Tuesday, November 4, 2008

SEMBILAN TOKOH UMNO DI SIASAT BPR

Sembilan ahli politik Umno di Kedah sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkaitan mesyuarat perwakilan Umno Kedah sejak sebulan lalu.
Menurut laporan malaysiakini, Pengarah BPR negeri Nooraziah Abdul Manaf berkata, sembilan kes berprofil tinggi itu dibuka daripada 51 fail sepanjang tempoh Januari hingga semalam.
Beliau berkata, siasatan sukar dilakukan kerana saksi enggan tampil memberikan maklumat kerana takut dengan pemimpin Umno terbabit, lapor laman web Berita Harian.
Bagaimanapun Star Online melaporkan, Nooraziah enggan mendedahkan parti terbabit dan nama-nama ahli politik berkenaan.
Dalam tempoh yang sama, BPR menerima 736 aduan berhubung rasuah dan pecah amanah.
Nooraziah berkata selepas majlis serah tugas jawatan itu daripada Idrus Jaafar yang bertukar sebagai pengarah BPR Pulau Pinang di Alor Star hari ini.

No comments: