Wednesday, July 23, 2008

MUZAKARH UMNO-PAS SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI...

HEBOH satu Malaysia bahawa PAS kini sedang dilanda krisis kepimpinan. Perbincangan dengan PAS sudah bermula dan persoalannya – siapa di kalangan PAS yang memulakan.
Landasan perjuangan pada awal ini adalah mengenai Melayu dan Islam.
Ini satu perkembangan yang terbaik. Ini menunjukkan banyak perkara yang berlaku dalam Pakatan Rakyat khususnya mengenai orang Melayu dan Islam tidak dipersetujui oleh PAS.
PAS memulakan diskusi dan permulaan ini menunjukkan keadaan dan senario politik dalam PKR tidak sebaik mana. PKR kini mula dilanda ombak.
Bukan sahaja PKR malah kini PAS juga sedang bergelora.
Dato Nik Aziz menolak sebarang perhubungan dengan UMNO tetapi Hadi Awang meneruskannya. Ini menunjukkan bahawa kalangan PAS – dalam idealisme mereka memperjuangkan Islam dan dalam kesatuan mereka yang dikatakan utuh, mereka berpecah, tipu menipu dan melakukan perhubungan di luar pengetahuan ahli.
Maka tidak jugalah kita dapat mengatakan bahawa PAS itu tidak bergelora dan parti itu stabil se stabilnya.
Apa pula pendirian PAS dalam isu Dato Seri Anwar Ibrahim. Jelas dan nyata PAS tidak percaya ada konspirasi dalam untuk memburuk-burukkan UMNO.
Masakan PAS akan berunding dengan UMNO sekiranya PAS percaya bahawa UMNO melakukan tuduhan liwat ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim.
Ini jelas menunjukkan PAS percaya kepimpinan dato Seri Abdullah tidak melakukan sebarang konspirasi ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim dan tuduhan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim adalah tuduhan yang serius dan sepatutnya diadili dengan serius oleh polis.
Mungkin Dato Seri Anwar Ibrahim juga perlu direhatkan sebagai Ketua UMUM Parti Keadilan Rakyat? Kenapa tidak, adakah PKR mahu kepimpinan parti beliau dipimpin oleh orang yang rosak akhlaknya. Apa yang sebenarnya ada ialah PKR tidak mampu merehatkan Dato Seri Anwar Ibrahim kerana beliau adalah PKR dan PKR adalah Dato Seri Anwar Ibrahim.
Begitu juga dalam Pakatan Rakyat – Dato Seri Anwar Ibrahim adalah Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat adalah Dato Seri Anwar Ibrahim.
Lantas tidak ada demokrasi yang benar dalam Pakatan Rakyat. Malah yang lebih malang lagi segelintir rakyat yang menyokong PKR tidak mengetahui bahawa sistem kekeluargaan yang memimpin dalam PKR – sikap kronisme adalah lebih besar dalam PKR.
Keadaan ini bukan satu landasan demokrasi – bukan suara rakyat suara keramat, tetapi lebih kepada suara Dato Seri Anwar Ibrahim adalah suara keramat.
Tidak ada yang akan dapat mengganti Dato Seri Anwar Ibrahim dalam PKR. Kalau Dato Seri Anwar Ibrahim terbukti melakukan liwat – maka PKR akan tinggal nama, PAS akan tersisih dan hanya DAP yang akan terus menerajui Pulau Pinang.
Seharusnya kita sedar-sekuat mana hentaman PKR terhadap UMNO, sekuat itulah kesongsangan yang ada dalam PKR cuba disembunyikan.
Hakikat itu sebenarnya yang ada dan hujung minggu ini apa yang dapat kita lihat ialah PAS turut serta menghulurkan salam pada UMNO.
Mereka tahu dan mereka sedar, UMNO dan PAS sekiranya bergabung akan merupakan kesatuan Melayu yang terbesar di Malaysia dan semestinya agenda Melayu dan Islam dapat dilaksanakan dalam kedudukan masyarakat berbilang bangsa.
Di sini letak kekuatan UMNO yang sebenarnya masih disokong oleh orang Melayu. Walaupun terpecah antara sokongan Melayu pada PAS dan UMNO tetapi titik persamaan adalah Melayu dan Islam. Di sinilah tempat rujukan dan di sini nasib orang Melayu diletakkan - UMNO

No comments: