Thursday, July 31, 2008

KERETAKAN HUBUNGAN PAKATAN RAKYAT MUNGKIN JEJAS PELUANG ANWAR DI PERMATANG PAUH

Keputusan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil sememangnya telah dijangka.
Menurut pemerhati politik tempatan, tindakan Datuk Seri Anwar menwar-warkan akan bertadning di Bandar Tun Razak dan Kulim sebelum ini hanya gimik politik dengan niat untuk mengalih perhatian rakyat.
"Kalau dia bertandingpun di Bandar Tun Razak dan Kulim sekalipun dia tak akan menang, sebab tu terpaksa bertanding di Permatang pauh, jadi dia buat gimik" kata salah seorang pemerhati di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sekiraya ada pertandingan beliau menjangkakan peluang bagi Keadilan dan BN adalah 50-50 kerana suasana politik kini lebih terbuka dan rakyat semakin bijak membuat pilihan.
Beliau mengulas keputusan Datuk Seri Wan Azizah yang mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh, pagi tadi untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar bertanding.
Sementara itu beberapa tokoh veteran Keadilan menyifatkan keputusan Datuk Dr wan Azizah untuk mengosongkan kerusi Permatang Pauh sebagai satu "melapetaka" kepada Keadilan dan pakatan rakyat.
Ia kerana hubungan Keadilan dengan Pas sejak akhir-akhir dingin disebabkan keputusan pimpinan Pas dan BN untuk duduk semeja bagi membincangkan halatuju baru membabitkan kedua-dua parti.
"Dalam prinsip politik, suasana ketika ini tidak menyebelahi keadilan mahunpun pakatan rakyat untuk mengadakan pilihanraya kecil, kerana hubungan yang longgar disamping kedudukan ekonomi yang tidak jelas menekan rakyat ketika ini," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Hamid dari Naka.
Datuk Dr Wan Azizah berkata telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat pagi tadi.
Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.
Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Wednesday, July 30, 2008

KES LAMPU JUBLI EMAS-SAMBUTAN KOMEN LUAR DUGAAN

Pihak kami menerima banyak email daripada orang ramai berhubung isu pemasangan lampu empena jubli emas. Ada yang pro dan ada yang kontra. Malah ada yang menuding ke arah Datuk Bandar Alor Star. Berikutan sambutan yang di luar dugaan maka kami pilih satu darinya untuk disiarkan bagi tatapan pembaca. pemilihan komen ini dibuat secara rambang dan tidak ada kena mengena dengan kepentingan mana-mana pihak dan pihak yang menghantar email bertanggngjawab sepenuhnya terhadap isi kandungan yang dihantar - moderator

wakil rakyat swasta said...
1,500,000,000.00 peruntukan buat lampu hiasan??? wow! betul ka? ke silap angka kut mcm laporan maintainance V6 Ex Kerajaan Terengganu tempoh hari .. kalau lah betul apakah ini satu pembaziran yang dihalalkan?? Ya la kalau beli Mercz E200 Compressor RM3.6juta pun dah kecoh satu Malaya sekurang-kurangnya benda tu ada dan boleh pakai bertahun2 lamanya..kalau RM3.6 juta boleh beli 14 buah Mercz ikut matematiknya RM 1.5juta boleh beli Mercz berapa biji??? pakat2 lah pikiaq ..jenuh rakyat kedah naik mercz macam tuu .. Tak taulah lampu hiasan nie boleh pakai berapa tahun .. depa kata lampu hiasan ni macam lampu raya la .. 6 bulan tu kira baguihla tu tapi ada yang baru pasang pun dah ada yang dah tak menyala .. adatlah tu nama pun lampu hiasan time sambut perayaan tu aja ..Tak pasang pun serba salah nak mai mana kemeriahan dan kemegerlapan malam .. inipun nak kena pikiaq tapi apakah kalau pasang under budjet tak meriah ?? apapun buat apa hendaklah berhemah .. kerana ada projek pembangunan yang lebih penting untuk dinikmati rakyat kedah kerana negeri kedah bukan negeri yang kaya raya ... yang ni sama2 kita pikiaq2 juga pasai ada tok cu nab di Baling, Pak Coh, Sik dll yang hidup dalam kemiskinan yang kerajaan perlu bagi perhatian ini bab sosial, kalau bab pembangunan yang kerajaan perlu bagi perhatian bab banjir, jalan dll ... Bab penyelewangan ini nombor 2, kita pun tak boleh buat tuduhan tanpa ada bukti kalau tak dikira fitnah.. kerja fitnah memfitnah ni dilaknat oleh Allah swt..May be komen kedah said ini ada agenda tersendiri kita pun tak tau ..nak suruh dia "bersumpah" .. Cuma yang penting bab perbelanjaan RM1.5 juta untuk buat lampu hiasan apakah kalau diterjemahkan peruntukan ini di dalam membuat pembangunan sistem perparitan berapa panjangkah parit yang boleh buat dan berapa kes banjir yang dapat di atasi dan lain-lain contoh projek pembangunan yang lebih memberi manafaat ...Sama-sama kita pikiaq la oii ...

Tuesday, July 29, 2008

DAP JANGAN CAMPUR URUSAN PAS - USTAZ AZIZAN

Pas Kedah memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencampuri urusan parti itu sambil menegaskan bahawa ia berhak untuk berbincang dengan mana-mana pihak yang diingininya termasuk UMNO.
Pesuruhjaya Kedah, Ustaz Azizan berkata, Pas sama sekali tidak rela untuk mengikut telunjuk sesiapa dalam perjuangannya dan ekoran itu DAP yang menjadi sekutunya dalam Pakatan Rakyat tiada hak untuk menghalang atau menentukan tindak tanduk Pas.
"Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya bekerjasama sebagai satu Pakatan Rakyat untuk menghadapi BN (Barisan Nasional) dalam pilihan raya lepas, bukan gabungan macam BN," katanya.
"Malaysia adalah negara bebas dan mengapa kita mesti mengikut telunjuk orang," katanya ketika mengulas kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh agar Pakatan Rakyat mengkaji semula keanggotaan Pas berikutan tindakannya mengadakan rundingan dengan UMNO demi perpaduan Melayu.
Semalam, Karpal menganggap tindakan Pas itu sebagai tidak ikhlas kerana ia mengundang keraguan tentang kredibiliti parti itu dalam Pakatan Rakyat dan oleh itu keanggotaan Pas perlu dikaji semula.
Kenyataan terbaru Karpal itu dilihat sebagai tanda perpecahan mula ketara dalam pakatan parti pembangkang itu.
Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, Karpal tidak berhak untuk mempertikai sebarang tindakan yang diambil Pas atau meminta Pas merujuk dahulu kepada DAP atau Pakatan Rakyat jika ingin berbincang dengan UMNO.
"Karpal sendiri pernah menyatakan langkah mayat dia dulu kalau mahu Pakatan Rakyat berunding dengan UMNO. Pas sudah melaksanakannya. Sekarang terpulang kepada dia (Karpal untuk tindakan lanjut)," kata Azizan.
Beliau berkata, Pas sebenarnya menyambut baik usaha Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO untuk bermuzakarah, kerana Pas telah lama berharap usaha murni itu dapat direalisasikan.
"Cerita Pas mengajak UMNO bermuzakarah bukan baru, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan oleh parti dalam Pakatan Rakyat," kata Azizan.

KETUA UMNO BAHAGIAN JERLUN DICABAR


Timbalan Ketua Umno bahagian Umno, Jerlun Datuk Abu Hassan Sharif mendahului jumlah pencalonan untuk jawatan ketua Umno bahagian yang kini disandang oleh Datuk Abdul Rahman Ariffin.
Selepas 28 cawangan bermesyuarat sehingga ini, Abdu Hassan mendapat 17 pencalonan manakala Abdul Rahman mendapat 11 pencalonan.
Setiausaha Umno bahagian, Halim Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa Jerlun mempunyai 155 cawangan.
Katanya, kebanyakan cawangan yang menyokong Abu Hassan adalah cawangan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.
Abu Hassan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan tersebut.
Katanya, 16 lagi cawangan akan bermesyuarat Jumaat dan Sabtu ini dan kedudukan pencalonan mungkin berubah."Kebanyakan 16 cawangan itu adalah di Ayer Hitam," kata Halim.
Difahamkan, majoriti cawangan tersebut dijangka mencalonkan Abdul Rahman.Halim berkata, cawangan-cawangan di bahagian Jerlun mula mangadakan bermesyuarat pada 17 Julai lalu.
Calon bagi jawatan ketua bahagian memerlukan 20 peratus daripada jumlah cawangan, timbalan ketua (15%), naib ketua (15%) dan ahli jawatankuasa (2 cawangan).
Mengenai peluang untuk Abdul Rahman mempertahankan jawatan tersebut, beliau berkata "Saya menjangkakan kedua-dua calon mempunyai peluang 50-50 untuk memenangi jawatan ketua bahagian Jerlun," kata Halim.
Setakat ini. 127 cawangan lagi di bahagian Jerlun belum mengadakan mesyuarat cawangan masing-masing, yang berakhir pada 24 Ogos depan.

Monday, July 28, 2008

TIADA BUKTI MOHD SAIFUL DILIWAT - KATA DOKTOR


Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan diliwat.

Begitulah kesimpulan yang dibuat oleh seorang doktor yang melakukan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful yang sebelum ini mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemeriksaan yang dilakukan di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.
Menurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.
Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.
Ketika di Hospital Pusrawi, Mohd Saiful diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.
Dalam laporannya, Dr Mohamad Osman menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.
Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".
Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.

RAKYAT RINDUKAN PERPADUAN....


Sunday, July 27, 2008

RAKYAT TERUJA BILA MB GUNA NO PENDAFTARAN JAWI

Bila Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan mengunakan no pendaftaran abjad jawi, seluruh rakyat Kedah teruja untuk menggunakan abjad jawi di kenderaan masing-masing. Mereka mahu mengikut jejak langkah Ustaz Azizan kerana memberi impak kepada budaya hidup islam sejati.

Namun pelbagai persoalan timbul apabila ada yang mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi di tolak.
Menurut mereka, JPJ tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan abjad jawi pada kenderaan awam termasuk kepada VIP.
Ia selaras dengan perlembagaan negara.
Ramai yang kecewa dan berharap pihak berkuasa tidak mengamalkan sikap pilih bulu dalam menguatkuasakan undang-undang.
"Mengapa di Pulau Pinang, nama jalan yang ditulis dalam bahasa cina dibantah keras, tetapi di Kedah kenderaan VIP diberi kelonggaran, apakah itu yang dikatakan adil" kata salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Alias Jitra.
Kata beliau, apakah dengan memakai no pendaftaran abjad jawi maka itu dikatakan islam..?

Thursday, July 24, 2008

SEJARAH PERTEMBUNGAN PAS DAN DSAI - SIAPA SEBENARNYA MEREKA?














Berikut adalah beberapa fakta mengenai pertembungan antara PAS dan DSAI semasa ia masih di dalam kerajaan:-

- lebih ganas dari Dr.M dalam gejala nepotisme dan kronisme
- ayah dan saudaranya menjadi jutawan dengan mendapat saham dan melalui perniagaan yang diragukan keupayaan mereka
- kawan dan rakannya terkenal dengan skandal pengadaian tanah dan menimbunkan kekayaan
- UIA tercorot di Asia kerana amalan pilih kasihnya dan menjadi tempat kawan-kawannya berlonggok untuk mendapat ijazah
- sebagai Presiden ia mengongkong UIA lebih dahsyat daripada yang berlaku di universiti-universi ti lain
- berwajah Firaun, kerana dasar yang digunakan dalam Belanjawan 1994 yang lebih mementingkan gangster ekonomi
- menguasai media arus perdana dengan pertolongan jutawan Cina untuk mengukuhkan kedudukkannya
- mengamal pilih kasih dan menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya
- silap sikit demonstrasi sehingga budak mati kerana demam panas, dikatakan kebuluran

Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS:-

- kesayangan Mahathir sehingga Mahathir sanggup mengenepikan orang-orang lama UMNO untuk menaikkan Anwar
- Mahathir menjadikan Anwar cukup berkuasa apabila melantiknya sebagai Menteri Kewangan disamping TPM
- dapat pengaruhi Mahathir dalam pemecatan Ketua Pengarang BH dan Zam iaitu orang rapat Mahathir dan melantik orangnya Johan Jaafar yang langsung tiada pengalaman kewartawanan
- Anwar dianggap zalim apabila menggunakan media, politik wang dan saham Petronas untuk menjatuhkan Ghafar Baba
- Anwar campur tangan dalam krisis MARA yang diterajui oleh Tamrin, tetapi pelurunya dituju kepada Ghafar Baba
iv) Skandal seks DSAI adalah antara konspirasi konco-konco Mahathir untuk menjatuhkannya

Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-

- Mahathir cuba menutup skandal timbalannya walaupun mangsa telah membuat lapuran polis
- dalam siri ceramahnya, PAS mendedahkan skandal ini dan menayangkan salinan surat sumpah orang (Azizan) yang mengaku diliwat oleh Anwar kepada hadirin
- mendedahkan ada cubaan membunuh orang yang mengaku diliwat oleh Anwar, tetapi media tidak mendedahnya
- Mat Sabu yang pernah berjumpa dengan penulis surat terbuka tersebut (Umi Hafilda), mendedahkan mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu, walaupun tidak menuduh Anwar melakukan apa-apa
- mengikut Mat Sabu, penulis surat terbuka mengenai skandal ini berada dalam ketakutan kerana masih diugut, diancam oleh pihak tertentu dan tidak berani bertembung dengan orang kerana dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas
- mempertikaikan sikap Anwar yang berdiam diri dan tidak cuba membersihkan namanya
- (ada usaha dari PAS untuk mendedahkan skandal ini kepada umum dengan menerbitkan VCD yang menemubual mereka-mereka yang terlibat dalam salah laku seks Anwar)
iv) DSAI akan diangkat menjadi PM jika pakatan pembangkang yang diterajui PAS menang p/raya.

Apabila Anwar disingkirkan dari parti dan kerajaan, ini bermakna doa PAS sebelum itu telah termakbul dan sebahagian perjuangan PAS telah tercapai, mengapa pula doa dan perjuangan PAS kemudiannya menjadi songsang. PAS bukan sahaja berdoa tetapi berjuang termasuk berdemonstrasi supaya Anwar dapat kembali berkuasa dan seterusnya menjadi Perdana Menteri M’sia. PAS pernah menganggap, Anwar licik menggunakan agama untuk dilihat mempunyai imej yang bersih dan sebagai pemimpin Islam yang unggul, samada di dalam atau luar negara. Apakah perubahan mendadak sokongan PAS terhadap Anwar dalam krisisnya dengan Mahathir menunjukkan PAS juga telah terpedaya dengan imej Anwar ini? Jika PAS tidak terpedaya dan sememangnya Anwar adalah seorang perjuang Islam yang bersih dan unggul yang layak untuk menjadi Perdana Menteri M’sia, ini bermakna tuduhan PAS sebelum ini bahawa Anwar pandai menggunakan agama untuk kepentingannya dan semua tuduhan-tuduhan lain, adalah suatu pembohongan dan fitnah yang besar terhadap Anwar. Samada PAS terpedaya atau tidak, apakah perjuangan seperti ini boleh dianggap sebagai perjuangan Islam? Beginikah yang dikatakan ‘Kepimpinan Ulamak’? Inikah sifat ‘Ulamak Perwaris Nabi’? Bukankah ianya lebih bersifat kufur, fasik, munafik dan zalim?

Sekarang cuba kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS terhadap DSAI selepas ia tersingkir dari parti dan kerajaan :-

i) DSAI dianggap sebagai seorang pejuang Islam yang ingin mengIslamkan UMNO dan kerajaan dari dalam.

Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-

- cuba ‘menghalamkan’ ratu cantik yang bepakaian 3/4 bogel
- cuba ‘menghalamkan’ konsert yang melalaikan dan penuh maksiat
- mengagumi tulisan Salman Rusdie yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad
- baik dengan taukeh judi dan mendapat pembiayaan mereka semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO
- apabila mendapat kuasa sebagai Menteri Kewangan, telah menghalalkan lebih banyak jenis judi,
- menambahkan lagi judi lumba kuda yang sedia ada
- menjadikan Genting Highland tempat judi ke 3 terbesar di dunia
- tindak tanduknya menjadi dilema sebagai pengganti Mahathir didalam menangani isu moral dan agama
- ia pandai memainkan sentimen agama sesuai dengan tahap pemikiran orang Melayu

- maklumat salah menyebabkan masyarakat Islam antarabangsa menganggapnya pemimpin Islam yang unggul
- Mat Sabu terpaksa berjumpa pemimpin Islam luar negara dan menerangkan keburukkan Anwar supaya mereka mengenali siapa sebenarnya Anwar
- disokong oleh Barat kerana cara Islamnya menepati cita rasa Barat untuk menguasai umat Islam sebelah sini
(di dalam ceramah PAS dan tulisan-tulisan di dalam internet, Anwar dianggap sebagai anti ulamak, anti Islam dan murtad kerana menolak hudud)
ii) DSAI seorang yang bersih yang cuba menghalang Mahathir dan kroninya daripada mengaut kekayaan negara untuk diri mereka.

EKSPO RAKYAT, KETUA JABATAN KECEWA DENGAN UPEN

Ekspo Rakyat yang adakan sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti semalam mungkin dicemari unsur-unsur suapan.
Ia kerana ekspo yang baru saja bermula, cakap-cakap di kalangan jabatan kerajaan terutama jabatan persekutuan sudah kedengaran.
Antaranya, rungutan yang bukan satu rahsia lagi di kalangan ketua-ketua jabatan khususnya jabatan persekutuan tindakan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) selaku penganjur dalam menyediakan kemudahan seperti khemah, bekalan elektrik dan air di tapak ekspo berkenaan.
Menurut sumber, sebahagian besar jabatan sebelum ini telah memaklumkan bahawa mereka hanya memerlukan khemah untuk membuat pameran product masing-masing.
Tetapi yang peliknya, UPEN bukan saja menyediakan khemah malah rak-rak pameran yang jelas tidak mengikut spesifikasi bahan-bahan yang dibawa oleh jabatan masing-masing.
Ia sekaligus menimbulkan masalah kepada jabatan yang mengambil bahagian kerana rak-rak yang disediakan tidak memenuhi saiz bahan pameran yang dibawa oleh jabatan terbabit.
"Kami berterima kasih kepada UPEN selaku penganjur tetapi tindakan menyediakan rak-rak yang tidak memenuhi saiz bahan pameran memberi masalah kepada kami. Mengikut amalan biasa, depa hanya sedia khemah dan kami boleh hias mengikut saiz bahan pameran masing-masing" kata salah seorang ketua jabatan yang enggan dikenali .
Sementara itu, sumber Wisma Darulaman berkata, keputusan menyediakan rak-rak pameran tidak mengikut amalan yang dilakukan sebelum ini.
Katanya, UPEN sedia maklum, semua jabatan mempunyai unit pameran masing-masing dan memiliki bahan pameran yang direka mengikut product masing-masing.
"Tak pasti kenapa depa sedia rak-rak sekali dan kalau dihitung bayaran bagi menyediakan rak-rak itu mesti melibatkan kos yang tinggi" katanya.
Justeru beliau meminta pihak berkuasa khususnya, BPR menyiasat apakah kemungkinan wujud unsur-unsur suapan di kalangan petugas yang menghabiskan banyak wang bagi menyediakan rak-rak berkenaan dengan niat akan mendapat komsiyen yang tinggi daripada kontraktor.
"Kita bukan nak tuduh tapi kalau sedia rak-rak itu bermakna bayaran kepada kontyrator mesti lebih, kemungkinan wujud unsur tidak sihat kerana ia melibatkan wang rakyat" kata sumber itu lagi.
Selain gerai jualan dan pameran oleh agensi-agensi kerajaan serta orang awam, turut akan diadakan ialah 'Auto Fair', karnival pekerjaan, persembahan sukan X-Treme, ceramah agama, pertandingan memasak dan permainan tradisi Kedah, pertunjukan gajah dan ular, pemeriksaan kesihatan dan derma darah, pertandingan tinju tomoi, demonstrasi pasukan Polis DiRaja Malaysia dan banyak lagi.

Wednesday, July 23, 2008

PAKATAN RAKYAT IKUT JEJAK PAS ...RETAK

HARAKAH keluaran 16-31 Julai 2008, temu bual dengan Presiden PAS Haji Hadi Awang melihat beberapa isu yang dibicarakan seakan menunjukkan bahawa perhubungan PAS dalam Pakatan Rakyat semakin longgar.
PAS kini telah membuka laluan untuk sebarang usaha dialog dan perbincangan antara PAS dan UMNO atas isu Islam dan Melayu.

Hadi dalam kenyataan medianya tidak akan menolong sebarang usaha sama PAS dan UMNO dalam usul Islam sedangkan perkara ini amat sensitif pada DAP.
Harakah dalam isu keluaran ini, juga memaparkan keadaan yang tidak selesa dalam perhubungan PAS dengan lain-lain ahli Pakatan Rakyat kerana sikap meletakkan PAS sebagai ahli minoriti dengan menolak pandangan – pandangan PAS dalam kebanyakan perkara. Keluaran kali ini juga memuatkan bantahan Pemuda PAS Selangor juga termuat dalam keluaran ini dan Pemuda PAS Selangor seakan kecewa kerana tidak dirujuk dalam hal-hal berhubung dengan program protes.
Namun perkara yang paling menarik dalam kenyataan Haji Hadi Awang adalah mengenai isu tuduhan liwat Anwar Ibrahim. Pendekatan kali ini berbeza dengan pendekatan kali pertama Anwar Ibrahim di tuduh meliwat pada tahun 1998. PAS tidak lagi bangkit segarang dahulu mempertahankan Anwar Ibrahim malah PAS bersikap pesimis dengan membiarkan isu peribadi Anwar sebagai isu bukan politik. Ini jelas menggambarkan bahawa PAS tidak akan seagresif dahulu dalam membicarakan tuduhan liwat 2 Anwar sebagai satu konspirasi sebaliknya dibicarakan dalam mahkamah yang adil.
Tindakan dan jawapan Hadi Awang mengenai konspirasi agak tawar kali ini. Beberapa perkara dapat dilihat bahawa PAS hari dalam keadaan berbelah bagi khususnya dalam menyokong Parti Keadilan Rakyat. PAS dapat dilihat juga kecewa dengan Pakatan Rakyat yang semakin hari berusaha untuk mencairkan idealisme PAS iaitu Islam.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hadi juga nampak PAS akan berdepan dengan satu situasi yang amat berat ialah membuat keputusan sama ada keluar atau teruskan dengan Pakatan Rakyat tetapi terpaksa mencairkan perjuangan Islam.
Dalam keluaran ini juga apa yang pasti ialah, Selangor di bawah kepimpinan TS Kahlid Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat seakan meminggir PAS dan ini menyebabkan perasaan kurang selesa ahli-ahli PAS.
Dari apa yang boleh kita analisis Pakatan Rakyat kemungkinan di dominasi oleh kaum Cina dan kedudukan ini disokong oleh PKR yang turut tidak sealiran dengan PAS.

Apabila dilihat komen Hadi Awang, apa yang jelas ada ialah Pakatan Rakyat bukan pakatan politik yang utuh tetapi sebenarnya adalah satu pembentukan Pakatan untuk pilihan raya.
PAS terperangkap dalam keadaan ini dan nampak akan mencari jalan keluar biarpun ini akan meruntuhkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Keadaan ini seakan pasti berlaku dalam masa terdekat dan perencanaan PAS untuk mula menjarakkan diri dengan Pakatan Rakyat semakin ketara.

PAS KINI RETAK MENANTI BELAH


PERPECAHAN PAS bukan satu ura-ura lagi. PAS kini menghadapi krisis keyakinan. Kepimpinan mula berpecah. Ustaz Hadi dengan pendiriannya dan Nik Aziz dengan caranya pula. Keadaan PAS mula bergolak apa bila PAS menyertai Pakatan Rakyat yang sebenarnya meletakkan PAS sebagai Parti kelas bawahan.
PAS pula hari ini di cemuh dengan kehilangan arah dalam perjuangan Islam mereka.
Hari ini PAS sudah jadi platform politik yang mementingkan pencapaian parti lebih dari perjuangan Islam.
Laporan yang di terima adalah perpecahan dalam isu sama ada PAS harus terus menyertai Pakatan Rakyat atau keluar dari Pakatan dan membentuk kekuatan mereka sendiri.
Apa yang nampak adalah PAS sudah menjadi kuda tunggangan Anwar Ibrahim.
Sokongan PAS diperlukan tetapi setelah sokongan diterima PAS tercicir seolah-olah PAS adalah tidak diperlukan lagi.
Malang nasib PAS, pilihan raya yang terbaik buat Pakatan Rakyat dan PAS tersisih dalam Pakatan tersebut.
Perpecahan mula merekah apabila terdapat kumpulan yang mahu berdiskusi dengan UMNO dan mahu tindakan drastik diambil untuk keluar Pakatan atas alasan tidak boleh bekerjasama dengan DAP dan tindakan Anwar Ibrahim yang terlampau liberal dalam Islam.
Alasan – alasan itulah yang menimbulkan kenyataan Ustaz Hadi dalam Harakah 11hb Julai 2008 yang sedia bekerjasama dengan UMNO demi Islam dan Melayu.
Perbincangan ini dikatakan hampir terjadi sehingga Nik Aziz Nik Mat campur tangan untuk menggelakkan PAS terbabit dengan UMNO.
Sungguhpun begitu kumpulan yang lebih mengambil pendekatan untuk berbincang dengan UMNO percaya ini adalah untuk kebaikan Islam dan Melayu.
Ini bagi mereka perlu dan ini bagi mereka harus dibincangkan dalam kelompok Melayu.
Laporan perpecahan PAS ini sudah mula dikesan sejak awal lagi. Pergeseran siapa menjadi Menteri Besar dan pelantikan EXCO juga mengecewakan PAS.
Desakan PAS untuk keluar pakatan semakin kuat dan ini pasti memberi impak kuat kepada kekuatan PAS.
Menurut maklumat lagi, PAS sedia berbincang dengan UMNO dari berbincang dengan DAP yang dikatakan terlampau sombong dengan perjuangan mereka untuk menghapuskan hak keistimewaan Orang Melayu dan sering membidas isu-isu Islam yang dibawa oleh PAS.
Sikap kurang ajar DAP ini tidak pula mendapat perhatian Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim bagi PAS gagal dalam memperkasakan Islam dalam pemerintahan kerajaan Negeri dan gagal merujuk kepada PAS untuk membuat keputusan-keputusan yang melibatkan Kerajaan Negeri.
Sungguhpun benar kata Mursyidul Am PAS bahawa dalam politik pasti ada sedikit masalah dan ketidakfahaman namun kali INI PAS dikatakan mengalami keyakinan krisis yang besar dan mampu melarat sehingga keadaan PAS menjadi tidak stabil.
Apa pun hari ini PAS seolah-olah membenarkan kata-kata bahawa Pakatan Rakyat adalah pakatan longgar dengan idealisme berbeza. Perhubungan mereka hanya untuk politik.
Sekarang baru PAS sedar bahawa yang banyak menggunakan Islam adalah PAS sendiri kerana politik dan bukan UMNO. Apa pun terjadi yang pasti PAS sedang dilamun gelora.

MUZAKARH UMNO-PAS SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI...

HEBOH satu Malaysia bahawa PAS kini sedang dilanda krisis kepimpinan. Perbincangan dengan PAS sudah bermula dan persoalannya – siapa di kalangan PAS yang memulakan.
Landasan perjuangan pada awal ini adalah mengenai Melayu dan Islam.
Ini satu perkembangan yang terbaik. Ini menunjukkan banyak perkara yang berlaku dalam Pakatan Rakyat khususnya mengenai orang Melayu dan Islam tidak dipersetujui oleh PAS.
PAS memulakan diskusi dan permulaan ini menunjukkan keadaan dan senario politik dalam PKR tidak sebaik mana. PKR kini mula dilanda ombak.
Bukan sahaja PKR malah kini PAS juga sedang bergelora.
Dato Nik Aziz menolak sebarang perhubungan dengan UMNO tetapi Hadi Awang meneruskannya. Ini menunjukkan bahawa kalangan PAS – dalam idealisme mereka memperjuangkan Islam dan dalam kesatuan mereka yang dikatakan utuh, mereka berpecah, tipu menipu dan melakukan perhubungan di luar pengetahuan ahli.
Maka tidak jugalah kita dapat mengatakan bahawa PAS itu tidak bergelora dan parti itu stabil se stabilnya.
Apa pula pendirian PAS dalam isu Dato Seri Anwar Ibrahim. Jelas dan nyata PAS tidak percaya ada konspirasi dalam untuk memburuk-burukkan UMNO.
Masakan PAS akan berunding dengan UMNO sekiranya PAS percaya bahawa UMNO melakukan tuduhan liwat ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim.
Ini jelas menunjukkan PAS percaya kepimpinan dato Seri Abdullah tidak melakukan sebarang konspirasi ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim dan tuduhan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim adalah tuduhan yang serius dan sepatutnya diadili dengan serius oleh polis.
Mungkin Dato Seri Anwar Ibrahim juga perlu direhatkan sebagai Ketua UMUM Parti Keadilan Rakyat? Kenapa tidak, adakah PKR mahu kepimpinan parti beliau dipimpin oleh orang yang rosak akhlaknya. Apa yang sebenarnya ada ialah PKR tidak mampu merehatkan Dato Seri Anwar Ibrahim kerana beliau adalah PKR dan PKR adalah Dato Seri Anwar Ibrahim.
Begitu juga dalam Pakatan Rakyat – Dato Seri Anwar Ibrahim adalah Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat adalah Dato Seri Anwar Ibrahim.
Lantas tidak ada demokrasi yang benar dalam Pakatan Rakyat. Malah yang lebih malang lagi segelintir rakyat yang menyokong PKR tidak mengetahui bahawa sistem kekeluargaan yang memimpin dalam PKR – sikap kronisme adalah lebih besar dalam PKR.
Keadaan ini bukan satu landasan demokrasi – bukan suara rakyat suara keramat, tetapi lebih kepada suara Dato Seri Anwar Ibrahim adalah suara keramat.
Tidak ada yang akan dapat mengganti Dato Seri Anwar Ibrahim dalam PKR. Kalau Dato Seri Anwar Ibrahim terbukti melakukan liwat – maka PKR akan tinggal nama, PAS akan tersisih dan hanya DAP yang akan terus menerajui Pulau Pinang.
Seharusnya kita sedar-sekuat mana hentaman PKR terhadap UMNO, sekuat itulah kesongsangan yang ada dalam PKR cuba disembunyikan.
Hakikat itu sebenarnya yang ada dan hujung minggu ini apa yang dapat kita lihat ialah PAS turut serta menghulurkan salam pada UMNO.
Mereka tahu dan mereka sedar, UMNO dan PAS sekiranya bergabung akan merupakan kesatuan Melayu yang terbesar di Malaysia dan semestinya agenda Melayu dan Islam dapat dilaksanakan dalam kedudukan masyarakat berbilang bangsa.
Di sini letak kekuatan UMNO yang sebenarnya masih disokong oleh orang Melayu. Walaupun terpecah antara sokongan Melayu pada PAS dan UMNO tetapi titik persamaan adalah Melayu dan Islam. Di sinilah tempat rujukan dan di sini nasib orang Melayu diletakkan - UMNO

Tuesday, July 22, 2008

LAGI BUKTI HUBUNGAN PKR DENGAN DAP RETAK MENUNGGU BELAH



Timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin menafikan beliau menggunakan wang kerajaan negeri untuk berkunjung ke luar negara bulan lalu."(Dakwaan itu) semuanya salah dan fitnah," katanya ketika diminta mengulas desas-desus bahawa lawatannya ke London menjadi antara punca tersebarnya khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa hubungannya mulai renggang dengan ketua menteri Lim Guan Eng.
Sumber-sumber memberitahu wakil rakyat PKR itu membawa beberapa pemimpin Angkatan Muda parti itu atas alasan kunjungannya sebagai rombongan perniagaan.
Mohammad Fairus mengakui ke luar negara tetapi dengan tujuan menghadiri Kongres Pemimpin-pemimpin Dunia yang turut disertai beberapa pemimpin dari seluruh dunia. Kongres itu untuk memupuk kepimpinan peserta dan menggalakkan hubungan rapat masyarakat, tambahnya.Beliau bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan menggunakan wang kerajaan untuk tujuan itu."Saya tidak guna satu sen pun," katanya.Menurutnya lagi, beliau hadir dalam program itu kerana ia "ada kena- mengena dengan portfolio" beliau dalam kerajaan Pulau Pinang.Mohammad Fairus dipertanggungjawabkan sebagai pengerusi jawatankuasa hal-ehwal agama, pembangunan keusahawanan dan koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat.
Jemputan menghadiri program itu, menurut beliau, dibuat kepadanya secara peribadi.Diminta mengulas lanjut tentang penyertaan kurang 10 wakil dari Pulau Pinang, seperti dakwaan, dalam program itu, beliau hanya berkata "ramai.""Tidak perlu pergi (lebih) terperinci," tambahnya.Dakwaan terhadapnya itu, menurut Mohammad Fairus, tidak menjadi isu kerana ia tidak benar."Hanya di peringkat awal wujud salah faham," katanya.Dengan tegas, beliau berkata, pihak yang membuat tuduhan sepatutnya berjumpanya terlebih dahulu untuk mendapatkan penjelasan, bukan menyebarkan perkara itu tanpa usul periksa.Pihak yang membuat dakwaan itu, menurut Mohammad Fairus, "tidak boleh tengok orang senang.
"Difahamkan, kunjungan beliau bersama rombongannya dibuat tanpa pengetahuan Lim dan anggota-anggota exco dan lawatannya disedari apabila beliau sudah berada di luar negeri.Perkara itu, tambah sumber, dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri dan turut dibawa dalam mesyuarat PKR bulan ini.Sumber-sumber juga mendakwa mesyuarat berkenaan "ambil perhatian" tentang perkara itu.Minggu lalu, Mohammad Fairus dalam sidang media bersama Lim menafikan khabar angin kononnya hubungan mereka berdua bermasalah sampai ke peringkat wakil rakyat Penanti itu meletakkan jawatan. Beliau berkata khabar angin yang tersebar melalui SMS itu berniat jahat terhadap pimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu. "Saya masih di sini, khabar angin tetap khabar angin. Pakatan Rakyat sedang berjuang untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dan ada pihak macam cuba mengalihkan hal ini dengan menyebarkan SMS berhubung perkara itu (letak jawatan). "Pihak berkenaan cuba mengalih tumpuan rakyat dengan mereka-reka cerita seperti ini," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat exco kerajaan Pulau Pinang, Rabu lepas. Lim, yang juga setiausaha agung DAP, turut menegaskan bahawa beliau tidak ada sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Mohammad Fairus - Malayskini

DIMANA KESUDAHAN HUBUNGAN PAS DAN PKR


BERBISIK ..MUNGKIN ADA SESUATU RAHSIA HINGGA MENDORONG DATUK SERI ANWAR BERBISIK KEPADA HAJI HADI MANAKALA SEBELAH KANAN MENTERI BESAR KEDAH USTAZ AZIZAN YANG MENGUGUT KERAJAAN PUSAT UNTUK MENEBANG BALAK BAGI MENDAPATKAN PERUNTUKKAN RM100 JUTA BUKTI PEMIMPIN PAS LEBIH MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN DIRI DARI MASA DEPAN RAKYAT.

Politik negara ini penuh warna warni. bermula dari pembentukan perikatan kemudianya menyaksikan Pas hadir seketika dalam Barisan Nasional dan lepas tu keluar ikut tingkat dan hinggalah saat ini, dimana pemimpin Umno dan Pas bersetuju untuk kembali duduk semeja.
Semua ini bukan berlaku saja-saja. Tetapi ada sebab dan musababnya.
Kalau diteliti peristiwa yang lalu, perbezaan pandangan antara pemimpin Umno dan Pas sebenarnya tidak banyak beza. Cuma pertikaiananya lebih menjurus kepada "kuasa", tak lebih dari itu.
Hakikatnya, kedua-dua adalah berbnagsa melayu dan agama islam. Kedua-dua parti juga memperjuangan dan mempertahankan islam sebagai agama rasmi. Jadi soal perpecahan tidak wujud dalamdasar perjuangan kedua-dua parti yang majnoritinya di monopoli orang melayu.
Perkembangan terbaru itu nampaknya amat meresahkan DAP. Orang kuat Dap Karpal Singh dikatakan kurang senang apabila Presiden Pas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kenapa tiba-tiba Karpal macam orang demam panas bila dengar Umno dan Pas duduk semeja. Mungkin DAP bimbang apabila Umno dan Pas kembali bertaut, DAP dilihat tidak lagi releven. Realitinya memang ada, tetapi kalau direnung sedalam-dalamnya, DAP wajar risau, Karpal wajar risau, Lim guan Eng perlu risau lebih-lebih lagi pemimpin PKR.
Semua ini akan memebri kesan secara langsung bukan saja kepada lanskap politik negara. Apa tidaknya sekiranya di takdirkan dua parti ini kembali merujuk semula, maka akan muncul sebuah parti yang kuat yang memperjuangkan nasib bangsa melayu. Sudah pasti ketika itu Stategi Dap mahupun PKR akan terkubur. Harapan pemimpin mereka akan turut musnah.
Menurut pemerhati politik, tidak mustahil Umno dan Pas akan kembali untuk bekerjasama dalam arena politik di negara ini.
Cuma yang dibimbangi ialah pemimpin kedua-dua parti, DAP dan PKR pasti melopong sekiranya Umno dan Pas bergerak atas satu landasan. Tetapi kalau dilihat dari sudut bangsa melayu, adalah wajar eorang dua pemimpin dikorbankan demi memperjuangkan nasib bangsa melayu. Kerana sejak akhir-akhir ini melayu seolah-olah dilihat sebagai satu bangsa yang menumpang di tanah air mereka sendiri. Semua ini berlaku kerana Umno yang selama ini menjadi tunjang kepada Kerajaan tidak lagi sekuat dulu.
Dan kalau ditinjau dari kerjasama Pas dan PKR yang bekerjasama atas nama pakatan Rakyat, ia bukanya satu pakatan yang jitu yang semata-mata memperjuangkan bangsa melayu. Tetapi lebih menjurus kepada sikap rakus Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
Buktinya amat di jelas, apabila Kedah yang turut mendirikan kerajaan atas nama pakatan rakyat, tidak dapat melaksanakan tugas membela nasib rakyat dengan berkesan. Malah Pas yang mendominasi kerajaan negeri tidak melihat kehadiran pemimpin PKR sebagai pelengkap kepada sebuah Kerajaan yang mantap. Sebaliknya, pemimpin PKR begitu jelas dilayan sebagai "anak tiri" dalam membuat keputusan penting . Malah sebagai beberapa pemimpin kanan Pas Kedah, Kehadiran pemimpin PKR dianggap "Kacau daun" terutama dalam mengejar projek tertentu untuk kroni masing-masing. Bukan satu rahsia lagi apabila pemimpin kanan Pas negeri yang sepatutnya menjadi teladan kepada ahli Pas dalam melayan rakan sekerajaanya, bertindak memarahi pemimpin PKR apabial ditanya bila satu perjanjian akan ditandatangani sebagai sebuah kerajaan pakatan rakyat di Kedah.
Ia kerana pemimpin Pas sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri, mereka sebenarnya angkuh dan lupa diri kerana tanpa kehadiran pemimpin PKR tidak mungkin sebuah kerajaan dapat diwujudkan.
Jadi sudah tiba masanya, pemimpin PKR melakukan sesuatu bukan untuk parti tetapi untuk bangsa bernama melayu di Kedah. Kemelut poltiik yang dibelenggu sikap angkuh dan sombong perlu dilontar sejauh mungkin. Mereka perlu bangun berdiri di dunia yang realiti. Tiada ada bangsa yang berjaya, sekiranya kerjasama yang dijalinkan penuh dengan tipu muslihat yang mempunyai kepentingan tersirat.

Wednesday, July 16, 2008

JUBLI EMAS - BPR WAJAR SIASAT PERUNTUKKAN LAMPU RM1.5 JUTA

Badan Pencegah Rasuah (BPR) disaran membuat siasatan terperinci berhubung peruntukkan RM1.5 juta yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan khusus untuk menceriakan bandaraya Alor Star dengan sinaran lampu.
Projek berkenaan yang diberi secara runding terus oleh Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat dilaporkan gagal menghiasi bandar Alor Star dengan sinaran lampu sepertimana yang ditetapkan.
Malah Bandar Alor star yang menjadi lokasi sambutan jubli emas kelihatan suram dan muram meskipun sambutan itu bermula semalam.
"Mana ada lampu yang dipasangpun, Bandar Alor star langsung tak ceria dan bercahaya, mana pergi duit RM1.5 juta tu, Apa depa buat harap pihak berkuasa buat siasatan segera." kata salah seorang penduduk tempatan yang tidak berpuas hati dengan pemasangan lampu sekitar bandar Alor Star.
Katanya, sesiapapun yang terlibat wajid dibawa kem uka pengadilan dan tidak harus dibiarkan kerana mereka menyalahgunakan duit rakyat.
Secara umumnya, tidak apa yang dapat dibanggakan dalam kerja-kerja pemasangan lampu di jalan-jalan utama, sebaliknya kerja-kerja yang dilakukan sekadar melapas batuk di tangga.
Ia berikutan kerja-kerja memasang lampu di beberapa jalan utama hanya bermula sehari sebelum sambutan diadakan. Itupun kalau dikira jumlahnya hanya dalam RM250 ribu saja.

AGIHAN PINGAT - BUKTI PKR HANYA MELUKUT DITEPI GANTANG

ANTARA PROGRAM SABUTAN JUBLI EMAS YANG DISAMBUT SEMALAM, PERARAKAN ISTIADAT DI ALOR STAR.

Cerita pasak PKR melukut ditepi gantang Kerajaan Pas Kedah bukan cerita baru. Sejak awal penubuhan Kerajaan yang dikatakan 'PAKATAN RAKYAT' ramai meramalkan, PKR hanya akan menjadi anak tiri kepada ibu yang jahat lagi kejam.
Ramalan itu akhirnya menjadi kenyataan apabila, penagihan darjah kebesaran sempena sambutan Jubli Emas semalam yang menyaksikan Ustaz Azizian bergelar Dato Seri, tiada seorangpun wakil rakyat mahupun orang kuat PKR disenaraikan untuk menerima darjah kebesaran bergelar Dato mahunpun Dato Seri.
Perkembangan ini bukti kukuh Pas terutama Ustaz Azizan diibaratkan bagai kacang lupakan kulit. Ia kerana sebelum penubuhan Kerajaan Pakat Rakyat, pelbagai janji ditabur bagi menyedapkan hari pemimpin PKR. Ia diibaratkan ketika mengorat gadis manis dengan niat untuk memikat hati dan perasaannya. Namun apabila sudah dapat ia tidak berharga lagi.
Sumber terdekat PKR memaklumkan, sebahagian besar pemimpin parti peringkat negeri sememangnya sedar segala pengorbanan mereka tidak lagi dihargai.
Ia sekaligus menyerlahkan sikap pemimpin Pas khususnya Ustaz Azizan yang pentingkan diri sendiri serta tamak.
Kata sumber itu, sikap pilih kasih yang diamalkan oleh Ustaz Azizan bukan perkara baru dalam sejarah hubungan Pas + PKR.
"Sebelum inipun kami sentiasa dianaktiri samada dalam urusan diperingkat mesyuarat exco, membuat keputusan berhubung sesuatu projek dan sebagainya." jelas salah seorang pemimpin kanan parti itu.
Kata beliau, hubungan Pas dan PKR atas nama pakatan rakyat sebenarnya tidak pernah wujud, malah seorang pemimpin kanan Pas pernah berkata, PKR hanya sekadar menumpang Pas dalam membentuk Kerajaan.
Justeru, segala keputusan samada dalam bidang tugas yang diberikan oleh ADUN PKR yang dilantik sebagai exco sebenarnya boleh dioverlap oleh pemimpin kanan pemimpin Pas jika ia tidak menguntungkan kroni dari Pas.
"Kini kami sedar siapa kawan sebenarnya..sikap Ustaz Azizan yang langsung tidak mengemukakan nama pemimpin PKR untuk menerima anugerahj sempena jubli emas bukti kukuh beliau bukan kawan yang jujur dan baik" kata sumber berkenaan.
Dalam pada itu, ADUN anak Bukit yang tidak disenaraikan dalam senarai penerima anugerah sempena jubli emas dilaporkan oleh orang-orang kananya begitu kecewa dan sedih.
Apatah lagi, beliau diberi tanggungjawab berat dalam memastikan pentadbiran Kerajaan Kedah berjalan lancar.
YB Ameruddin telah dua penggal dipilih sebagai ADUN anak bukit dan adalah mustahil beliau tidak mempunyai sebarang jasa membangunkan negeri jelapang padi.
kekecewaan beliau ditambah lagi dengan anugerah Dato kepada beberapa pemimpin Pas yang masih junior tetapi begitu rapat dengan Ustaz Azizan.
"kami tidak menolak kemungkinan wujud pilih kasih kerana ada di kalangan pemimpin Pas yang tak buat apapun tapi dapat pingat kebesaran" katanya sumber yang raat dengan YB Ameruddin.

Monday, July 14, 2008

HINA SULTAN, ADUN PAS MUNGKIN BUAT UNDI TAK PERCAYA PADA USTAZ AZIZAN

Kekecohan di Parlimen berikutan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri oleh Datin Seri Wan Azizah Sebenarnya langsung tidak memberi sebarang kesan kepada senario politik di Kedah.
Mengambil iktibar dari perkembangan itu, sudah kedengaran suara-suara sumbang dari kalangan ADUN Pas yang merasa terkilan dengan tindakan Ustaz Azizan berhubung penggunaan payung Diraja baru-baru ini mahu membuat usul tidak percaya kepada Meneri Besar.
Sumber dalaman Pas memaklumkan, tidak mustahil perkara itu berlaku pada sidang dewan undangan negeri akan datang kerana ada di kalangan ADUN dari Pas terasa hati dan terkilan dengan tindakan Ustaz Azizan yang dilihat seolah-olah tidak menghormati Sultan Kedah yang bakal menyambut jubli emas esok.
"Ada beberapa step lagi yang perlu dilakukan sebelum sesuatu usul tidak percaya boleh dibuat terhadap Ustaz Azizan" kata sumber itu.

BANDAR ALOR STAR MURAM DAN LESU SAMBUT JUBLI EMAS


TIADA APA YANG BOLEH DIBANGGAKAN, MALAH BANGUNAN PEKAN RABU YANG SELAMA INI MENJADI IDENTITI BANDAR ALOR STAR TURUT LESU. INILAH YANG DIKATAKAN SAMBUTAN JUBLI EMAS KELAS PERTAMA TAPI MINDA MBAS KELAS KETIGA DALAM MEMBUAT SAMBUTAN JUBLI EMAS.

Esok bakal tercatat satu lagi detik bersejarah dalam lipatan Salasilah Kesultanan Diraja Kedah apabila bermulanya sambutan pemerintahan 50 tahun Sultan Kedah. Buat julung kalinya, rakyat Kedah akan menyaksikan sambutan yang pastinya membangkitkan nostalgia pemerintahan beraja Di Kedah sejak dulu hingga kini..
Pelbagai acara di susun atur bagi memeriahkan sambutan yang turut diiringi dengan cuti umum seluruh Kedah.
Di sebalik kesungguhan usaha menjadikan sambutan jubli emas sebagai satu titik sejarah Kedah dan Negara umumnya, tidak ramai yang sedar Bandaraya Alor Star sebagai tuan rumah lesu n suram. Tiada sinaran lampu neon mahupun laser yang menerangi bandar Alor Star hingga kini.
Malam-malam yang dilalui kelihatan muram dan lesu. Harapan untuk melihat cahaya kegemerlapan menerangi seluruh pelusuk bandar tertua di Malaysia, tidak kesampaian.
Kini timbul pelbagai persoalan mengenai kesungguhan Bnadara Alor star, khususnya Dato Bandarnya dalam menjayakan sambutan jubli emas.
Jika dilihat dari suasana muram dan lesu, jelas membuktikan tiada komitmen Dato Bandar bagi menjayakan sambutan yang penuh bersejarah itu.
Sekiranya sambutan itu diadakan di negara atau negeri lain, suasana pasti berbeza. Malah sudah pasti pihak berkuasa tempatan yang menghiasi bandar berkenaan dengan sinaran lampu neon penuh warna-warni sekaligus membangkitkan keindahan dan keharmonian sejajar dengan kegembiraan menyambut jubli emas.
Menurut sumber dalam MBAS, Bandaraya tidak harus dijadikan kambing hitam sepenuhnya dalam kegagalan memasang lampu warna-warni sempena sambutan jubli emas.
Ia kerana Kerajaan Negeri telah memutuskan peruntukkan yang diperolehi daripada kemenerian kewangan berjumlah RM1.5 juta diberikan secara runding terus kepada sebuah syarikat.
Bagaimanapun hingga saat ini, tidak ada sebarang lampu mahupun kerja-kerja pemasangan lampu di sekitar bandarAlor Star. Persoalannya, kenapa perginya peruntukkan berkenaan...?
Pihak berwajid seharusnya membuat siasatan apakah ada kemungkinan wujud gejala rasuah di kalangan atasan menyabakan kerja-kerja memasang lamu hingga kini tidak dilaksanakan.
Di mana maruah Kerajaan Negeri kerana melihat perkara ini seolah-olah tidak penting ...?
Apakah Kerajaan Negeri tidak merasa malu apabila tetamu negara yang dijemput untuk sama-sama menyaksikan sambutan bersejarah itu, melihat Bandaraya Alor Star seolah-olah Pekan Kodiang, muram, lesu dan tidak bermaya.
Semua persoalan ini wajar di jawab oleh Ustaz Azizan yang memimpin saf pentadbiran negeri jelapang Padi.

Sunday, July 13, 2008

ISU PAYUNG KUNING, AHLI PAS SERAH BANTAHAN KEPADA PEJABAT MB

Sekumpulan ahli Pas yang datang dari seluruh pelusuk negeri Kedah berkumpulan beramai-ramai di hadapan Wisma Darulaman pagi tadi untuk menyatakan bantahan dan ingatan terhadap Menteri Besar berikutan isu penggunaan payung kuning yang didakwa menghina Sultan Kedah.
Perhimpunan di kawasan tempat letak kereta itu tidak didalangi mana-mana pihak sebaliknya sebahagian besar ahli Pas berkata mereka berkumpul secara sukarela bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Ustaz Azizan yang dikatakan melanggar adat resam istana.
Menurut salah seorang daripada mereka, sebagai rakyat Kedah, kami amat tersentuh hati apabila Ustaz Azizan bertindak menggunakan payung kuning yang dikhaskan untuk Sultan Kedah di Airport, ia seolah-olah menghina Sultan.
"Saya ahli Pas batu 17, dekat pondok Padang Lumat, saya sokong Ustaz Azizan sebagai pemimpin, tapi tindak tanduk beliau melanggar protokol istana amat menyentuh perasaan. Sebagai anak jati Kedah, pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi kami tak boleh terima kalau pemimpin menghina Sultan, kerana baginda adalah lambang kehormatan seluruh rakyat Kedah," tegas beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Wahab.
Katanya, kehadiran mereka tidak di dorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya sekadar untuk menyatakan tindak-tanduk Ustaz Azizan bukan saja tidak menghormati institusi Raja yang kita junjung selama ini malah sudah melampaui batas dan sukar diterima," tegas beliau.
Begitupun usaha mereka untuk menyampaikan memorandum kepada Menteri Besar tidak kesampaikan kerana dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas, Ustaz Azizan berada di kawasan dewan undangan negeri Sg. Limau, Yan bagi menghadiri satu majlis di kawasan beliau.
Selepasa mengadakan rundingan, kumpulan berkenaan akhirnya bersurai tetapi akan membuat bantahan secara rasmi kepada Ustaz Azizan dalam tempoh terdekat.
"Kami akan buat surat bantahan rasmi kepada Menteri Besar secepat mungkin" katanya.
Beberapa anggota polis turut berada di tempat perhimpunan tetapi sekadar menjadi pemerhati. Perhimpunan berakhir dua jam kemudian tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Isu penggunaan payung warna diraja di airport Alor Star tercetus dua hari lalu apabila Ustaz Azizan dan isteri menggunakan payung diraja ketika berjalan ke jet yang disewa untuk ke Ibu Negara.
Ustaz Azizan berkata, payung kuning digunakan kerana ada kerabat Diraja Kedah dalam rombongan berkenaan.
Bagimanapun, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat beliau, sehari selepas kejadian mengakui, tidak ada kerabat Diraja dalam rombongan itu kecuali Ketua Istiadat Istana, Datuk Saad Endut.
Tuanku Bendahara yang sepatutnya turut serta dalam rombongan itu menunggu di Sudang untuk ke Brunei bagi tujuan menjemput Sultan Brunei menghadiri majlis sambutan Jubli emas Sultan Kedah yang akan disambut selasa ini

KERAJAAN KEDAH, PKR HANYA MELUKUT DITEPI GANTANG

RETAK MENATI BELAH, PAKATAN RAKYAT DIKEDAH HANYA UNTUNGKAN PAS BUKANNYA PKR, PKR UMPAMA MELUKUT DITEPI GANTANG.

Seperti diduga dan diramalkan sejak dulu lagi. Pakatan longgar Pas dan PKR akhirnya terburai.
ini diakui sendiri Sumber Pas sepertimana yang dinayatakan dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini. Sekiranya itu yang berlaku di Pusat apatah lagi kerjasama di peringkat negeri khususnya di Negeri Jelapang padi, Kedah.
Semua sedia maklum, Pas mendirikan kerajaan hasil kerjasama dengan PKR kerana tidak cukup kerusi untuk mendirikan kerajaan selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Ketika membuat pengumuman selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, Ustaz Azizan dengan megah berkata, bukan pas yang memerintah Kedah tetapi kerajaan pakatan rakyat.
Hakikat sebenarnya, Pentadbiran Kerajaan Negeri di Kedah dilihat berat sebelah kepada Pas. banyak keputusan termasuk dalam mesyuarat mingguan kabinet negeri di putuskan oleh Pas tanpa mengambil kira pandangan PKR.
pandangan yang dilontarkan oleh PKR sekadar dipandang sepi. Jadi tidak hairanlah pernah tercetus satu peristiwa dalam mesyuarat mingguan exco negeri, wakil PKR bertanyakan Ustaz Azizan bila satu memorandum bersama (MOU) antara Pas dan PKR akan ditandatangani kerana hingga kini Kerajaan Pakatan Rakyat yang diwar-warkan olewh Ustaz Azizan tidak mempunyai perjanjian hitam-putin.
Berikutan soalan itu, salah seorang exco kanan Pas mengeluarkan kata-kata berikut " Nak buat MOU apa, yang menjadi kerajaan sekarang adalah Pas dan bukanya PKR, PKR hanya sekadar menumpang Pas saja".
Jika di nilai kata-kata itu, amat jelas Kerajaan Pakatan Rakyat yang diwar-warkan ol;eh Ustaz Azizan sebenarnay tidak wujud.
Malah PKR dilihat sebagai boneka bagi membolehkan Pas menghalalkan sebarang usaha yang akan dilakukan demi kepentingan pemimpin Pas.
Keretakan hubungan di kalangan pemimpim Pas dan PKR di Kedah bukan satu rahsia lagi, kerana pertelingakan antara Exco kanan Pas dan pemimpin PKR hanya menanti belah.
Menurut sumber, antara pemimpin kanan Pas dan PKR berkenaan tidak bertegur sapa sejak beberapa bulan lalu.
Perkembangan ini bagaimanapun gagal di kesan rakyat kerana Ustaz Azizan bijak memainkan sandiwara di hadapan khalayak ramai.
Malah pemimpin PKR seringkali mendapat pujian melambung Ustaz Azizan setiap kali beliau turun padang bertemu rakyat, sekaligus rakyat percaya wujud persefahaman yang erat antara mereka.
Hakikatnya, mereka bukan saja bertelagah dari segi prinsip malah sering betelagah kerana pemimpin Pas gemar membolot pelbagai projek terutama yang berkaitan Kerajaan Negeri dan GLC.
senario itu membuktikan PKR diibaratkan “sleeping partner” .
Menurut sumber itu lagi, perebutan tempat dan jawatan dalam Kerajaan Negeri meningkatkan suhu rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin PKR. ia termasuklah untuk mendapat tempat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).
Pas dikatakan membolot semua jawatan penting dalam GLC . Buktinya Ustaz Azizan sendiri meletakkan menantunya sebagai salah seorang CEO dalam salah satu syarikat GLC. Ustaz Azizan juga melantik Che Had jurunilai bersekutu yang beribu pejabat di pejabat Pas Kedah di semua syarikat GLC, kerana beliau dikatakan bertindak sebagai pengumpul dana kepada Ustaz Azizan.
Tindakan itu membuktikan pentadbiran Pas Kedah tidak mempunyai integriti malah ada kes-kes yang melibatkan kroni dan berbau korupsi yang tidak ditangani secara jujur oleh Kerajaan Kedah..
PKR jelas tenggelam dalam Pakatan Rakyat dan situasi ini sebenarnya mencemar halatuju PKR sekaligus membuktikan wujud unsur-unsur nepotisme dalam pentadbiran Kerajaan Pas.
Begitupun PKR terpaksa akurmenjaga keutuhan Pakatan Rakyat tetapi keadaan ini sebenarnya PKR semakin hilang kepercayaan terhadap pimpinan Pas.
PKR sebenarya sudah mula merasa tekanan tetapi ketahanan yang ada adalah semata-mata kerana politik sungguhpun keretakan ini sudah sampai ke tahap maksimum atau dalam erti kata sebenar, RETAK MENANTI BELAH.




ISU PAYUNG KUNING, DATO SAAD ENDUT PULA DISALAHKAN.


Selepas tersepit dengan alasan yang sengaja direka bagi menyelamatkan maruah diri, Ustaz Azizan kali ini mengheret Dato Saad Endut selaku ketua Istiadat Istana dalam isu penggunanaan payung kuning.
Dalam ceramah bersama Dato Seri Anwar di batu 9 malam tadi, Ustaz Azizan berkata, tidak timbul isu penggunaan payung kuning kerana ketika itu Dato Saad Endut selaku ketua Istiadat istana tidak memberi sebarang komen.
Katanya, berikutan tiada sebarang larangan oleh Dato Saad Endut bermakna beliau turut merestui penggunaan payung Diraja itu.
Penjelasan Ustaz Azizan itu tidak membawa sebarang perubahan minda di kalangan rakyat.
Malah sebahagian besar yang hadir berbisik "Dia guna Dato Saad pula...." .
Tindakan Ustaz Azizan itu sememangnya telah diduga kerana beliau semakin tersepit dalam isu berkenaan berikutan hati dan perasaan Sultan Kedah terguris di saat sambutan Jubli Emas hanya tinggal dua hari lagi.
Biar apapun alasan yang diberikan, tindakan Ustaz Azizan jelas menghina Sultan Kedah dan sukar diterima oleh seluruh rakyat kedah yang sayangkan baginda .

Saturday, July 12, 2008

ISU PAYUNG KUNING, HATI DAN PERASAAN SULTAN KEDAH TERGURIS

USTAZ AZIZAN TERUS BERBOHONG KEPADA RAKYAT BAHAWA ADA KERABAT DIRAJA KEDAH DALAM ROMBONGAN DARI ALOR STAR - SUBANG DEMI MENUTUP TINDAKAN BELIAU YANG MENGHINA SULTAN KEDAH

Di sebalik kemeriahan untuk menyambut hari bersejarah iaitu ulangtahun pemerintahan KDYMM Sultan Kedah ke-50, isu penggunaan payung kuning oleh Menteri Besar, Ustaz Azizan di Airport dua hari lalu, telah menguris hati dan perasaan Baginda.
Perkara ini disahkan oleh petugas Istana yang memaklumkan Sultan Kedah yang sebelum itu kelihatan ceria, tiba-tiba kelihatan murung dan ‘badmood” selepas kejadian itu berlaku.
“Mungkin hati dan perasaan baginda terguris dengan peristiwa itu, kerana perbuatan itu seolah-olah menghina Baginda” kata petugas istana yang tidak mahu dikenali.
Dalam pada itu, Ustaz Azizan dalam siri ceramahnya terus berbohong kepada rakyat dengan mengatakan beliau telah mendapat bekenan KDYMM Sultan Kedah untuk menggunakan payung kuning pada hari kejadian dengan alasan ada kerabat Diraja Kedah yang turut serta dalam penerbangan dari Alor Star ke Subang.
Apa yang menimbulkan tanda tanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar melalui Setiausaha Akhbarnya, Sdr Helmi Khalid kepada TV3 sehari selepas kejadian, memaklumkan tidak ada kerabat Diraja Kedah yang menaiki pesawat berkenaan.
Sebaliknya, Tuanku Bendehara Kedah menunggu di Subang untuk mengikuti rombongan ke Brunei.
Percanggahan kenyataan itu membuktikan Ustaz Azizan cuba membohongi rakyat dengan alasan yang membuktikan beliau sendiri tersepit dalam alas an yang sengaja direka.
Malah Jabatan penerbangan Malaysia turut mengesahkan antara pegawai kanan yang menaiki private jet itu dari Alor Star ialah ketua bahagian protokol istana Datuk Saad Endut, Isteri Ustaz Azizan dan Pengarah Upen, Dato Bisharuddin Jamil.
Pembohongan yang cuba dilakukan oleh Ustaz Azizan tak lain bertujuan menutup "bangkai dengan daun lalang."
Selain itu, Pelbagai persoalan timbul berhubung kejadian berkenaan. Antaranya pada hari kejadian turut hadir Setiausaha sulit kepada Ustaz Azizan, Sdr Helmi.
Sebagai seorang Setiausaha Sulit apakah beliau juga buta protokol hingga sanggup membiarkan Ustaz Azizan dan isterinya menggunakan payung kuning yang dikhaskan kepada Baginda Sultan.
Sekadar makluman, Isteri Ustaz Azizan diiringi pekerja pos Malaysia yang juga isteri kepada setiausaha akhbar kepada Ustaz Azizan Sdr Helmi Khalid.
Apakah sdr Helmi benar-benar jahil dari segi protokol atau Ustaz Azizan sebenarnya mempunyai agenda tersirat iaitu untuk menunjukkan kuasa hingga sanggup menghiris hati dan perasaan KDYMM Baginda Sultan Kedah yang sepatutnya gembira menyambut jubli emas selasa ini.

Friday, July 11, 2008

ISU NAIK JET..BAGAI BAGI DULANG PAKU SERPIH





TIDAK BERADAB...USTAZ AZIZAN MENGGUNAKAN PAYUNG KUNING UNTUKMENAIKI PRIVATE JET.BELIAU YANG DIRINGI ISTERI DENGAN DITEMANI SEORANG KAKITANGAN POS MALAYSIA DIPERCAYAI ISTERI KEPADA PEGAWAI USTAZ AZIZAN DI AIRPORT KEPALA BATAS, PAGI SEMALAM.

Seluruh Kedah tiba-tiba gempar. Angin tak ada ributpun takada. Tapi tiba-tiba seluruh Kedah bagai dilanda tsunami. Begitulah senario politik di Kedah. Ia gara-gara Menteri Besar yang baru 100 hari memerintah, Ustaz Azizan menyewa private jet untuk ke Kula Lumpur.
Ustaz Azizan yang sebelum ini mengkritik keras bekas Menteri Besar kerana menaiki private jet akhirnya dilihat bagai dulang paku serpih.
Tindakan beliau mencetuskan perasaan marah dan tidak senang di kalangan penyokong Pas kerana Uztaz Azizan sebelum ini berjanji untuk mengurus tadbir dengan berhemah dan tidak boros.
Namun apa yang berlaku pagi semalam, di mana Ustaz Azizan yang menyewa private jet untuk ke Ibu Kota jelas bertentangan dengan janji beliau.
"Dulu tak dapat kuasa janji macam-macam kat rakyat, tapi bila dah dapat lupa diri, benarlah kata pepatah, manusia ni mudah lupa bila ada kuasa" kata Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai cu leh di Bukit Pinang.
Haji Salleh yang kebetulan berada di airport Alor Star berkata, beliau melihat sendiri Ustaz Azizan menaiki jet berkenaan yang diletakkan bersebelahan kapal terbang milik Mas.
"Kebetulan saya juga ingin ke rumah anak di Kuala Lumpur jadi saya dapat tengok dengan mata saya sendiri lah...sedih juga bila pemimpin cakap lain buat lain," tambahnya.
Beliau yang sempat merakamkan gambar melalui telefon bimbitnya meminta anaknya mengrimkan gambar melalui email kepada ceritayan, sebaik tiba di Ibu negara.
Katanya, beliau mengenali beberapa individu yang mengiring Ustaz Azizan tetapi sekadar menyebut pengiring kepada isteri Ustaz Azizan ialah seorang kakitangan Pos Malaysia Alor Star dipercayai isteri kepada pegawai Ustaz Azizan yang dilaporkan keluar dari pejabat tanpa pengetahuan bosnya.
"Saya sedih melihat keadaan itu, siapa sebenarnya yang munafik, dulu depa dok kata Kerajaan BN yang buat benda tu, la ni depapun sama, saya menyesal sokong depa masa pilihanraya umum lalu. Saya akan ceritakan keadaan ini pada seluruh masyarakat kampung supaya mereka tak lagi kena bodoh," kata Cu Leh..
Dalam pada itu, sumber wisma Darulaman memaklumkan, perbuatan Ustaz Azizan amat mengecewakan.
Ia kerana Ustaz Azizan sebelum ini membuat keputusan memotong bajet untuk sambutan jubli emas KDYMM Sultan Kedah dengan alasan tidak mahu boros.
Apa yang berlaku pula adalah sebaliknya...
"Rakyat lagi kecewa kerana ketika depa semua dihimpit dengan kenaikan harga barangan tapi pemimpin depa, tengoklah menghabiskan wang dengan menyewa jet" katanya.
Sementara itu sumber istana memaklumkan, tindakan Ustaz Azizan menggunakan payung kuning ketika menaiki jet berkenaan jelas sekali bertentangan dengan protokol istana.
Mengikut bahagian istiadat istana, hanya KDYMM Sultan sahaja yang boleh menggunakan payung kuning, bahkan Tuanku Temenggung, Tuanku Bendehara serta kerabat yang lain tidak dibenarkan menggunakan Payung kuning.
"Bagi kami bukan saja melanggar protokol tapi tetapi juga tidak ada adab" kata sumber itu.

Wednesday, July 9, 2008

LIMA ADUN PKR KEDAH SERTAI PAS

HILANG KEYAKINAN ...ITULAH ANTARA SEBAB LIMA ADUN PKR MAHU MENYERTAI PAS KEDAH.

Lima Ahli Dewan Undangan negeri Kedah yang menang atas tiket PKR pada pilihanraya Umum ke-12 yang lalu dijangka menyertai Parti Pas dalam tempoh terdekat ini.
Keputusan itu di buat setelah mereka tidak lagi yakin dengan halatuju PKR, khususnya Dato Seri Anwar terutama selepas tuduhan liwat yang melibatkan pembantu beliau, di ibu negara, baru-baru ini.
Sumber dalam Pas memaklumkan, satu perbincangan awal telah diadakan dengan Menteri Besar Ustaz Azizan di satu tempat yang dirahsiakan, baaru-baru ini.
Kata sumber itu lagi, dalam pertemuan hampir 40 minit itu, kelima-lima ADUN terbabit meluahkan ketidakyakinan mereka dengan PKR khususnya Dato Seri Anwar yang terbabit dalam skandal liwat.
"Depa bukan saja kecewa dengan skandal liwat tetapi yang lebih depa frust ialah tindakan Amerika untuk cuba campurtangan dalam urusan negara ini. Tindakan itu Depa anggap satu pencabulan dan depa sama sekali tidak dapat menerima sebarang bentuk pencabulan terhadap negara ini', jelas sumber itu lagi.
Katanya, secara prinsip kelima-lima adun terbabit iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas), Tan Show Kang (Sidam) Lim Soo Nee(Kulim), V. Arumugam(Bukit Selambau) dan Tan Wei Shu(Bakar Arang) bersetuju menyertai Pas tanpa sebarang syarat.
Mohammad Radzhi dijangka menyertai Pas ranting Kulim, manakala empat lagi ADUN akan menyertai Pas sebagai ahli bersekutu.
Dengan penyertaan lima ADUN PKR itu bermakna Pas akan memperkukuhkan kedudukan Pas sebagai Kerajaan Negeri. Sebelum ini Pas terpaksa membentuk kerajaan pakatan rakyat dengan PKR kerana tidak mempunyai majoriti di dewan undangan negeri Kedah.
Tambah sumber itu, pengumuman rasmi penyertaan kelima-lima ADUN berkenaan dalam Pas dijangka akan dibuat oleh Menteri Besar dalam masa terdekat ini.
"Mungkin satu lagi pertemuan antara MB dan ADUN berkenaan diadakan sebelum pengumumanrasmi dibuat" tegasnya.
Beliau tidak menolak kemungkinan pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat sempena sambutan Jubli Emas sebagai hadiah kepada Sultan Kedah.

Sunday, July 6, 2008

JUBLI EMAS - APA PERANAN MBAS ..LAMPU OH LAMPU


KELIBAT MBAS HANYA MELAKUKAN KERJA-KERJA SAMPINGAN SEMPENA JUBLI EMAS SEPERTI MENANAM BUNGA BUNGA DAN LAIN-LAIN.

Kalut ! Kalut! Dah tak lama lagi aih .. tak sampai dua minggu lagi, Kedah bakal melakar sejarah berikutan KDYMM Sultan Kedah bakal menyambut pemerintahan Jubli Emas iaitu Pemerintahan genap 50 tahun.
Jemputan dah dibuat kepada semua Sultan dan Raja negeri termasuk jemputan khas kaum kerabat di luar Negara yang dok dengar iaitu Sultan Brunai, Raja Thailand dengar juga keluarga Di Raja Britain .. tang jemputan dok tengok tentu meriah punya tapi tang persiapan bersediakah Negeri Kedah lebih-lebih Bandaraya Alor Star untuk sambut kedatangan tetamu-tetamu khas KDYMM Tuanku Sultan Kedah dengan penuh keghairahan dan gilang-gemilang bak istana indah nan bunian …
Apa-apapun Kerajaan Negeri jangan buat Tuanku Sultan Kedah “malu” dan mampu membuat Tuanku tersenyum kalau Tuanku “murka” semua kena jual nanti ….
Dok bilang jari dan tengok kalendar, bolehkah projek-projek Jubli Emas boleh disiapkan sepenuhnya?
Kalau lagu dok tengok la ni, macam gayat saja, apa-apapun kita tunggu dan lihat harap-harap secerah bulan dilangit kerana Kedah pantang kalah walau jatuh, sakit dan rebah...
Sudah semestinya semua agensi dan jabatan di dalam Negeri Kedah semakin sibuk membuat persiapan bagi memastikan sambutan kali ini penuh bermakna untuk negara, negeri dan rakyat keseluruhannya.
Kerajaan Pas Kedah kena bertanggungjawab la. Jangan asyik dok buat sibuk atur pingat sana pingat sini, kerja dah celaru. Bahagaian protokol tu kena buat persiapan betul-betul jangan dok pandai cakap saja nanti sampai hari yang ditunggu semua pakat ketaq kepala lutut dan kepala dok buat susunan protokol.
Apapun rajyat Kedah dengaq kata tak berapa seronok nak sambut Jubli Emas. Al maklumlah la ni hidup dalam keadaan susah pasai minyak naik harga, barang-barang apa lagi yang tak kena mengena dengan minyak pun naik juga. Jadi semua pakat susah hati. Dari Pak long di Bandar Baharu sampai kat Cu Leh di Bukit Kayu Hitam, dok dalam susah hati.
Kalau zaman Hang Tuah, Tuanku Sultan dan kabinet baginda dah pakat-pakat sedekah kat rakyat pasai rakyat dalam kesusahan. Tapi Kerajaan Pas la ni rakyat susah depa dok pulun pi luar negara, sat-sat pi Eropah, Mesir, Austrlia dan tak kurang juga pi luar negara tapi paling dekat nun danok.
Bagi Rakyat kebanykkan cari makan lebih utama dari dok pi sambut Jubli Emas. Depa bukan tak hormat Sultan, tapi anak bini sapa nak bagi makan.
Dalam dok rancak buat persiapan yang menjadi tanda tanya la ni sejauh mana penglibatan pihak Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) selaku tuan punya gelanggang. Sedar atau disengajakan
dok tengok puak MBAS DOK "mandom” dan ”kurang cas” semacam saja, sebaliknya Jabatan yang nampak ketara belemoih kata oang kedah atau bertungkus lumus hingga ke dinihari ialah Jabatan Kerja Raya (JKR).
MBAS tu macam Mnadur, dok kilas tangan dibelakang jalan sana-sini tengok orang lain buat kerja, seolah-olah tidak mengambil bahagian langsung . Hanya menjadi pemerhati dilaman sendiri saja.
Secara prinsipnya, MBAS sepatutnya kena "belemoih" dalam menjayakan Perayaan Jubli Emas jangan dok asyik memberi alasan peruntukkan tidak ada.
Kalau duit tak ada buatlah kerja yang tidak perlukan kewangan yang besar seperti menghiasi jalan-jalan utama dengan jutaan bunga-bunga agar Alor Star menjadi bandar dalam taman yang boleh dibanggakan. Banyak bunga-bunga yang terdapat di tapak semaian milik MBAS yang boleh digunakan bagi tujuan itu.
Kata orang tua-tua, "hendak seribu daya tidak mahu seribu dalih". Kalaulah di negeri-negeri lain jalan-jalan sudah pasti penuh dengan pekerja Majlis membuat persiapan yang sewajarnya demi menjayakan sambutan Jubli Emas demi Tuanku Sultan yang tercinta bak orang Kedah kata "sampai belaga punggung buat kerja" ini apa yang nampak hanya pekerja JKR saja dan ini membuatkan warga Bandaraya Alor Star tertanya-tanya di mana perginya anggota MBAS?
Masa yang dah tinggal tak berapa hari lagi masih tidak nampak kelibat pekerja MBAS di dalam membungakan jalan-jalan dan pintu masuk ke Bandaraya Alor Star dan juga riuh rendah dalam pemasangan lampu-lampu hiasan dengan seadanya...
Kot Ketua yang dok jaga Bahagian dok lena ataupun tak reti nak buat kerja ataupun dok tunggu Datuk Bandar bagi arahan baru kalut nak buat?
Persoalannya, pasai apa MBAS jadi macam itu. Apa sumbangan MBAS ..? Depa tak sayang dan hormatkah kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah di dalam menyambut hari yang penuh makna dan istimewa di dalam hayat KDYMM Tuanku Sultan dan lebih-lebih lagi Tuanku Sultan Kedah adalah Sultan yang ke-2 selepas Almarhum Tuanku Raja Perlis di dalam menyambut pemerintahan ke-50 .. Hebat tuu !
Dengaq habaq juga dari wisma Darulaman, di sebalik dok sibuk buat persiapan ada satu drama perebutan projek telah berlaku antara Kerajaan Negeri dengan MBAS.
Bukan rahsia lagi, peruntukan lampu hiasan sebanyak 1.5 juta yang diperolehi daripada Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengar kata pihakl tertentu dok pulun tak mau bagi kat MBAS. Betoi la tuu kut ! dok nampak sampai la nie lampu lip lap tak pasang lagi di dalam Bandaraya Alor Star.
Dari sumber tu kata orang di wisma pun dok nak adjust projek ini sebab lampu ni Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang buat permohonan kepada KPKT tetapi ikut prosedur setiap peruntukan daripada KPKT akan diturunkan kepada PBT dan PBT yang ada hak ke atas peruntukan tersebut.
Kata Sumber tu, apa yang dok lawan berebut , sapa pun buat sama saja janji Bandaraya Alor Star bermandikan cahaya mungkin bukan matlamat tu yang ada dalam kepala otak depa tapi yang lebih penting ”habuan” yang dapat bila buat projek tu... aiii dan lagi pikiaq macam tuu ini orang kata sambil menyelam minum air jangan sampai lemas sudahlah ..
Seorang ahli majlis yang mau namanya dirahsiakkan bagi tau, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah pun mengatur projek tersebut secara rundingan terus kepada sebuah syarikat pembekal lampu di negeri Kedah dan difahamkan syarikat tersebut tersenarai di dalam 4 syarikat yang diperakui bagi pembekalan lampu oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) .
Pejabat SUK dilaporkan berjaya meyakinkan Kementerian Kewangan membuat lantikan terus itu dengan peruntukkan berjumlah RM1.5 juta.
Daripada andaian yang di buat , ada juga kebenarannya iaitu keputusan itu dilihat tidak menyenangkan pegawai MBAS yang berkenaan kerana depa pun mempunyai perancangan tertentu dengan peruntukan tersebut bak kata “rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari” mungkin kelewatan ini berpunca “sebotaj” dan kerenah birokrasi oleh pegawai MBAS kerana rasa ketidakpuasan hati ini walaupun pada dasarnya pihak Atasan MBAS telah bersetuju dengan Kerajaan Negeri selepas beberapa siri perbincangan telah dibuat dengan syarat prosedur kewangan dipatuhi. Sepatutnya semua yang terlibat hendaklah mendahulukan kejayaan sambutan Jubli Emas daripada kepentingan peribadi kata sumber tersebut ..

Lampu oh lampu kenapa kau tak menyala?
Macam mana aku nak menyala depa tak pasang lagi ..
Kerajaan Negeri oh Kerajaan Negeri kenapa tak pasang lampu lagi?
Pi la tanya MBAS ...
MBAS oh MBAS kenapa tak pasang lagi lampu lagi?
Macam mana nak pasang dok tunggu pihak kontraktor hantar proposal ... apalah banyak alasan daa ...
macam cerita bangau oh bangau pula...
Tapi itulah realitinya, persoalan yang bermain diminda rakyat la ni mudah saja..lebih kurang gini la...
sampai bila kemelut ini tak akan habis?
Siapa watak disebalik permainan wayang ini?
Bila lampu-lampu hiasan ini akan berkelipan di ruang malam di Bandaraya Alor Star?
Siapa yang untung di dalam projek ini ?
Mampukah perayaan Jubli Emas ini menjadi nostalgia semua tetamu yang datang?
aduh jangan tanya lagi aku dah naik pening, nak tau pi tanya Depa yang dok kalut kat Wisma Darulaman tu...

APA YANG TERSIRAT DISEBALIK LOGO JUBLI EMAS SULTAN KEDAH INI ?


SEMINAR AHLI MAJLIS PBT KEDAH JADI TEMPAT PEMIMPIN PAS LEPAS GERAM KEPADA ANGGOTA KCS.

TUDUHAN KCS TIDAK LAGI RELEVAN MEMBUKTIKAN PIMPINAN PAS MASIH DUNGU DAN DANGKAL DENGAN PERANAN KCS DALAM MEMACU PENTADBIRAN NEGERI KEDAH.

Tidak effisen, tidak responsif serta tidak lagi releven.... itulah antara kata-kata yang tersembur dari mulut pimpinan Pas Kedah terhadap anggota KCS dalam seminar khas membabitkan anggota Pihak Berkuasa tempatan (PBT) yang diadakan di Langkawi selama tiga hari bermula 29 Jun lalu..
Seminar yang pada asalnya bertujuan memberi kefahaman kepada anggota PBT tentang halatuju pentadbiran Kerajaan Pas, bertukar menjadi muktamar Pas apabila laungan dan sorakan tadbir bergema dalam dewan.
Malah menurut beberapa anggota KCS, matlamat asal seminar langsung tidak tercapai kerana Pas menggunakan majlis itu untuk menghentam anggota KCS secara terbuka.
"Kalau dilihat dari corak ceramah mereka, saya penuh yakin ia seolah-olah mereka ingin meluahkan apa yang dipendam selama ini terhadap anggota KCS. Malah ada yang menganggap KSC tidak lagi releven dengan pentadbiran Kerajaan sekarang" kata sumber itu.
Jelasnya, ada di kalangan ahli majlis yang dilantik mengambil kesempatan untuk menjatuhkan maruah naggota KCS dengan pelbagai dakwaan kononya, KCS tidak boleh dipercayai dan bersikap talam dua muka.
Tindakan itu tambah beliau menyebabkan sebahagaian besar anggota KSC yang menghadiri seminar itu merasa terhina.
"Saiap yang tidak terkilan kalau kita berusaha memikirkan kaedah terbaik untuk membangunkan kawasan dimana kita menjalankan tugas tiba-tiba ada pihak dakwa kita ada motif lain." tambah seorang lagi anggota KCS yanp turut menghadiri seminar tiga hari itu.
Dalam pada itu, Menteri Besar, Ustaz Azizan yang menyedari, penghinaan terhadap anggota KCS dengan segera mengigatkan pimpinan bahawan bahawa Pas kini bukan lagi pembangkang, sebaliknya adalah kerajaan yang memerintah.
Katanya, dakwaan seperti itu tidak harus ditujukan kepada anggota KCS kerana mereka adalah sebahagian dari anggota pentadbiran Kerajaan Negeri.
kata-kata "Pembelaan" Uztaz Azizan itu dibuat demi mengelak anggota KCS daripada membenci pimpinan Pas yang dilihat lebih berminat mencari salah daripada mengembeling usaha bagi menjana pembangunan negeri.
Apapun yang dilakukan oleh Ustaz Azizan kata salah seorang anggota KCS terbabit, sikap pimpinan Pas di peringkat bawah tidak ubah seperti lebih sudu dari periuk.
Sikap dan tindakan mereka jelas membuktikan peribadi mereka yang suka menunjuk-nunjuk dan bukanya mahu sama-sama menyumbang idea untuk membangunkan negeri kedah darulaman.
'Kami kecewa" itulah kesimpulan beliau.

Tuesday, July 1, 2008

SUDAH BERSEDIAKAH KERAJAAN KEDAH SAMBUT JUBLI EMAS KDYMM SULTAN KEDAH



Jika di hitung hanya tinggal beberapa hari lagi sambutan Jubli Emas KDYMM Sultan Kedah yang pertamanya di negara ini akan disambut.Pelbagai persiapan rancak dibuat, termasuklah membersih serta mengecat jalan-jalan utama di sekitar bandaraya Alor Star, menanam bunga, memasang papan tanda dan sebagainya.
Di sebalik kerancakkan membuat persiapan itu, pelbagai persoalan bermain di minda masyarakat setempat. Antaranya kesungguhan dan komitmen Kerajaan Pas Kedah dalam memastikan beberapa projek infra yang telah dirancang khusus bagi menjayakan sambutan itu hingga kini masih belum siap sepenuhnya.Antaranya, dataran hadapan wisma darulaman, Dataran hadapan masjid Zahir dan istana anak bukit.
Menurut sumber, meskipun kerja-kerja asas dataran serta istana anak bukit siap, tetapi realitinya masih banyak kerja-kerja belum siapsepenuhnya.
"Mustahil dataran hadapan Masjid Zahir dan hadapan wisma dapat disiapkan berdasarkan perkembangan masa kini kerana tempoh bagi menyambut jubli emas semakin dekat" katanya.
Begitupun beliau mengakui pihak kontraktor boleh menyiapkan dataran berkenaan dengan membuat dataran berebtnuk sementara. Ia nampak cantik tetapi pembinaan itu berisiko tinggi dan merbahaya kepada keselamatan orang ramai.
Dalam pada itu sumber kontraktor pula berkata, kelewatan menyiapkan kerja-kerja dataran berkenaan dibebabkan beberapa sebab. Antara sebab utama ialah kelewatan kontraktor menerima bayaran berdasarkan kemajuan sesuatu projek.
Sementara itu sumber MBAS pula berkata, kerja-kerja memasang lampu bagi mengindahkan bandaraya tidak berjalan seperti yang dirancang.
katanya, terlalu banyak kerenah brokrasi menyebabkan usaha untuk mengindahkan bandara Alor Star menjadi slow dan bandar alor star kelihatan tidak bermaya.
"Datuk bandar kena lah tingkatkan usaha bagi mengindahkan bandaraya Alor Star kerana ia alor star bakal menjadi tumpuan pemimpin dari seluruh dunia".
Jangan la kerana nak pencen akhir tahun ini, kerja dan tanggungjawab dilepaskan terus kepada anak buah" sumber itu menambah.

JANGAN TERPENGARUH DENGAN CERITA DSAI - KATA EZAM

DARI LENGGOK BAHASA DSAI RAMAI YANG TELAH MENJANGKAKAN EPISOD GIMIK POLITIK BELIAU YANG SENTIASA PENUH DENGAN WARNA WARNI. HUBUNGANRAPAT DENGAN USTAZ AZIZAN APAKAH BAKAL MENCETUSKAN SENARIO YANG SERUPA DALAM PAS.

"Jangan terpengaruh dengan cerita DSAI" itulah kata-kata bekas Setiausaha Politik DSAI, Mohamad Ezam Mohd Nor.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya wujud konspirasi untuk menjatuhkannya menggunakan laporan polis yang mendakwa beliau meliwat seorang pembantunya baru-baru ini.
Ezam berkata, adalah mustahil kerajaan sengaja mereka-reka atau membuat konspirasi seumpama itu untuk menjatuhkan Anwar.
“Secara logiknya, tiada siapa hendak buat konspirasi dengan menggunakan ‘modal’ yang sama,” katanya.
Menurutnya, perbuatan Anwar mengaitkan nama beberapa pemimpin negara dan kerajaan dengan konspirasi serta menuduh mereka membuat dakwaan itu untuk menjatuhkannya juga bercanggah dengan ajaran Islam.
“Jika Anwar tidak suka dirinya dituduh tanpa bukti, dia juga tidak harus berbuat perkara yang sama.
“Kalau ada bukti, tunjukkan. Jangan tuduh sembarangan dan kemudian pergi bersembunyi. Kenapa?” ujar Mohamad Ezam merujuk kepada tindakan Anwar berlindung di kedutaan Turki di ibu negara sejak awal pagi semalam.
Ketika ditanya mengenai dakwaan kejadian liwat yang membabitkan Anwar dan pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Ezam memberitahu, apa yang berlaku “adalah antara Anwar, Mohd. Saiful dan Allah.”