Thursday, November 13, 2008

DANGKAL ILMU DAN MABUK KUASA PUNCA SPEAKER KEDAH HANTAR SURAT KEPADA SPR DALAM KES SYED SOBRI


Dangkal ilmu dan mabuk kuasa......itulah kesimpulan yang dibuat oleh ahli politik veteran Pas berikutan tindakan speaker dewan undangan negeri kedah yang diterajui Pas, Dr Abdul Isa Ismail (Gambar) yang mengeluarkan notis mengenai kekosongan kerusi DUN Kuala Nerang apabila dimaklumkan Dato Syed Sobri di isytiharkan muflis.
Pokok pangkalnya, menururt ahli veteran terbabit, sebarang pengisytiharan muflis hanya boleh digunapakai oleh Dewan apabila mahkamah mengeluarkan "seal order" dan bukanya berdasarkan mana-mana carian mahupun kenyataan daripada jabatan berkaitan.
kesimpulan daripada tindakan speaker ialah pas yang diterajui Ustaz Azizan terlalu dangkal dalam ilmu pentadbiran serta selok belok pengurusan.
"Bagi kami sebagai ahli veteran dalam Pas tindak tanduk speaker itu dilihat amat memalukan kerana sebagai seorang speaker beliau sewajarnya berfikir secara waras sebelum mengambil langkah, kerana ia memberi gambaran amat buruk kepada Pas" tegas salah seorang ahli veteran di zaman Abu bakar Umar yang kini menetap di Pekan Langgar.
Seorang lagi tokoh veteran yang tidak mahu namanya dikenali berkata, kini imej Pas dimata rakyat amat buruk. Parti itu digambarkan sebagai dangkal ilmu dan semakin mabuk untuk berkuasa.
Beliau yang menetap di Bukit Raya berkata, Allahyarham Dato Ustaz Fadzil pernah berkata, "Tindak tanduk pimpinan Pas sentiasa diperhatikan oleh semua bukan saja ahli Pas malah rakyat terbanyak. Justeru sebarang kesilapan boleh memberi kesan buruk bukan saja kepada pemimpin terbabit malah yang lebih utama Parti".
Tambah beliau, kini cakap-cakap dalam masyarakat semakin kuat kedengaran betapa pimpinan Pas kini lebih menjurus kepada usaha mabuk berkuasa daripada melaksanakan janji yang dibuat dalam pilihanraya umum yang lalu.
Sementara itu, sumber wisma darulaman memaklumkan, Penasihat undang-undang negeri telah memberi nasihat kepada kerajaan negeri supaya menanti keputusan "seal order" daripada mahkamah sebelum surat kekosongan kerusi DUN Kuala Nerang dikeluarkan kepada Suruhanjaya pilihanraya negeri.
Malangnya, menurut sumber itu, speaker bertindak membelakangkan nasihat berkenaan yang akhirnya terpaksa menarik balik surat terbabit apabila kes muflis berkenaan berjaya diselesaikan.
Dato Syed Sobri dikatakan disytiharkan muflis oleh mahkamah tinggi Alor Star berikutan kegagalan beliau menjelaskan hutang dengan sebuah bank tempatan.
Bagiamanapun penguam beliau dilaporkan berjaya menyelesaikan isu terbabit petang semalam dan mahkamah mengenepikan perintah itu.
Desas desus bertiup kencang beberapa hari lalu apabila jabatan bertanggungjawab menyenaraikan nama Dato Syed Sobri sebagai muflis apabila beliau gagal menjelaskan hutang kepada sebuah institusi kewangan bernlai lebih RM100 ribu ringgit.
Ia sekaligus mendorong speaker menghantar surat kepada SPR kononya berlaku kekosongan kerusi DUN Kuala Nerang tanpa menugggu "seal order" dari mahkamah.

No comments: