Monday, November 3, 2008

SIAPA KATA KERAJAAN PAS BIJAK...


Pada jam 8.00 malam keputusan PRU ke-12 sedang dinanti-nantikan, sudah heboh berita tentang PAS telah mendapat majoriti mudah di Kedah.
Di khabarkan Pesuruhjaya PAS sudah mengerahkan semua jawatankuasa PAS negeri untuk berkumpul di Markas PAS di Batu 9 berhampiran DUN Sg. Limau.
Penyokong-penyokong PAS sudah mula membanjiri perkarangan Wisma Darulaman. Dan pada jam 10.00 malam, maka kedengaran bahawa PAS telah berjaya menawan Kedah.
Saya termenung sendirian di luar rumah sekembalinya dari meninjau suasana dan "mood" pengikut PAS mendapat kuasa.
Macam beruk dapat bunga!Maka bermulalah era pemerintahan PAS di Kedah sejak BN menguasai negeri itu selama 50 tahun merdeka.
Habuannya ialah menonton secara percuma perlawanan bola sepak di Stadium Darulaman untuk semua rakyat negeri Kedah.
Maka berpusu-pusulah penyokong fanatik bola sepak Sang Kenari bersama bendera PAS yang sudah di"edit" menjadi bendera Hijau Kuning. Pukul 4.30 petang, keadaan di perkarangan stadium sudah sesak.
Jalan sesak! Azan asar pun dah tak dengar. Surau kecil ada di stadium, tapi bagaikan tak laku! Maghrib pun entah ke mana.
Yang pastinya Kerajaan Islam PAS lah yang punya angkara dan menanggung dosa.
Sudahlah kerajaan negeri miskin, diberikan pula tiket percuma. Jika harga semua tiket itu dibayar oleh PAS baguslah juga, tapi malangnya dari sumber harta kerajaan negeri.
Patut pun Kerajaan Negeri Kedah miskin!
Bila miskin, mulalah berura-ura nak menebang balak. Hutan simpan di Tasik Pedu menjadi pilihan.
Nasihat dan teguran dari kawan-kawan sealiran tidak dihiraukan. Kecil hati Nik Aziz dan Lim Guan Eng. Mereka meminta Ust. Azizan mengkaji semula cadangan tersebut, namun tidak diendahkan.
Malah MB tegas menegur supaya pentadbiran beliau tidak dikacau. Begitulah Kerajaan Pakatan Rakyat yang "sehaluan".Mahfuz menempelak MBAS di dalam HARAKAH atas isu "sampah". Katanya, sampai berulat sampah dihadapan rumah. Dituduhnya MBAS tidak dapat memikul amanah.
Mahfuz mendakwa MBAS cuba mensabotaj Kerajaan PAS negeri Kedah. Tidakkan YB tahu bahawa masalah sampah ini timbul sejak kerajaan BN memerintah?
Tahukah YB Mahfuz bahawa sampah sudah menimbun di bandaraya Alor Star sejak Yusuf Nayan mentadbir MPKS (sebelum MBAS), kemudian diambil alih oleh Pak Mukhti?
Janganlah difitnah sebegitu kepada MBAS. Mereka tidak mensabotaj PAS.
Cuma mereka tak punya dana. disamping pengurusan yang tidak cekap dan pekerja yang sebok menjual "direct selling"dan "kain pasang".
Tidakkah YB tahu MBAS terpaksa menggaji pekerja secara kotrak untuk menyelesaikan masalah kerja yang tertunggak dipejabat, sedangkan kakitangan tetap sebok mengumpat bersembang saja lebih? Baik YB minta maaf pada kakitangan MBAS. Mereka tidak salah. Salahnya pada Kerajaan PAS yang tidak memantau, atau tidak tahu bagaimana hendak memantau.
Maklumlah, tiada pengalaman...Kini, timbul pula cerita syarat kuota pembelian rumah oleh bumiputera yang MB Kedah naikkan hadnya sebanyak 50%. Secara zahirnya, nampak bagus dan cantik. Tapi akibatnya agak menjelikkan.
Jika sesebuah rumah itu tidak dibeli dalam satu jangka masa yang ditetapkan, maka rumah tersebut akan automatik bertukar status menjadi "freehold".
Maka pemaju tidak akan menjual rumah tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.
Jika ada pembeli bumiputera bertanyakan rumah, maka pemaju akan mengatakan "sudah habis looo...". Dan apabila rumah tersebut sudah habis "edah"nya, maka rumah tersebut akan dijual kepada bukan bumiputera sebagai "freehold".
Begitulah PAS meng"hilang"kan tanah hak bumiputera kepada bukan bumiputera. Bayangkan kalau perkara tersebut terjadi pada tanah rizab melayu.
Tentu mengerikan! "Bijak" sungguh Kerajaan PAS mentadbir tanah melayu...
Terbaru di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech. CEOnya telah di"over ride" oleh seseorang yang dikhabarkan tidak layak.
Katanya, telah dilantik seorang bekas pegawai bank sebagai ketua kepada CEO Kulim Hi-Tech tersebut.
Tidak ada orang lainkah yang lebih sesuai?
Apakah PAS sudah ketandusan tokoh atau pakar ekonomi dan pentadbiran?
Maka susah hatilah semua pengurus Kulim Hi-tech. Maka Gundah gulanalah pelabur-pelabur yang mahu ke sana.
Mundur kebelakanglah Kulim nampaknya.
Jadi, siapa kata Kerajaan Negeri Kedah bijak? Kalau bijak tak kan PAS melantik jurunilai sebagai "penasihat ekonomi"nya! Bijakkah begitu?
Tepuk dada tanya selera, kata orang melayu!

No comments: