Sunday, July 13, 2008

KERAJAAN KEDAH, PKR HANYA MELUKUT DITEPI GANTANG

RETAK MENATI BELAH, PAKATAN RAKYAT DIKEDAH HANYA UNTUNGKAN PAS BUKANNYA PKR, PKR UMPAMA MELUKUT DITEPI GANTANG.

Seperti diduga dan diramalkan sejak dulu lagi. Pakatan longgar Pas dan PKR akhirnya terburai.
ini diakui sendiri Sumber Pas sepertimana yang dinayatakan dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini. Sekiranya itu yang berlaku di Pusat apatah lagi kerjasama di peringkat negeri khususnya di Negeri Jelapang padi, Kedah.
Semua sedia maklum, Pas mendirikan kerajaan hasil kerjasama dengan PKR kerana tidak cukup kerusi untuk mendirikan kerajaan selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Ketika membuat pengumuman selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, Ustaz Azizan dengan megah berkata, bukan pas yang memerintah Kedah tetapi kerajaan pakatan rakyat.
Hakikat sebenarnya, Pentadbiran Kerajaan Negeri di Kedah dilihat berat sebelah kepada Pas. banyak keputusan termasuk dalam mesyuarat mingguan kabinet negeri di putuskan oleh Pas tanpa mengambil kira pandangan PKR.
pandangan yang dilontarkan oleh PKR sekadar dipandang sepi. Jadi tidak hairanlah pernah tercetus satu peristiwa dalam mesyuarat mingguan exco negeri, wakil PKR bertanyakan Ustaz Azizan bila satu memorandum bersama (MOU) antara Pas dan PKR akan ditandatangani kerana hingga kini Kerajaan Pakatan Rakyat yang diwar-warkan olewh Ustaz Azizan tidak mempunyai perjanjian hitam-putin.
Berikutan soalan itu, salah seorang exco kanan Pas mengeluarkan kata-kata berikut " Nak buat MOU apa, yang menjadi kerajaan sekarang adalah Pas dan bukanya PKR, PKR hanya sekadar menumpang Pas saja".
Jika di nilai kata-kata itu, amat jelas Kerajaan Pakatan Rakyat yang diwar-warkan ol;eh Ustaz Azizan sebenarnay tidak wujud.
Malah PKR dilihat sebagai boneka bagi membolehkan Pas menghalalkan sebarang usaha yang akan dilakukan demi kepentingan pemimpin Pas.
Keretakan hubungan di kalangan pemimpim Pas dan PKR di Kedah bukan satu rahsia lagi, kerana pertelingakan antara Exco kanan Pas dan pemimpin PKR hanya menanti belah.
Menurut sumber, antara pemimpin kanan Pas dan PKR berkenaan tidak bertegur sapa sejak beberapa bulan lalu.
Perkembangan ini bagaimanapun gagal di kesan rakyat kerana Ustaz Azizan bijak memainkan sandiwara di hadapan khalayak ramai.
Malah pemimpin PKR seringkali mendapat pujian melambung Ustaz Azizan setiap kali beliau turun padang bertemu rakyat, sekaligus rakyat percaya wujud persefahaman yang erat antara mereka.
Hakikatnya, mereka bukan saja bertelagah dari segi prinsip malah sering betelagah kerana pemimpin Pas gemar membolot pelbagai projek terutama yang berkaitan Kerajaan Negeri dan GLC.
senario itu membuktikan PKR diibaratkan “sleeping partner” .
Menurut sumber itu lagi, perebutan tempat dan jawatan dalam Kerajaan Negeri meningkatkan suhu rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin PKR. ia termasuklah untuk mendapat tempat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).
Pas dikatakan membolot semua jawatan penting dalam GLC . Buktinya Ustaz Azizan sendiri meletakkan menantunya sebagai salah seorang CEO dalam salah satu syarikat GLC. Ustaz Azizan juga melantik Che Had jurunilai bersekutu yang beribu pejabat di pejabat Pas Kedah di semua syarikat GLC, kerana beliau dikatakan bertindak sebagai pengumpul dana kepada Ustaz Azizan.
Tindakan itu membuktikan pentadbiran Pas Kedah tidak mempunyai integriti malah ada kes-kes yang melibatkan kroni dan berbau korupsi yang tidak ditangani secara jujur oleh Kerajaan Kedah..
PKR jelas tenggelam dalam Pakatan Rakyat dan situasi ini sebenarnya mencemar halatuju PKR sekaligus membuktikan wujud unsur-unsur nepotisme dalam pentadbiran Kerajaan Pas.
Begitupun PKR terpaksa akurmenjaga keutuhan Pakatan Rakyat tetapi keadaan ini sebenarnya PKR semakin hilang kepercayaan terhadap pimpinan Pas.
PKR sebenarya sudah mula merasa tekanan tetapi ketahanan yang ada adalah semata-mata kerana politik sungguhpun keretakan ini sudah sampai ke tahap maksimum atau dalam erti kata sebenar, RETAK MENANTI BELAH.




No comments: