Teka-teki siapa dilantik sebagai Dato Bandar Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) akhirnya terjawab apabila Pegawai Daerah Kuala Muda, Dato Khazali dilantik ke jawatan itu dalam rombokan Kerajaan Negeri pakatan rakyat yang menyaksikan beberapa pegawai daerah bertukar tempat.
Dato Khazali atau lebih dikenali sebagai TI LONG dikalangan kenalan rapat dipilih ke kerusi panas itu, sekaligus menyaksikan usaha anggota senior KCS termasuk Pengarah Upen, Dato Bashiruddin Jamil yang sebelum ini disebut-sebut akan dilantik ke jawatan Jusa itu tersingkir.
Pemilihan Ti long menjadi bualan hangat di kalangan anggota KCS berikutan beliau dianggap masih muda jika dibandingkan dengan anggota yang lain yang dianggap lebih senior.
Menurut sumber wisma darulaman, Ti long melangkah tiga anak tangga apabila dilantik ke jawatan berkenaan memandang beliau sebelum ini baru saja dinaikkan pangkat sebagai pegawai daerah Kuala Muda.
Ti long anak kelahiran jitra akan ditabalkan secara rasmi seagai Dato Bandar awal Disember ini.
Perlantikan beliau memadam tradisi sebelum ini dimana bekas Dato Bandar sebelum ini adalah dari Upen. Perkembangan ini bakal mencetuskan jurang kerjasama antara kerajaan pakatan rakyat dengan KCS kerana cakap-cakap semakin jelas kedengaran kenaikan pangkat yang disusun oleh kerajaan pimpinan Ustaz Azizan memadamkan amalan "senior" dan "junior" dalam ranking KCS.
Sebelum ini penyambungan kontrak Dato Syed Unan syed Masri sebagai Setiausa Kerajaan Negeri turut mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan anggota KCS sekaligus menyaksikan ada di kalangan anggota KCS menulis tulis kepada Sultan Kedah sebagai bantahan.
Begitupun pemerhati politik berpendapat, perlantikan Ti long ke kerusi panas itu dilakukan kerana Ti long seorang yang tidak mahu mengikut telunjuk Kerajaan Negeri meskipun beliau seorang yang kuat bekerja.
Bukitnya, banyak arahan yang dikeluarkan oleh Exco Kerajaan Negeri terutama dalam soal lesen untuk menganjurkan hiburan di Sungai Petani tidak dipatuhi sekaligus menyaksikan beliau berbalah dengan Dr Hamdan.
Justeru perlantikan beliau dikatakan satu usaha untuk mengeluarkan beliau dari Daerah Kuala Muda dan meletakkan beliau di tempat yang cukup banyak degan masalah.
Bandaraya Alor Star dilana krisis kewangan yang serius yang mneyebabkan masalah sampah sarap masih gagal di tangani hingga saat ini.
Penduduk dilaporkan semakin tidak senang dengan perkembangan itu malah ada yang bertindak membawa sampah ke MBAS sebagai tanda protes.
Sekiranya diteliti, Ti long bakal berdepan dengan cabaran paling hebat dalam kerjaya beliau sebagai anggota KCS. Sekiranya beliau berjaya, nama beliau pasti terpahat sebagai Dato Bandar paling hebat dalam sejarah selain Dato Yusof Nayan, namun sekiranya gagal sudah pasti beliau bakal menerima hukuman yang sukar nak diramalkan.
Satu lagi cabaran yang tidak kurang hebatnya, ialah bagaimana Ti long mampu merubah budaya kerja dikalangan kakitangan MBAS yang dikatakan begitu selesa dengan budaya kerja untuk dapat gaji dan bukanya bekerja untuk membangunkan negeri.
Selamat maju jaya kepada Ti long semoga beliau dapat mengimplementasikan budaya kerja ketika menguruskan kolam udang di Kerpan di MBAS.
Wednesday, November 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment