Thursday, July 24, 2008

EKSPO RAKYAT, KETUA JABATAN KECEWA DENGAN UPEN

Ekspo Rakyat yang adakan sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti semalam mungkin dicemari unsur-unsur suapan.
Ia kerana ekspo yang baru saja bermula, cakap-cakap di kalangan jabatan kerajaan terutama jabatan persekutuan sudah kedengaran.
Antaranya, rungutan yang bukan satu rahsia lagi di kalangan ketua-ketua jabatan khususnya jabatan persekutuan tindakan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) selaku penganjur dalam menyediakan kemudahan seperti khemah, bekalan elektrik dan air di tapak ekspo berkenaan.
Menurut sumber, sebahagian besar jabatan sebelum ini telah memaklumkan bahawa mereka hanya memerlukan khemah untuk membuat pameran product masing-masing.
Tetapi yang peliknya, UPEN bukan saja menyediakan khemah malah rak-rak pameran yang jelas tidak mengikut spesifikasi bahan-bahan yang dibawa oleh jabatan masing-masing.
Ia sekaligus menimbulkan masalah kepada jabatan yang mengambil bahagian kerana rak-rak yang disediakan tidak memenuhi saiz bahan pameran yang dibawa oleh jabatan terbabit.
"Kami berterima kasih kepada UPEN selaku penganjur tetapi tindakan menyediakan rak-rak yang tidak memenuhi saiz bahan pameran memberi masalah kepada kami. Mengikut amalan biasa, depa hanya sedia khemah dan kami boleh hias mengikut saiz bahan pameran masing-masing" kata salah seorang ketua jabatan yang enggan dikenali .
Sementara itu, sumber Wisma Darulaman berkata, keputusan menyediakan rak-rak pameran tidak mengikut amalan yang dilakukan sebelum ini.
Katanya, UPEN sedia maklum, semua jabatan mempunyai unit pameran masing-masing dan memiliki bahan pameran yang direka mengikut product masing-masing.
"Tak pasti kenapa depa sedia rak-rak sekali dan kalau dihitung bayaran bagi menyediakan rak-rak itu mesti melibatkan kos yang tinggi" katanya.
Justeru beliau meminta pihak berkuasa khususnya, BPR menyiasat apakah kemungkinan wujud unsur-unsur suapan di kalangan petugas yang menghabiskan banyak wang bagi menyediakan rak-rak berkenaan dengan niat akan mendapat komsiyen yang tinggi daripada kontraktor.
"Kita bukan nak tuduh tapi kalau sedia rak-rak itu bermakna bayaran kepada kontyrator mesti lebih, kemungkinan wujud unsur tidak sihat kerana ia melibatkan wang rakyat" kata sumber itu lagi.
Selain gerai jualan dan pameran oleh agensi-agensi kerajaan serta orang awam, turut akan diadakan ialah 'Auto Fair', karnival pekerjaan, persembahan sukan X-Treme, ceramah agama, pertandingan memasak dan permainan tradisi Kedah, pertunjukan gajah dan ular, pemeriksaan kesihatan dan derma darah, pertandingan tinju tomoi, demonstrasi pasukan Polis DiRaja Malaysia dan banyak lagi.

No comments: