Friday, November 28, 2008

ISU LETAK KERETA BERKUPON - APA AGENDA YB TAULAN, BALING BATU SEMBUNYI TANGAN

Exco Perumahan dan Kerajaan tempatan, YB Taulan Rasul di dakwa baling batu sembunyi tangan dalam isu pelaksanaan bayaran letak kerta berkupon dalam kawasan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDP).
Beberapa email yang menerjah masuk ke ceritayan.blogspot.com mendakwa adalah mustahil ahli majlis daerah Kubang Pasu membuat keputusan untuk melaksanakan perkara itu tanpa mendapat blessing dari seorang Exco yan bertanggungjawab dalam hal-ehwal PBT.
Begitupun kata penghantar email yang hanya mahu dkenai sebagai pemerhati Kubang Pasu beberapa Ahli Majlis yang terlibat menyokong perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon telah membuat penjelasan kepada AJK PAS Kubang Pasu yang bermesyuarat pada petang Sabtu (22 Nov).
Ketiga-tiga mereka ialah Masduki Lebai Abdullah, Ad Rahman Dai’ dan Hj. Abd Aziz Jusoh.Mereka mendakwa bahawa tindakan menyokong agar MDKP melaksanakan bayaran letak kereta berkupon adalah arahan oleh YB Dato’ Mohd Taulan Mat Rasul selaku Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah.
Dakwaan mereka tersebut amat mengejutkan, sehingga seluruh AJK PAS Kubang Pasu termasuk beberapa Ahli Majlis yang turut hadir dalam mesyuarat diam dan terkedu.
Malah AJK PAS Kubang Pasu yang hadir semakin terkedu apabila Abd Rahman Dai’ mengusung fail-fail yang mengandungi surat arahan YB Dato Mohd Taulan dan minit mesy uarat berkaitan isu berkenaan untuk dijadikan bukti dan bahan rujukan dalam mesyuarat PAS Kawasan yang diadakan.
Matlamat mereka tidak lain dan tidak bukan selain untuk membukti dan mempertahankan diri daripada serangan segelintir ahli yang melebelkan sebagai pengkhianat kepada Jamaah PAS kerana telah membelakangkan keputusan PAS Kubang Pasu mahu membatalkan hasrat perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon itu.
Dan yang paling penting, mengelakkan dari dikenakan tindakan atau dalam bahasa paling mudah di pecat.
Sebelum ini beberapa AJK PAS Kubang Pasu membangkitkan perkara ini di dalam mesyuarat dan mahu tindakan diambil terhadap tiga individu terbabit sekaligus di pecat sebagai Ahli Majlis dan AJK PAS Kubang Pasu.
Namun selepas penjelasan oleh Abd Rahman dan Masduki bahawa perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon ini adalah arahan dari YB Dato Mohd Taulan, maka semua yang mendengar penjelasan seolah-olah rasa ‘terpukul’.
Apapun jawapan yang diberikan oleh Abd Rahman dan Masduki, YB Taulan kata mail berkenaan tidak wajar baling batu sembunyi tangan.
Sebagai Exco yang bertanggungjawab secara langsung terhadap PBT perlu lebih serius dan mengenepikan kepentingan politik sempit.
Ini terbukti apabila satu sms telah dihantar kepada YB Taulan bagi mendapatkan blessing @ kebenaran dari pucuk pimpinan yang bertanggungjawab terhadap PBT.
Sila baca sms ini -“Assalamu alaikum YB Dato Taulan Rasul. Ana HJ Azizan Yahya dipinta oleh para sahabat dalam AJK PAS Kubang Pasu untuk mendapatkan penjelasan dari YB Dato’ duduk perkara sebenar mengenai isu perlaksanaan sistem parking berbayar oleh MDKP Kubang Pasu dan lain PBT. Dakwaan menyatakan YB Dato’ sendiri yang MENGARAHKAN supaya AHli Majlis kita (PAS) MESTI menyokong perlaksanaan sistem tersebut telah menimbulkan sedikit salah faham tentang arahan yang di terima dari YB Dato, dari sudut tafsiran ARAHAN dari Exco KERJAAN TEMPATAN mengatasi keputusan syura Jamaah di peringkat kawasan ! Wala wajib diberi kepada arahan Dato shj. Sayugia dipohon klasifikasi dari YB Dato’ demi kebaikan Jemaah kita. Penjelasan dari YB Dato tersangat diharapkan”. Sekian terima kasih.Membangun Bersama Islam !Ke arah Kedah sejahtera.
Namun apa yang mengecewakan tindakan YB Taulan membayangkan beliau bukan saja tidak profesional, tetapi meletakkan ahli majlis dalam serba salah dengan jawapan yan mengelirukan.
Jawapan YB Taulan seperti berikut “PBT adalah kerajaan ke 3 dan Ahli Majlis berkuasa tentukan halatuju MDKP”.
Apa yang jelas tindaktanduk YB Taulan telah memberi impak yang tidak sihat dikalangan rakyat, khususnya ahli Pas sekaligus menghakis keyakinan terhadap kewibawaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Menteri Besar wajar campurtangan dalam perkara ini kerana rakyat kini tidak lagi yakin dengan exco kerajaan negeri yang dilihat lebih mementingkan kepentingan politik sempit daripada memperjuangkan nasib rakyat sepertimana yang dilaungkan dalam manifesto PAS dalam PRU ke-12 lalu.

No comments: