Saturday, November 22, 2008

DOKUMEN SULIT DAKWA DI CURI - KATA TIMBALAN PESURUHJAYA PAS KEDAH

Pas mendakwa dokumen sulit yang mengandungi apa yang didakwa rasa tidak puas hati akar umbi parti sekaligus mengegsa Menteri Besar membetulkan keadaan sebenarnya telah dicuri.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Hassan Abdul Razak berkata, dokumen itu sepatutnya menjadi dokumen sulit parti telah didapati hilang.
Kehilangan dokumen itu hanya disedari selepas Media mendedahkan isi kandungan dokumen berkenaan sekaligus menjadi isu yang hangat di perkatakan di kalangan masyarakat.
Malah Sumber Pejabat Mnetri Besar di wisma darulaman memaklumkan, Ustaz Azizan "berang" apabila media khususnya TV3 menyiarkan isi kandungan dokumen berkenaan.
Kata sumber itu lagi, Hassan yang juga pegawai khas turut menjadi mangsa "berang" Ustaz Azizan selain Setiausaha Politik beliau, yang dikenali sebagai Sanusi.
antara isi kandungan dokumen itu ialah akar umbi pas tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan PAS Kedah.
Dalam pertemuan minggu lepas, menteri besar dan kerajaan Kedah mendapat kritikan pedas wakil-wakil PAS kawasan sehingga beliau diminta menyerahkan portfolio agama yang dipegangnya kepada exco lain.
Ustaz Azizan juga turut dituduh gagal memperkasakan pelaksanaan Islam yang diperjuangkan PAS seperti membiarkan pusat hiburan beroperasi sehingga lewat pagi dan arak dijual bebas di Langkawi.
Pegawai kerajaan pula didakwa mendapat layanan istimewa daripada menteri besar berbanding pegawai lantikan politik.
Selain itu, Azizan dan barisan exco dikatakan selalu memberikan alasan sibuk sehingga susah ditemui rakyat tapi didakwa rajin bermain golf.
Selain itu, PAS Kedah didakwa "bongkak dengan PKR".
Selepas didedahkan oleh media, menteri besar telah mengadakan pertemuan dengan 15 wakil pas kawasan di seluruh Kedah bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

No comments: