukti2 solid.
Tapi ini baik juga, yg benar akan tetap benar. Ini akan mengukuhkan kerajaan PAS.

Anonymous said...

Ni hang pa dok kecoh2 nie buat pa .. hampa pun semua gila .. gila nak bercakap, gila kuasa dan gila nak bergaduh.. hampa tau tak gila pun tak gila sampai te'ra ni ..

Yang penting sebagai rakyat ada mata kita tengok, ada telinga kita dengar, ada mulut kita bercakap benda yang sepatutnya kena cakap dan ada tangan kita pangkah tukar pula kalau kerajaan memerintah buat tak betoi demi agama, bangsa dan negara.

Baguih la tu ada maklumat2 macam nie untuk kita siasat dan pantau kalau ada kebaikan ok lah tu kalau demi untuk kepentingan diri kita tunggu lagi dok nganga lagi.. apa nak buat kita sama2 pikiaq la ...

Jangan main redah jer nak hentam sana sini, ada cermin lihat diri sendiri dulu yang mana herot petot perbetoi dulu sebelum nak perbetoi yang lain ....

Tuu lah silap bila ada kuasa semua penyokong nak megah diri .. anta tau tak depa dok atas adakah dok pikiaq hal kita kalau pikiaq baguih la jangan depa la nie dok teropong benda lain sudah.. yang kita dok melompat sokong macam kera kena belacan buat pa .. apapun kita sama-sama lihat dan pantau jangan sampai boss la nie pun sama dengan boss lama .. apa ke hei nie yob .. busshhh..

Jangan hentam keromo jer.. biar sederhana dalam bertindak dan jangan letak otak dikepala lutut bila berpikiaq...

Anonymous said...

Hoi penulis blog nak bagi tau saja PAS dengan UMNO sama saja yang hangpa dok kalut tu pasai apa, hang pa ingat masyarat la ni bodoh tak tau nak pikiaq yang baik atau buruk kalau che had bagus sangat kenapa tak bertanding di tempat dia, kesian wakil rakyat yang menang tak ada jawatan orang yang tak bertanding untung dapat jawatan tinggi.........

KonaBaring said...

ala org yg tulis blog ni..kalau be-end perintah lagi dia rasa dia@konco2 dia yg akan duk situ.bila terlepas,bykkkkla projek terlepas.tu yg duk hentam keromo ja tuduh itu ini.kalau kita tanya atas apa kelulus an si manis sbg pegawai in-charge glc dulu?apa yg dia tau?semua pojek ehsan federal.

Anonymous said...

k kedah,kami tak bodoh.blog ni terang2 pro-bn.saja ja buh gambaq ustaz azizan situ.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

La, bom nak meletup dah rupanya, kita ingat nak simpan dulu bagi dia lemak dulu, pastu baru sempoi, Che Had patut jadi CEO PKNK, Group MD PKB, BDB pun boleh bagi kat dia Kedah Sato yg jadi parit mengalirkan wang haram untuk puak umno perlu diganti GM dan MD dia.. Semua tu pun patu bagi kat Che Had.. Dia dah banyak bantu PAS kedah, kalau dia jaga tentu selamat..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
KonaBaring said...

blog ni lama dah rasanya,kalau tgk tarikh posting2.tapi yg dikomen baru 2-3 artikel yg last ni.rasa ampa la,ni blog nk pebetui keadaan ka atau sebaliknya?atau ada agenda peribadi?perluka ulas@bahas secara professional isu/dakwaan dlm ni?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

dari dulu lagi aku dengar projek tu 3 juta je. tapi kerajaan kedah yang dulu letak harga 3.5 juta. tapi kerajaan kedah yang sekarang telah menyatakan harga yang asal iaitu 3 juta..
sesiapa yang nak buat fitnah atau pravokasi tunggu balasan dari allah .sesungguhnya penyokong pakatan rakyat sentiasa bersolat hajat dan berdoa supaya yang membuat fitnah dan pravokasi dapat balasan dari allah, tidak kira didunia atau akhirat. allahuakbar