Saturday, July 12, 2008

ISU PAYUNG KUNING, HATI DAN PERASAAN SULTAN KEDAH TERGURIS

USTAZ AZIZAN TERUS BERBOHONG KEPADA RAKYAT BAHAWA ADA KERABAT DIRAJA KEDAH DALAM ROMBONGAN DARI ALOR STAR - SUBANG DEMI MENUTUP TINDAKAN BELIAU YANG MENGHINA SULTAN KEDAH

Di sebalik kemeriahan untuk menyambut hari bersejarah iaitu ulangtahun pemerintahan KDYMM Sultan Kedah ke-50, isu penggunaan payung kuning oleh Menteri Besar, Ustaz Azizan di Airport dua hari lalu, telah menguris hati dan perasaan Baginda.
Perkara ini disahkan oleh petugas Istana yang memaklumkan Sultan Kedah yang sebelum itu kelihatan ceria, tiba-tiba kelihatan murung dan ‘badmood” selepas kejadian itu berlaku.
“Mungkin hati dan perasaan baginda terguris dengan peristiwa itu, kerana perbuatan itu seolah-olah menghina Baginda” kata petugas istana yang tidak mahu dikenali.
Dalam pada itu, Ustaz Azizan dalam siri ceramahnya terus berbohong kepada rakyat dengan mengatakan beliau telah mendapat bekenan KDYMM Sultan Kedah untuk menggunakan payung kuning pada hari kejadian dengan alasan ada kerabat Diraja Kedah yang turut serta dalam penerbangan dari Alor Star ke Subang.
Apa yang menimbulkan tanda tanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar melalui Setiausaha Akhbarnya, Sdr Helmi Khalid kepada TV3 sehari selepas kejadian, memaklumkan tidak ada kerabat Diraja Kedah yang menaiki pesawat berkenaan.
Sebaliknya, Tuanku Bendehara Kedah menunggu di Subang untuk mengikuti rombongan ke Brunei.
Percanggahan kenyataan itu membuktikan Ustaz Azizan cuba membohongi rakyat dengan alasan yang membuktikan beliau sendiri tersepit dalam alas an yang sengaja direka.
Malah Jabatan penerbangan Malaysia turut mengesahkan antara pegawai kanan yang menaiki private jet itu dari Alor Star ialah ketua bahagian protokol istana Datuk Saad Endut, Isteri Ustaz Azizan dan Pengarah Upen, Dato Bisharuddin Jamil.
Pembohongan yang cuba dilakukan oleh Ustaz Azizan tak lain bertujuan menutup "bangkai dengan daun lalang."
Selain itu, Pelbagai persoalan timbul berhubung kejadian berkenaan. Antaranya pada hari kejadian turut hadir Setiausaha sulit kepada Ustaz Azizan, Sdr Helmi.
Sebagai seorang Setiausaha Sulit apakah beliau juga buta protokol hingga sanggup membiarkan Ustaz Azizan dan isterinya menggunakan payung kuning yang dikhaskan kepada Baginda Sultan.
Sekadar makluman, Isteri Ustaz Azizan diiringi pekerja pos Malaysia yang juga isteri kepada setiausaha akhbar kepada Ustaz Azizan Sdr Helmi Khalid.
Apakah sdr Helmi benar-benar jahil dari segi protokol atau Ustaz Azizan sebenarnya mempunyai agenda tersirat iaitu untuk menunjukkan kuasa hingga sanggup menghiris hati dan perasaan KDYMM Baginda Sultan Kedah yang sepatutnya gembira menyambut jubli emas selasa ini.

No comments: