Wednesday, July 23, 2008

PAS KINI RETAK MENANTI BELAH


PERPECAHAN PAS bukan satu ura-ura lagi. PAS kini menghadapi krisis keyakinan. Kepimpinan mula berpecah. Ustaz Hadi dengan pendiriannya dan Nik Aziz dengan caranya pula. Keadaan PAS mula bergolak apa bila PAS menyertai Pakatan Rakyat yang sebenarnya meletakkan PAS sebagai Parti kelas bawahan.
PAS pula hari ini di cemuh dengan kehilangan arah dalam perjuangan Islam mereka.
Hari ini PAS sudah jadi platform politik yang mementingkan pencapaian parti lebih dari perjuangan Islam.
Laporan yang di terima adalah perpecahan dalam isu sama ada PAS harus terus menyertai Pakatan Rakyat atau keluar dari Pakatan dan membentuk kekuatan mereka sendiri.
Apa yang nampak adalah PAS sudah menjadi kuda tunggangan Anwar Ibrahim.
Sokongan PAS diperlukan tetapi setelah sokongan diterima PAS tercicir seolah-olah PAS adalah tidak diperlukan lagi.
Malang nasib PAS, pilihan raya yang terbaik buat Pakatan Rakyat dan PAS tersisih dalam Pakatan tersebut.
Perpecahan mula merekah apabila terdapat kumpulan yang mahu berdiskusi dengan UMNO dan mahu tindakan drastik diambil untuk keluar Pakatan atas alasan tidak boleh bekerjasama dengan DAP dan tindakan Anwar Ibrahim yang terlampau liberal dalam Islam.
Alasan – alasan itulah yang menimbulkan kenyataan Ustaz Hadi dalam Harakah 11hb Julai 2008 yang sedia bekerjasama dengan UMNO demi Islam dan Melayu.
Perbincangan ini dikatakan hampir terjadi sehingga Nik Aziz Nik Mat campur tangan untuk menggelakkan PAS terbabit dengan UMNO.
Sungguhpun begitu kumpulan yang lebih mengambil pendekatan untuk berbincang dengan UMNO percaya ini adalah untuk kebaikan Islam dan Melayu.
Ini bagi mereka perlu dan ini bagi mereka harus dibincangkan dalam kelompok Melayu.
Laporan perpecahan PAS ini sudah mula dikesan sejak awal lagi. Pergeseran siapa menjadi Menteri Besar dan pelantikan EXCO juga mengecewakan PAS.
Desakan PAS untuk keluar pakatan semakin kuat dan ini pasti memberi impak kuat kepada kekuatan PAS.
Menurut maklumat lagi, PAS sedia berbincang dengan UMNO dari berbincang dengan DAP yang dikatakan terlampau sombong dengan perjuangan mereka untuk menghapuskan hak keistimewaan Orang Melayu dan sering membidas isu-isu Islam yang dibawa oleh PAS.
Sikap kurang ajar DAP ini tidak pula mendapat perhatian Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim bagi PAS gagal dalam memperkasakan Islam dalam pemerintahan kerajaan Negeri dan gagal merujuk kepada PAS untuk membuat keputusan-keputusan yang melibatkan Kerajaan Negeri.
Sungguhpun benar kata Mursyidul Am PAS bahawa dalam politik pasti ada sedikit masalah dan ketidakfahaman namun kali INI PAS dikatakan mengalami keyakinan krisis yang besar dan mampu melarat sehingga keadaan PAS menjadi tidak stabil.
Apa pun hari ini PAS seolah-olah membenarkan kata-kata bahawa Pakatan Rakyat adalah pakatan longgar dengan idealisme berbeza. Perhubungan mereka hanya untuk politik.
Sekarang baru PAS sedar bahawa yang banyak menggunakan Islam adalah PAS sendiri kerana politik dan bukan UMNO. Apa pun terjadi yang pasti PAS sedang dilamun gelora.

No comments: