Sunday, June 15, 2008

BELUM 100 HARI MEMERINTAH PEMIMPIN PAS DAH TUNJUK PERANGAI SEBENAR...

Esok genap 100 hari Pas mentadbir Kedah Darulaman. Kalau dilihat dari permukaan nampak semuanya berjalan seperti yang dirancang. Malah keghairahan menawan Kedah diraikan di segenap lapisan, samasa peringkat ranting hinggalah ke Kerajaan Negeri.
Dsebalik kejayaan itu, pemimpin Pas mula menampakkan wajah sebenar. Pertelagah sesama mereka bukan satu rahsia lagi. Semuanya berpunca dari perasaan berpuak-puak yang telah lama wujud.
Kemuncak kepada perasaan berpuak-puak yang membuak itu dapat dilihat oleh rakyat dengan jelas ketika majlis taklimat perlantikan ketua kampung dimana YB Fakhrulkrazi menempelak YB Taulan yang tidur dalam majlis itu.
Beliau juga secara terang-terangan melahirkan rasa kecewa dengan ketidakhadiran YB IR Amiruddin.
Ketidakhadirian YB Anak Bukit itu kata beliau, akan menyusahkan kerja-kerja perlantikan yang akan dilakukan. Luahan rasa tidak puas hati yang mungkin dipengaruhi perasaan berpuak-puak itu berlaku di depan pegawai-pegawai daerah, ketua-ketua jabatan ahli dewan undangan negeri, penghulu dan hampir 500 orang.
Penganalisa politik berkata, rasa tidak puas hati itu mungkin ada kaitan dengan perasaan yang dipendam oleh YB fakhrulrazi serta puaknya yang semakin hari semakin sukar dikawal.
Penganalisa itu juga tidak menolak kemungkinan perkembangan tahap kesihatan Ustaz Azizan yang semakin merosot menyebab saingan untuk mengambilalih jawatan Menteri Besar punca YB Fakhrulrazi tertekan.
Ia berikutan spekulasi bahawa YB Anak Bukit bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah berikutan prestasi dan bakat kepimpinan beliau yang lebih terserlah berbanding pemimpin senoir yang lain.
Beberapa ketua jabatan juga mula cakap-cakap mengenai cara kepimpinan yang dipamerkan oleh pemimpin Pas terutama dalam memberi arahan, cara berpakaian, cara berjalan, berkomunikasi dan sebagainya.
Menurut mereka, pihak yang bersaing untuk menjadi Menteri Besar mula menunjukkan kaedah komunikasi, cara berjalan, cara berpakaian dan cara memberi arahan yang menampilkan ego masing-masing. Perubahan ini agak ketara jika dibandingkan mula-mula mereka memegang jawatan.
Lebih malang ada di kalangan pemimpin kanan Pas termasuk Ustaz Azizan yang terang-terangan tidak mengambil endah protokol istana kita berdepan dengan ke bawah DYMM Sultan Kedah. Beberapa insiden yang berlaku sebelum ini, seperti cara berpakaian yang tidak mengikut protokol turut memberi persepsi negatif terutama kepada Sultan Kedah. Bagiamana mahu menjadi pemimpin yang baik jika gagal menjaga hubungan dendan istana.
Senario ini sememangnya disedari Ustaz Azizan. Perkembangan ini nyata memberi impak yang buruk kepada kepimpinan Ustaz Azizan kerana ia bukan saja gagal mengawal pergerakan anak-anak buahnya malah pergolakan bakal mencetuskan krisis dalam yang serius. Itu belum lagi diambil kira faktor pemimpin lain yang lebih vokal atau lantang mengkritik meskipin berada dalam parti seperti Sdr Mahfuz Omar dan sebagainya.
Yang jelas kata penganalisa politik, Pas kini berdepan dengan senario tidak sihat dan akan membawa impak buruk dari segi imej parti kepada rakyat.
Lebih memburukkan keadaan, tindak tanduk pemimpin Pas yang langsung tidak mempedulikan janji-janji yang dibuat dalam pilihanraya ke-12 yang lalu, mula memuakkan rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

ala....ini perkara biasa laa....sapa pun mcm tu....la nie pun dah ada 3 puak dah dlm kepimpinan kerajaan negeri....team Mb...team taulan n team pahrolroji......kita tunggu laa sikit lagi...kasi laa peluan nak kaut lebih sikit...dah lama dok bagi derma saja...la nie time nak tuai hasil....

Kapten Power said...

Terima kasihlah..blogger nii kerana memaparkan kisah tegur menegur begini. Ia jarang berlaku dalam umno.Ini menunjukkan PAS mengamalkan sikap terbuka, tegur menegur secara open,bukan bermakna berpuak-puak macam umno. Tegur tu biasa laa,dok hentam dibelakang lagi teruk.
Pak Lah lena,salam sana-sini,laga pipi tak kira sapa tak dak pun orang umno dok tegur.Memang perangai umno macam tu kot.