Wednesday, July 16, 2008

JUBLI EMAS - BPR WAJAR SIASAT PERUNTUKKAN LAMPU RM1.5 JUTA

Badan Pencegah Rasuah (BPR) disaran membuat siasatan terperinci berhubung peruntukkan RM1.5 juta yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan khusus untuk menceriakan bandaraya Alor Star dengan sinaran lampu.
Projek berkenaan yang diberi secara runding terus oleh Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat dilaporkan gagal menghiasi bandar Alor Star dengan sinaran lampu sepertimana yang ditetapkan.
Malah Bandar Alor star yang menjadi lokasi sambutan jubli emas kelihatan suram dan muram meskipun sambutan itu bermula semalam.
"Mana ada lampu yang dipasangpun, Bandar Alor star langsung tak ceria dan bercahaya, mana pergi duit RM1.5 juta tu, Apa depa buat harap pihak berkuasa buat siasatan segera." kata salah seorang penduduk tempatan yang tidak berpuas hati dengan pemasangan lampu sekitar bandar Alor Star.
Katanya, sesiapapun yang terlibat wajid dibawa kem uka pengadilan dan tidak harus dibiarkan kerana mereka menyalahgunakan duit rakyat.
Secara umumnya, tidak apa yang dapat dibanggakan dalam kerja-kerja pemasangan lampu di jalan-jalan utama, sebaliknya kerja-kerja yang dilakukan sekadar melapas batuk di tangga.
Ia berikutan kerja-kerja memasang lampu di beberapa jalan utama hanya bermula sehari sebelum sambutan diadakan. Itupun kalau dikira jumlahnya hanya dalam RM250 ribu saja.

4 comments:

Anonymous said...

TAJUK – CADANGAN PERLAMPUAN DAN PENCAHAYAAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS PEMERINTAHAN KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH.

NO LOKASI KOS LAPURAN
1 ISTANA ANAK BUKIT RM30,000 MODAL ADALAH 25% DARI JUMLAH BILL OF QUANTITIES. KEUNTUNGAN SEHINGGA 700% - 800%

2 MASJID ZAHIR ALOR STAR RM90,000 MODAL ADALAH 25% DARI JUMLAH BILL OF QUANTITIES. KEUNTUNGAN SEHINGGA 700% - 800%

3 BALAI SENI RM 90,000.00 MODAL ADALAH 25% DARI JUMLAH BILL OF QUANTITIES. KEUNTUNGAN SEHINGGA 700% - 800%

4 LAPANGAN TERBANG KESIMPANG TIGA RM 170,000.00 MODAL ADALAH 25% DARI JUMLAH BILL OF QUANTITIES. KEUNTUNGAN SEHINGGA 700% - 800%

5 KAWASAN BINA DARUL AMAN RM149,000 MODAL ADALAH 25% DARI JUMLAH BILL OF QUANTITIES. KEUNTUNGAN SEHINGGA 700% - 800%

6 BAKAR BATA KE STADIUM RM 134,000.00 MODAL ADALAH 25% DARI JUMLAH BILL OF QUANTITIES. KEUNTUNGAN SEHINGGA 700% - 800%

7 HADAPAN HOSPITAL LAMA RM 147,000.00 MODAL ADALAH 25% DARI JUMLAH BILL OF QUANTITIES. KEUNTUNGAN SEHINGGA 700% - 800%

8 JEJANTAS SIMPANG KUALA RM 52,000.00 MODAL ADALAH 25% DARI JUMLAH BILL OF QUANTITIES. KEUNTUNGAN SEHINGGA 700% - 800%

9 JEJANTAS ALOR MERAH RM 75,000.00 MODAL ADALAH 25% DARI JUMLAH BILL OF QUANTITIES. KEUNTUNGAN SEHINGGA 700% - 800%

10 JEJANTAS PKNK RM 58,000.00 MODAL ADALAH 25% DARI JUMLAH BILL OF QUANTITIES. KEUNTUNGAN SEHINGGA 700% - 800%

11 JEJANTAS PEKAN RABU RM29,000.00 MODAL ADALAH 25% DARI JUMLAH BILL OF QUANTITIES. KEUNTUNGAN SEHINGGA 700% - 800%

12 JEJANTAS TANDOP RM 54,000.00 MODAL ADALAH 25% DARI JUMLAH BILL OF QUANTITIES. KEUNTUNGAN SEHINGGA 700% - 800%

13 JEJANTAS JALAN PEGAWAI RM 43,000.00 MODAL ADALAH 25% DARI JUMLAH BILL OF QUANTITIES. KEUNTUNGAN SEHINGGA 700% - 800%

14 PINTU GERBANG TITI GAJAH RM 93,000.00 MODAL ADALAH 25% DARI JUMLAH BILL OF QUANTITIES. KEUNTUNGAN SEHINGGA 700% - 800%
15 PINTU GERBANG TOL UTARA RM 100,000.00 SAMA SEPERTI DIATAS

16 JALAN PUTRA RM 199,000.00 MODAL ADALAH 25% DARI JUMLAH BILL OF QUANTITIES. KEUNTUNGAN SEHINGGA 700% - 800%

17 WISMA DARUL AMAN RM 14,000 MODAL ADALAH 25% DARI JUMLAH BILL OF QUANTITIES. KEUNTUNGAN SEHINGGA 700% - 800%


FAKTA
1.KESEMUA 17 LOKASI PROJEK-PROJEK DIATAS DENGAN MENGGUNAKAN PERUNTUKAN SEBANYAK 1.5 JUTA DARI KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN SEHARUSNYA DISIAPKAN SEBELUM 15HB JULAI 2008 TETAPI GAGAL DISIAPKAN KERANA MATERIAL TIDAK SAMPAI KE TAPAK. PADA TARIKH 17HB JULAI 2008 MASIH LAGI TIADA PERKEMBANGAN YANG POSITIF.

2.PROJEK-PROJEK INI DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT PERMINTEX ELECTRONIC PADA TARIKH 1HB JULAI 2008 DAN DIBERIKAN DATELINE SEHINGGA 15HB JULAI 2008 TETAPI GAGAL DISIAPKAN SEMPENA JUBLI MAS.

3.PROJEK INI DIBERIKAN ATAS NAMA SYARIKAT PERMINTEX ELECTRONIC, MATERIAL DARI NEGARA CINA DIBAWA OLEH SEORANG PEREMPUAN CINA BERNAMA JENIFFER, KONTRAKTOR YANG MELAKSANAKAN KERJA-KERJA DITAPAK ADALAH CIPTASAMA.

4.SYARIKAT PERMINTEX YANG DIBERI PROJEK INI ADALAH SYARIKAT YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN. PADA TARIKH IHB JULAI 2008 SEMASA L.O.I PEMBERIAN KERJA, LESEN SYARIKAT TERSEBUT TELAH TAMAT TEMPOH BEROPERASI.

5.DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA ALOR STAR PADA PERMULAANYA TIDAK BERSETUJU UNTUK MELANTIK SYARIKAT PERMINTEX, TETAPI SETELAH BERJUMPA SECARA RAHSIA DENGAN PENGARAH URUSAN SYARIKAT INI BELIAU TELAH BERUBAH FIKIRAN. PADA PENGHUJUNG BULAN JUN DATUK BANDAR DAN SETIAUSAHA TELAH KE KUALA LUMPUR BERTEMU DENGAN Y. Bhg. Dato' Ahmad Fuad Bin Ismail UNTUK MEMOHON KELULUSAN WARAN DIKELUARKAN KEPADA SYARIKAT PERMINTEX. DATUK BANDAR DAN SETIAUSAHA TELAH MENYAKINKAN Y. Bhg. Dato' Ahmad Fuad Bin Ismail DENGAN MENUTUP KEBENARAN DARI PENGETAHUANYA BAHAWA SYARIKAT PERMINTEX INI TIDAK MEMPUNYAI LESEN PENDAFTARAN PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR YANG MENJADI SYARAT UTAMA DALAM PROSES PEMBAYARAN.

6.PERUBAHAN DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA ALOR STAR INI DISEBABKAN PADA TARIKH 8HB JULAI 2008, SYARIKAT PERMINTEX TELAH MEMASUKAN SEJUMLAH WANG SEBANYAK RM 53,000.00 SECARA TERUS KEDALAM AKAUN DATUK BANDAR.PERIKSA TRANSAKSI AKAUN DATUK BANDAR SAMA ADA PERKARA INI BENAR ATAU TIDAK.


7.SETIAUSAHA MAJLIS BANDARAYA ALOR STAR MENERIMA SEBANYAK RM 30,000.00 DARI PERMINTEX SEBAGAI HABUAN MENYAKINKAN DATUK BANDAR. PERIKSA TRANSAKSI AKAUN SETIAUSAHA.

8.KESEMUA SESSI PERBINCANGAN DIBUAT DI KUALA LUMPUR. PADA TARIKH 14HB JULAI 2008, SEWAKTU RAKYAT NEGERI KEDAH MEMBACA YASSIN DAN BERDOA UNTUK TUANKU SULTAN, DATUK BANDAR DAN SETIAUSAHA BARU TIBA KE BANDARAYA ALOR STAR DARI KUALA LUMPUR PADA JAM 9.00 MALAM SETELAH SELESAI MENGAMINKAN URUSAN DENGAN PERMINTEX.

9.PADA TARIKH 16HB JULAI 2008 SEKITAR JAM 10.00 MALAM,JURUTERA BAHAGIAN M&E YANG MEMPUNYAI BANYAK KES RASUAH SEBELUM INI DAN ORANG KANANYA BERSAMA AKAUNTAN DAN JURUKUR BAHAN, TELAH MEMBUAT LAWATAN KESEMUA 17 LOKASI TERSEBUT. KESEMUA 17 LOKASI YANG DIBUAT TIDAK SIAP TETAPI LAPURAN YANG DIBERIKAN PASTI SIAP DISEBABKAN MEREKA TELAH MENERIMA HABUAN SEPERTIMANA DATUK BANDAR DAN SETIAUSAHA.

10.PEGAWAI-PEGAWAI YANG DIBERIKAN HABUAN OLEH SYARIKAT PERMINTEX TERMASUK SEORANG AKAUNTAN, JURUKUR BAHAN YANG DAHULUNYA TIDAK SEBULU DENGAN JURUTERA M&E, TETAPI DISEBABKAN DESAKAN KEWANGAN MEREKA DAPAT BERMUAFAKAT SUPAYA HASILNYA MEMBAWA BERKAT.

11.SEORANG PEGAWAI LAMA YANG MENJALANKAN PEKERJAAN DENGAN PENUH KEJUJURAN DIHARAMKAN DARI MEMANTAU 17 LOKASI PROJEK-PROJEK TERSEBUT DISEBABKAN PEGAWAI LAMA TERSEBUT TELAH MENYATAKAN KESALAHAN DARI SEGI HARGA BARANG-BARANG TERLALU TINGGI DAN KESEMUA DIAMBIL DARI NEGARA CINA. PEGAWAI LAMA INI JUGA TELAH MEMAKLUMKAN KEPADA JURUTERA M&E DAN ORANG KANANYA TENTANG KESALAHAN MEMPERAKUKAN KESEMUA 17 LOKASI PROJEK-PROJEK TERSEBUT, TETAPI MEREKA TETAP DENGAN KEPUTUSAN MEREKA MEMANDANGKAN HABUAN YANG LUMAYAN TELAH DITERIMA.

12.BUKAN SAHAJA 17 LOKASI PROJEK DIBAWAH SYARIKAT PERMINTEX,PEGAWAI LAMA INI JUGA TIDAK DIBERI SEBARANG TUGAS DISEBABKAN BELIAU SERING MENEGUR KESALAHAN YANG DIBUAT OLEH JURUTERA M&E DAN ORANG KANANYA.

13.PEGAWAI LAMA INI JUGA TELAH DISERANG SECARA FIZIKAL DAN
MENTAL SEHINGGA MENYEBABKAN KESEMUA KAKITANGAN BAHAGIAN M&E MEMBOIKOT BELIAU. BUKAN SETAKAT ITU SAHAJA, BELIAU JUGA DILARANG DAN DIHALANG DARI BERTEMU DENGAN DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA ALOR STAR.

14.SATU ISU&MASALAH YANG TIMBUL SEMASA PENGAWASAN PROJEK PEGAWAI LAMA INI DILARANG DARI MEMANTAU KESEMUA 17 LOKASI YANG DILAKSANAKAN OLEH SYARIKAT PERMINTEX TETAPI PEGAWAI LAMA INI DIPAKSA DAN DIUGUT OLEH JURUTERA M&E DAN ORANG KANANYA UNTUK MENGESAHKAN KESEMUA KERJA-KERJA YANG DILAKSANAKAN.

15.JURUTERA M&E DAN ORANG KANANYA SERING BERHUBUNG DENGAN BEKAS PENJAGA JENTERA MAJLIS BANDARAYA ALOR STAR YANG DILANTIK SEBAGAI EJEN OLEH SYARIKAT PERMINTEX DALAM MEMASTIKAN SEGALA URUSAN BERJALAN DENGAN LANCAR. EJEN INI YANG DIKENALI SEBAGAI JAMIL SERING BERURUSAN DENGAN AKAUNTAN DAN JURUKUR BAHAN SEBAGAI PEMUDAHCARA DALAM MELICINKAN URUSAN PENGHANTARAN WANG SECARA HUMAN POS.

16.PADA TARIKH 14HB JULAI 2008 JURUTERA M&E DAN ORANG KANANYA BESAMA AKAUNTAN DAN JURUKUR BAHAN SERTA JAMIL SELAKU PEMUDAHCARA DARI PERMINTEX KEMEDAN BANDAR UNTUK MERAIKAN KEJAYAAN MEREKA MENIPU SELURUH RAKYAT NEGERI KEDAH DAN TUANKU SULTAN TENTANG SPESIFIKASI LAMPU HIASAN YANG DIBUAT TIDAK SAMA DENGAN YANG TERDAPAT DILOKASI KESEMUA 17 PROJEK TERSEBUT. POHON DIBUAT PENILAIAN SEMULA KOS PROJEK DITAPAK DENGAN BILL OF QUANTITIES YANG DILULUSKAN DAN GAMBAR PROPOSAL YANG DIBERIKAN.

17.DENGAN PENDEDAHAN INI SAYA MEMOHON AGENSI YANG TERLIBAT DAN PEMIMPIN KERAJAAN PADA MASA SEKARANG MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA SUPAYA KESALAHAN INI TIDAK DILETAKAN PADA PIMPINAN KERAJAAN PADA MASA SEKARANG.

18.KESEMUA 17 LOKASI PROJEK-PROJEK DIBAWAH SYARIKAT PERMINTEX INI MENGHASILKAN KEUNTUNGAN MELEBIHI 800% DAN KITA SEBAGAI RAKYAT NEGERI KEDAH MEMBENARKAN KESEMUA PERKARA INI BERLAKU TANPA SEBARANG TINDAKAN.

19.PERMULAAN PERANCANGAN INI DIMULAKAN OLEH SETIAUSAHA
KERAJAAN NEGERI KEDAH DAN ORANG KANANYA DARI KERAJAAN TEMPATAN YANG MENERIMA SUAPAN DARI SYARIKAT PERMINTEX SEWAKTU LAWATAN MEREKA KE NEGARA AUSTRALIA, JADI BERANIKAH KITA SELAKU AGENSI PENEGAK UNDANG-UNDANG DAN PEMIMPIN PADA MASA SEKARANG MEMBONGKARKAN SEGALA KESALAHAN YANG DILAKUKAN.

20.SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH TELAH MEMBERIKAN BANYAK PROJEK YANG MENGGUNAKAN DUIT KERAJAAN NEGERI KEPADA SEORANG PEREMPUAN CINA YANG BERNAMA JENIFFER DENGAN HARGA DIPARAS BAHAYA. BEKALAN LAMPU OLEH SYARIKAT PERMINTEX JUGA DIAMBIL DARI PEREMPUAN CINA YANG BERNAMA JENIFFER INI JUGA.

21.SAYA MERAYU KEPADA AGENSI YANG BERTANGGUNG JAWAB DAN PARA PEMIMPIN YANG DIBERI AMANAH PADA MASA SEKARANG DAN MEMPUNYAI GOLONGAN PROFESIONAL UNTUK MENILAI SEJAUH MANA KEBENARANYA DALAM LAPURAN INI. BUATLAH SATU PENYIASATAN DENGAN TELITI SUPAYA TIDAK BERLAKU PERTUDUHAN KEPADA KERAJAAN PADA MASA SEKARANG SEDANGKAN PERANCANGAN DIBUAT OLEH KERAJAAN DAHULU.

22.PEREMPUAN CINA YANG BERNAMA JENIFFER INI TELAH MENGGUNAKAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH YANG BELUM PERNAH DIGODA SEBELUM INI DALAM MENGAMBIL WANG DARI RAKYAT NEGERI KEDAH.

23.PROJEK-PROJEK OLEH PEREMPUAN CINA YANG BERNAMA JENIFFER DENGAN HARGA YANG DAPAT MENJAMIN LIMA GENERASI KETURUNAN TIDAK HABIS MAKAN.

a.PINTU GERBANG ISTANA
b.DATARAN WISMA DARULAMAN
c.TAMAN JUBLI MAS
d.PINTU GERBANG TOL UTARA & SELATAN & LAIN-LAIN LAGI

PERKARA INI TELAH LAMA BERLAKU DAN BUATLAH PENYIASATAN DENGAN TELITI UNTUK MEMASTIKAN KETULINAN LAPURAN INI. KALAU NAK TANGKAP, JANGAN TANGKAP ANAK IKAN TENGOK DULU BAPAK IKAN, KALAU TAK BERANI, TURUT SAHAJA ATAU MAKAN SEKALI IKAN YANG DIHIDANGKAN. JADILAH PEMIMPIN YANG dapat menjadi sumber keberkatan di dalam usaha membina generasi ummah supaya benar-benar menjadi pejuang Islam dan mengingati kebesaran Allah swt. Insya Allah.

Anonymous said...

hoi....... tunggu apa lagi bukti dan cukup report, kat BPR la sedangkan Ketua Pengarah kena ini kan pula Datuk Bandar dengan kuncu-kuncu...........

Aris Awang said...

Assalamualaikum wr. wb.

Terima kasih atas maklumat ini, setakat yang kami lihat, setelah membuat tinjauan memang ada kebenaran seperti yang dinyatakan oleh pihak tuan.

InsyaAllah kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekarang sedang dalam proses pemantauan dan
pengumpulan fakta di 17 lokasi.

Aris Awang
Pengerusi PKWR Kubang Rotan

Anonymous said...

1,500,000,000.00 peruntukan buat lampu hiasan??? wow! betul ka? ke silap angka kut mcm laporan maintainance V6 Ex Kerajaan Terengganu tempoh hari .. kalau lah betul apakah ini satu pembaziran yang dihalalkan?? Ya la kalau beli Mercz E200 Compressor RM3.6juta pun dah kecoh satu Malaya sekurang-kurangnya benda tu ada dan boleh pakai bertahun2 lamanya..kalau RM3.6 juta boleh beli 14 buah Mercz ikut matematiknya RM 1.5juta boleh beli Mercz berapa biji??? pakat2 lah pikiaq ..jenuh rakyat kedah naik mercz macam tuu ..

Tak taulah lampu hiasan nie boleh pakai berapa tahun .. depa kata lampu hiasan ni macam lampu raya la .. 6 bulan tu kira baguihla tu tapi ada yang baru pasang pun dah ada yang dah tak menyala .. adatlah tu nama pun lampu hiasan time sambut perayaan tu aja ..

Tak pasang pun serba salah nak mai mana kemeriahan dan kemegerlapan malam .. inipun nak kena pikiaq tapi apakah kalau pasang under budjet tak meriah ?? apapun buat apa hendaklah berhemah .. kerana ada projek pembangunan yang lebih penting untuk dinikmati rakyat kedah kerana negeri kedah bukan negeri yang kaya raya ... yang ni sama2 kita pikiaq2 juga pasai ada tok cu nab di Baling, Pak Coh, Sik dll yang hidup dalam kemiskinan yang kerajaan perlu bagi perhatian ini bab sosial, kalau bab pembangunan yang kerajaan perlu bagi perhatian bab banjir, jalan dll ...

Bab penyelewangan ini nombor 2, kita pun tak boleh buat tuduhan tanpa ada bukti kalau tak dikira fitnah.. kerja fitnah memfitnah ni dilaknat oleh Allah swt..May be komen kedah said ini ada agenda tersendiri kita pun tak tau ..nak suruh dia "bersumpah" ..

Cuma yang penting bab perbelanjaan RM1.5 juta untuk buat lampu hiasan apakah kalau diterjemahkan peruntukan ini di dalam membuat pembangunan sistem perparitan berapa panjangkah parit yang boleh buat dan berapa kes banjir yang dapat di atasi dan lain-lain contoh projek pembangunan yang lebih memberi manafaat ...

Sama-sama kita pikiaq la oii ...