Thursday, November 20, 2008

APA YANG RAKYAT INGIN LIHAT DAN APA YANG SEBENARNYA BERLAKU KETIKA SIDANG DUN KEDAH

Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah melabuhkan tirainya petang semalam. Persidangan dua hari yang dirasmikan oleh Sultan Kedah berakhir dengan DUN akhirnya meluluskan bajet yang dibentangkan oleh Ustaz Azizan selaku Menteri Besar. Selepas mendapatkan maklum balas daripada YB-YB yang hadir maka disenaraikan apa yang rakyat ingin lihat dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam dewan.

APA YANG INGIN RAKYAT LIHAT:
1. Exco perumahan dan kerajaan tempatan sepatutnya membentangkan kaedah penyelesaian isu sampah yang dihadapi masyarakat Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

APA YANG BERLAKU DALAM DEWAN.
1. Exco perumahan dan kerajaan tempatan berkata, beliau hanya bertanggungjawab terhadap soal dasar kerajaan dan bukannya memantau pelaksanaan PBT tempatan. (beliau menjawab soalan ADUN Kuala Kerang).

APA YANG INGIN RAKYAT LIHAT:
1. Kerajaan membentangkan pelan penguatkuasaan terhadap siber cafe dan pusat hiburan yang beroperasi hingga lewat pagi yang dikatakan menjadi pendorong kepada peningkatan kes sosial yang serius.

APA YANG BERLAKU DALAM DEWAN:
1. Exco perumahan dan kerajaan tempatan memberi alasan pemantauan dan penguatkuasaan dibawah tanggungjawab polis dan bukan PBT.

APA YANG RAKYAT MAHU LIHAT:
1. Kerajaan Pas menunaikan janji untuk memberi pinjaman tanpa riba kepada golongan belia untuk berniaga dan mendirikan rumah tangga sebagai langkah mengurangkan masalah pengangguran dan sosial.

APA YANG BERLAKU DALAM DEWAN:
1. Exco kebajikan berkata, kajian berhubung pinjaman dan dana khas untuk golongan belia mendirikan rumah tangga masih dalam peringkat kajian dan akan diumumkan sebaik kajian selesai tapi tak pasti bila.

APA YANG RAKYAT INGIN LIHAT:
1. Lebih banyak projek berteraskan islam dibangunkan di kedah untuk memberi manafaat kepada rakyat selaras dengan negeri kebajikan yang diwar-warkan pada pilihanraya umum ke-12 lalu.

APA YANG BERLAKU DALAM DEWAN:
1. Kerajaan negeri meluluskan projek mega ternakan babi di Bukit Selambau yang boleh diternak babi sebanyank 46 ribu ekor pada satu-satu masa. Menyedari isu berkenaan dimainkan oleh media, Ustaz Azizan segera membatalkanya.

APA YANG INGIN RAKYAT TENGOK:
1. Kadar sewa samada di kalangan peniaga kecil di pasar malam, pekan sehari mahupun gerai-gerai ditepi jalan dihapuskan bertepatan dengan manifesto 'NEGERI KEBAJIKAN".

APA YANG BERLAKU DALAM DEWAN:
1. Tidak langsung disebut mengenai sebarang penghapusan sewa kepada peniaga kecil, sebaliknya kadar sewa dinaikkan hingga membebankan pen iaga kecil sepertimana yang berlaku di simpang kuala dimana peniaga kecil kaum cCina memprotes keputusan majlis yang menaikkan kadar sewa.

No comments: